Anda di halaman 1dari 36

PENGENALAN

ILMU FALSAFAH
Prof Madya Dr Muhammad Azizan Sabjan
Bahagian Falsafah dan Tamadun
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Pulau Pinang
mazizan@usm.my
HASIL PEMBELAJARAN

MENJELASKAN definisi dan tujuan ilmu falsafah.

MENJELASKAN peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan


Rukun Negara.

MEMBINCANGKAN hubungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


dan Rukun Negara dalam Wawasan Falsafah Sejahtera.
APAKAH YANG
DIMAKSUDKAN
DENGAN
FALSAFAH?
PENGENALAN ILMU
FALSAFAH :
 Etimologi Falsafah – berasal dari perkataan Yunani :
‘Philien’ – cinta, kaji atau hargai atau
‘Philos’ - cinta
‘Sophia’ – hikmah, kearifan, kebijaksanaan atau kebenaran.
 ’Philosophy’ bermaksud : Cinta terhadap Ilmu pengetahuan
 Cinta terhadap kearifan: ‘Love of Wisdom and Truth’
 Menurut Kamus Dewan : Falsafah merupakan Ilmu tertinggi
yang menjadi dasar bagi Ilmu-ilmu yang lain
Definisi Falsafah menurut Ahli Falsafah:

 Terminologi – menurut Plato (427 – 347 S.M.):


‘Falsafah ialah pengetahuan tentang segala yang ada’.

 Menurut al-Farabi (870-950 H.):


‘Falsafah ialah ilmu
pengetahuan tentang
alam maujud dan
bertujuan menyelidiki
hakikatnya yang sebenar’.
Pengertian umum Falsafah:

 Falsafah boleh didefinisikan sebagai usaha ke arah


mencintai, mencari, mengkaji dan menanggapi sesuatu
perkara dengan menggunakan akal fikiran dan
kebijaksanaannya untuk mendapatkan kebenaran dan
keyakinan yang hakiki

- Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: DBP-
Beberapa aliran dan pendekatan
Falsafah:
 Falsafah etika dan kehidupan:
 Fokus falsafah pada peringkat awal pada aktiviti
berfikir yang memberikan penekanan dan panduan utk
melahirkan kehidupan yang baik yang membawa kepada
kebahagiaan dan melahirkan insan
yang mulia.

 Kegiatan berfalsafah pada peringkat awal tamadun Greek;


dan tamadun Asia- China dan India yang berasaskan
faham keagamaan sebagai panduan menjadi insan
yang mulia dan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.
Fokusnya pada insan dan kemanusiaan.
Falsafah Alam Tabi’e (Natural Philosophy)

 Falsafah beralih fokus daripada pemikiran


tentang manusia kepada fokus pada
Alam
tabi’e – wujud teori-teori tentang sifat alam
atau
metafizik. Apakah sifat alam dan hubungannya
dengan manusia?
 Perbahasan metafizik tentang hakikat alam.
Falsafah Intelektual (Intellectual Philosophy):

 Falsafah sebagai satu aktiviti intelektual untuk


penyelesaian masalah falsafah – penekanannya
beralih arah kepada sesuatu yang bersifat akademik,
menghuraikan persoalan-persoalan intelektual dgn
penyelesaian tertentu; tanpa mengaitkannya dengan
kearifan dan kehidupan manusia.
Ciri Falsafah yang dikongsikan bersama
dalam aliran yang berbeza tersebut:

Penekanan terhadap penyelesaian masalah:


‘problem solving’ dengan menggunakan
hujah rasional dan logikal.
 Falsafah adalah sesuatu yang mempunyai
justikasi rasional dan konseptual.
ALIRAN ILMU
FALSAFAH

PRAKTIKAL FALSAFA
TEORITIKAL H
BARU
Falsafah Teoritikal (Nazariyyah) Falsafah Praktikal (Amaliyyah) Falsafah- Falsafah
bertujuan mencari hak bertujuan mencari kebahagiaan Baru
kebenaran hidup Falsafah Alam Sekitar
Falsafah Bidang
merujuk kepada semua merujuk kepada aktiviti
ilmu tentang
jenis menghayati
kewujudan ilmu-ilmu (tentang manusia,
termasuk tentang manusia, Tuhan dan alam) dalam
Tuhan dan alam segenap lapangan kehidupan
merangkumi manusia
pengkhususan
bidang merangkumi bidang pengajian
seperti
metafizik, logik dan seperti politik, ekonomi, akhlak
matematik dll
Falsafah Teoritikal :

 Merujuk persoalan dasar yang mendalam termasuk


metafizik, epistemologi, logik. Memberi jawapan bagi
persoalan asas kehidupan tentang kewujudan –
Tuhan, Alam, Manusia dll
Falsafah Praktikal:

