Anda di halaman 1dari 22

Menukarkan Ayat

1. Menukarkan Perbualan kepada Cakap Pindah i. Tulis petikan perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini Helmi : Syima : Helmi : Syima : Helmi : Syima : Helmi Syima Helmi Syima : : : : Hai, Syima! Tahniah! Tahniah? Mengapa? Aku belum tahu hujung pangkal percakapan kamu Tahniah kerana awaklah pelajar cemerlang SPM sekolah kita. Siapa yang memberitahu kamu? Aku sendiri pun belum tahu. Cikgu Ani yang memberitahu aku semasa aku ambil slip keputusan tadi. Nantilah, aku ke sekolah dulu. Aku perlu pastikan dulu benar tidaknya kata-kata kamu itu, Percayalah cakap aku. Aku serius. Aku kena hati-hati dengan kamu, dulu aku pernah terkena sekali. Kali ini aku tak tipu lagi. Lain kali jangan biasa berbuat sesuatu yang orang takpercaya. Berita betul sekalipun orang masih sangsi.

ii. Tulis semula perbualan di bawah ini dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Irwan mengapa kamu tidak datang ke sekolah dua hari yang lalu? Tanya cikgu Imawati. Nenek saya sakit tenat di kampung, cikgu. Kami sekeluarga terpaksa pulang ke kampung untuk menziarahinya, jawab Irwan. Oh begitu! Bagaimana keadaan nenek kamu sekarang? Tanya cikgu imawati lagi. Nampaknya dia semakin sihat sehingga kami pulang semalam cikgu, terang Irwan. Semalam saya ada memberi banyak nota kepada rakan-rakan kamu. Saya harap kamu dapat pinjam nota mereka dan salin di rumah. Nanti kamu akan ketinggalan pula, kata cikgu Imawati. 2. Cakap Pindah kepada Perbualan

Azli bertanya kepada Yusuf tentang keputusan muktamadnya hendak ke Bandar. Yusuf mengiakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak mahu Azli memujuknya lagi. Azli cuba menyedarkan Yusuf bahawa kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan Bandar. Azli menegaskan bahawa dia sudah biasa hidup di kampung yang bergelumang dengan Lumpur sawah. Azli cuba menyedarkan Yusuf bahawa mereka lulusan bidang pertanian dan bekerja sebagai petani itulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali lagi Yusuf menegaskan bahawa Azli sajalah yang mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke Bandar. Azli tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yusuf tetap berkeras dan menyuruh Azli saja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di Bandar. Yusuf menyesali sikap kawannya itu sambil menyatakan Yusuf boleh hidup mewah kalau dia tidak memandang rendah pada bidang pertanian.

3.

Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Formula ayat Pasir diri pertama dan diri kedua Objek + Subjek + Kt Kerja pasif + keterangan Formula Ayat Pasif diri ketiga Objek + ( di + kt kerja + oleh )+ Subjek +keterangan 1. 2. Saya menghadiahi pelajar itu sebuah kamus dwibahasa terbitan terkini. Anda jangan memperlekeh kami sedemikian rupa.

3. 4.

Beliau tidak mensyukuri nikmat daripada kemerdekaan negara. Kecanggihan teknologi komunikasi tidak harus melunturkan kesetiaan rakyat kepada negara. Persatuan pengguna menangani masalah pengguna secara serius Pihak berkuasa sentiasa giat memajukan kawasan setinggan. Mereka tidak menghormati pegawai yang sombong itu Baginda sultan tidak mengaku Hang Tuah sebagai hamba baginda
Pemandu pelancong itu membawa rombongan tersebut melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Putrajaya Akhbar itu melaporkan bahawa wabak selsema burung di negeri Kelantan. Syarikat berasaskan produk herba itu akan mengusahakan penanaman herba di kawasan lereng bukit.

5. 6. 7. 8.
9.

10. 11.

4.

Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif

Formula ayat aktif Subjek + Kt Kerja (Me) + objek + keterangan Tukarkan ayat Pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksudnya. 1. 2. 3. 4. 5. Arahan ketua hendaklah kamu patuhi Hal yang heboh diperkatakan itu langsung tidak saya ketahui Kata-kata ibunya sekalipun pahit bagai jadam itu cuba ditelannya. Kisah yang sudah lama terjadi tidak perlu kamu ungkit. Empat orang nelayan rakyat Malaysia telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Selat Melaka pada malam tadi. Lima orang pendatang tanpa izin dari negara jiran ditahan oleh pihak polis kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah. Dua orang perompak bersenjatakan pistol telah ditembak oleh pihak polis ketika sedang merompak sebuah kedai emas di ibu kota. MEMISAHKAN AYAT

6.

7.

5.

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Corak kehidupan masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah hingga menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang dan nilai-nilai tradisi semakin dilupakan. Golongan remaja pula lebih gemar hidup bebas dn tidak suka dikongkong oleh ibu bapa kerana mereka menganggap bahawa cara berfikir golongan tua sudah ketinggalan zaman. 2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Kajian industri kraf 2000/2001 mendapati industri batik tempatan berada pada tahap kematangan dn mengalami beberapa penambahelokan. Hal ini kerana, ramai pengusaha batik kini menyedari penggunaan batik sebagai produk hiasan dalaman selain kegunaan tradisi seperti pakaian. Justeru, tidak hairan batik menjadi produk paling digemari oleh pembeli pelbagai kaum di negara ini selain mejadi daya tarikan kepada industri pelancongan.

6.

