Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Ke manakah destinasi ________ pada cuti sekolah ini?” tanya Cikgu Ikhwan
kepada sekumpulan murid.

A dia

B awak

C kalian

D mereka

2 Kaki pemain bola sepak yang terseliuh itu semakin ________ .

A membesar

B menegang

C membengkak

D mengembang

3 Badannya semakin ________ selepas sebulan dia sakit.

A kurus

B tinggi

C kecut

D nipis
1
4 Pokok manggis itu sudah besar _________ masih belum berbuah.
A lalu

B tetapi

C manakala

D sedangkan

5 “_________ ambil tempat masing-masing. Majlis akan bermula sebentar lagi,”

kata pengacara majlis.

A sila

B minta

C Tolong

D Jemput

6 Dia hanya bekerja _________ hari sahaja pada hari ini.

A semua

B sebahagian

C beberapa

D separuh

7 Kamarul pergi bermain bola dengan menunggang basikal kerana padang bola
terletak agak ________ dari rumahnya.

A dekat

B jauh

C dalam

D hampir

8 Wanie telah dimarahi oleh kakaknya. _________, bukan dia yang mengoyakkan

majalah itu.

A Padahal

B Lantaran itu

C Namun demikian

D Walau bagaimanapun

9 Rambut Andry _________ sebaik sahaja dia bangun daripada tidur.

A comot-momot

B bengkak-bengkil

C compang-camping

D kusut-masai

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.


10 Pemain sepak takraw itu ________ bola dengan pantas untuk mematikan

serangan pihak lawan.

A memukul

B menyepak

C menanduk

D melibas

11 Kebanyakan pelancong yang belum berkunjung ke Malaysia tidak dapat ________


keadaan sebenar di negara ini.

A bergambar

B digambarkan

C penggambaran

D menggambarkan

12 Para guru sedang bermesyuarat di dalam bilik gerakan itu ________ pukul 8.00

pagi.
A ke

B hingga

C daripada

D sejak

13 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.

Mengapakah Zainal tidak datang ke majlis saya semalam?

A Dia mengalami cirit-birit.

B Ya, Zainal tidak datang semalam.

C Kahadiran Zainal amat dinanti-nantikan.

D Zainal akan datang ke majlis itu esok.

Soalan 14

Pilih ayat yang betul.


14 I Beberapa ekor lembu sedang melulur rumput di padang.

II Sejak kecil lagi, Humairah bercita-cita hendak menjadi guru.

III Sos cili itu tidak boleh dimakan kerana tarikh luputnya telah berlalu.

IV Goreng pisang panas memang sedap dimakan.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

15 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Emak, bolehkah saya pergi ke bandar esok?” tanya Iman kepada ibunya.

A Iman memberitahu ibunya bahawa dia hendak pergi ke bandar esok.

B Emak diberitahu oleh Iman bahawa mereka akan ke bandar esok.

C Iman meminta kebenaran ibunya untuk pergi ke bandar pada hari esok.

D Iman bertanya kepada ibunya sama ada mereka akan ke bandar esok.

16 Ayah selalu menasihati saya dan adik agar sentiasa membantu orang yang sedang

dalam kesusahan.

Sinonim bagi perkataan membantu ialah

A melepaskan
B menolong

C menyembuhkan

D menyelamatkan

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Pada musim buah-buahan yang lepas, bapa membawa saya berkunjung ke dusun
datuk yang terletak di hujung kampung. Kami menunggang motosikal ke sana.
Datuk hanya tersenyum apabila melihat kami sampai. Datuk menyambut
kedatangan kami dengan tangan terbuka. Pokok-pokok durian dan rambutan di dusun
datuk berbuah lebat. Saya terdengar bunyi durian yang gugur.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur. Bau buah durian itu
sungguh haru. Saya melonggokkan buah durian itu di tepi pondok tempat datuk
mengumpul buah durian. Bapa pula mengait buah rambutan dengan menggunakan
sebatang galah yang panjang. Rasa buah rambutan itu sangat manis dan lazat.
Selepas itu, datuk mengopek buah durian untuk saya makan. Saya makan buah
durian itu sehingga puas. Saya duduk sambil berehat di pondok datuk. Udara di situ
segar dan nyaman. Suasananya pula amat tenang dan damai sekali. Apabila petang,
seorang peraih datang untuk membeli durian datuk. Datuk memberikan saya upah
kerana membantunya mengutip buah-buah durian itu. Saya mendapat banyak
pengalaman berkunjung ke dusun datuk.

17 Penulis dan bapanya pergi ke dusun datuk dengan ______ .

A menunggang motosikal.

B menaiki basikal.

C berjalan kaki

D menaiki kereta
7

18 Bagaimanakah bapa penulis memetik buah rambutan?

A Dengan menggunakan cangkul

B Dengan menggunakan tangga


C Dengan menggunakan galah

D Dengan menggunakan kayu

19 Mengapakah penulis tidak memetik buah durian?

A Ayah penulis yang memetik buah durian itu.

B Buah durian itu akan gugur sendiri apabila masak.

C Datuk penulis tidak membenarkannya memetik.

D Pokok durian di dusun datuk sangat tinggi.

20 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

A Datuk penulis tinggal di dusunnya.

B Datuk penulis yang mengait buah rambutan.

C Penulis tidak makan buah durian di dusun datuknya.

D Penuls ke dusun datuknya semasa musim buah-buahan.

Anda mungkin juga menyukai