Anda di halaman 1dari 69

GIG1012

KULIAH 2 :
FALSAFAH
PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH

TEORITIKAL PRAKTIKAL FALSAFAH BARU

Falsafah Teoritikal
Falsafah Praktikal (Amaliyyah) Falsafah- Falsafah
(Nazariyyah)
bertujuan mencari kebahagiaan Baru
bertujuan mencari hak
hidup merujuk kepada aktiviti Falsafah Alam
kebenaran merujuk
menghayati ilmu-ilmu (tentang Sekitar
kepada semua jenis ilmu
manusia, Tuhan dan alam) Falsafah Bidang
tentang kewujudan
dalam segenap lapangan
termasuk tentang
kehidupan manusia
manusia, Tuhan dan alam
merangkumi bidang pengajian
merangkumi bidang
seperti politik, ekonomi, akhlak
pengkhususan seperti
dan lain-lain.
metafizik, logik dan
matematik.
FALSAFAH
TEORITIKAL
EPISTEMOLOGI
(ilmu dan
kebenaran)

METAFIZIK CABANG
(hakikat dan
kewujudan) UTAMA LOGIK

TEORITIKAL

PSIKOLOGI
(teori perasaan
dan kecantikan)
Psikologi

Konsep insan seimbang


Hakikat dan kewujudan (metafizik-konsep dan
sifat insan, potensi
individu)

Perlembagaan Insan: JERI


Asal usul ( Jasmani, Emosi, Rohani,
manusia Intelek) Perbincangan
Konsep perbandingan falsafah, sains
dan agama
Insan
Asal usul insan
- Pelbagai fahaman dan pendekatan

Hakikat dan sifat insan


- Fizikal Material
Konsep Insan dan
- Spiritual - rohani
Hubungan dengan
Potensi-potensi Insan
FPK serta Falsafah
- Jasmani, emosi, rohani, intelektual
Sejahtera
(JERI dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan)

Faham Insan Sejahtera dalam Krisis Kemanusiaan


FPK menekankan pembangunan rohani dan emosi secara
seimbang dengan menerapkan nilai-nilai murni merentasi
kurikulum. Manakala bagi mengukuhkan lagi ilmu yang
menghubungkan kepada kemantapan rohani, prinsip
kepercayaan dijadikan pegangan oleh FPK.

Antara unsur-unsur rohani yang diterapkan dalam kurikulum


pendidikan ialah menyedari dan menginsafi daya Pencipta,
menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, menyedari
dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina
disiplin kendiri serta membentuk akhlak mulia.
■ Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik
manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk
kepentingan duniawi dan ukhrawi.
■ Manusia sebagai insan disempurnakan sifatnya dengan anugerah
akal, potensi pembelajaran dan kemahiran untuk memahami dan
menguasai ilmu.
Definisi Psikologi

Ilmu psikologi akal ialah ilmu yang


membahaskan perkara-perkara yang
berhubung dengan roh dari segi
Psikologi ialah ilmu yang hakikat, asal dan kesudahannya.
membahaskan kelakuan dan Misalnya, adakah roh itu dari unsur
kecenderungan akal fikiran. jisim atau sesuatu unsur yang bukan
Perbahasan ilmu jiwa ialah akal, jisim. Apakah hubungan roh itu
perasaan, ingatan, khayalan, dengan jisim?. Sekiranya roh itu
tabiat semulajadi dan lain-lain. sesuatu unsur yang lain dari jisim,
Apakah pula kesannya pada jisim
apabila kedua-dua unsur itu
bersatu?.
■ Psikologi memainkan peranan yang penting di dalam
kehidupan manusia kini. Ilmu psikologi membantu
memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi
mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor
yang mungkin terlibat dalam berkelakuan.
■ Psikologi melalui kajian sains yang dilakukan melibatkan
aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam
memahami tingkah laku manusia dan pada masa yang
sama ia diaplikasikan ke atas pelbagai bidang yang
berbeza dalam kehidupan manusia.
Cabang Psikologi terdiri daripada 2 aliran:
1. Psikologi

❑ Freewill
❑ Determination

2. Estetika

❑ Apakah nilai estetika?