Menyambungkan ayat

i. Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Kita berasa terkilan melihat kemasukan warga asing ke negara ini. Kemasukan mereka ke negara ini semakin bertambah. Kerajaan sudahpun mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab rakyat kita sendiri. Rakyat kita memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing. Rakyat kita menyeludup masuk warga asing ke negara ini. Mereka melakukannya untuk kepentingan peribadi. Mereka lupa bahawa perbuatan mereka hanya memusnahkan masa depan negara sendiri. Warga asing ini menimbulkan pelbagai masalah.

ii. Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Filem-filem P.Ramlee masih tidak jemu ditonton. Filem-filem P>Ramlee masih tetap menghiburkan penonton. Komedi dalam filem-filem beliau masih melucukan. Generasi baru yang tidak pernah mengenali P>Ramlee semasa hidupnya juga terhibur. P>Ramlee tidak pernah ke sekolah filem. P>Ramlee pemikir yang hebar. P>Ramlee mempunyai bakat alamnya yang luar biasa. Karya-karyanya mendapat sambutan yang hebat. Karya-karyanya berupaya memberikan identifikasi kepada penontonnya.

iii. Sambungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Memberi pendidikan bukan semata-mata tanggungjawab guru. Memberikan pendidikan juga menjadi tanggungjawab ibu bapa. Pihak ketiga pula ialah masyarkat. Melalui pengajaran, kanak-kanak diajar supaya mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Dengan cara itu, mereka menjadi manusia yang terpelajar. Proses pengajaran tidak terhenti di situ sahaja. Insan yang terpelajar wajib dilatih. Latihan itu bertujuan melahirkan insane yang tahu menilai kebaikan dan keburukan. Latihan itu penting juga untuk menentukan kesesuaian sesuatu perbuatan itu.

JAWAPAN 1. Menukarkan Perbualan kepada Cakap Pindah . i. -Sambil menegur Syima, Helmi mengucapkan tahniah kepadanya tetapi Syima berasa hairan dan menyatakan bahawa dia tidak memahami maksud Helmi itu. -Helmi menjelaskan bahawa dia mengucapkan tahniah kerana Syima adalah pelajar cemerlang sekolah mereka dalam peperiksaan SPM. -Syima bertanya tentang hal itu kerana dia sendiri belum mengetahuinya. -Helmi menyatakan bahawa perkara itu dijelaskan kepadanya oleh Cikgu Ani semasa dia mengambil slip peperiksaan tadi. -Walau bagaimanapun, Syima enggan mempercayainya, sebaliknya dia hendak ke sekolah untuk memastikan kebenaran kata-kata Helmi itu. -Helmi meminta Syima mempercayainya kerana dia serius tentang hal itu. Syima menyatakan bahawa dia harus berwaspada terhadap Helmi kerana Helmi pernah menipunya dulu. -Helmi berjanji bahawa dia tidak menipu Syima kali ini. -Seterusnya, Syima mengingatkan Helmi supaya tidak membuat orang hilang kepercayaan hingga perkara benar yang dikatakannya pun disangsikan orang. ii cikgu Imawati bertanya kepada Irwan sebab dia tidak dating ke sekolah dua hari yang lepas. Irwan memberikan alasan bahawa neneknya sakit tenat di kampung Irwan sekeluarga telah pulang ke kampung untuk menziarahi neneknya. Irwan menerangkan bahawa neneknya telah beransur pulih sewaktu mereka sekeluarga pulang Cikgu Imawati menyatakan kepada Irwan bahawa dia telah memberikan banyak nota kepada kawan-kawan Irwan dan memintanya menyalin nota itu semula supaya tidak ketinggalan. 2. Azli Yusuf Azli Yusuf Azli pindah kepada perbualan Sudah muktamadkah keputusan engkau hendak ke Bandar? Ya, aku sudah nekad. Engkau jangan pujuk aku lagi. Apa kurangnya kampung kita berbanding dengan Bandar? Aku bosan, hari-hari bermain dengan Lumpur sawah. bukankah pengkhususan kita bidang pertanian? Jadi, bertanilah pilihan kita. Yusuf : Kalau engkau hendak, engkau sajalah yang buat. Aku tetap hendak ke Bandar. Azli : Lebih baik kita usahakan tanah terbiar itu, tentu hasilnya lumayan. Yusuf : Engkau sajalah yang kerjakan, aku hendak makan gaji. Azli : Dangkal betul fikiran engkau. Engkau boleh kaya kalau tak pandang rendah pada bidang pertanian. 3. Jawapan menukarkan ayat aktif - pasif Cakap : : : : :

1.
2.

Pelajar itu saya hadiahi sebuah kamus dwibahasa terbitan terbaru. Kami jangan anda perlekeh sedemikian rupa

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Nikmat daripada kemerdekaan negara tidak disyukuri oleh beliau Kesetiaan rakyat kepada negara tidak harus dilunturkan oleh kecanggihan teknologi komunikasi Masalah pengguna ditangani secara serius oleh Persatuan Pengguna/ Masalah pengguna ditangani oleh Persatuan Pengguna secara serius. Kawasan setinggan sentiasa giat dimajukan oleh pihak berkuasa. Pegawai yang sombong itu tidak dihormati oleh mereka. Hang Tuah tidak diakui oleh baginda Sultan sebagai hamba Rombongan tersebut telah dibawa oleh pemandu pelancong melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Putrajaya. Wabak selsema burung dilaporkan oleh akhbar itu telah merebak di negeri Kelantan. Penanaman herba telah diusahakan oleh Syarikat berasaskan produk herba di kawasan lereng bukit Jawapan menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif

4.

