Anda di halaman 1dari 14

1

SULIT

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “____________ hendak ke mana?” tanya Hakimi kepada Rizan.

A Kami
B Awak
C Kalian
D Mereka

2 Qari dari Iran itu telah______________ayat-ayat suci al-Quran dalam Pertandingan


Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.

A Mendengar
B Mendengarkan
C Memperdengar
D Memperdengarkan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Pekerja itu sedang _________lubang itu dengan pasir.

A Mengisi
B Menutup
C Mengambus
D membubuh

4 Kulit kacang dan plastik pembungkus makanan__________di atas meja dan


permaidani itu.
A Berhamburan
B Berserakan
C Bersepahan
2
D bertempiaran

5 Pintu pejabat itu tertutup________kerana semua pekerjanya sedang bercuti.


A Ketat
B rapat
C padat
D sendat

6 Bahagian___________yang menyokong bumbung rumah itu telah patah akibat


dihempap pokok kelapa.
A Kekisi
B Tetupai
C Kekuda
D tetambak

7 Para pekerja syarikat itu____________apabila syarikat tempat mereka bekerja


mengalami kerugian selama beberapa tahun berturut-turut.
A Bagai abu di atas tunggul
B Bagai tikus jatuh ke beras
C Bagai bunyi perian pecah
D Bagai kacang melupakan kulit

8 Nenek mengambil___________bawang merah lalu meletakkannya ke


dalam_______pinggan.
A Seulas…sebiji
B Sebiji…sebuah
C Selabu…sekeping
D Seketul…sebentuk
3
9 Kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital kerana disyaki didera oleh penjaganya.
Pilih perkataan sinonim bagi didera.
A disebat
B diseksa
C dihina
D dilapah

10 Wartawan itu segera mengusir seorang pengemis apabila dilihatnya sedang


meyelongkar sampah sarap.
Pilih perkataan antonim bagi mengusir.
A Menghalau
B Mengherdik
C Memujuk
D Menjemput

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Baginda sultan menaiki sebuah__________yang dipikul oleh para hulubalang.


A taktha
B usungan
C julangan
D hamparan
4

12 Sikap pemandu yang__________merupakan satu daripada punca kadar


kemalangan di negara ini__________.
A Malas…banyak
B Culas…hebat
C Cuai…tinggi
D Leka…tenat

Soalan 13

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

13 I Kejelitaan ratu cantik itu mulai luntur setelah umurnya meningkat tua.

II Pokok bunga yang ditanam oleh ibu telah luntur kerana kekurangan baja.

Remaja itu luntur daripada bahaya apabila motosikal yang ditungganginya


III
terlanggar pokok.

Walaupun mereka menghadapi beberapa halangan,keazaman mereka tetap


IV
tidak luntur.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Soalan 14

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Datuk sedang mengecat dinding ruang dapur rumah dengan warna pilihan nenek.

A Datuk sedang mengecat warna pilihan nenek di dinding ruang dapur rumah.

B Warna pilihan nenek sedang dicat pada dinding ruang dapur rumah oleh
datuk.

C Dinding ruang dapur rumah sedang dicat oleh datuk dengan warna pilihan
nenek.

D Dengan warna pilihan,dinding ruang dapur rumah sedang datuk mengecat.


5

Soalan 15 dan 16

Pilih ayat yang betul.

15 A Mak Cik Kamila bekerja di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di ibu
kota.

B Pak Cik Jamal memilih ikan-ikan yang telah ditangkapnya manakala


dimasukkan ke dalam tong.

C Yusri terpaksa tinggal di wad kerana mengalami demam kepialu sejak


beberapa hari yang lalu.

D Juruacara majlis itu meminta para tetamu bangun dan berdiri tegak untuk
menghormati nyanyian lagu Negaraku.

16 A Tolong sila buang sampah ke dalam tong sampah.

B Harap usah menangis lagi.

C Sila tunggu sebentar.

D Jemput jangan sentuh mesin-mesin di sini.

