Anda di halaman 1dari 15

TEKNIK JAWAB SOALAN UPSR

&
INFO TATABAHASA

BAHASA MELAYU
KERTAS 1

FORMAT KERTAS
OBJEKTIF
(ANEKA PILIHAN)

40 SOALAN
30 - KEM.BAHASA
50 MINIT 10 –KEM.MEMBACA & 40 MARKAH
MEMAHAMI

BIDANG YANG DINILAI

MORFOLOGI
SINTAKSIS
SISTEM EJAAN
KOSA KATA
PERIBAHASA

1
Langkah menjawab soalan

1. Baca soalan dengan teliti 2/3 kali (faham)

2. Teliti gambar yang diberi


(untuk menentukan jawapan yang tepat)

3. Jawab soalan yang dirasakan mudah dahulu


(tidak membuang masa)

4. Berhati-hati dengan jawapan perangkap.

5. Bulat/gariskan maklumat/kata kunci soalan ( untuk memudahkan anda mengesan


jawapan yang tepat)

6. Bagi ayat sama maksud, gunakan teknik palang (untuk memudahkan anda
mengesan jawapan yang tepat)

7. Bagi jawapan aneka pilihan, potong jawapan yang jelas kesalahannya (untuk
memudahkan anda memilih jawapan yang tepat)

Teknik bulatan

 Mak Leha berjalan sambil ____ bakul di atas kepalanya.


A memikul
B menjunjung
C menjinjing
D menatang

 Saya dan keluarga _______ pergi ke sana kira-kira dua tahun yang lalu.
A akan
B belum
C masih
D pernah

Teknik palang

2
 “Lebih baik kamu buat sesuatu yang berfaedah sementara menunggu kedatangan
Junid,” kata Wan kepada Mat.

A Wan menyuruh Mat berbuat kerja yang bermanfaat sementara menunggu kemunculan
Junid.
B Wan dan Mat berbuat sesuatu yang berfaedah sementara menunggu ketibaan Junid.
C Wan mencadangkan kepada Mat supaya berbuat sesuatu yang berfaedah sementara
menanti ketibaan Junid.
D Wan memberi cadangan kepada Mat supaya mereka berbuat sesuatu yang berfaedah
sementara menanti ketibaan Mat.

 Peraturan yang baru dikuatkuasakan di sekolah itu berjaya mendisplinkan murid-


murid yang nakal.

A Peraturan yang baru di sekolah itu berjaya dikuatkuasakan untuk mendisplinkan


murid-murid yang nakal.
B Kejayaan menguatkuasakan peraturan baru di sekolah itu dapat mendisiplinkan murid-
murid yang nakal.
C Murid-murid yang nakal di sekolah itu berjaya didisiplinkan melalui peraturan yang
baru dikuatkuasakan.
D Penguatkuasaan peraturan itu berjaya mendisiplinkan murid-murid baru di sekolah itu.

Teknik potong

Pilih ayat-ayat yang betul.

I Hadiah itu untuk ibu kesayanganku.


II Adi bersarapan sebelum ke sekolah.
III Dia menendang dengan kuat bola itu.
IV Mereka mogok kerana tuntut kenaikan gaji.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai (kata kerja)

3
 Leman _____________ sebatang kayu ke arah anjing liar yang cuba
menyerangnya.
A merejam
B melontar
C melempar
D membaling

 Kakak ___________ peluh pada dahinya dengan sehelai tisu.menggosok


B menyapu
C mengusap
D mengesat

 Pak Leman _________ ranting pokok bunga raya yang menghalang jalan di
hadapan rumahnya dengan sebilah parang.
A menebang
B memotong
C mencantas
D mengerat

Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai (perkataan
berimbuhan)

 Mak Leha ___________ tetamunya sepiring kuih.


A berhidang
B terhidang
C menghidangi
D menghidangkan

 Pilih ayat-ayat yang betul.

I. Pak Yusof memperbesar bilik air rumahnya.


II. Murid-murid harus mempertingkatkan usaha dalam pelajaran.
III. Tugas askar mempertahan negara.
IV. Ayah memperdalamkan perigi di belakang rumah.

Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai (kosa kata /kata nama)

4
 Benang itu perlu diikat pada ___________ layang-layang sebelum menaikkannya.
A teraju
B badan
C kepala
D bingkai

Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai (golongan kata /kata
sendi nama)

 Dia sentiasa mengambil berat _____ pelajaran anak-anaknya.


A dengan
B tentang
C terhadap

Soalan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai (golongan kata /kata
pemeri)

 Warna kegemarannya ______ hitam.


A ialah
B adalah
C memang

 Memilih ayat yang betul (Ayat)

A Polis dapat boleh menangkap peragut itu.


B Adik mesti telah dapat menangkap anak kucing yang liar itu.
C Dia harus belum sudah sampai ke Kuala Lumpur.

 Latihan memilih ayat yang betul

I Ani siram pokok bunga di halaman rumah.


II. Sampah saya buang ke dalam tong sampah.
III. Ayah memarut kelapa itu pagi tadi.
IV. Dia membaling ke arah anjing batu itu.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I.. Adik memegang erat-erat tangan ibu.

5
II. Adik memegang tangan ibu erat-erat.
III. Pak Budin mengait kelapa di belakang rumahnya.
IV. Pak Budin kait kelapa di belakang rumahnya.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I. Dia membaca buku cerita itu di dalam biliknya.


II. Dia baca buku cerita itu di dalam biliknya.
III. Kelapa itu dikait ayah pagi tadi.
IV. Ayah kait kelapa itu pagi tadi.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D I ,III dan IV sahaja

I Sani memberikan saya sepotong kek coklat.


II. Sani memberi saya sepotong kek coklat.
III. Ibu menghadiahkan saya seutas rantai emas.
IV. Ibu menghadiahi saya seutas rantai emas.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja

I. Bola itu saya tendang ke arah Zaki.


II. Pasu bunga itu mereka susun pagi tadi.
III. Sampah di dalam bakul itu dibuang oleh saya.
IV. Kereta yang hilang itu telah ditemukan oleh pihak polis.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

Kata Penegas

I. Majikan kamu itu siapakah?


II. Majikan kamu itu siapa ?
III. Bapanya orang itulah.
IV. Apatah dayaku hendak berumah tangga duit tiada.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja

6
D II dan IV sahaja

Kata Nafi ( bukan & tidak)

I. Bas itu tidak dari Ipoh tetapi dari Taiping.


II. Projek itu tidak usaha saya.
III. Komputer itu bukan untuk kamu.
IV. Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I. Kenyataan itu bukan benar.


II. Encik Kamal bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
III. Murid itu tidak sahaja bijak, tetapi rajin juga.
IV. Pemuda yang bergaya itu bukan Wahid.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

Penggunaan Kata Sendi Nama

7
KSN DIGUNAKAN UNTUK CONTOH PENGGUNAAN

di arah, empat di atas, pekan, di Ipoh

ke arah. tempat, masa Ke sana, ke Lumut, ke petang

dari arah, tempat, masa dari sini, dari bukit, dari pukul

daripada punca, unsur mujarad terima daripada, daripada pengalaman

tentang rujukan mujarad tentang disiplin, tentang masalah

terhadap rujukan tentu terhadap sekolah, terhadap ibu

akan merujuk manusia (KA) suka akan, benci akan, sedih akan

demi tujuan,urutan, penegas demi kestabilan, satu demi satu, demi Tuhan

untuk kegunaan, bhg.ditentukan rumah untuk/bagi orang, hadiah untuk ibu

bagi kegunaan, bhg ditentukan rumah bagi/untuk orang-orang tua

oleh menunjukkan makna sebab dia cedera oleh (sebab) senjatanya sendiri

g la in
KSN yan
bagai
laksana
antara umpama
seperti
selain

SALAH BETUL

8
seperti berikut seperti yang berikut

hingga sampai hingga/sampai

demi untuk demi/untuk

oleh kerana oleh sebab

Selain dari selain itu

hingga ke hingga/sampai

Kata sendi nama

Pilih jawapan yang betul.