1. Kamu hendaklah mematuhi arahan ketua.


2. 3. 4. 5.

Saya langsung tidak mengetahui hal yang heboh diperkatakan itu. Dia cuba menelan kata-kata ibunya sekalipun pahit bagai jadam . Kamu tidak perlu mengungkit kisah yang sudah lama terjadi. Sekumpulan lelaki bersenjata menculik empat orang nelayan rakyat Malaysia di perairan Selat Melaka pada malam tadi. 6. Pihak polis menahan lima orang pendatang tanpa izin dari negara jiran kerana terlibat dalam pelbagai kes jenayah. 7. Pihak polis menembak mati dua orang perompak ketika sedang merompak sebuah kedai emas di ibu kota. 5. 1. Jawapan memisahkan ayat i. -corak kehidupan masyarakat pada hari ini sudah banyak berubah ii. -Corak masyarakat sekarang menyebabkan hubungan kekeluargaan bertambah renggang. iii. -Nilai-nilai hidup tradisi semakin dilupakan. iv. -Golongan remaja lebih suka hidupbebas. v. Golongan remaja tidak lebih suka dikongkong oleh ibu bapa. vi. -Golongan remaja menganggap bahawa cara berfikir golongan tua sudah ketinggalan zaman. i. ii. iii. iv. v. vi. Kajian industri kraf 2000/2001 mendapati induastri batik tempatan berada pada tahap kematangan. Kajian industri kraf 2000/2001 mendapati industri batik tempatan mengalami beberapa penambahelokan. Hal ini kerana ramai pengusaha batik kini menyedari penggunaan batik sebagai produk hiasan dalaman. Ramai pengusaha menggunakan batik sebagai kegunaan tradisi seperti pakaian. Batik menjadi produk paling digemari oleh pembeli pelbagai kaum. Batik menjadi produk daya tarikan kepada industri pelancongan.

2.

6 1.

Jawapan menyambungkan ayat i. Kita berasa terkilan melihat kemasukan warga asing ke negara ini yang semakin bertambah walaupun kerajaan sudah mengambil tindakan yang sewajarnya. Hal ini berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawabrakyat kita sendiri kerana mereka bukan sahaj telah memberikan peluang pekerjaan kepada warga asing, malah menyeludup masuk warga asing ke negara ini demi/ untuk kepentingan peribadi. Mereka lupa bahawa perbuatan mereka hanya memusnahkan masa depan negara sendiri kerana warga asing ini menimbulkan pelbagai masalah. Filem filem P.Ramlee masih tidak jemu ditonton, tatap menghiburkan penonton dan komedi dalam filem-filemnya melucukan malah generasi baru yang tidak pernah mengenali P>Ramlee juga turut terhibur. P>Ramlee tidak pernah ke sekolah filem ttetapi beliau pemikir yang hebat disamping bakat alamnya yang luar biasa. Karya-karyanya mendapat sambutan hebat kerana berupaya memberikan identifikasi kepada penontonnya. Memberikan pendidikan bukan semata-mata tanggungjawab guru, tetapi juga ibu bapa dan masyarakat. Melalyi pengajaran, kanak-kanak diajar supaya mengetahui sesuatu yang belum diketahui agar mereka menjadi manusia yang terpelajar. Proses pengajaran tidak terhenti di situ sahaja kerana insane yang terpelajar itu wajib dilatih untuk melahirkan insane yang tahu menilai kebaikan dan keburukan serta menentukan kesesuaian sesuatu perbuatan itu.

ii.

iii.

i.

ii. iii.

3.

i. ii. iii.

Kesalahan ejaan dan imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Pak Majid kelihatan bersedih lagi kerana asyik teringat arwah isterinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Golongan siswazah mengangur digalakkan supaya menceburkan bidang keusahawanan untuk merancakkan ekonomi negara. Rancangan hiburan berbentuk reality mendapat sambutan di kalangan remaja sehinggakan sanggup berhabis duit untuk mengundi calon kegemaran mereka. Konflik antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang berdasarkan drama ini adalah cukup dramatis. Kerajaan Malaysia telah menghadkan kemasukan buroh asing demi kesejahteraan rakyat di negara ini. Ibubapa perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak, terutamanya apabila mereka termasuk alam remaja. Pulau Pinang yang terkenal sebagai Pulau Mutiara mempunyai banyak tempat perlancungan yang menarik untuk dikunjung. Berdasarkan pengkajian yang dijalankan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada gulongan berpendapatan rendah. Pihak syarikat akan membayar gantirugi kepada pembeli yang rumahnya gagal menyiapkan mengikut jadual. Peraduan menulis essei wajar diperbanyak untuk meningkat kemabiran pelajar mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan. Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan atlit kurang upaya dalam beberapa acara yang bertanding pada Sukan Komenwel yang lalu. Pihak kerajaan terpaksa memperuntukan jutaan ringgit pada setiap tahun untuk menjalankan kempen anti-dadah dan membiayai pusat-pusat serenti. Anak yang berbudi perkerti tidak akan menceritakan tentang keburukan keluarganya kepada orang lain. Kerajaan harus menghadkan permit caf siber bagi menyejahterakan masyarakat umum.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

