Anda di halaman 1dari 3

TATABAHASA : KATA NAMA

KATA NAMA

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS

Golongan kata yang merujuk kepada orang, Golongn kata yang merujuk kepada sesuatu
binatang, benda dan tempat. secara khusus.

Contoh: guru, abang, emak, ikan, rusa, Contoh: Aida Jebat, Hang Tuah, Dato’
pemadam, televisyen, peti ais, sekolah, Bahaman, Si Tompok, Sang Belang, Adidas,
pasar raya. Huawei, PROTON, Tesco, Aeon.

Berikan contoh kata nama am berikut: Berikan contoh kata nama khas berikut:

Orang:______________________________ Orang: ______________________________

Benda:______________________________ Benda:______________________________

Tempat:_____________________________
Tempat:____________________________

Latihan 1.

Isi tempat kosong dengan jawapan paling sesuai.

pramugari Bata mesin basuh Oppo Depaavali MRSM Kuala mahasiswa


Klawang
Pahang lampu isyarat Si Tompok Restoran Cahaya jurutera

1. Tiket penerbangan ke Pulau Langkawi dimenangi oleh salah seorang ________________________ yang menuntut di
universiti.
2. Ketika berada di dalam kapal terbang _____________________ yang bertugas telah melayan kami dan penumpang lain
dengan mesra sekali.
3. Ayah menghadiahi kakak sepasang kasut sukan berjenama _________________.
4. Apabila ______________ bewarna merah menyala, semua kenderaan hendaklah berhenti.
5. Telefon pintar berjenama _____________________ merupakan telefon pintar yang paling canggih di pasaran.
6. Abang saya telah berjaya menjejakkan kaki ke ______________________ setelah mendapat keputusan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR.
7. Menjadi seorang _________________ merupakan cita-cita Khairil sejak kecil lagi.
8. Bencana banjir yang melanda negeri ___________________ telah menyebabkan banyak kemusnahan harta benda
serta meragut nyawa.
9. Ayah telah membeli sebuah ________________ yang baharu untuk memudahkan ibu mencuci pakaian setiap hari.
10. Adik telah menamakan seekor kucing yang baru dijumpai itu __________________.
11. Sempena hari jadik adik, ayah telah membawa kami sekeluarga menikmati hidangan di ______________________.
12. Perayaan _______________ yang juga dikenali sebagai perayaan cahaya disambut oleh golongan beragama Hindu.
TATABAHASA: KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI DIRI PERTAMA KATA GANTI DIRI KEDUA KATA GANTI DIRI KETIGA

Menggantikan nama orang Menggantikan nama orang Menggantikan nama orang


yang bercakap. yang diajak bercakap. yang dibualkan.

Contoh: saya, aku, kami, kita, Contoh: awak, engkau, kamu, Contoh: dia, ia, nya, mereka,
beta, patik, hamba. anda, kalian, tuanku, tuan baginda, beliau.
hamba

Latihan 2

Tandakan ( / ) pada penggunaan kata ganti nama diri yang betul dan ( X ) pada penggunaan kata ganti nama diri yang salah.

1. Raziq dan adiknya hendak pergi ke kedai. Mereka menaiki basikal bersama-sama. ( )
2. Menteri Pendidikan akan merasmikan mesyuarat agung PIBG sekolah saya. Dia akan tiba sebentar lagi. ( )
3. Muka Kamarul comot-momot kerana baginda terjatuh ke dalam lopak air yang berlumpur itu. ( )
4. “Melalui pembacaan yang banyak, daya fikiran kita dapat dipertajam” kata Ali kepada rakan-rakannya. ( )
5. “Saya tidak nampak Ain pun sejak tadi, mungkin anda telah pulang ke rumah. ( )
6. “Mengapakan tuan puteri berdukacita? Katakanlah kepada patik”
kata Mak Inang Suri kepada Puteri Gunung Ledang. ( )
7. “Kalian perlu mengemaskan semula stor sukan itu selepas menggunakan peralatan sukan”
beritahu Cikgu Siti kepada murid-murid tahun 6 Ceria. ( )
8. “Tuanku hendak ke mana selepas ini?” Tanya Hang Tuan kepada Hang Kasturi. (
9. Rahim, Faruk dan Swee Chong merupakan ahli pasukan pengakap.
Mereka akan menyertai perkhemahan di Kuala Lipis tidak lama lagi. ( )
10. “Patik menjunjung perintah tuanku. Patik akan menghantar rombongan ke Temasik esok pagi”
kata Datuk Bendahara kepada Sultan Melaka. ( )

Latihan 3.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

engkau mereka saya beta awak

1. “_____________ mahu kejadian itu disiasat dengan segera” titah Sultan Mansur Syah.
2. “Ibu, duit _______ hilang ketika dalam perjalanan pulang tadi” kata Umar kepada ibunya.
3. Danny dan Kumar bersahabat baik. _________ tinggal berhampiran dengan taman permainan.
4. “Cis, berani _________ ambil barangku tanpa meminta izin” marah Hamid kepada Salmi.
5. “Jika ________ mempunyai sebarang masalah, janganlah segan untuk berjumpa dengan saya” kata Cikgu Sarah kepada
Fahmi.

Anda mungkin juga menyukai