Soalan 17 hingga 20

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Duduk di pangkin kami berlima,


Sambil duduk menganyam ketupat,
Kita hidup mesti beragama,
Supaya hidup tidaklah sesat.

Wangi sungguh dedaun pandan,


Dicampur sama merebus ubi,
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

Jangan dipetik betik yang mangkal,


Terkena getah tidak sengaja,
Kalau kail panjang sejengkel,
Jangan lautan hendak diduga.
6
Meletakkan penyapu di atas peti,
Penyapu diikat menggunakan tali,
Ilmu ditimba sepenuh hati,
Kekuatan umat minda bestari.

Giling cili sehingga lumat,


Masak kari sebagai bahan,
Buku menyimpan berjuta maklumat,
Ilmu,fakta,cereka dan hiburan.

17. Bagaimanakah kita menimba ilmu?

A Dengan mendiamkan diri


B Dengan berhati-hati
C Dengan berusaha bersungguh-sungguh
D Dengan mengikut kawan

18. Mengapakah kita mesti menuruti agama?

A Agar kita tidak sesat semasa berjalan


B Agar kita sentiasa gembira
C Agar kita tidak dibenci
D Agar dapat dijadikan panduan hidup

19. Segala yang buruk letak ke tepi.

A kita tidak mengikut ajaran yang salah


B kita menyimpan ajaran yang buruk
C kita membuang segala perkara yang rosak
D kita mengikut kata-kata orang

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Buku hanya menyimpan maklumat tentang hiburan


B Otak kita menjadi lambat kerana menuntut ilmu
C Kita hendaklah menuntut ilmu dengan tekun
D Kita hendaklah melawan segala ilmu yang baik
7

BAHAGIAN B

30 markah

Soalan 21

(a) Betulkan kesalahan penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat-ayat di

bawah.

Tulis penjodoh bilangan yang betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Ayah menghadiahi ibu sebiji cincin sempena ulang tahun


8
perkahwinan yang ke - 15.

(ii) Di belakang rumah nenek saya ada sebuah anak sungai yang jernih

dan dingin airnya

(2 markah)

(b) Pisahkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

Dixie bercadang memperbesar kedai keknya di Putatan dan menambah

satu cawangan kedai kek lagi di Tuaran.

(i) ________________________________________________________

________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________

________________________________________________________

(2 markah)

(c) Padankan simpulan bahasa di bawah dengan maksudnya.

Perasaan marah kerana dikecewakan

(iii) Atas pagar

Orang yang suka menghasut

Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Batu api
9
Tidak menjaga amanah

(2 markah)

Soalan 22

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

Manakala bidang mempunyai bersyukur

negara bersedih sebaliknya memerlukan

Johan (i) _____________________ kerana mendapat 10 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.


Dia memilih untuk melanjutkan pelajarannya di dalam

(iv) __________________________ sahaja. Hal ini demikian kerana ayahnya hanyalah


seorang nelayan dan ibunya suri rumah,

(iii) __________________ empat orang adiknya masih bersekolah. Dia tidak mahu
membebankan ayahnya kerana belajar di luar negara

(iv) ____________________ perbelanjaan yang tinggi. Kini, dia menyambung pelajarannya


dalam (v) ________________________ kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

(5 markah)

Soalan 23

Baca jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

HARI KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INTAN

JADUAL GERAI TAHUN 6

Gerai / Kelas Jualan Harga per unit

Gerai A Penanda kunci RM1.50

Tahun 6 Cemerlang Rantai Kunci RM2.50


10
Kerongsang Tudung RM1.00

Gerai C Buku Cerita Penyiasat Muda RM5.50

Tahun 6 Gemilang Buku Cerita Impian ke Bulan RM6.00

Majalah Alam Sains RM9.50

Gerai B Mi Goreng RM2.00

Tahun 6 Bestari Laksa Utara RM2.50

Nasi Lemak RM1.50

Peringatan :

Setiap pembelian hendaklah menggunakan kupon yang bernilai RM0.50, RM1.00,RM2.00 dan
RM5.00

(a) Nyatakan kelas yang menjual barang paling mahal di kantin.