Kegunaan bahasa Melayu pasar oleh sesetengah rakyat di negara ini khususnya jenerasi muda kian berkurang dari semasa ke semasa. Mohamed Adib menghadiahkan ibunya telekung ketika ibunya hendak berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji. Pengurus kedai itu mengalakkan para pekerjanya menghiaskan kedai mereka agar kelihatan lebih cantik berbanding kedai-kedai lain yang berhampir. Pihak berkuasa tempatan telah mengkhaskan pusat rekreasi itu untuk para pengunjung beristirehat. Pihak penganjor Kejohanan Olahraga Daerah mengumumkan bahawa upacara perasmian penutup ditangguhkan kerana hujan lebat. Masyarakat Arab jahiliah terlalu taksub kepada pimpinan yang seketurunan dengan mereka. Semua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menggembeleng tenaga untuk menjalani tugas-tugas kemanusiaan di Acheh selepas tragedy tsunami. Rakyat Malaysia memang dikenali di seluruh dunia dengan sifat-sifat peramah dan bertata tertib. Penduduk kampung itu memandang bahawa subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan membawa banyak manafaat kepada mereka. Selain kegiatan pembalakan hutan turut berbekal tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kasiat tinggi. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang dimanfaatkan kepada masyarakat setempat dan sejaggat. Bandar Puterajaya akan dijadikan destinasi yang penting pada pelawat ke Malaysia. Kebaikkan internet memang tidak dapat dinafikan kerana dengan sentuhan jari sahaja seseorang itu berjaya memperolehi pelbagai pengetahuan serta mengetahui ehwal semasa. Sebahagian besar pengusaha kraftangan di negara ini tidak berupaya ditembusi pasaran antarabangsa. Kerajaan sudah mengambil langkah dan menumpukan kometmen untuk memajukan sector pertanian agar bertanding dengan sector perindustrian.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30. Pengguna bahasa Melayu sudah meluas tetapi masaalah yang sering diperkatakan mengenainya ialah pencemaran bahasa yang semakin menjadi-jadi. 31. Kursus masakkan yang diadakan pada setiap petang hari sabtu dijalan oleh guru-guru Kemas. 32. Pada abad ke-lima belas negeri Melaka telah diserang dan terjajah oleh Portugis. Pencapaian akedemik golongan pendidikan khas perlu diberi perhatian untuk bantu kanak-kanak istimewa. 34. Kerajaan Amerika menganggap masalah ponting sekolah sebagai serius sejak kebelakangan ini dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya. 35. Berdasarkan kajian yang dibuat kebanyakkan penjenayah remaja yang ditahan didapati dibabitkan dengan kesalahan tidak hadir ke sekolah.

33.

36. Sebanyak 67 peratus daripada remaja yang tidak hadir ke sekolah di dapati positif apabila dilakukan ujian air kencing yang terbukti mereka mengambil dadah. 37. Pondok rihat di taman bunga itu telah disalah guna oleh pelajar-pelajar sebagai tempat mereka bermain judi dan ponteng sekolah. 38. Melati telah menjadi saksi dalam kes bicara pembunuh kejam seorang ejen insurans. 39. Banyak orang telah menderma barang-barang yang burok dan tidak sesuai sewaktu kempen membantui mangsa ombak tsunami tahun lalu. 40. Hari anugerah cermerlang yang diadakan pada setiap tahun di semua sekolah adalah untuk dihargai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. 41. Sorakan gemuroh rakan-rakan Safiah menguatkan semangatnya berlari lebih pantas bagi memenangkan perlumbaan tersebut. 42. Setelah mengikuti sessi latihan renang dengan gigih selama dua bulan akhirnya Najwa berjaya mengrangkul pingat emas peringkat kebangsaan. 43. Sindikit memalsukan paspot Malaysia dibongkar apabila seorang daripada ahlinya ditangkap polis semalam. 44. Surat yang ditanda tangan oleh pemohon itu hendaklah di hantar kepada pengurus syarikat dengan segera.

45. Seorang pesuruh jaya asing telah terbunuh di rumahnya malam tadi tetapi motif pembunuh belum diketahui. 46. Mereka yang menghisab sokok boleh bahaya orang lain. 47. Kondaktor bas itu telah marah pekerja asing yang membuat bising di dalam bas. 48. Pak Abu maseh pandai berbahasa Jepun kerana dia terus pelajaran ke Jepun selepas Jepun kalah. 49. Semua peserta yang dipanggil temuduga telah lepas ujian kelayakan yang diadakan sebulan lalu. 50. Pesaraan pengetua sekolah saya yang terkenal dengan sikap perihatin telah diadakan di dewan besar sekolah. 51. Semangat nasionalisma semakin luntur dalam jiwa remaja sebab mereka dipengaruh dengan budaya Barat. 52. Pelajar bistari negara Nur Amalina ditawarkan melanjut pelajarannya ke luar negara. 53. Tentera penceroboh telah menyiksa tawanannya dengan kurung mereka di dalam bilik sempit tanpa memberi sebarang makanan. 54. Datuk Jins Shamsudin telah menulis pra kata dalam buku baharu karya Siti Sarah.