 Falsafah yang bersifat aplikasi boleh digunakan dalam


disiplin ilmu tertentu – falsafah politik, falsafah ekonomi,
falsafah sosial
 Membincangkan tentang sesuatu bidang yang melibatkan
aplikasi, contohnya: Apa yang dimaksudkan dengan
keadilan ekonomi (economic justice)? Cth : Fahaman
ekonomi Komunisme-Marxism diasaskan Karl Marx yang
merupakan seorang ahli falsafah
 Hasil pemikiran tentang keadilan ekonomi tersebut boleh
dijadikan dasar atau polisi kerajaan. Cth : pembahagian
kekayaan negara
 Perbincangan dalam falsafah politik contohnya, apakah
konsep kerajaan dan keadilan dalam pentadbiran?
Apakah ciri-ciri pentadbiran yang baik (good
governance)?
 Cth: Falsafah politik Plato dalam bukunya Republic
mencadangkan sebuah masyarakat yang ideal
Aliran-aliran baru dalam
Falsafah:
 Falsafah Teknologi:
 Munculnya teknologi baru dgn Revolusi Industri yang memberi
impak dalam kehidupan manusia.
 Apakah teknologi dan apa hubungannya dengan manusia?
 Adakah teknologi boleh mengancam kehidupan manusia, cth:
penciptaan robot, nuclear dsb.
Falsafah Alam Sekitar:

 merujuk kepada persoalan-persoalan dasar tentang alam sekitar


 Kenapa ia wujud? Kerana wujudnya masalah alam sekitar yang
menyebabkan krisis – ecological crisis – Apakah makna Alam ?
Apakah hubungan manusia dengan Alam? Adakah alam digunakan
untuk kepentingan / sumber ekonomi semata-mata?
 Sekiranya manusia Alam ini adalah ciptaan Tuhan yang mebuktikan
kewujudanNya, ianya tempat kita bernaung dan menjalin
hubungan secara harmoni, maka manusia akan lebih beretika
dengan alam sekitar - ‘ecofriendly environment’
Falsafah Timur :

 Ada perdebatan sama ada ia diterima sbg Ilmu Falsafah


seperti di Barat – ada yg berpendapat ia adalah cara
masyarakat Timur membentangkan pandangan alam
mereka.
 Falsafah tidak seharusnya disempitkan kepada
paksi barat (eurocentric) semata-mata
Metafizik
Epistemologi
Psikologi
Estetika

Etika
Politik
Ekonomi
Peradaba
n
Kategori Ilmu Falsafah:

Falsafah

Ontologi Epistemologi Aksiologi

Metafizik Logik

Kosmologi Etika

Matematik Estetika

Kemanusiaan
Ilmu Falsafah sebagai suatu disiplin ilmu
merangkumi bidang:
 a. ONTOLOGI - ‘ilm al-wujud – teori kewujudan: Iaitu bidang kajian
falsafah yang mencakupi permasalahan berikut:
i. Metafizik – iaitu falsafah ketuhanan – membawa kepada
kefahaman tentang kewujudan mutlak, iaitu Allah S.W.T..
ii. Kosmologi – iaitu perbahasan mengenai hakikat
kejadian dan
kewujudan alam semesta.
iii. Matematik – iaitu bidang kajian dalam arithmetik, al-
gebra,
trigonometri dan geometri.
iv. Ilmu kemanusiaan – iaitu kajian dalam bidang sosiologi
Kategori Ilmu :

b. EPISTEMOLOGI: Teori Ilmu,


- iaitu kajian tentang asas, matlamat, sumber
dan ciri-ciri ilmu pengetahuan.
c. AKSIOLOGI : Teori Nilai
- Logik : Falsafah yang membahaskan
pendapat benar atau salah
- Etika : perbahasan tentang tingkah laku
benar atau salah
- Estetika: perbahasan tentang nilai kecantikan,
keindahan dan kesenian
Maksud Falsafah Islam

Kebanyakan tokoh-tokoh falsafah Islam menyesuaikan


istilah falsafah dengan kata ‘hikmah’ sehingga kata
‘hakim’ ditempatkan pada kata failasuf, namun
demikian mereka menegaskan bahawa kata hikmah itu
berada di atas kata falsafah. Secara jelas, falsafah Islam
adalah suatu ilmu yang disesuaikan dengan roh dan
ajaran Islam dalam membahas hakikat kebenaran
segala sesuatu.
Falsafah dan Al-Qur’an
a. Ontologi
i. METAFIZIK
 Persoalan mengenai metafizik menguasai sebahagian
daripada kandungan ayat-ayat besar al-Qur’an. Bermula daripada
perbincangan mengenai akidah tauhid merangkumi perbahasan
mengenai hakikat ketuhanan, sehinggalah kepada perkara-perkara
ghaibiyyat, sam’iyyat dan sebagainya. Huraian persoalan metafizik
yang terkandung dalam al-Qur’an ini telah membezakan falsafah
metafizik Islam dengan maksud metafizik menurut pandangan pihak-
pihak lain, terutamanya metafizik Yunani dan Barat.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 “……….Sesungguhnya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan


Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.”
(Surah al-Abiya’ : 25)
 Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 “Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah,


tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah
yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sifatkan.”
(Surah al-Anbiya’ : 22)
ii. Kosmologi

