Anda di halaman 1dari 14

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 – 4
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Hatinya _____________ apabila mendapat berita bahawa ayahnya sakit tenat di

kampung.

A. sunyi
B. gempar
C. pedih
D. rungsing

2. Ibu menempah _____________ cincin bertatahkan mutiara di kedai emas itu.

A. sebentuk
B. seketul
C. seutas
D. sebutir

3. Pelari itu jauh tertinggal di ______________ pelari yang lain kerana dia mengalami
kekejangan.

A. hadapan
B. belakang
C. sisi
D. tepi

4. Pihak kami meminta maaf sekiranya terdapat ____________ kekurangan sepanjang

kursus ini berjalan.

A. entah-entah
B. bila-bila
C. apa-apa
D. siapa-siapa

Soalan 5 – 7
Pilih ayat-ayat yang betul.

5. I Sikapnya yang suka bermuka-muka itu menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan-
rakannya.
II Keadaan penyakit Prakash amat membimbangkan keluarganya.
III Adik memegang tangan ibu ketat-ketat ketika melintasi jalan.
IV Majlis perkahwinan itu diadakan secara besaran.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. II, III dan IV saahaja
1
6. I Para pelancong kagum akan keindahan pantai-pantai di Malaysia.
II Ibu meminta saya mengangkat pakaian yang telah kering di ampaian.
III Beribu-ribu ekor ikan di dalam sungai itu mati akibat pencemaran sisa toksik.
IV Sikap setengah pemandu yang kerap melanggar peraturan jalan raya merupakan
sikap yang wajar kita hindari.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

7. I Syarikat perabot antik itu menjangkakan bahawa eksportnya akan meningkat.

II Majlis hari jadi Ain akan diadakan di restoran makanan segera itu.
III Saya memakai pakaian tebal kerana cuaca pada hari ini terlalu sejuk.
IV Antara punca kemalangan di lebuh raya ialah pemandu kekurangan rehat yang
cukup.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

Soalan 8 – 10
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

8. I Undang-undang jalan raya yang ketat dikatakan mampu mendisiplinkan pemandu.

II Baju lama yang disarung oleh adik kelihatan ketat.
III Penutup botol itu sukar untuk dibuka kerana terlampau ketat.
IV Kata-kata ketat yang diucapkan boleh menggores perasaan seseorang.

A. I dan VI sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, IV sahaja

9. I Keputusan perlawanan bola sepak liga tempatan itu berakhir dengan seri.
II Jurusolek itu memerahkan pipi pengantin itu bagi menaikkan seri pada wajah.
III Kanak-kanak itu sudah seri untuk mandi di sungai yang dalam itu.
IV Mereka seri pergi berkelah di pantai pada hujung minggu.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

2
10. I Kami sudah masak dengan perangainya yang sombong itu.
II Masak sungguh pendapat yang dihujahkan oleh pemidato itu.
III Betik masak yang belum dipetik itu telah rosak dimakan burung.
IV Dia kelihatan masak walaupun baru berumur lima belas tahun.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 11-13
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan
mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.

11. Tugas sebagai guru dalam mana masyarakat di dunia dianggap tugas yang mulia.
A di dalam mana masyarakat
B dalam mana-mana masyarakat
C di dalam mana-mana masyarakat
D dalam mana masyarakat

12. Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.
A demi mengeratkan
B demi mempereratkan
C demi untuk mempereratkan
D demi untuk mengeratkan

13. Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di

angkasa
lepas dengan penuh keceriaan.

A bercerita pengalaman
B menceritakan pengalaman
C berceritakan tentang pengalaman
D menceritakan tentang pengalaman

3
Soalan 14-15
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

14. Banyak orang tidak kira lelaki atau wanita sanggup berbelanja lebih semata-mata
untuk kelihatan menawan.

A. Hanya untuk kelihatan menarik banyak orang sama ada lelaki atau wanita rela
berbelanja lebih.
B. Untuk kelihatan menawan semata-mata, banyak orang sama ada lelaki atau
wanita perlu berbelanja lebih.
C. Dengan hanya berbelanja secara berlebihan, banyak orang tidak kira lelaki atau
wanita akan kelihatan menawan.
D. Banyak orang sama ada lelaki atau wanita sanggup kelihatan menawan semata-
mata dengan berbelanja lebih.

15. Kerajaan menggesa peniaga, pembekal dan pemborong agar menurunkan harga
barang kepada harga asal namun keadaan masih tidak berubah.

A. Peniaga, pembekal dan pemborong dinasihati oleh kerajaan agar menurunkan

harga barang tetapi mereka tetap menjualnya dengan harga asal.
B. Keadaan masih tidak berubah walaupun peniaga, pembekal dan pemborong
menggesa kerajaan agar menurunkan harga barang kepada harga asal.
C. Harga barang diturunkan kepada harga asal namun kerajaan masih menggesa
peniaga, pembekal dan pemborong kerana keadaan masih tidak berubah.
D. Walaupun peniaga, pembekal dan pemborong didesak oleh kerajaan supaya
menurunkan harga barang kepada harga asal namun belum ada tanda yang positif
ke arah itu.