JAWAPAN 3C
1. Pak Majid kelihatan bersedih lagi kerana asyik teringatkan arwah isterinya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Golongan siswazah menganggur digalakkan supaya menceburi bidang keusahawanan untuk merancakkan ekonomi negara. Rancangan hiburan berbentuk realiti mendapat sambutan dalam kalangan remaja sehinggakan sanggup berhabis duit untuk mengundi calon kegemaran mereka. Konflik antara Hang Tuah dengan Hang Jebat yang mendasari drama ini adalah cukup dramatik. Kerajaan Malaysia telah mengehadkan kemasukan buruh asing demi kesejahteraan rakyat di negara ini. Ibu bapa perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan dengan anak-anak, terutamanya apabila mereka memasuki alam remaja. Pulau Pinang yang terkenal sebagai Pulau Mutiara mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Berdasarkan kajian yang dijalankan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Pihak syarikat akan membayar ganti rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan mengikut jadual. Peraduan menulis esei wajar diperbanyak untuk meningkatkan kemabiran pelajar mengungkapkan buah fikiran dalam bentuk tulisan. Rakyat Malaysia turut berbangga dengan penglibatan atlet kurang upaya dalam beberapa acara yang dipertandingkan pada Sukan Komenwel yang lalu. Pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan jutaan ringgit pada setiap tahun untuk menjalankan kempen antidadah dan membiayai pusat-pusat serenti.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

Anak yang berbudi pekerti tidak akan bercerita tentang keburukan keluarganya kepada orang lain. Kerajaan harus mengehadkan permit kafe siber bagi menyejahterakan masyarakat umum.

14.

15.

Penggunaan bahasa Melayu pasar oleh sesetengah rakyat di negara ini khususnya generasi muda kian berkurang dari semasa ke semasa. Mohamed Adib menghadiahi ibunya telekung ketika ibunya hendak berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Pengurus kedai itu menggalakkan para pekerjanya menghiaskan kedai mereka agar kelihatan lebih cantik berbanding kedai-kedai lain yang berhampiran. Pihak berkuasa tempatan telah mengekhaskan pusat rekreasi itu untuk para pengunjung beristirahat. Pihak penganjur Kejohanan Olahraga Daerah mengumumkan bahawa upacara perasmian penutupan ditangguhkan kerana hujan lebat. Masyarakat Arab jahiliah terlalu taasub kepada pemimpin yang seketurunan dengan mereka. Semua wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menggembleng tenaga untuk menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di Acheh selepas tragedy tsunami. Rakyat Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat-sifat peramah dan bertatatertib. Penduduk kampung itu berpandangan bahawa subsidi yang diberikan oleh kerajaan akan membawa banyak manfaat kepada mereka. Selain kegiatan pembalakan hutan turut membekalkan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai khasiat tinggi. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat dan sejagat.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

Bandar Putrajaya akan menjadi destinasi yang penting pada pelawat ke Malaysia. Kebaikan internet memang tidak dapat dinafikan kerana dengan sentuhan jari sahaja seseorang itu berjaya memperoleh pelbagai pengetahuan serta mengetahui ehwal semasa. Sebahagian besar pengusaha kraf tangan di negara ini tidak berupaya menembusi pasaran antarabangsa. Kerajaan sudah mengambil langkah dan menumpukan komitmen untuk memajukan sector pertanian agar setanding dengan sector perindustrian.

27.

28.

29.

30. Penggunaan bahasa Melayu sudah meluas tetapi masalah yang sering

diperkatakan mengenainya ialah pencemaran bahasa yang semakin menjadijadi. 31. Kursus masakan yang diadakan pada setiap petang hari sabtu dijalankan oleh guru-guru Kemas.

32. Pada abad kelima belas negeri Melaka telah diserang dan dijajah oleh
Portugis.

33. Pencapaian akademik golongan pendidikan khas perlu diberi perhatian untuk
membantu kanak-kanak istimewa.

34. Kerajaan Amerika menganggap masalah ponteng sekolah sebagai serius sejak
kebelakangan ini berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.

35. Berdasarkan kajian yang dibuat kebanyakan penjenayah remaja yang ditahan
didapati terbabit dengan kesalahan tidak hadir ke sekolah.

36. Sebanyak 67 peratus daripada remaja yang tidak hadir ke sekolah didapati
positif apabila dilakukan ujian air kencing yang membuktikan mereka mengambil dadah.

37. Pondok rehat di taman bunga itu telah disalahgunakan oleh pelajar-pelajar
sebagai tempat mereka bermain judi dan ponteng sekolah.

38. Melati telah menjadi saksi dalam kes bicara pembunuhan kejam seorang egen
insurans.

39. Banyak orang telah menderma barang-barang yang buruk dan tidak sesuai
sewaktu kempen membantu mangsa ombak tsunami tahun lalu.

40. Hari anugerah cemerlang yang diadakan pada setiap tahun di semua sekolah
adalah untuk menghargai pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

41. Sorakan gemuruh rakan-rakan Safiah menguatkan semangatnya berlari lebih


pantas bagi memenangi perlumbaan tersebut.

42. Setelah mengikuti sesi latihan renang dengan gigih selama dua bulan akhirnya
Najwa berjaya merangkul pingat emas peringkat kebangsaan.

43. Sindikit memalsukan pasport Malaysia terbongkar apabila seorang daripada


ahlinya ditangkap polis semalam.

44. Surat yang ditandatangani oleh pemohon itu hendaklah dihantar kepada
pengurus syarikat dengan segera.

45. Seorang pesuruhjaya asing telah terbunuh di rumahnya malam tadi tetapi
motif pembunuhan belum diketahui.

46. Mereka yang menghisap rokok boleh membahayakan orang lain. 47. Konduktor bas itu telah memarahi pekerja asing yang membuat bising di
dalam bas.

48. Pak Abu masih pandai berbahasa Jepun kerana dia meneruskan pelajaran ke
Jepun selepas Jepun kalah.

49. Semua peserta yang dipanggil temu duga telah melepasi ujian kelayakan yang
diadakan sebulan lalu.

50. Persaraan pengetua sekolah saya yang terkenal dengan sikap prihatin telah
diadakan di dewan besar sekolah.

51. Semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa remaja sebab mereka
terpengaruh dengan budaya Barat.

52. Pelajar bestari negara Nur Amalina ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke


luar negara.

