Anda di halaman 1dari 2

Bahagian C

[25 markah]
[Masa yang dicadangkan : 35 minit]

Kaki merupakan anggota badan yang membantu manusia untuk bergerak dari satu tempat ke satu
tempat.
Lengkapkan karangan yang bertajuk “Akulah Sang Kaki” di bawah ini dengan frasa yang sesuai.

Nama aku Sang Kaki. Badanku panjang dan bertapak. Pada hujung badanku ada (1)
___________________________________________________. Setiap jari tersebut mempunyai kuku
yang berwarna putih. Tubuhkan dibaluti kulit yang lembut. aku digunakan untuk berjalan, berlari,
bersenam, mendaki bukit, dan sebagainya.
Nama tuanku ialah Hassan. Tuanku gemar mendaki bukit. Banyak bukit di dalam dan di luar
negara yang telah didaki oleh tuanku. Sekiranya tuanku mahu mendaki bukit, dia akan memakaikanku
stoking dan kasut. Dia akan (2)______________________________________________ juga
sebelum mendaki bukit. Aktiviti tersebut penting supaya urat-urat dan otot-otot yang berada dalam
tubuhku dapat bekerja dengan baiknya nanti. Oleh itu, aku tidak akan
(3)___________________________________________________.
Biasanya, setiap kali mandi tuanku akan menyental badanku dengan berus dan gel mandian.
Dia berbuat demikian untuk (4)__________________________________________ yang melekat pada
badanku. Usai mandi, dia akan mengelap badanku sehingga kering. Dia menggunakan tuala yang
bersih. Aku berasa gembira kerana tuanku sangat menitikberatkan kebersihan dirinya. Aku turut (5)
__________________________________________________________ daripada sikap tuanku itu.
Aku bukan sahaja bersih tetapi juga berbau wangi.
Setiap bulan, tuanku akan pergi ke pusat urut. Seorang daripada tukang urut yang bekerja di
pusat tersebut akan mengurut-urutku. Tukang urut itu akan menyapukan minyak angin yang sesuai
padauk juga. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem peredaran darah dalam tubuhku (6)
___________________________________________________.
Benarlah kata orang, masa berlalu terlalu pantas. Sudah hamper 60 tahun aku berkhidmat
kepada tuanku. Walaupun tunaku tidak larat lagi untuk mendaki bukit, dia tetap menggunakan
khidmatku untuk bersenam. Tuanku akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tujuan
dia bersenam adalah untuk (7) _________________________________________________________
sentiasa berada dalam keadaan baik.
Sepanjang aku bersama-sama dengan tuanku, dia tidak pernah mengabaikan aku. Aku dijaga
bagai menatang minyak yang penuh. Mungkin tuanku sedar betapa pentingnya aku. Tanpa aku,
sukarlah tuanku untuk bergerak. Aku (8) __________________________________________. Aku
berharap agar aku dapat berkhidmat kepadanya selagi ada kudratku.
PENTAKSIRAN AKHIR TAHUN | 012 - BAHASA MELAYU TAHUN 5

Anda mungkin juga menyukai