Anda di halaman 1dari 20

MODUL LATIH TUBI SPM 1 of 20

MODUL TATABAHASA
(15 - 19 OGOS 2016)

AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:

A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.

a. Langkah menukarkan ayat:

1. Jangan mengubah makna asalnya.

2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:

contoh:
- saya .....................dia..................................- kamu...............................dia
- kami ..mereka -hamba..............................dia
- di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu
- kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.

contoh:
- mengapa..............punca/sebab................-
bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa

5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.

contoh:

- Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan,

menerangkan dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
- Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
- Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
- Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
- Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
- Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.
MODUL LATIH TUBI SPM 2 of 20
- Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada
"marah, hairan, terkejut, menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan
sebagainya".

6. Contoh penukaran ayat:

i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada
Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya
hadiah tersebut.

ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru
itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas
kerana berlakunya penipisan ozon.

iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru
disiplin itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah
pada hari tersebut.

iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Salbiah kepada Cikgu Hazimah..
Jawapan: Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu.

v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan
ubat yang diberinya itu.

vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Husaini
kepada Naimullah..
Jawapan: Husaini menyindir Naimullah yang baru bangun daripada tidur
walaupun sudah pukul 11.00 pagi.

vii. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui.

Jawapan: Ashikin menegur Munirah sambil bertanyakan khabarnya.

b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:

MODUL LATIH TUBI SPM 3 of 20

Contoh 1:

Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad : Betul, tu. Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan
hutan semula jadi yang indah.
Aziz : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara
seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad : Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong
tempatan .pelancong di dalam negeri.
Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu
memberi
potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu ditanam dalam diri.

Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai
pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula
menyatakan kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka
melancong ke luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan
negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad
berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk
menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan
pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta
seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa
kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad
pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang
faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri.Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.

Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.
MODUL LATIH TUBI SPM 4 of 20
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu
Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan
Cikgu Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang
lepas, Kamarul memberikan alasan.

Jawapan:

1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman
rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan
bahawa Redwan berada di dalam rumah.
4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan
mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak masakan dia
datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak
teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

Latihan Pengukuhan

Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.

Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.

Rancangan apa? jawab Ani.
MODUL LATIH TUBI SPM 5 of 20
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata
Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu............
[ 6 markah ]

_______________________________________________________________________________________

________________________

Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......

Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata
belolok anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk
tak ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6
markah ]

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________

Latihan 3:
MODUL LATIH TUBI SPM 6 of 20
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.

Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang
masih belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.
Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya
yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim......[ 6
markah ]

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________

Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah

MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?

FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6
markah ]

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________
MODUL LATIH TUBI SPM 7 of 20

Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.

Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?

Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-
samalah kita
........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6
markah ]

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________

B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)

i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.

ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.

2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya
semula kepada bentuk asal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan
ayat cakap ajuk kepada ayat pindah. Jika anda lupa, sila rujuk semula.

3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya
untuk mengelakkan markah anda ditolak.

b. Contoh soalan dan jawapan:

MODUL LATIH TUBI SPM 8 of 20
Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang
banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong
oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai
yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke
luar negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara
Eropah. Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin
keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad
itu. Kamariah pula mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat
pelancongan tempatan memberi potongan harga istimewa kepada pelancong
tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan
bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong
di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad mengiakan
pendapat itu. ...........[ 6 markah ]

Jawapan :
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula
jadi
...................... yang ..indah.

Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara

seperti Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.

Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.

Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu

memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian
........................mereka.

Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam

negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
MODUL LATIH TUBI SPM 9 of 20
...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya
itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa
dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah
mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja
kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii
itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan
pekerjaan sekiranya dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia
hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi
Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.

Soalan Latihan:

Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke

bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan
tidak mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa
kampung mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya
menegaskan bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang
dengan lumpur sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan
bidang pertanian dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi
pilihan mereka. Sekali lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang
mengerjakan sawah tetapi dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap
mengajaknya mengerjakan tanah terbiar di kampung mereka kerana hasilnya
MODUL LATIH TUBI SPM 10 of 20
tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan menyuruh Azman sahaja
mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji di bandar.

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________

Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.

Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu
Hassan sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang
berada di halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam
rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa
Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan
membalas ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana
kalau tidak masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana
keadaan rumahnya belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa
mereka tidak berkesempatan mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi
baru selesai dua hari sebelumnya.

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
________________________

PERIBAHASA

Latihan 1
Nyatakan peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah. Anda
hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.
MODUL LATIH TUBI SPM 11 of 20
(i) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan
kemampuan diri.

_____________________________________________________________________

(ii) Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.

____________________________________________________________________

(iii) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

_____________________________________________________________________

Latihan 2
Kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi di bawah.

(i) Perkara yang menjadi bahan percakapan orang.

_______________________________________________________________________

(ii) Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa.

________________________________________________________________________

(iii) Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.

________________________________________________________________________

Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan
tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan
yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah
telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini
dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa
sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan
orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
____________________________________________________________
MODUL LATIH TUBI SPM 12 of 20

Latihan 4
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu
peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.

(i) Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia
belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau
dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
_______________________________________________________________________

(ii) Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran

lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang
negeri.
_______________________________________________________________________

(iii) Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk
jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang
dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat
pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.

________________________________________________________________________

Latihan 5
Lengkapkan peribahasa yang berikut.

(i) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

_____________________________________________________________

(ii) Banyak udang, banyak garam _________________________________________

(iii) Lain hulu lain parang __________________________________________________

(iv) Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain

________________________________________________________________

(v) Tak tumbuh tak melata _________________________________________________

(vi) Ada ubi ada batas______________________________________________________

Latihan 6
Berdasarkan pernyataan berikut, nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi
setiap situasi di bawah.