53. Tentera penceroboh telah menyeksa tawanannya dengan mengurung mereka


di dalam bilik sempit tanpa memberi sebarang makanan.

54. Datuk Jins Shamsudin telah menulis prakata dalam buku terbaharu karya
Siti Sarah.

Dalam Ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis semula ayat itu tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Jangan mengaul adukkan bahan-bahan yang telah ibu simpan di atas meja itu, kata emak kepada kakak. Kedua orang perompak yang berbahaya itu telah ditangkap oleh polis dalam serbuan di sebuah rumah teres setelah mendpat aduan daripada orang ramai. Berbagai kaedah diambil bagi mengatasi masalah buli yang berlaku di sekolah dalam akhir-akhir ini. Senarai nama peserta-peserta yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara telah disiarkan dalam akhbar-akhbar setempat. Lebai Samad ialah penduduk yang paling tertua di Kampung Bukit Merbah dn beliau mengetahui sejarah pertubuhan kampung itu. Berdasarkan hujah-hujah bernas yang dikeluarkannya, jelaslah penceramah itu begitu arif terhadap perkembangan ekonomi negara. Yang Mulia wakil rakyat kawasan tersebut telah sudi menyiarkan katakata aluan dalam buku cenderamata program tersebut. Penumbangan pokok di kawasan tersebut ditentang keras oleh golongan pemulihara alam. Penubuhan kilang memproses makanan ternakan di kawasan berhampiran kampung tersebut mendapat aduan daripada penduduk kampung. Cerpen yang ditulis oleh saya telh memenangi tempat kedua dalam pertandingan mencipta cerpen anjuran Jabatan Peljaran Negeri Melaka baru-baru ini. Hotel damai akan membuat promosi dari masa ke semasa untuk mengajak para pelancong mengunjungi hotel mereka. Sesetengah pihak beranggapan yang produk kurus dapat membantu mereka menyelesaikan masalah obesity tanpa memikirkan risikonya. Ketika memandang ke bawah daripada tingkat tiga puluh pangsapuri itu, Ali berasa sayup dan pening-pening lalat. Walaupun berbagai intensif telah diberikan kepada atlet negara, namun pencapaian mereka di peringkat antarabangsa tetap mengecewakan.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13. 14.

15.

Kebanyakan pembeli tidak berpuas hati dengan rumah yang dibina oleh pihak pembina perumahan kerana kualitinya tidak setara dengan harga yang mereka bayar. Pihak polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut itu agar muncul untuk memberikan makluman yang dikehendaki. Perasaan Nadia berdegup-degup ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia diisytiharkan. Kerajaan Malaysia dengan Singapura telah menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan semangat perpaduan yang terbina selama ini. Ahli koporat itu berpendapat yang anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan pendidikannya ke seberang laut. Rencana itu mengkhabarkan tentang kegigihan tiga orang belia mengusahakan lading limau madu di Naka. Stesen televisyen itu sudah menerima kritikan kerana mempamerkan rancangan yang bertentangan dengan nilai hidup rakyat negara ini. Sikap berani mencuba dan mengeluarkan soalan pasti terdidik dalam diri pelajar. Oleh kerana tidak ramai pengusaha yang menternak udang harimau secara besar-besaran, permintaan hasil laut itu telah berkurangan di pasaran. Iklan merupakan alat komunikasi yang memainkan saluran yang amat terpenting sebagai penyebar maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan. Pembinaan prasarana seperti lebuh raya negara ini memberi manfaat kepada pengguna jalan raya kerana meringkaskan masa perjalanan. Pak Ismail menggantung dua ekor kambingnya kepada pokok rambutan supaya tidak merayau-rayau ke dalam kebun orang lain. Pembangunan kilang-kilang baru di luar Bandar di negara ini telah memberikan semula pekerjaan kepada belia-belia yang menganggur. Urusan pengakuan sijil hanya boleh disempurnakan oleh ketua-ketua jabatan kerajaan. Surat khabar-surat khabar itu diikat dengan kemas oleh Encik Muthu sebelum dihantar ke pusat proses semula.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

Para pelajar yang membawa basikal ke sekolah dikehendaki sentiasa berhati-hati dan mematuhi syarat-syarat lalu lintas. Sewaktu saya kecil sungai itu cantik airnya dan menjadi tumpuan di kalangan pelancong asing tetapi kini sungai itu hitam dan berbau busuk akibat pembuangan sisa kilang. Nora ingin mengecam pekerja baru di pejabatnya tetapi terkejut apabila mendapati pekerja itu adalah rakannya sewaktu di universiti. Nelayan dari Thailand sering kali menceroboh air laut kita kerana tidak ada tindakan ketat oleh pihak berkuasa Malaysia. Roziah sungguh comelmemakai baju kebaya nyonya yang dihadiahkan oleh tunangnya padanya. Ayam-ayam di dalam reban berkejaran lari bila musang masuk ke dalam reban tersebut. Di atas kelulusan pihak pentadbir mereka telah memilih tempat yang selera untuk jamuan akhir tahun. Encik Robert suka makan kacang panjang dan sosej yang diletakkan dalam roti di tiap pagi sebelum pergi bekerja. Ini kerana ramai pekerja yang diambil bekerja di kilang kereta itu tidak mahir dalam bidang automatik. Azah baharu sahaja balik daripada berkursus di Brunei dan dia mendapat banyak pengalaman di sana. Pengetua kesal dengan sikap pelajar-pelajar lelaki di asrama yang tidak solat beramai-ramai di surau pada setiap waktu maghrib dan isyak. Gajah yang banyak minyak merempuhi pagar Zoo Negara dan memijak seorang kanak-kanak sebelum dapat ditangkap dua setengah jam kemudian. Sebuah perasaan marah wujud dalam diri Amin apabila menyeluk saku seluar didapati beg duitnya telah bocor. Setiap pelajar program interaksi diminta memberikan sebuah komen untuk membaiki sebarang kekurangan program tersebut. Berapa orang pelancong telah terbunuh di dalam serangan bom di hotel itu dua hari lalu.