1. Cikgu suka ______ Hadi kerana sikapnya yang jujur dan amanah.
A terhadap
B kepada
C pada
D akan

2. _____ zaman dahulu manusia manusia hidup berpindah-randah.


A Di
B Pada
C Sejak
D Hingga

I Saya pergi ke sungai dengan adik.


II Harga barang akan meningkat di musim perayaan.
III Dia menggantungkan lukisan itu di dinding.
IV Wang kamu ada pada Yusri.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja

I Makanan kegemarannya adalah mi kari.


II Warna kegemarannya ialah ungu.

9
III Rumah banglo Encil Kamal adalah di atas bukit itu.
IV Peperiksaan UPSR adalah pada awal bulan September.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I Dari pagi ke petang dia asyik membaca buku..


II Berikan ikan rebus itu ke kucing.
III Basikal itu dihadiahkan ayah kepada abang.
IV Tupai melompat dari dahan kepada dahan.
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I Ayah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran kami.


II Mereka berbincang tentang masalah negara.
III Aduan terhadap kelewatan bayaran itu sedang diberi perhatian..
IV Ibu bapa perlu mengambil berat terhadap sekolah.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C II dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

I Belajarlah dari pengalaman kamu itu.


II Tahirah lebih kaya daripada abangnya.
III Markahnya meningkat dari 70 kepada 90.
IV Bubu itu dibuat daripada buluh.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II dan IV sahaja

I Dia bekerja keras demi keluarga.


II Dia menangis oleh kerana sakit gigi.
III Selain dari itu, dia juga suka menonton televisyen.
IV “Nama-nama murid tersebut seperti yang berikut,” kata Cikgu Tapa.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II ,III dan IV sahaja

Kata bilangan

10
para segala sekalian
ialah kata bilangan tak tentu , tidak perlu diikuti
seluruh semua sebahagian dengan penjodoh bilangan, kecuali beberapa

sesetengah sebilangan

dua sepuluh dua puluh


ialah kata bilangan tentu, perlu diikuti dengan
kedua-dua kelima-lima penjodoh bilangan

kelapan-lapan

beberapa ialah kata bilangan tak tentu yang memerlukan


penjodoh bilangan
latihan:

I. Semua murid mesti berdisplin.


II. Beberapa pemuda sedang berbual-bual di tepi padang.
III. Ketiga-tiga murid itu telah didenda kerana berbuat bising.
IV. Berpuluh-puluh rumah musnah dalam kebakaran itu.

A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja

Hukum D-M

Tandakan / pada frasa yang betul.

goreng pisang – pisang goreng


Halim Restoran – Restoran Halim
penghawa dingin – pendingin hawa
kerepek pisang – pisang kerepek
lain-lain hal - hal-hal lain
sos cili – cili sos
bas mini – mini bas
batu arang - arang batu
karang batu - batu karang

Kata Perintah

Jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap

1. “___ tuan-tuan bersabar sebentar,” kata juruacara itu.


A. Usah B. Minta C. Tolong D. Jangan

2. ___ masuk!

11
A. Minta B. Tolong C. Harap D. Sila

3. ___ biarkan adik awak berseorangan.


A. Minta B. Harap C. Usah D. Jangan

4. ___ buang sampah di merata-rata tempat.


A. Jangan B. Usah C. Harap D. Tolong

5. ___ diam sebentar!


A. Tolong B. Jangan C. Jemput D. Sila

Kata Bantu (aspek & ragam)

telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum


hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

1. Kami _______ ke sana kira-kira dua tahun yang lalu.


A. pernah B. belum C. akan D. mahu

2. Dia tidak _______ menjawab soalan itu kerana terlalu sukar.


A. mahu B. masih C. boleh D. dapat

I. Buku itu saya masih baca.


II. Sampah itu akan kami bakar.
III. Kerja itu belum awak siapkan?
IV. Kamu sudah makan ubat itu?
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. I dan IV sahaja

Kesalahan penggunaan kata tanya.

I. Kalau ada apa masalah jangan malu bertanya kepada guru.


II. Bila senja menjelang burung terbang ke sarang.
III. Ambillah apa yang kamu suka.
IV. Ali tidak ke mana semasa cuti sekolah.

Kata penguat
I. Rupanya sangat cantik sekali.
II. Markah budak itu paling tinggi sekali.
III. Lukisan itulah yang tercantik sekali.
IV. Bibirnya merah amat.
V. Sungai itu agak dalam sungguh.
VI. Bunga orked itu teramat cantik sekali.

Kata ganti diri

12
Kata ganti diri orang pertama iaitu:

saya, aku/ku, hamba, beta, patik, kami, kita,

Kata ganti diri orang kedua iaitu:

Anda, awak, kamu/mu, engkau/kau,Kalian, tuanku, tuan hamba,

Kata ganti diri orang ketiga iaitu:

ia, dia/nya, baginda, beliau, mereka, Pak Harun, abang, Cikgu Ali

BINAAN AYAT

AYAT AKTIF , AYAT PASIF DAN AYAT SONGSANG

Bentuk ayat aktif diri pertama : Saya menebang pokok itu.


Bentuk ayat pasif diri pertama : Pokok itu saya tebang.
Bentuk ayat songsang diri pertama : Saya tebang pokok itu.

Bentuk ayat aktif diri kedua : Kami menebang pokok itu.


Bentuk ayat pasif diri kedua : Pokok itu kami tebang.
Bentuk ayat songsang diri kedua : Kami tebang pokok itu.

Bentuk ayat aktif diri ketiga : Dia menebang pokok itu.


Bentuk ayat pasif diri ketiga : Pokok itu ditebang (oleh)nya.
Bentuk ayat songsang diri ketiga : Ditebang (oleh)nya pokok itu.

I Rumput itu ayah tebas.


II Nasi ibu tanak pagi semalam.
III Titah tuanku patik junjung.
IV Cerita itu dikarang Pak Asraf.

I Ishak cat balai raya itu..


II Air kopi itu diminum saya.
III Patik junjung titah tuanku.
IV Cerita itu dikarang oleh Pak Asraf.

Kata Kerja Transitif (KKT)

13
 KKT ialah perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) terhadap sesuatu benda
(objek). Contoh: Ali mengasah pisau/ emak mencedok nasi/helang menyambar ayam

 KKT dapat menjawab soalan apa dan siapa.
Contoh: Siapakah yang mengasah pisau? / Apakah yang menyambar ayam?

 Mesti berimbuhan men- dalam ayat aktif diri pertama, kedua dan ketiga.
Contoh: saya menendang bola itu/ kamu menendang bola itu/ dia menendang bola itu

 Kata kerja transitif tidak diberikan imbuhan dalam ayat pasif diri pertama dan kedua.
Contoh: Saya sepak bola/ kamu sepak bola atau disongsangkan: bola saya sepak/ bola
kamu sepak

 KKT mesti disertakan imbuhan di- dalam ayat pasif diri ketiga.
Contoh: bola disepak (oleh) dia / bola disepak (oleh) Asri

 KKT mesti diikuti dengan objek, kata lain tidak boleh diletakkan di antara KKT dengan
objek.Contoh:
Ali menyepak bola ke arah gol (/) Ali menyepak ke arah gol bola itu (X)
menceritakan kejadian itu (/) menceritakan tentang kejadian itu (X)
memegang tangan ibu erat-erat (/) memegang erat-erat tangan ibu (X)

 KKT berimbuhan men… , men…kan dan men…i membawa maksud yang berbagai-
bagai dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

Men… (maksud melakukan sesuatu /kerja)


Contoh: membancuh kopi / menjahit baju

Men…kan (maksud untuk manfaat orang lain)


Contoh: membancuhkan ayah / menjahitkan kakak/ memakaikan saya

Men…kan (objek bergerak)


Contoh: menghadiahkan piala / menganugerahkan pingat

 Men… I (objek tak bergerak)


Contoh: menghadiahi kakak / menganugerahi beliau

Men…
mencari ubat / membeli.kereta / mengajar murid

Men…kan
Mencarikan nenek / membelikan ibu/ mengajarkan metamatik

Men…i
Menghadiahi kakak / menganugerahi beliau

Men…kan
Mengahdiahkan buku / menganugerahkan pingat

14
15

Anda mungkin juga menyukai