Anda di halaman 1dari 22

SK BUKIT BANDARAYA, KUALA LUMPUR

MODUL BAHASA MELAYU TAHUN 5


SEPANJANG PDPR

NAMA:
KELAS:
Tema 1: Kemasyarakatan
Unit 1: Masyarakat Penyayang

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS


Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
Contoh:

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motokar, pen, buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat
seekor gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat

1
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Contoh:
manusia Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas
Benda bangunan Bangunan Tabung Haji
kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah Sekolah Kebangsaan Darau

2
Orang doktor Doktor Efendi
kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasik Tasik Perdana
Tumbuhan pisang Pisang Emas
cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi

3
4
5
Soalan:

Baca dan fahami kedua-dua teks di atas. Kemudian, berikan 5 contoh bagi golongan kata nama am
dan kata nama khas yang terdapat di dalam teks di atas dengan menggunakan peta pokok. Bina ayat
dengan menggunakan contoh kata nama am & kata nama khas yang telah anda tulis.

contoh peta pokok:

KATA NAMA

Kata Nama Am Kata Nama Khas

Sekolah
kucing meja Kebangsaan Bukit Si Belang
Damansara

Contoh Ayat:

Kata Nama Am

1. Kucing saya mempunyai bulu yang berwarna putih dan sangat gebu.
2. Ayah telah membeli meja itu di sebuah kedai yang berdekatan dengan rumah kami.

Jawapan murid:
(Peta Pokok)

6
Ayat

Kata Nama Am:

1.

2.

3.

4.

5.

Kata Nama Khas:

1.

2.

3.

4.

5.

7
Berdasarkan teks di bawah, jawab soalan pemahaman yang disediakan.

8
Soalan.

1. Mengapakah Rakan Taman ditubuhkan? (1m)

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

2. Apakah dua aktiviti yang akan dijalankan oleh Rakan Taman untuk meningkatkan kemajuan
penduduk di Taman Seri Damai? (2m)

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah contoh aktiviti dalam Projek Alam Hijau yang akan dijalankan
oleh Rakan Taman ini dan mengapakah aktiviti tersebut dijalankan? (3m)

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

4. Berikan dua aktiviti lain yang pernah kawasan kejiranan anda anjurkan. (2m)

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

9
Praktis UPSR

Isi tempat kosong dengan jawapan yang


paling sesuai.

1. “Kamu perlu belajar bersungguh-sungguh 6. Hasil ______ yang diperoleh melalui jualan
untuk mencapai _______ kamu sebagai amal ini akan diserahkan kepada penyelia
seorang juruterbang,”kata Encik Ali kepada rumah kebajikan itu.
anaknya. A huluran
A wawasan B kutipan
B gagasan C hantaran
C cita-cita D sumbangan
D hobi
7. Petang ini, kami hendak pergi ke Arkib
2. ________ untuk membina tempat Negara untuk mencari _______ yang
pelupusan berkaitan dengan penubuhan Malaysia.
sampah di situ mendapat bantahan daripada A khabar
penduduk kampung. B taklimat
A Cadangan C maklumat
B Pendapat D makluman
C Suruhan
D Gesaan 8. _______ biasiswa ini terbuka kepada murid
yang cemerlang dalam akademik dan
3. Puan Jalina memberikan _______ wajah kokurikulum.
pemuda yang mencerobohi rumahnya A Sokongan
malam tadi. B Imbuhan
A gambaran C Tawaran
B bayangan D Huluran
C kenangan
D lukisan 9. Beberapa orang peniaga disaman kerana
mengubahsuaikan alat ________.
4. Setiap murid diberi peluang untuk A tapisan
menyatakan _______ masing-masing. B sukatan
A pendapat C sulingan
B dorongan D timbangan
C hebahan
D arahan 10. Mata saya silau apabila terkena ________
cahaya matahari pada cermin tingkap.
5. Pengunjung hotel terpesona dengan A letupan
_______ B imbasan
manis penyambut tetamu itu. C pantulan
A pandangan D panahan
B senyuman
C jelingan
D pujian

10
11. Abang menceritakan ______ pahit manis 17. Nazli menemani kakaknya ke Muzium
semasa mengikuti kursus jururawat. Negara untuk mencari ______ tentang
A lukisan sejarah kemerdekaan negara.
B harapan A berita
C gambaran B kajian
D kenangan C siasatan
D maklumat
12. Ayah dan ibu turut memberikan _______
berupa barangan makanan kepada Encik 18. “Kerajinan penduduk desa ini telah
Jasbir sekeluarga. memberi _______ kepada saya untuk
A huluran memajukan lagi projek pertanian di sini,”
B kutipan kata pengurus projek itu.
C hantaran A kepercayaan
D sumbangan B keutamaan
C dorongan
13. Amir segera memberitahu ayahnya D pendapat
apabila
ternampak akan ______orang terhendap-
hendap di belakang rumah jirannya.
A biasan
B lakaran
C imbauan
D bayangan

14. Kelihatan _______ terukir pada bibir Rosni


apabila diberitahu bahawa ayah akan
membawanya ke Singapura.
A pandangan
B senyuman
C kenangan
D nostalgia

15. Saya suka datang ke Kundasang kerana


suasananya tenang dengan _______
angin nyaman.
A tiupan
B hirupan
C bunyian
D hembusan

16. Pelamin dan bilik pengantin memang


cantik dan indah dengan _______ yang
menarik.
A ukiran
B hiasan
C tenunan
D anyaman

11
PERIBAHASA
1. Peribahasa : susunan kata-kata yang mengandungi teladan,sindiran dan
pengajaran serta mempunyai makna tertentu.