31.

32.

33.

34.

35.

36.

37.

38.

39.

40.

41.

42.

43.

44.

45.

Datuk Hashim telah tiga setengah tahun memegang pangkat pengerusi badan amal tersebut. Chua telah meninggal rumah itu seorang diri sejak ibu bapanya melancong di Eropah dua tahun lepas. Rancangan televisyen yang seronok itu telah ditamatkan bila kontraknya berakhir minggu lalu. Badan Shafiq yang tegap itu menyebabkan sukar baginya mencari baju yang sebadan di kedai tersebut. Sebagai sebuah negara pengeluar kereta yang masih muda, Malaysia mesti bersiap sedia menyaingi negara maju yang telah lama dalam bidang tersebut. Perasaan seram yang saya alami ketika melawati kawasan perkuburan untuk balik ke rumah sebenarnya turut dialami oleh lain orang juga. Kerani di pejabat itu sangat sombong sekali dan suka menengking orang pejabatnya jika pekerja itu silap menghantar fail yang dimintanya. Maklumat ini adalah demi untuk orang ramai yang mengidap penyakit berkaitan pernafasan. Majlis maaf-maafan diadakan selepas semua guru dan pelajar bersama di dewan besar. Perompak itu ditangkap oleh pihak polis sementara dia sedang tidur di rumah rakannya yang tidak tahu apa. Oleh kerana bas rosak semua penumpang-penumpang terpaksa turun menunggu bas dibaiki oleh mekanik. Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik sekali kerana banyak vitamin dan serat darinya. Ramai di kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai didikan agama menyebabkan anak-anak terlibat dalam fenomena sosial. Petanda yang bekerja di penjara Kajang sering melihat setengah banduan yang dihukum gantung sampai mati terjelir lidahnya. Tepi pondok itulah berlakunya pembunuhan ngeri terhadap nenek tua yang seorang kara. Semua kasut di tepi tangga disusun oleh kami agar mudah diambil oleh peserta apabila majlis tutup.

46.

47.

48.

49.

50.

51.

52.

53.

54.

55.

56.

57.

58.

59. 60.

JAWAPAN BAHAGIAN 3 D
1. Jangan mencampuradukkan bahan-bahan yang telah ibu letak di atas meja
itu, kata emak kepada kakak.

2. Kedua-dua orang perompak yang berbahaya itu telah ditangkap oleh polis
dalam serbuan di sebuah rumah teres setelah mendapat maklumat daripada orang ramai. 3. Berbagai-bagai kaedah diambil bagi mengatasi masalah buli yang berlaku di sekolah sejak akhir-akhir ini. 4. Senarai nama peserta yang akan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. 5. Lebai Samad ialah penduduk yang paling tua / tertua di Kampung Bukit Merbah dn beliau mengetahui sejarah pertubuhan kampung itu. 6. Berdasarkan hujah-hujah bernas yang dikemukakannya, jelaslah penceramah itu begitu arif tentang perkembangan ekonomi negara. 7. Yang Berhormat wakil rakyat kawasan tersebut telah sudi memberikan/ menyampaikan kata-kata aluan dalam buku cenderamata program tersebut. 8. Penebangan pokok di kawasan tersebut ditentang keras oleh golongan pencinta alam. 9. Pembinaan kilang memproses makanan ternakan di kawasan berhampiran kampung tersebut mendapat tentangan daripada penduduk kampung. 10. Cerpen yang saya tulis oleh telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan mengarang/ mencipta cerpen anjuran Jabatan Peljaran Negeri Melaka baru-baru ini. 11. Hotel damai akan membuat promosi dari masa ke masa untuk menarik para pelancong mengunjungi hotel mereka. 12. Sesetengah pihak beranggapan bahawa produk pelangsing dapat membantu mereka menyelesaikan masalah obesity tanpa memikirkan risikonya. 13. Ketika memandang ke bawah dari tingkat tiga puluh pangsapuri itu, Ali berasa gayat dan pening-pening lalat. 14. Walaupun berbagai-bagai / pelbagai insentif telah diberikan kepada atlet negara, namun pencapaian mereka di peringkat antarabangsa tetap mengecewakan. 15. Kebanyakan pemaju tidak berpuas hati dengan rumah yang dibina oleh pihak pembina perumahan kerana kualitinya tidak setara dengan harga yang dibayar oleh mereka . 16. Pihak polis menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian ragut itu agar tampil untuk memberikan maklumat yang dikehendaki. 17. Perasaan Nadia berdebar-debar ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia diumumkan. 18. Kerajaan Malaysia dan Singapura telah menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan semangat perpaduan yang terjalin selama ini. 19. Ahli koporat itu berpendapat bahawa anaknya juga patut dibenarkan melanjutkan pelajarannya/ pengajiannya ke seberang laut. 20. Rencana itu mengisahkan/ menceritakan .. kegigihan tiga orang belia mengusahakan lading limau madu di Naka.