❑ Kenapa perlu kepada nilai estetika?
❑ Bagaimana memperolehi nilai estetika?
Free will

■ Free will adalah kemampuan individu untuk membuat


keputusan dan bertindak dengan kawalan penuh tanpa ada
paksaan dari luar. Persoalan free will adalah antara yang
menyakini adanya free will dan yang menolak adanya free will
(determinisme).
Determinisme

■ Determinisme adalah suatu aliran falsafah yang berpendapat,


bahawa semua amal perbuatan manusia telah ditentukan oleh sebab
musabab terdahulu, Sehingga manusia tidak dapat melakukan
perbuatan-perbuatan tersebut atas kehendaknya sendiri. Aliran ini
menyebut manusia tidak mempunyai kebebasan untuk berbuat
sesuatu dan tidak bebas berkehendakan sesuatu.
■ Tindakan manusia boleh diterangkan secara sebab-musabab atau
mengikut hukum yang ditetapkan.
■ Dibahagikan kepada dua:
■ Intrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan diri sendiri.
■ Ekstrinsik: setiap kejadian berlaku disebabkan oleh faktor
luaran/di luar kawalan manusia.
Estetika
■ Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-
hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah
‘kepekaan’.
■ Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera (sense of
perception).
■ Istilah estetika telah diberikan makna baru pada tahun 1735 oleh Alexander
Baumgarten yang membawa maksud estetika menilai dan merasa serta
menghayati sesuatu dengan mendalam.
■ Baumgarten mengemukakan istilah estetika sebagai satu cabang falsafah yang
menjelaskan kewujudan satu unsur psikik dalam diri manusia yang diistilahkan
sebagai ”inferior faculty” yang bersifat sensual atau membangkitkan perasaan,
dan fakulti ini mampu melakukan pengamatan. Pengamatan yang sensual itu
bukan sahaja bersifat menyeluruh, tetapi juga berada antara keadaan jelas
yang intensif dan ekstensif.
■ Bagi Baumgarten, keindahan tidak diketahui dan dinikmati menerusi
intelek tetapi hanya melalui deria yang dibina menerusi imej sensual
yang kabur atau keliru.
■ Estetika merupakan sebagai satu falsafah keindahan yang menjadi
satu disiplin ilmu yang saintifik dan konsep keindahan yang
dikemukakan bersifat kualiti yang dialami melalui perasaan.
Pengalaman begini dikenali sebagai ”sensuous knowledge”. Beliau
seterusnya menyatakan bahawa “The end of aesthetics is perfection
of sensuous knowledge as such. This is called beauty.” (Baumgarten,
1931: 84).
Ciri-ciri Estetika

■ Antara ciri-ciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak


secara konkrit melalui pancaindera mahupun kenyataan yang
tidak dapat dilihat secara konkrit, iaitu abstrak yang hanya dapat
dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca
dalam buku.
■ Selain itu, karya seni lukisan mengandungi gambar pemandangan,
potret diri atau dekorasi. Lukisan berbentuk abstrak boleh
mempunyai wujud yang konkrit misalnya garis tebal berwarna
merah di sebelah kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan, tetapi
isi yang abstrak memerlukan pembayangan secara aktif dari
pemerhati untuk memikirkan apa yang dimaksudkan dan makna
tersiratnya.
Metafizik

Matlamat Sistem
kehidupan kepercayaan

Tuhan dan sifat


dan
kewujudanNya;
Konsep Insan Kepercayaan
kepada Tuhan
(Rukunegara)

Teisme, ateisme Agama


dan agnostisisme monoteisme
dan politeisme
Hubungan insan Sistem-sistem metafizik

Hubungan insan
dengan Tuhan -teisme, monoteisme, Metafizik
ateisme, agnostisme,
dengan alam - teologi/ politeisme, monism,
pluralism, atomisme,
untuk
- kosmologi,
ekologi.
kepercayaan/ mekanisme,
occasionalisme,
kemajuan
akidah
-kerohanian
realisme, idealism dan
nominalisme
ilmu
❑Satu cabang falsafah yang bermula dari zaman Greek.
❑Bidang ilmu yang memberi penekanan kepada the ultimate nature of
reality

❑ Dari mana datangnya kita?