4
Soalan 16-17
Baca pantun dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PANTUN KASIH SAYANG

Buah mengkudu kusangka kandis,

Kandis terletak dalam puan;
Gula madu kusangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.

Asap api di Tanjung Tuan,

Kuala Linggi bakaunya rendah;
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Anak udang meniti batang,

Berasa dahan terlampai;
Melihat bulan di pagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.

Jalan-jalan sepanjang jalan,

Singgah-menyinggah di pagar orang;
Pura-pura mencari ayam,
Ekor mata di anak orang.

Bila masa dipanggil maut,

Cinta tidak berharga lagi;
Asam di darat ikan di laut,
Sampai masa berjumpa lagi.

Dipetik daripada antalogi Baik Budi, Indah Bahasa,

Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia

16. Apakah maksud

Asam di darat ikan di laut,

Sampai masa berjumpa lagi.

A. Sekiranya kita bersungguh-sungguh, kita pasti akan menemukan cara untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.
B. Kalau seseorang mempunyai cita-cita, dia akan berusaha untuk mencapainya.
C. Orang yang berkelahi atau bertengkar akan berbaik-baik kembali.
D. Perempuan dan lelaki kalau sudah jodoh akan bertemu kembali.

5
17. Yang berikut ialah unsur alam yang terdapat dalam pantun, kecuali

A. Tuan
B. Udang
C. Bulan
D. Mengkudu

Soalan 18 – 20
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Aku memang minat mengembara. Aku ingin mengembara dengan basikal. Setelah mendapat
keizinan keluarga, aku pun mengayuh basikal menuju ke utara dengan berbekalkan sejumlah
wang.
Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 40 kilometer. Selepas menempuh pelbagai
cabaran dan dugaan, akhirnya aku bermalam di sebuah masjid, di bandar Gurun. Pada hari
kedua, perjalanan sejauh 50 kilometer aku tempuhi dalam hujan lebat. Aku singgah di rumah
kenalanku, Wafi. Aku menceritakan keinginanku ke utara. Wafi ingin mengikutiku. Malam itu,
aku bermalam pula di rumahnya.

Keesokannya, aku dan Wafi mengayuh basikal ke Alor Setar. Tayar basikal Wafi pancit.
Wafi membonceng basikalku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai basikal. Malam itu,
kami tidur di masjid. Sempat jugalah kami berbual tentang kisah lama.

Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembara ke Bukit Kayu Hitam. Sepanjang
perjalanan, kami melihat panorama yang indah, sawah padi yang menguning, bukit-bukau dan
gunung-ganang yang menghijau serta program pembangunan yang pesat di sana sini.

Akhirnya, kami selamat sampai ke rumah datuk. Datuk terkejut apabila melihat aku dan
Wafi tercegat di hadapan rumahnya.

18. Perkataan pancit dalam petikan bermaksud

A. leper
B. kemik
C. bocor
D. kembang

19. Apakah yang dilakukan oleh “aku” semasa berada di rumah Wafi?
A. mengajak Wafi mengembara
B. membaiki basikalnya yang pancit
C. berbual-bual tentang kisah lama
D. menceritakan keinginannya ke utara

20. Semua penyataan di bawah ini benar tentang petikan di atas kecuali.
A. Semasa tayar basikal Wafi pancit, dia terpaksa mengayuh basikal “aku”.
B. Perjalanan “aku” ke rumah datuknya mengambil masa empat hari.
C. Kegemaran “aku” dan kawannya, Wafi hampir sama.
D. Kebanyakan tempat tidur “aku” adalah di masjid dan di rumah Wafi.

6
BAHAGIAN B
[25 markah]

Soalan 1(a)
Dalam iklan di bawah ini terdapat tiga kesalahn ejaan. Kenal pasti kesalahan ejaan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin iklan itu
semula.

(i)
(ii)

Soalan 1(b)
Tentukan pola ayat dasar berikut sama ada FN+FN, FN+FS, FN+FK dan FN+FA

(i) Pemberita itu sedang melaporkan kes kemalangan ngeri.

________________________________

(ii) Rumah besar yang terletak di atas bukit itu rumah datuk saya.

________________________________

(iii) Angkatan tentera Malaysia di Arab Saudi akan dibawa pulang.

________________________________
[3 markah]

7
Soalan 2

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya,kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

BAHAN 1

Alias berharap dan hendak bersuara agar namaya disebut oleh Cikgu Sunan.
Pendapatan hariannya, selepas sekolah atau pada hari minggu tidak mencukupi
walaupun beruknya yang memetik buah kelapa itu tidak pernah sakit.