(i) Sikap tergesa-gesa pasti mengundang mala petaka jika tidak berhati-hati
ketika berada di jalan raya. Ingatan inilah yang perlu disematkan dalam minda
para pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya.

______________________________________________________________________
MODUL LATIH TUBI SPM 13 of 20
(ii) Duit raya yang diterima oleh kanak-kanak wajar dimanfaatkan sebaik-
baiknya dengan cara menyimpannya di dalam bank untuk masa depan mereka.
Amalan menabung merupakan satu tindakan yang baik dan mengajar seseorang
berjimat cermat.

________________________________________________________________________

(iii) Aktiviti bergotong-royong yang dilakukan oleh. penduduk kampung tersebut

berjaya menarik penyertaan lebih 150 penduduk pelbagai peringkat umur.
Aktiviti seumpama ini merupakan satu titik permulaan bagi menyemai nilai
murni di samping dapat mengukuhkan hubungan semangat kejiranan sesama
mereka.

________________________________________________________________________

Latihan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu
meraih kecemerlangan jika ada kesungguhan. Hal itulah yang dibuktikan oleh
seorang anak muda dari kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan
pelajar bukan Melayu pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru
ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan sebaya yang lain berjaya
dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam bidang
akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh
berjaya. Oleh itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan
berkorban masa dan tenaga serta menguruskan masa dengan terancang.
Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh kejayaan dan bercadang
melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
____________________________________________________________

Latihan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan satu peribahasa yang
sesuai dengan setiap situasi tersebut.

(i) Kehidupan Pak Ali sebagai penarik beca roda tiga di bandar itu amat daif,
lebih-lebih lagi orang ramai semakin kurang menggunakan perkhidmatannya.
Namun, dia enggan mencari kerja lain dan tidak yakin boleh membuat kerja
lain.
MODUL LATIH TUBI SPM 14 of 20
_______________________________________________________________________

(ii) Abu sentiasa berusaha dengan gigih untuk mengembangkan perniagaannya.

Dia memulakan perniagaan dengan menjual majalah dan surat khabar,
kemudian menjual buku-buku dan alat tulis. Kini, kedai Abu semakin banyak
menjual barang untuk keperluan harian masyarakat di tempatnya.
______________________________________________________________________

(iii) Kamal terlalu boros dan suka berbelanja dengan mewah. Wang
simpanannya telah habis dibelanjakan. Kini, baru dia sedar dan berazam untuk
berjimat cermat.

_______________________________________________________________________

Latihan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sepuluh tahun lalu, Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan

yang susah dan berlaku perselisihan dengan adik-beradiknya. Kini dia di
perantauan dan dapat menikmati hidup yang agak selesa. Tetapi ingatan
kepada kampung halaman masih membara. Dia mengambil keputusan untuk
pulang ke kampung dan menetap di sana. Dia meminta maaf daripada adik-
beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu. Kini hubungannya dengan
adik-beradik semakin mesra.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

Latihan 10
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan menggunakan peribahasa
yang sesuai.
MODUL LATIH TUBI SPM 15 of 20
i. Pada mulanya beliau hanya bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar
raya di Kuala Lumpur, iaitu pada awal tahun 1990. Namun kini, dengan berkat
usahanya yang gigih, beliau telah menjadi Pengarah Urusan di syarikatnya
sendiri. Beliau percaya bahawa .....

________________________________________________________________________

ii. Sejak tahun 1995, sedikit demi sedikit Ahmad mengusahakan keropok
lekornya sendiri secara kecil-kecilan. "....., biarlah aku mulakan dengan modal
yang sedikit," bisik Ahmad.

________________________________________________________________________

MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT

(A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka

dengan harga tinggi
suka hati kepada pemborong ayam.
MODUL LATIH TUBI SPM 16 of 20
2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana
masalah bekalan
simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana
dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.

4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti

yang ditemui oleh
pihak polis.

5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-
kurikulum yang
dijalankan.

6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak
masih tidak
berubah.

7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.

8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan
di negara ini.

9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-

beradiknya.

10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu
kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
MODUL LATIH TUBI SPM 17 of 20

11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan
harga yang
ditawarkan berpatutan juga.

12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh
persembahan
tarian asli yang ditontonkan.

13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran
diingatkan supaya
menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.

14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan
perlumbaan kerana suntuk masa.

15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada
pusingan yang
kelima.

b. Mengesan Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan
perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.

Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia
dan sering ke luar negara.
Betul: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia
dan sering ke luar negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.

B. Kesalahan tatabahasa
MODUL LATIH TUBI SPM 18 of 20
Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk kesalahan dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hukum
tatabahasa.

Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung
Malaysia.
Betul : Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.
Betul : Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat
pertandingan itu.
Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat
tersebut.

1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu? tanya para
peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan

pisang goreng yang dia buat.

3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai

pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi.

4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas

tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut.

5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke

seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom

selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.

7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan

sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.Buku-
buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis
di syarikat tersebu begitu mengutamakan kuantiti.
MODUL LATIH TUBI SPM 19 of 20

8. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat

perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat
perjanjian tersebut.

9. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang
tercatat pada bungkusan buku tersebut.

10.Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah

meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan
seterusnya menunda mesyuarat tersebut.

11.Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin

membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

12.Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah

buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

13.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam
sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang
lain.

14.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-

memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri.Ayah
sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng
yang dibaluti tepung itu.

15.Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya

pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka
perbicaraan.
MODUL LATIH TUBI SPM 20 of 20

SELAMAT MAJU JAYA20

Anda mungkin juga menyukai