❑ Kenapa kita berada di sini?
❑ Ke mana destinasi akhir kita?
▪ Terdapat empat nama mengenai cabang falsafah ini iaitu:
▪ “first philosophy”
▪ “first science”
▪ “wisdom”
▪ “theology”
■ Meta bermaksud melepasi (bebas). Metafizik bererti sesuatu yang tidak
bersifat fizikal. Misalnya hujah berkenaan peranan Tuhan dalam sains, kajian
terhadap konsep ruang dan masa, perbezaan antara manusia dan tingkah
laku, alam ghaib dan andaian terhadap konsep sebab-musabab, sama ada ia
mempunyai hubungan kemestian yang pasti ataupun hubungan yang tidak
boleh distrukturkan yang berkemungkinan ia berkait secara bersahaja dan
tidak menentu.
■ Tujuan kajian metafizik adalah untuk mendapatkan kejelasan pemikiran
berkenaan konsep itu. Sebagaimana yang difahami semasa penggunaan
harian iaitu sebagai kesatuan pemikiran berkenaan sesuatu perkara.
Termasuklah berkenaan status ontologi iaitu kewujudan.
Dua elemen metafizik:

berunsur falsafah – kajian berkaitan keagamaan –


pada peringkat yang paling fenomena di luar alam nyata.
abstrak, atau paling umum Contoh: hidup selepas mati,
mengenai sesuatu syurga, neraka. Benda ghaib
perkara/fenomena/alam. tidak boleh dibuktikan
Contoh: jauhar kerusi, sebab dengan deria yang bukan
dan akibat. rasional dan empirikal.
Bidang perbincangan:
Ontologi (teori tentang hakikat)

Sebab-akibat (causality) dan kosmogoni (asal-usul alam semesta)

Kosmologi (fenomena alam semesta)

Subjek, predikat dan taksonomi

Kewajipan (necessity) dan kemungkinan (contingency)

Minda (mind) dan jirim (matter)

Kehendak bebas (free-will) dan ketentuan (determinism)


Epistemologi

Bagaimanakah kita Kaedah perolehan


mengetahui ilmu

EPISTEMOLOGI

Jenis dan Apakah


klasifikasi ilmu kebenaran
Pelbagai kaedah
dan sumber
Perkembangan perolehan ilmu Teori-teori tentang Epistemologi
epistemologi dan - rasionalisme, kebenaran untuk kegunaan
kesan terhadap empirisisme, - koresponden,
kehidupan
kehidupan
skepticism, wahyu koheren,
- Kesan revolusi dan tradisi, intuisi pragmatik, agama - Sintesis ilmu-
sains dan ilham, dan tradisi ilmu baharu
kearifan
tempatan, hikmah
❑Perkataan berasal dari Greek words: "Episteme“
adalah → ilmu atau kefahaman "Logia" bermakna→
sains atau kajian.

❑Kajian tentang ilmu.


❑Bagaimana kita tahu?
❑Apakah sumber ilmu yang ada pada kita?
Permasalahan hakikat ilmu pengetahuan,
kebenaran, kepastian pengetahuan, serta
hakikat kehendak dan kebebasan
manusia dalam pengetahuan.

Suatu upaya rasional untuk menimbang


Apakah dan menentukan nilai kognitif
epistemologi? pengalaman manusia dalam interaksinya
dengan diri dan lingkungan sekitarnya.

