Anda di halaman 1dari 2

ZUBAIDAH YAACOB (D20072031692) KUMPULAN: B

2. Falasi

Dalam berfikir ada kalanya kita tidak menyedari bahawa kita telah melakukan
kesilapan. Malah kita juga tidak menyangka bahawa cara pemikiran kita itu adalah silap.
Hal ini dinamakan sebagai falasi. Falasi ialah kesilapan atau kepalsuan pada cara kita
berfikir atau berhujah (Abdul Rahman Hj Abdullah,2002). Pendapat lain pula
mengatakan bahawa falasi merupakan satu hujah yang tidak sah walaupun hujah tersebut
secara sepintas lalu kelihatan benar (Ratna Roshid Abd Razak,2009). Falasi juga
merupakan satu hujah yang lemah dan cacat disertai dengan kesalahan logik. Menurut
pendapat lain pula, falasi merupakan satu kesilapan pada cara kita berfikir. Kita
menyangka bahawa pemikiran kita betul. Malah orang lain juga mengatakan bahawa
fikiran kita itu betul sedangkan sebenarnya tidak (Ainon Mohd dan Abdullah
Hassan,1997). Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, dapat dilihat bahawa falasi
merupakan satu kesilapan pada cara kita berfikir.

Secara umumnya, falasi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu falasi
formal dan falasi tidak formal. Falasi formal merupakan kesilapan yang mudah untuk kita
kesan hanya kerana struktur hujah yang salah. Manakala falasi tidak formal pula agak
sukar untuk dikesan kerana untuk mengesannya kita perlu memahami faktanya terlebih
dahulu. Manakala secara keseluruhannya falasi merangkumi tiga perkara iaitu inferens,
stereotaip dan andaian. Terdapat pelbagai jenis falasi yang terdapat dalam kehidupan
seharian kita sama ada kita sedar atau sebaliknya. Antar contoh-contoh falasi adalah
seperti falasi stereotaip, falasi post hoc ergo propter hoc dan falasi mengabui mata.

Falasi stereotaip merupakan percakapan yang bersifat keras dan tidak berubah-
ubah. Falasi ini terbit daripada persepsi kita yang salah dan mungkin bersifat prejudis.
Stereotaip ini sukar untuk diubah dan biasanya orang yang mempunyai pemikiran
stereotaip ini hanya memperkatakan sesuatu berdasarkan apa yang mereka tahu tanpa
memikirkan sama ada maklumat itu adalah betul atau sebaliknya. Punca utama stereotaip
ini adalah keyakinan seseorang pada logik “aku punya lebih betul” (Ainon Mohd dan
Abdullah Hassan, 1997). Hal ini membawa maksud adalah berpendapat bahawa apa yg
difikirkannya adalah betul dan tepat tanpa mempertimbangkan sebab-sebab dan faktor-
faktor yang lain. Tanpa kita sedari, stereotaip ini mungkin terjadi sedari kita masih kecil
lagi dan sudah ditanamkan dengan pemikiran tersebut dan sukar untuk diubah. Sebagai
contoh, apabila kita mengatakan bahawa penagih dadah mesti adalah Melayu. Sedangkan
jika diteliti, penagih dadah bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi juga
melibatkan kaum-kaum lain juga. Kesimpulan daripada falasi ini adalah pandangan
stereotaip ini memisahkan kita daripada dunia realiti kerana pemikiran kita dikongkong
oleh pandangan yang kurang tepat dan tidak adil.

Falasi yang seterusnya adalah falasi post ergo propter hoc. Perkataan ini adalah
berasal daripada perkataan latin yang boleh kita terjemahkan sebagai “selepas itu, maka
oleh sebab itu”. Falasi ini boleh dikatakan popular kerana falasi inilah merupakan falasi
yang paling kerap kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. Apa yang dimaksudkan
“selepas itu, maka oleh sebab itu” boleh dinyatakan sebagai sesuatu kejadian itu terjadi
disebabkan oleh kejadian lain walaupun sebenarnya tidak semestinya kejadian pertama
ZUBAIDAH YAACOB (D20072031692) KUMPULAN: B

itu bukanlah punca yang menyebabkan kejadian kedua itu berlaku. Sebagai contoh
apabila sepasang suami isteri mengambil anak angkat disebabkan sudah 5 tahun
berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata. Tidak lama kemudiannya, isteri
tersebut disahkan mengandung. Suami isteri tersebut berpendapat hal ini merupakan tuah
yang diperoleh kerana mengambil anak angkat tersebut ke dalam keluarga mereka. Oleh
yang demikian mereka menganggap bahawa anak angkat tersebut penyebab kepada
kelahiran bayi tersebut.

Falasi mengabui mata pula berlaku apabila kita cuba mengalihkan perhatian orang
lain dengan memberikan hujah yang berbeza dan melarikan perhatian orang daripada
memikirkan perkara utama. Cara yang paling kerap dilakukan untuk mengabui mata ialah
dengan mengemukakan hujah “nasib baik”. (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan,1997).
Sebagai contoh apabila seseorang yang sepatutnya mendapat upah bertukang sebanyak
RM 10 tetapi hanya diberikan RM 8 sahaja. Apabila dipersoalkan majikannya memberi
alasan “Nasib baik saya bagi. Kalau saya tidak bagi apa-apa, lagi teruk, bukan?”. Hujah
sedemikian diberikan adalah untuk memberikan kelegaan sementara dan melupakan
sebentar isu yang utama. Falasi ini berlaku apabila kita bukan menyatakan perkara
sebenar tetapi memanipulasikan pemikiran seseorang tersebut agar menerima alasan yang
sebenarnya tidak mempunyai kaitan.

Secara kesimpulannya, falasi merupakan satu bentuk pemikiran yang mungkin


dianggap biasa bagi setiap orang namun jika dibiarkan tanpa memikirkan kesannya,
mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah. Falasi juga amat penting untuk diketahui
bagi membantu kita untuk menganalisis dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat
sesuatu keputusan.

Sumber:

Abdul Rahman Hj.Abdullah.(2002).Falsafah dan Kaedah Pemikiran.Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.(1997).Memahami Psikologi Berfikir.Kuala


Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ratna Roshida Abd.Razak.(2009).Pemikiran Kritis.Kuala Lumpur:Mc Graw Hill


Education.

Anda mungkin juga menyukai