________________________________________________________

(1 markah)

(b) Tahun 6 Bestari menjual makanan yang terdiri daripada

________________________________________________________

(1 markah)

(c) Kupon yang tinggal pada Adriel hanya bernilai RM5.00 dan RM0.50. Dia

ingin membeli sebuah buku cerita Impian ke Bulan dan sebuah majalah

Alam Sains.

(i) Berapakah jumlah harga barang yang ingin dibeli oleh Adriel?

___________________________________________________

___________________________________________________

(2 markah)
11

(ii) Berapakah bilangan dan nilai kupon yang perlu digunakan oleh

Adriel untuk membuat bayaran?

___________________________________________________

___________________________________________________

(2 markah)

Soalan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bubur lambuk diperbuat daripada bahan-bahan seperti beras, santan, ikan, udang kering,
udang, daun selasih, kacang tanah, kacang kuda, kacang dal dan daging.

Cara memasaknya juga agak mudah. Mula-mula, sediakan bahan-bahannya. Selepas itu,
rebus beras dengan air yang secukupnya bersama halba. Apabila beras telah kembang,
masukkan santan cair dan garam. Kacau sebentar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar
seperti isi ikan, udang kering, udang dan daun selasih. Kacau dan biarkan mendidih. Selepas itu,
masukkan pula santan pekat dan kacau sehingga rata. Setelah bubur mendidih, padamkan api.
Hidangkan bubur dengan bawang goreng dan hirisan daun sup serta daun bawang.

Lazimnya, bubur lambuk sengaja dibiarkan cair sewaktu masak. Hal ini menjadi satu petua
yang perlu dipatuhi kerana bubur akan menjadi pekat apabila sejuk. Sekiranya bubur terlalu
pekat, keenakannya akan terjejas.

(a) Apakah yang perlu dilakukan setelah beras kembang sebelum memasukkan bahan-bahan
kisar?

________________________________________________________

________________________________________________________

(2 markah)

(b) Tandakan (√ ) bagi pernyataan yang betul dan (×) bagi pernyataan yang salah.
12
Beras direbus dengan santan dan halba sehingga kembang

Bubur lambuk kurang enak jika terlalu pekat

(2 markah)

(c) Pada pendapat kamu, adakah bubur lambuk merupakan makanan yang berkhasiat?
Mengapa?

________________________________________________________

________________________________________________________

(3 markah)

Soalan 25

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan ayat
yang lengkap.
13

ALIRAN TRANSIT MASSA (MRT)

Perkhidmatan MRT dari Sungai Buloh ke Kajang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Selain itu, MRT dapat melancarkan perjalanan serta menjimatkan masa penduduk setempat.

* Menghubungkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang sejauh 51 kilometer

* Jarak 9.5 kilometer jajaran MRT dibina di bawah tanah yang menempatkan tujuh stesen.

* Menghubungkan 31 stesen membabitkan lokasi tumpuan di tengah bandar raya.

* Setiap tren mempunyai empat gerabak dengan kapasiti 1 200 orang penumpang.

* Waktu operasi dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada hari Isnin hingga
Jumaat, manakala perkhidmatan tren berakhir pukul 11.00 malam pada hari Sabtu dan Ahad.

(a) Jarak perjalanan MRT dari Sungai Buloh ke Kajang ialah

________________________________________________________

(1 markah)

(b) Setiap tren MRT mampu menampung penumpang seramai

________________________________________________________

(1 markah)

(c) Apakah manfaat perkhidmatan MRT kepada penduduk setempat?

________________________________________________________

________________________________________________________
14
(2 markah)

(d) Mengapakah perkhidmatan MRT dapat mengurangkan kesesakan jalan raya?

________________________________________________________

________________________________________________________

(2 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai