Anda di halaman 1dari 7

SULIT

Bahagian A - Objektif Aneka Pilihan

10
(Soalan 1 - 20)

Soalan 1 - 10
15 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

20

25

30

35

40
1 Ibu sedang __________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang
rumah.

45 A memerah C memutar

B membilas D mengilas
50

2 Akibat terbatuk, air yang sedang diminum oleh adik _________ ke lantai.
A bertaburan
B berserakan
55 C berderaian
D bersemburan

3 Setelah beberapa bulan berada di luar negara, Fatimah amat rindu __________
60 keluarganya di tanah air.

A tentang C akan
B pada D dengan
5

4 Pemuda tersebut __________ ke tempat kerjanya kerana sudah lewat.


A tercungap-cungap
10 B terkocoh-kocoh
C terketar-ketar
D terkial-kial
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5

10

15

20

25

5 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Farhan tersepak batu lalu jatuh _______ .
A tersembam C tercampak
B terpelanting D terguling

6 Barang-barang yang menjadi bahan bukti pihak pendakwa ada _________ pihak
mahkamah.
A di C kepada
B pada D dengan

30 7 Dia berasa _________ ketika berasa dalam majlis yang penuh adat istiadat yang
dihadiri oleh orang kenamaan.
A kekok
B ganjil
35 C gerun
D pelik

8 Murid cemerlang itu telah menghadiri __________ untuk mendapatkan biasiswa


40 bagi melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
A temu
bual
B temu
duga C soal
45 jawab D
soal balas

50

55
9 Beberapa hari sebelum keputusan peperiksaan diumumkan, hati saya mula
__________ .

A berdegar-degar C berdebar-debar

10 B berkobar-kobar D berdenyut-denyut

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


15

20

25

30

35

10 Afizah gemar __________ bunga untuk dijadikan hiasan di ruang tamu


rumahnya.
40 A menggubah
B mencucuk
C mengubah
D menyulam

45

50

55

Soalan 11 dan 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
5 tandakan D jika tiada kesalahan.

11 Pemilihan peserta ke pertandingan kuiz peringkat daerah dibuat adalah


berdasarkan kepada keputusan kuiz di peringkat sekolah.

10 A berdasarkan keputusan
B adalah berdasarkan keputusan
C berdasarkan kepada keputusan
D adalah berdasarkan kepada keputusan

15 12 Pekerja-pekerja itu sibuk mengecati semua bangunan-bangunan sekolah


sebelum tibanya hari perasmian oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
A mengecat semua bangunan sekolah
B mengecatkan semua bangunan sekolah
20 C mengecat semua bangunan-bangunan sekolah D
mengecati semua bangunan-bangunan sekolah
Soalan 13 dan 14
5 Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Sekarang jugakah mereka akan membasuh pakaian?


II Telah berlepaskah mereka pagi tadi?

10

III Ahmad tidak menghantar surat hari ini?

15
IV Harga seikat buah rambutan itu berapakah?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
20 C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Majlis itu disudahi dengan bacaan doa.


25 II Saya telah belikan kasut sukan sempena hari jadi yang ke-15.
III Buku yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman
sehari.
IV Kegagalan saya dalam ujian itu menyebabkan saya kena marah.
30
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja
35

40

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
45
15 Peribahasa bagai bulan dengan matahari bermaksud sudah sepadan atau
sejodoh. Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas.
A Bagai cincin dengan permata
50 B Bagai dakwat dengan kertas
C Bagai pahat dengan penukul
D Bagai isi dengan kuku

55 Soalan 16 - 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

60 Sesekali, ketika berada di kampus aku rindu pula pada tapai ubi emak. Memang
hebat bapa dan emak dalam pembuatan tapai. Aku mula merasakan kehebatan
mereka. Dahulu aku malu apabila disinonimkan dengan tapai. Kini, aku sudah dapat
memahami perniagaan emak dan bapa memang boleh maju jika kena gayanya.
“Parjo, kita ada projek baharu semester ini,” kata Profesor Haidar, ketika kami
5 berada di makmal sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor
Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku
menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.
“Projek apa, Prof.?” tanyaku sebagai memberikan respons terhadap pensyarah
10 yang berjambang lebat itu.
“Projek tapai ubi!” spontan sahaja jawapan Profesor Haidar.
“Haahhh...?!!” aku terkejut amat. Jeritan kecil itu membangkitkan kehairanan
15 rakan-rakan. Ada yang tergelak kecil melihat telatahku. Mereka tidak tahu latar
belakang aku. Mereka tidak tahu hubungan aku dengan tapai.
“Ya, projek tapai ubi. Kenapa?” tanya Profesor Haidar apabila melihat aku seperti
20
terkejut besar akan kata-katanya tadi.
Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringat aku
akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. Barangkali bapa
sedang mencabut ubi ketika ini. Atau barangkali emak sedang melumatkan ragi pagi
ini. Alangkah sukarnya mereka kini kerana tiada pembantu. Dalam usia setua
25 mereka, emak dan bapa masih gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka.
Aku kagum dengan kegigihan itu.
(Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
30 Dewan Bahasa dan Pustaka.)

16 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Profesor Haidar memilih


35
Parjo untuk projek baharu semester tersebut?
A kerana Parjo merupakan seorang anak pengusaha tapai.
B kerana Parjo mempunyai pengalaman dalam penghasilan tapai.
C kerana Parjo memperlihatkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajian
dalam bilik kuliah.
40 D kerana Parjo rajin dan gigih menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
oleh Profesor Haidar.

17 Parjo berasa kagum dengan emak dan bapanya kerana …


A emak dan bapa gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi walaupun sudah
45 tua.
B emak dan bapa telah memajukan perniagaan tapai.
C emak dan bapa telah mengajar aku untuk membuat tapai.
D emak dan bapa masih membuat tapai ubi sehingga kini.

Anda mungkin juga menyukai