Suatu disiplin ilmu yang bersifat evaluatif


(menilai), normatif (tentukan standard)
dan kritis (menguji) serta membahas
tentang kesahan pengetahuan.
■ Perbahasan tentang teori-teori pengetahuan. Menjawab soalan-soalan
berkenaan bagaimana kita boleh tahu punca-punca ilmu, ciri-ciri ilmu,
perkara-perkara yang sememangnya mustahil diketahui (jika ada),
perbezaan antara pengetahuan dengan kepercayaan, dan
kebarangkalian dengan keyakinan.
■ Dibincangkan juga mengenai status pengetahuan mengenai benda
dan zat sama ada bersifat lebih pasti daripada pengetahuan kita
berkenaan kesan-kesannya kepada deria atau sebaliknya.
Berkemungkinan juga pengetahuan kita berkenaan kesan sesuatu itu
lebih pasti daripada pengetahuan berkenaan sesuatu itu.
■ Misalnya, untuk menjawab soalan apa yang benar-benar kita ketahui bukanlah mudah
kerana sudah tentu ada sahaja yang menimbulkan keraguan kepada kita apabila kita
berfikir tentang sesuatu yang kita tahu. Tidak semua yang kita fikir itu kita ketahui. Untuk
tahu kita perlu berfikir.
■ Jika pengetahuan sains itu berkenaan perkara yang terjadi berdekatan dengan kita,
bagaimanakah status pengetahuan kita terhadap bintang, bulan, planet dan
sebagainya?. Jika cerapan hanyalah berkenaan sesuatu yang boleh dirasai, apakah
status pengetahuan yang berpunca daripada sesuatu persamaan matematik berkenaan
fenomena sains? Bagaimana pula tingkah laku zat yang terlalu kecil untuk dilihat secara
pasti?
■ Soalan-soalan demikian menyoal kembali tentang prinsip-prinsip, sebutan-sebutan asas
dan kaedah-kaedah asasi sains. Ia secara langsung membahaskan kedudukan sains
sebagai sejenis ilmu.
Logik

Induktif/aruhan
Falasi
(induction)

Deduktif Kaedah-kaedah lain – cth.


(deduction) Simbolik, linguistik, ilham,
abduksi, dialog

Seni dan Inkuiri falsafah melalui


Intuitif kaedah komuniti - ciri-ciri,
berfikir kandungan dan proses
Logik & Metodologi

Peranan logik dan


Pelbagai Metodologi
pencegahan falasi
Deduktif - induktif metodologi pembangunan
– kesalahan
penghasilan ilmu ilmu pengetahuan
berfikir
Logik

■ Kaedah pemikiran yang benar, terdapat berbagai jenis logik bergantung


kepada cara penaakulan yang digunakan.
■ Bagi memastikan kebenaran sesuatu usul, terdapat kaedah deduksi dan
kaedah induksi.
■ Penaakulan yang digunakan untuk menentukan apa yang seharusnya
dilakukan oleh seseorang itu dinamakan logik deontik/norma/imperatif.
■ Pengertian sempit: Logik ialah kajian terhadap prinsip-prinsip deduksi,
kaedah-kaedah pembuktian dan kaedah demonstrasi.
■ Hubungan antara logik dengan penaakulan seharian seperti mempelajari
teori-teori permainan dengan memainkan permainan itu. Hujah-hujah
deduksi bertujuan menimbulkan rasa yakin mengenai kesimpulan yang
dibuat melalui ‘paksaan penaakulan’. Hujah ini dianggap sah. Jika
seseorang itu menolak sesuatu penghujahan selepas mengakui
kebenaran segala andaian yang digunakan, ini dikatakan tidak rasional.
Walaupun sesuatu inferen itu dianggap munasabah, tetapi tidak cukup
kuat untuk membuktikan bahawa sesuatu hujah itu sah. Sesuatu yang
dipersetujui penggunaannya mestilah dalam satu cara yang merupakan
keperluan penghujahan.

Kaedah logik bebas daripada makna kandungannya dan seharusnya


mempunyai:
Prinsip-prinsip yang boleh memformalkan Undang-undang yang menentukan sama
bahasa melalui penggunaan simbol. ada hujah itu sah atau tidak.
■ Contoh : Penaakulan oleh Faraday – hubungan haba dengan aktiviti kimia yang
menghasilkan tenaga elektrik.

1. Peningkatan haba menyebabkan peningkatan aktiviti kimia.


2. Peningkatan haba menyebabkan penambahan tenaga elektrik.

Maka → aktiviti kimia menyebabkan aktiviti elektrik


■ Prinsip logik dalam proses jangkaan tetapi sebelum ia boleh
digunakan untuk tujuan tersebut ada beberapa prasyarat.