“Tolong beri nama dan hantar ke pejabat. Ada orang nak beri bantuan
pakaian sikit,” kata Guru Besar dan terus beredar.

“Baiklah, cikgu,”jawab Cikgu Sunan dan kemudian kembali duduk di mejanya.

Alias tunduk semahu-mahunya walaupun tergerak juga hendak memanggung

kepala dan memberitahu yang dia cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju untuk
dipakai ketika bersama-sama Chot memanjat kelapa.

BAHAN 2

Zali datang ke sekolah berkaki ayam. Cikgu Ayub tidak begitu senang
dengan keadaan Zali. Walaupun dimarah dan didenda, Zali tetap tidak berkasut.
Pada suatu hari, Cikgu Ayub mendenda Zali dengan mengikat kotak tisu di kedua-
dua belah kakinya. Zali berasa sangat malu. Sejak hari itu Zali tidak datang
ke sekolah.

Cikgu Ayub berasa bersalah. Niatnya untuk menjadikan muridnya kelihatan

kemas telah menyebabkan Zali tidak datang ke sekolah. Selepas seminggu Zali tidak
hadir ke sekolah, Cikgu Ayub telah pergi ke pekan membeli kasut sekolah baharu
untuk Zali. Cikgu Ayub telah pergi ke rumah Zali untuk memberikan kasut tersebut .
Cikgu Ayub berasa sungguh hiba melihat keadaan rumah Zali.

(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh watak Alias
dan watak Zali. [3 markah]

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
____ __

8
(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan Alias dengan Zali?
[3 markah]

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
__ ____

(iii) Masih banyak murid sekolah yang berasal daripada kelurga yang berpendapatan
rendah. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu murid-
murid seperti Alias dan Zali selain memberikan bantuan pakaian?
[4 markah]

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

9
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Chot karya Azizi Haji Abdullah

(ii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya
(v)
Watak utama merupakan watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita. Berdasarkan
sebuah novel di atas, huraikan perwatakan watak utama dalam novel tersebut. Jawapan anda
perlulah disertakan dengan contoh peristiwa.
[10 markah]

____________________________________________________________________________

10
BAHAGIAN C
[15 markah]

Arahan: Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1

(i). Lihat iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam iklan
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Anjuran : KELAB BUKIT PERDANA JABATAN PERDANA MENTERI

11
____________________________________________________________________________
______________________

[15 markah]

12
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan oleh media
massa sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukan suatu perkra yang baharu tetapi telah menjadi isu
yang telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan boleh
berlaku di mana-mana sahaja termasuk di rumah jika cara penyediaan makanan tidak dijaga
dengan baik. Sekiranya tidak dirawat dengan serta-merta, seseorang yang mengalami
keracunan makanan akan kehilangan air daripada badannya akibat muntah atau cirit-birit yang
teruk. Jika terlalu serius, keadaan ini boleh melibatkan keracunan sistem saraf dan akhirnya
membawa maut.
Sekiranya kita mengunjungi restoran atau gerai menjual makanan, kita akan dapat
melihat pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan ketika mengendalikan
makanan untuk pelanggan mereka. Hal ini demikian kerana mereka menyediakan makanan
dengan tangan yang kotor, kuku yang panjang, rambut yang tidak terurus dan tidak memakai
pakaian yang sesuai. Yang lebih teruk lagi, apabila mereka menyentuh makanan yang telah
siap dimasak secara langsung semasa menghidangkan makanan. Sesetengah pengendali
makanan merokok, batuk dan meludah ketika menyediakan makanan. Ada juga pemilik gerai
yang menjual makanan, tidak menyediakan kemudahan mencuci tangan dan tandas yang
sempuma sedangkan ramai pelanggan menggunakan tangan ketika makan di gerainya.
Persekitaran yang kotor menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Sering kali kita
dapat melihat longgokan sampah yang berbau busuk dan dihurungi oleh lalat di tepi gerai
menjual makanan dan kawasan perumahan. Lalat-Ialat itu akan menghinggapi makanan yang
terdedah di tempat-tempat tersebut. Selain itu, makanan yang berprotein tinggi seperti makanan
laut boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak dimasak dengan sempurna.
Penggemar sayur-sayuran juga mestilah berhati-hati kerana ada sayur-sayuran yang
mungkin disembur dengan bahan kimia dan bahan beracun untuk mencegah serangga
perosak. Semburan dengan kadar yang tinggi boleh menyebabkan keracunan makanan. Oleh
itu, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan yang
sewajarnya.
Perkara yang paling penting, kita perlu mengutamakan kebersihan dalam apa-apa jua
tindakan yang melibatkan makanan dan minuman. Tuntasnya, mencegah lebih baik daripada
mengubati.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Keracunan Makanan'~Dewan Siswa,

Oktober 2007)

13

-SOALAN TAMAT-
14

Anda mungkin juga menyukai