2. Peribahasa dapat digolongkan kepada beberapa jenis , iaitu :

1) Simpulan Bahasa 4) Pepatah


2) Perumpamaan 5) Bandingan / kiasan
3) Bidalan 6) Kata-kata hikmat

Simpulan Bahasa

1. Simpulan Bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya
terdiri daripada dua patah perkataan.

2. Simpulan Bahasa ialah himpunan kaya yang mempunyai makna yang berlainan daripada
erti perkataan yang membentuknya.

3. Simpulan Bahasa digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan


membawa erti yang mendalam.

12
Perumpamaan
1. Perumpamaan merupakan salah satu peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan
apa yang ada di sekeliling.

2. Biasanya maksud perumpamaan berlainan daripada kelompok kata yang membentuknya.

3. Biasanya, perumpamaan menggunakan kata-kata perbandingan bagai, bak, ibarat,


laksana, seperti dan umpama.

13
Bidalan

1. Bidalan merupakan sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang
benar untuk dijadikan teladan.

2. Biasanya bidalan merupakan ungkapan yang pendek yang sentiasa bermain di mulut
orang.

14
Pepatah

1. Pepatah ialah sejenis peribahasa yang berangkapdan terdapat pengulangan kata di


dalamnya.

2. pepatah mempunyai perkataan yang berpatah-patah atau berkerat-kerat untuk


menyampaikan sesuatu maksud.

3. Maksud yang digunakan adalah untuk memberikan pengajaran, nasihat dan panduan
hidup.

15
Bandingan/ Kiasan

1. Bandingan atau kiasan ialah bentuk ungkapan atau bahasa kiasan yang
menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan.

2. Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas. Lazimnya ungkapan bandingan digunakan
bersama dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.

16
Kata-kata Hikmat

1. Kata-kata hikmat merupakan ungkapan bernas yang mempunyai maksud yang dapat
memberikan pengajaran, kesedaran, teladan dan peringatan.

2. Kata-kata hikmat biasanya terbit daripada percakapan atau penulisan seseorang yang
terbilang dan dihormati.

3. Kata-kata hikmat ringkas dan merupakan pengajaran yang berguna sebagai panduan
hidup.

17
18
Berikan maksud peribahasa yang teradapat dalam teks di atas.

Bil. Peribahasa Maksud

1. Susah hati

2. Bulat kata

3. Bagai layang-layang terputus

talinya

4. Lapang dada

5. Hati emas

6. Pantas macam kilat

7. Berat sama dipikul, ringan sama


dijinjing

8. Hati gajah sama dilapah, hati


kuman sama dicecah

9. Cepat kaki

10. Ringan tangan

19
A) Padankan simpulan bahasa dengan maksudnya.

A. memanjakan
B. hampir mati
C. anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri
D. terlalu marah
E. beredar meninggalkan sesuatu tempat

1. nyawa-nyawa ikan ( ) 4. naik angin ( )

2. memberi muka ( ) 5. darah daging ( )

3. angkat kaki ( )

B) Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa (A) yang betul.

1. Dia ________________________ lalu meninggalkan padang kerana tidak puas


hati dengan keputusan.
2. Kalau kerap di _______________________, nanti mereka menjadi malas.
3. "Janganlah mendera dia kerana dia _____________________ kita juga," rayu
Shanti kepada suaminya.
4. Ali segera _________________________ apabila melihat kawannya berkelahi.
5. Mangsa kemalangan yang tinggal _____________________ itu dikejarkan ke
hospital dengan ambulans.

20
Tuliskan jawapan yang paling sesuai berdasarkan soalan.

dengar guruh di langit, ada gula ada semut melentur buluh dari
air tempayan rebung
dicurahkan.
nasi sudah menjadi sediakan payung sebelum
bubur hujan

1. Peluang pekerjaan yang banyak di bandar- bandar besar menarik minat anak
muda berhijrah ke sana. Memanglah begitu _________________________.

2. Amir menyimpan sepertiga daripada wang perbelanjaan harian yang diberikan


oleh ibu bapanya. Sekiranya menghadapi masalah kewangan, simpanan itu akan
digunakan kerana dia telah ______________________________________.

3. Walaupun abang belum memaklumkan tarikh kepulangannya, emak sudah


menjemput jiran tetangga ke majlis kesyukuran menyambut kepulangan abang.
Ayah tidak bersetuju dengan cara emak yang
__________________________________________.

4. Abang Salleh menyesal kerana melayan rajuknya sehingga membawa diri ke


perantauan berbelas-belas tahun. Kini kepulangannya tidak memberikan erti apa-
apa, _____________________________________________ kedua-dua
orang tuanya telah meninggal dunia.

5. Kejayaan anak-anak Pak Karim menjawat jawatan besar dalam sektor awam dan
swasta menjadi bualan penduduk kampung kerana dia berpegang pada prinsip
____________________________________________ dalam mendidik
anaknya.

21

Anda mungkin juga menyukai