Contoh : Menjangkakan masa yang diambil oleh Comet Halley. Terlebih


dahulu perlu diketahui undang-undang pergerakan bumi dan planet.

Dari : Kedudukan bumi dan komet


Dan : Undang-undang pergerakannya.
Maka : Tempat dan ketika komet akan kelihatan.
FALSAFAH
PRAKTIKAL
PEMBAHAGIAN ILMU FALSAFAH

FALSAFAH
TEORITIKAL PRAKTIKAL
BARU

AKHLAQIYYAH

IQTISADIYYAH

SIASIYYAH
Falsafah Praktikal (Amaliyyah)
■ Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
– Falsafah Akhlaqiyyah: falsafah yang membahaskan perkara-
perkara pentadbiran manusia mengenai dirinya; APA DAN
PEMBAHAGIAN ILMU BAGAIMANAKAH KELAKUAN YANG BAIK BOLEH MENJAMIN
FALSAFAH
DIRINYA MENDAPAT KEBAHAGIAN.
FALSAFAH
TEORITIKAL PRAKTIKAL
BARU – Falsafah Iqtisadiyyah : falsafah yang membahaskan PERKARA-
PERKARA PENTADBIRAN MANUSIA mengenai DIRI, KELUARGA
AKHLAQIYYAH DAN MASYARAKATNYA; PERBAHASAN CARA-CARA MENDAPATKAN
BAHAN-BAHAN KEHIDUPAN, PEMBAHAGIAN KERJA,
IQTISADIYYAH MENENTUKAN HARGA BARANG DAN HAK MILIK.

SIASIYYAH – Falsafah Siasiyyah : falsafah yang membahaskan ISU POLITIK,


PEMERINTAHAN DAN MENENTUKAN BAIK BURUKNYA.
POLITIK
(FALSAFAH
KERAJAAN &
GOVERNAN
NEGARA)

CABANG EKONOMI
ETIKA
(FALSAFAH FALSAFAH (FALSAFAH
PENGAGIHAN
AKHLAK & BAIK KEKAYAAN DAN

PRAKTIKAL
BURUK) KEADILAN

PERADABAN
(FALSAFAH
PERKEMBANGAN
BUDAYA DAN
TAMADUN
KEMANUSIAAN)
Falsafah Praktikal
■ Falsafah praktikal boleh ditakrifkan sebagai kajian asas
falsafah (metafizik, teori pengetahuan, logik) untuk "pemikiran
praktikal", dengan penekanan pada nilai-nilai, sikap terhadap
kehidupan dan norma tingkah laku.
■ Praktikal – “membawa maksud berfikir secara bersungguh-
sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri
seperti sistematik, radikal dan sejagat.” Berfikir secara
sistematik bererti berfikir secara logik dan berurutan.
■ Teori nilai dan analisis kedudukan normatif merupakan teras
falsafah praktikal.
Contoh subjek falsafah praktikal:

■ Etika
■ Estetika
■ Teori keputusan
■ Falsafah politik
■ Perkembangan ekonomi

■ Ini adalah beberapa bidang yang boleh digunakan


oleh falsafah.
Bidang "pemikiran praktikal" yang dipelajari adalah:

■ Moral (falsafah moral dan etika yang digunakan)


■ Undang-undang (falsafah undang-undang),
■ Politik (falsafah politik),
■ Rasionaliti praktikal (teori keputusan),
■ Agama (falsafah agama) dan
■ Seni (estetika).
Etika