21. Stesen televisyen itu telah menerima kritikan kerana menyiarkan/

menayangkan rancangan yang bertentangan dengan nilai hidup rakyat negara ini. 22. Sikap berani mencuba dan mengemukakan soalan pasti tersemai dalam diri pelajar. 23. Oleh sebab tidak ramai pengusaha yang menternak udang harimau secara besar-besaran, penawaran hasil laut itu telah berkurangan di pasaran. 24. Iklan merupakan alat komunikasi yang memainkan peranan yang amat penting/ terpenting sebagai penyebar maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan. 25. Pembinaan prasarana seperti lebuh raya di negara ini memberi manfaat kepada pengguna jalan raya kerana memendekkan / menjimatkan masa perjalanan. 26. Pak Ismail menambat/ mengikat dua ekor kambingnya pada pokok rambutan supaya tidak merayau-rayau ke dalam kebun orang lain. 27. Pembinaan kilang-kilang baru di luar Bandar di negara ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada belia-belia yang menganggur. 28. Urusan pengesahan sijil hanya boleh dilakukankan oleh ketua-ketua jabatan kerajaan. 29. Surat khabar itu diikat dengan kemas oleh Encik Muthu sebelum dihantar ke pusat kitar semula. 30. Para pelajar yang menunggang basikal ke sekolah dikehendaki sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas. 31. Sewaktu saya kecil sungai itu jernih airnya dan menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong asing tetapi kini sungai itu hitam dan berbau busuk akibat pembuangan sisa kilang. 32. Nora ingin mengenali pekerja baru di pejabatnya tetapi terkejut apabila mendapati pekerja itu ialah rakannya sewaktu di universiti. 33. Nelayan dari Thailand sering kali menceroboh perairan kita kerana tidak ada tindakan keras/ketat oleh pihak berkuasa Malaysia. 34. Roziah sungguh ayu memakai baju kebaya nyonya yang dihadiahkan oleh tunangnya kepadanya. 35. Ayam-ayam di dalam reban bertempiaran lari apabila musang masuk ke dalam reban tersebut. 36. Atas kelulusan pihak pentadbir mereka telah memilih tempat yang selesa untuk jamuan akhir tahun. 37. Encik Robert suka makan kacang panggang dan sosej yang diletakkan dalam roti pada setiap pagi sebelum pergi bekerja. 38. Hal ini demikian kerana ramai pekerja yang diambil bekerja di kilang kereta itu tidak mahir dalam bidang automotif. 39. Azah baru sahaja balik daripada berkursus di Brunei dan dia banyak mendapat pengalaman di sana. 40. Pengetua kesal akan sikap pelajar-pelajar lelaki di asrama yang tidak solat berjemaah di surau pada setiap waktu maghrib dan isyak. 41. Gajah yang naik minyak merempuhi pagar Zoo Negara dan memijak seorang kanak-kanak sebelum dapat ditangkap dua jam setengah kemudian. 42. Perasaan marah wujud dalam diri Amin apabila menyeluk saku seluar didapati beg duitnya telah hilang.

43. Setiap pelajar program motivasi diminta memberikan komen untuk membaiki 44. Beberapa orang pelancong telah terbunuh dalam serangan bom di hotel itu
dua hari lalu. 45. Datuk Hashim telah tiga tahun setengah memegang jawatan pengerusi badan amal tersebut. 46. Chua telah mendiami rumah itu seorang diri sejak ibu bapanya bermastautin di Eropah dua tahun lepas. 47. Rancangan televisyen yang menarik itu telah ditamatkan apabila kontraknya berakhir minggu lalu. 48. Badan Shafiq yang gemuk itu menyebabkan sukar baginya mencari baju yang sesuai di kedai tersebut. 49. Sebagai sebuah negara pengeluar kereta yang masih baru, Malaysia mesti bersiap bersedia menyaingi negara maju yang telah lama dalam bidang tersebut. 50. Perasaan seram yang saya alami ketika melalui kawasan perkuburan untuk balik ke rumah sebenarnya turut dialami oleh orang lain juga. 51. Kerani di pejabat itu sangat sombong dan suka menengking budak pejabatnya jika pekerja itu silap menghantar fail yang dimintanya. 52. Makluman ini adalah untuk orang ramai yang mengidap penyakit berkaitan pernafasan. 53. Majlis bermaaf-maafan diadakan selepas semua guru dan pelajar berkumpul di dewan besar. 54. Perompak itu ditangkap oleh pihak polis ketika dia sedang tidur di rumah rakannya yang tidak tahu apa-apa. 55. Oleh sebab bas rosak semua penumpang terpaksa turun menunggu bas dibaiki oleh mekanik. 56. Buah-buahan dan sayur-sayuran amat baik kerana banyak vitamin dan serat daripadanya. 57. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai didikan agama menyebabkan anak-anak terlibat dalam gejala sosial. 58. Pertanda yang bekerja di penjara Kajang sering melihat sesetengah banduan yang dihukum gantung sampai mati terjelir lidahnya. 59. Di tepi pondok itulah berlakunya pembunuhan ngeri terhadap nenek tua yang sebatang kara. 60. Semua kasut di tepi tangga kami susun agar mudah diambil oleh peserta apabila majlis selesai. sebarang kekurangan program tersebut.

Anda mungkin juga menyukai