Anda di halaman 1dari 6

Latar Belakang Falsafah Eksistensialisme Sean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme.

Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian kebebasan. Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan mitologi yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup. Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep kewujudan sah. Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:

Kebebasan jasmani Kebebasan kehendak Kebebasan moral

Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

Falsafah Eksisteksialisme Aliran berasaskan naturalisme Rousseau dan mazhab humanis. Muncul di Eropah selepas Perang Dunia Pertama Dipelopori oleh Carl Rogers (1902-1987), dengan mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan ilmu pengetahuan. Ahli-ahli berpendapat pelajar tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Maka, pembelajaran berkesan harus mempunyai makna kepada individu yang berkenaan. Ahli-ahli menekankan kurikulum yang menjadi fokus utama hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Bermakna bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai-nilainya hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri. Permainan yang mempunyai unsur kreatif dan pendidikan seni mempunyai niali etika dan estetik yang tinggi, kerana kedu-duanya membongkar konflik di antara individualiti dengan alam persekitaran. Maka, sekolah hendaklah menyediakan peluang untuk pelajar menemui kendiri diri dan memupuk kemahiran berfikir secara reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri Banyak terdapat di sekolah-sekolah terbuka di AS, Taiwan, Jepun dan model Sekolah Summerhill di UK

Tokoh Falsafah Eksistensialisme

CARL ROGERS (1902-1987)

Diasaskan oleh Carl Rogers (1902-1987) Falsafah yang berasaskan fahaman naturalisme Rousseau dan mazhab humanis. Berpendapat murid tidak patut mengorbankan individualiti mereka untuk memperoleh ilmu. Berpendapat bahan pembelajaran, cara belajar, kuantiti pembelajaran dan nilai hendaklah ditentukan oleh murid. Guru hendaklah menghormati pandangan & pemilihan murid dan tidak memaksa murid menerima nilai diajar oleh guru. Berpendapat permainan yang ada unsur kreatif, seni dan nilai estetika tinggi akan mengembangkan potensi murid. Sekolah hendaklah memberikan peluang kepada pelajar berfikir secara reflektif untuk menilai keupayaan diri.

Asas Fahaman Eksistensialisme

Pandangan ahli falsafah terhadap falsafah eksistensialisme Van Scottes, Kraft dan Haas (1979): Terlalu individualistik dan juga terlalu bergantung atas faktor-faktor yang terlalu subjektif. Premis asas: Manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan mebuat keputusan yang bebas daripada norma-norma kumpulan. Sekumpulan mereka didapati memberi penekanan yang lebih kepada individualisme.

Manakala sekumpulan yang lain masih memberi penekanan kepada perhubungan individu dan masyarakatnya.

Implikasi falsafah Eksistensialisme terhadap falsafah pendidikan kebangsaan

Aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan mencari ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh itu hanya pembelajaran yang berkesan sahaja yang mempunyai makna kepada individu berkenaan. Fokus utama kurikulum hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Kurikulum eksistensialisme tidak tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri (Tajul dan Noraini, 1992). Pelajar akan memilih program pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.Guru bukan penyebar ilmu tetapi membantu pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri. Mereka menyokong kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran eksistensialisme berakhir pada diri.

Bahan pembelajaran, cara pembelajaran, kuantiti pembelajaran dan nilai pembelajaran hendaklah ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Keputusan yang dibuat oleh pelajar itu sama ada betul atau silap adalah dibawah tanggungannya. Guru hendaklah menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan (Azizi Jaafar, 2009).Sekolah pula tempat untuk menyediakan peluang untuk memupuk kemahiran berfikir reflektif untuk menilai diri serta keupayaan disiplin diri (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Ahli eksistensialisme ini tidak memberi perhatian kepada kewujudan kebenaran muktahir. Mereka menolah kebenaran adalah mutlak. Semua makna dan kebenaran adalah hak individu. Mereka menggangap semua kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang tidak bermakna (Tajul dan Noraini, 1992).

Perkara yang paling penting dalam pendidikan eksistensialisme ini ialah individu hendaklah mendidik diri sendiri dan juga berupaya mambuat keputusan mengenai kelakuan, kursus yang ingin diambilnya dan kaedah pembelajaran yang dikehendakinya. Pendidikan tidak terarah kepada peningkatan intelek semata-mata tetapi perlu diberi perhatian kepada sikap, perasaan, nilai dan komponen-komponen subjektif yang lain. Menurut Mok Soon Sang (2010), mata pelajaran merupakan pengetahuan yang disusun dan bukan dianggap sebagai satu matlamat atau satu cara untuk menyediakan pelajar kepada pekerjaan. Sebaliknya ia digunakan sebagai satu

cara untuk mencapai perkembangan diri. Oleh itu, dalam proses pembelajaran, seseorang itu berkuasa ke atas buku teks. Ahli-ahli fahaman ini mengatakan bahawa sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu mata pelajaran itu penting atau tidak kerana kebaikan sesuatu mata pelajaran akan ditentukan oleh pelajar itu sendiri

Implikasi Falsafah Eksistensialisme kepada PTV A) Kurikulum Eksistensialisme i. ii. iii. Tidak tetap dan tidak dapat ditentukan Kaedah-kaedah pendidikan yang sesuai digunakan Sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu mata penting daripada yang lain pelajaran sekolah itu lebih

B) Guru eksistensialisme i. ii. iii. iv. Menilai & menghargai kebebasannya Menghormati kebebasan pelajar sepertimana dia menilai dirinya sendiri Tidak mengenakan disiplin kepada pelajar-pelajarnya Membantu setiap pelajar untuk berjaya dalam usaha mencari kesedaran-kendiri.

C) Pelajar eksistensialisme i. ii. iii. Bertanggungjawab terhadap setiap perkara Diberi kebebasan untuk memilih Bertanggungjawab ke atas pilihannya

Anda mungkin juga menyukai