Etika dan moral adalah suatu perilaku yang dianggap perlu dan dianggap
sebagai 'common knowledge' bagi manusia sejak pra sejarah sehingga kini.
Thomas Hobbes (1588-1679) berpendapat bahawa moral adalah pada
dasarnya satu set peraturan yang manusia sepakat antara mereka sendiri
untuk hidup bersama.
Moral yang tidak berasaskan agama dipelopori oleh pemikir seperti David
Hume (1711-1776) dan Jeremy Bentham (1748-1742). Teori ini berpendapat
bahawa keseronokan dan kebahagiaan mempunyai nilai intrinsik. Apa yang
kita semua inginkan merupakan matlamat utama bagi setiap tujuan
tindakan. Sesuatu yang baik jika ia menggalakkan kebahagiaan, dan ia tidak
baik jika ia menghasilkan penderitaan.Tugas asas kita adalah untuk
berusaha melakukan perkara-perkara yang menambah jumlah kebahagiaan
atau mengurangi jumlah kesengsaraan di dunia.
Akhlak di dalam Islam berasal daripada perkataan al-khuluq – budi pekerti, tingkah
laku dan tabiat.
Imam al-Ghazali : “akhlak sebagai; sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan
darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan
fikiran terlebih dahulu” . Akhlak : sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku
manusia terhadap Allah SWT, terhadap diri sendiri dan makhluk lain berdasarkan
petunjuk Syariat.
Pembahagian Akhlak : Akhlak Baik (Mahmudah) dan Akhlak Buruk (Mazmumah)
■ ]ainisme dan Buddhisme yang digolong dalam kumpulan
heterodoks memiliki ajaran etika yang tunggal. Mereka
menegaskan bahawa segala-galanya dalam dunia adalah
tidak kekal dan usaha untuk mencari kesoronokan perlu
dikikis. Buddhisme menyebutnya kedahagaan (trishna),
Hinduisme menggelarnya nafsu (knma) dan Jainisme
merujuk kepadanya sebagai delusi (moha).
Politik

Ilmu politik adalah suatu disiplin yang menekankan soal kepimpinan kerana setiap komuniti
dan kelompok hidupan (manusia atau haiwan), cenderung untuk menyusun pentadbiran
dan organisasi masyarakatnya.
■ Barat : The Prince oleh Nicolo Machiavelli, merupakan sebuah panduan untuk
memupuk seorang pemimpin yang ideal untuk menjamin kebebasan rakyat,
penguasaan tampuk kerajaan dan kebebasan daripada pemberontakan dan serangan
luar. Prinsip utama karya The Prince adalah matlamat menghalalkan cara.
■ Islam : Menurut Al-Farabi, falsafah politik atau pemerintahan merupakan peranan ketua
negara, iaitu menyamai fungsi jantung (al-qalb) dalam tubuh manusia. Seluruh aktiviti
kenegaraan bergantung erat dengan ketua negara. Ketua negara mestilah memenuhi
syarat-syarat tertentu. Antaranya memiliki kesihatan fizikal yang baik, berani, bertenaga,
mempunyai daya intelektual, mencintai ilmu pengetahuan dan adil, mempunyai akal
yang mustafad, agar bukan sahaja boleh berkomunikasi secara dengan orang-orang
yang dipimpinnya, bahkan mampu berinteraksi secara baik dengan Maha Pencipta serta
menghormati penyampai wahyu.
■ Teori Marx bermatlamat ke arah masyarakat yang saksama
tanpa stratifikasi kelas dan ke arah pemansuhan Negara
yang ditakrifkan oleh Marx sebagai alat paksaan dan
pemerasan. Marx berhasrat untuk membebaskan manusia
daripada suasana kehidupan yang menekan. Beliau
membayangkan satu masyarakat masa hadapan di mana
manusia itu semula jadinya bebas dan berdaulat.
Ekonomi
■ Islam : Pengertian ekonomi Islam merupakan ekonomi yang
berdasarkan pada ketuhanan. Asas ataupun pokok kepada sistem
ekonomi ini bertitik tolak dari Allah, tujuan akhirnya kepada Allah,
dan memanfaatkan sarana yang tidak lepas dari syari’at Allah.
■ Barat : “Das Kapital" adalah karya utama Karl Marx, yang
mengungkap sisi negatif kapitalisme dan mengkritik ekonomi politik.
Karya ini ditulis menggunakan pendekatan materialis dialektik, yang
dikembangkan oleh Marx dan Engels lebih awal. Teori-teori Marx
berkisar di sekitar bagaimana masyarakat akan terus berubah
sebagai satu tindak balas kepada keadaan ekonominya serta
bantahan beliau terhadap keadaan masyarakat yang terkesan
akibat industri yang berasaskan kepada kapitalisme.
Peradaban