 Kosmologi merupakan perbahasan mengenai hakikat kejadian


makhluk ciptaan Allah SWT.. Al-Qur’an merupakan ayat-ayat
Tuhan bersifat al-maqru’ (ayat-ayat yang dibaca), manakala
segala kejadian alam yang terbentang ini merupaka ayat-ayat
Tuhan yang bersifat al-maftuh (alam yang terbuka). Sifat alam
yang terbuka inilah yang menjadi sasaran kajian demi kajian
daripada para intelektual dalam pelbagai bidang, khususnya
bidang-bidang sains seperti sains tabii, astronomi, sains perubatan
dan sebagainya. Menurut Ibn Sina, manusia ibarat gambaran
alam kecil yang di dalam kejadian manusia merangkumi rahsia-
rahsia kejadian alam yang luas ini
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam


dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi
manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air
itu Dia hidupkan bumi sesudah mati, dan Dia sebarkan di bumi segala jenis
haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan
bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah bagi
kaum yang berfikir”.
(Surah al-Baqarah :
164)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami
tumbuhkan dengan air itu pohon-pohon dan biji-biji tanaman yang diketam”.
(Surah Qaf :
b. Epistemologi

Al-Qur’an merupakan sumber ilmu yang tertinggi yang menjadi


rujukan orang-orang beriman. Manakala matlamat ilmu dalam Islam
adalah untuk mencari kebenaran hakiki, mendekatakan diri
kepada Allah dan untuk mendapatklan keredhaan Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (al-
Qur’an) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas
dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.”
(Surah al-A’raf :
52)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

 “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah:


“Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberi
pengetahuan melainkan sedikit.”
(Surah al-Isra’:
85)
 Firman Allah S.W.T. yang bemaksud:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu, Yang telah menciptakan


manusia daripada seketul darah.”
(Surah al-’Alaq :
c. Aksiologi
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini –
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)- sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang talah kamu lakukan.”
(Al-Hujurat:6)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
”Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang kami turunkan (Al-Qur’an)
kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu
surah yang sebanding dengan al-Qur’an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu
percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika kamu orang-orang yang benar.”
(Al-
Baqarah:23)
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

”Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari


sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa...”

(Al-Hujurat:12)
i. Logik

Logik : Asal dari bahasa Yunani logos, bermaksud perkataan yang benar/fikiran
yang betul/benar.
Mantik: Dari perkataan Nutq ( ‫ ) ﻖﻄ'ﻧ‬bermaksud berkata atau bercakap.
Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan
yang membimbing fakulti rasional dalam peranannya ke arah mencari
kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan berfikir.
Tokoh-tokoh falsafah Muslim telah menyesuaikan istilah logik dengan istilah
mantik.
Dinamakan mantik kerana ia merujuk kepada lafaz-lafaz atau percakapan
yang membimbing fakulti rasional (akal) dalam peranannya ke arah mencari
kesimpulan yang betul serta melindunginya dari kesalahan ketika berfikir.
Ilmu mantik merujuk kepada perbahasan tentang pemikiran dan
sesuatu yang tergambar dalam akal manusia supaya diterjemahkan
menjadi teori yang benar.

Fakulti akal manusia yang dapat mengenali alam ma’qulat (objek-


objek)
 tanggapan secara kulli (umum/universal)dan juz’i
(khusus/particular).
 Perbahasan mengenai lafaz-lafaz serta penjelasan tentang makna-
makna yang terkandung dalam perbahasan al-ta’rif atau
pendefinisian.
 Perbahasan mengenai metodologi berfikir secara bersistem, iaitu
merangkumi kaedah-kaedah tasawwur, tasdik, istidlal sehinggalah
kepada kaedah-kaedah lanjutan seperti kaedah silogisme, kaedah
 Hasilnya, penyelidik atau pengkaji dapat menghasilkan suatu
perumusan atau kesimpulan yang benar serta dapat diyakini
kesahihannya menerusi kaedah penalaran, sehingga ditemui
perumusan atau penarikan kesimpulan (al-istinbath).

 Ringkasnya, logik atau mantik merupakan suatu disiplin ilmu yang


berfungsi untuk mengawal dan mengatur pemikiran manusia
daripada tersalah atau terpesong sewaktu berfikir menerusi kaedah-
kaedah yang tersusun dan bersistem.
ii. Etika

 Ilmu yang membincangkan tentang apa yang seharusnya


dilakukan leh seorang manusia.
 Garis panduan ke arah mengenali perkara baik dan buruk
 Etika seringkali disebut sebagai ‘falsafah praktis’ (practical
philosophy) atau ‘falsafah moral’ (moral philosophy)
 “Moral philosophy : the branch of philosophy that is
concern with what is morally good and bad”
iii. Estetika

 Ilmu yang membahaskan tentang falsafah seni – apa,


bagaimana keindahan terbentuk dan dirasai
 Ia meliputi konsep keindahan dan nilai estetika
 Ia juga disebut sebagai falsafah seni (philosophy of
arts)

Anda mungkin juga menyukai