■ Perkongsian nilai- nilai sejagat yang diwarisi daripada peradaban masing-masing


sangat penting kerana ia dapat dijadikan titik tolak ke arah mewujudkan interaksi
yang positif.
■ Walau bagaimanapun, masyarakat moden pada hari ini telah banyak melupai
hikmah dari khazanah peninggalan sendiri sehingga mereka menjadi keliru dan
hilang arah tujuannya. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengembalikan khazanah
peradaban ini hendaklah dipergiatkan semula oleh generasi hari ini demi menjamin
kesinambungan keharmonian hidup masyarakat.
■ Takrif peradaban Islam iaitu pencapaian manusia dalam pelbagai aspek
kehidupan yang diimbangi dengan neraca kesepaduan wahyu yang holistik
sifatnya. Keseimbangan ini penting disebabkan matlamat akhirnya ialah untuk
mendapatkan kebaikan, kejayaan "hasanah" di dunia dan akhirat.
■ Tamadun India melihat peradaban perlu secara progresif mendedahkan kapasiti
jiwa ke arah matlamat akhir iaitu menyedari diri sendiri. Jiwa individu melalui
evolusi memperkembangkan kuasa pancaindera, emosi, minda dan intelek
sehingga ke tahap menemui alam semulajadi sebagai Kesedaran Suci.
■ Konsep Tuhan atau realiti mutlak diterima oleh pelbagai sistem India, Kumpulan
Vedintin menamakanNya Sunya; cendekiawan Sankhya mengelarNya Purusha,
Sekolah Yoga menyebutNya sebagai Iswara dan mazhab Saiva mengagungkanNya
sebagai Siaa. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan inti dalam kumpulan ortodoks
India. Sesuai dengan prinsip pertama dalam Rukun Negara, konsep ketuhanan
boleh diutamakan dalam usaha melahirkan masyarakat dalam peradaban Malaysia.
FALSAFAH
BARU
PEMBAHAGIAN ILMU
FALSAFAH

FALSAFAH
TEORITIKAL PRAKTIKAL
BARU

TEKNOLOGI

ORGANISASI

EKOLOGI
Falsafah Teknologi

■ Falsafah teknologi perlu melihat makna teknologi dan


impaknya terhadap masyarakat dan budaya.

■ Philosophy of technology studies the character of technology and


its relations to society. It has various branches, focusing for
instance on the ethics of technology, on the relations between
science and technology, on human-technology relations, or the
political dimensions of technology.
■ Mitcham (1994) menyebut jenis falsafah teknologi
"falsafah teknologi manusia" kerana ia menerima
"keutamaan kemanusiaan melalui teknologi."

■ Falsafah teknologi dibangunkan berkaitan dengan


teknologi itu sendiri dan bertujuan untuk memahami
kedua-dua amalan merancang dan mewujudkan artifak
(dalam erti kata yang luas, termasuk proses dan sistem
buatan) dan sifat benda yang dicipta .
Perubahan falsafah teknologi

■ Over the last decades of the 20th century, the field made
an ‘empirical turn’. It shifted its focus from studying
‘technology’ as a broad phenomenon to studying actual
technologies, in their detailed relations with the sciences,
with human beings, and with society. Rather than
developing theories about ‘technology’ in general, it started
to take actual technologies as a starting point for
philosophical reflection.
■ Technologies challenge philosophical concepts and
theories. When medical diagnostic technologies get
involved in our ethical decisions, for instance, this
challenges our ideas about ethics itself: is ethics something
that only humans can do, or is there room for technologies
as well? When deep brain implants interfere with our
moods and behavior, this challenges our ideas about
autonomy, free will, and what it means to ‘act’.
Falsafah Organisasi

■ Berkaitan kepimpinan : kekuatan/kelemahan


– Matlamat, hala tuju dan visi organisasi
– Hubungan sosial dalam organisasi (perkongsian/perasaan kekitaan)
– Kepercayaan

■ Perubahan organisasi ke arah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut


tujuan masing-masing
Salah satu teori
Organisasi didefinisikan sebagai satu
unit sosial yang sengaja dibentuk yang paling
(atau pengelompokan manusia) dan berpengaruh
dibentuk kembali untuk mencapai dalam bidang
matlamat-matlamat tertentu (Etzioni, organisasi dan
1964). Apabila bercakap mengenai pentadbiran ialah
organisasi, kita tidak boleh lari teori birokrasi.
daripada membicarakan mengenai
teori-teori organisasi yang ada. Teori ini diasaskan
oleh Max weber,
■ Weber merujuk birokrasi sebagai satu jenis struktur pentadbiran yang
dibangunkan dalam satu pertubuhan di mana adanya autoriti “rasional-
sah”(Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari
sudut positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi
yang lebih rasional dan lebih cekap.
■ Jenis birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau
perhubungan yang lain, tidak mempunyai persahabatan dan
permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai badan
jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud di
mana individu memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan
dalam sistem rasional.
■ Weber juga berhujah bahawa jenis birokrasi yang ideal
memerlukan alat pentadbiran yang sukar, sifat-sifat alat
pentadbiran ini termasuklah ketepatan, kepantasan, tidak ada
kekaburan, mempunyai pertimbangan, mengetepikan
kepentingan, tidak ada perselisihan, langkah penjimatan,
berkesinambungan dan kesepakatan. Beliau juga mengatakan
bahawa organisasi tidak dapat dielakkan dari berubah ke arah
jenis ideal yang dikatakan olehnya dalam pencarian proses
kecekapan yang sangat berkesan.
Falsafah Ekologi

❑Falsafah alam sekitar dan pergerakan sosial

❑Berdasarkan kepercayaan bahawa manusia mesti secara


radikal mengubah hubungan mereka dengan alam semulajadi.

❑Bermula dengan menghargai sifat semata-mata untuk


kegunaannya kepada manusia yang mengiktiraf alam
semulajadi mempunyai nilai yang melekat.
■ Ekologi Sosial merupakan satu teori sosial yang bersandarkan kepada kritikan
terhadap trend sosial, politik dan anti-ekologi semasa.
■ Murray Bookchin mengasaskan teori ini sebagai satu konseptual yang melihat kepada
pembangunan yang seimbang. Teori ini diwujudkan atas memberi sokongan yang
berbentuk rekonstruktif, bersifat ekologi, komunis dan pendekatan etika kepada
masyarakat setempat.
■ Sebagai satu ideologi yang agak kontroversi, ekologi sosial ini membayangkan sebuah
peralihan atau perkembangan sesebuah ekonomi yang bergerak di luar dari kekurangan
dan hierarki ke arah dunia yang lebih harmoni (Armstrong, C.W, & Sumaila U. R, 2001).
■ Keharmonian ini hanya akan dapat dicapai sekiranya manusia dan alam sekitar
bergerak seiringan dalam proses pembangunan dan pemodenan iaitu pembangunan
mapan (Bhaskar, R, 2009).
■ Komponen ekologi sosial ini adalah bersandarkan
kepada beberapa aspek yang mana melihat manusia
sebagai kunci utama dalam falsafah ini.
■ Bookchin melihat manusia sebagai satu entiti yang
mempunyai kuasa untuk mengubah dan
memanipulasikan persekitarannya. Manusia mempunyai
kuasa yang sangat dominan dalam hubungan ekologi
mahupun hubungan dengan alam sekitar.
■ Falsafah alam sekitar membawa maksud bagaimanakah manusia
mengeksploitasi kebijaksanaan mereka dalam mereka
berinteraksi dengan alam ini. Dengan menggunakan
kebijaksanaan mereka ini manusia melakukan kajian untuk
mencari kebenaran dan memahami makna kehidupan yang
sebenarnya.
■ Hasilnya wujudlah pelbagai bidang atau cabang ilmu seperti
sains, matematik, fizik, etika dan lain-lain ilmu lagi. Kesemua ini
adalah terangkum dalam satu rumpun yang sama iaitu falsafah.
Pengkajian ini dilakukan dengan melalui pemahaman dan
kebijaksanaan bagi membentuk kemahiran-kemahiran analitikal
dan logik serta hujah-hujah yang luas tentang sesuatu perkara
berkaitan dengan alam ini.

Anda mungkin juga menyukai