Anda di halaman 1dari 5

LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU TAHUN 3

NAMA:

TAHUN:

TARIKH:

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan,
tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll

binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll

tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll

benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll

tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal


ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat


seekor gajah.

Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat


Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu
yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf
pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong,

Subramaniam

binatang Tompok (kucing),

Jalak (ayam)

tempat Muar (daerah),

Seremban (bandar),

Jepun (negara)

bangunan Pudu Raya

(perhentian bas

dan teksi), Menara

Tun Razak (pejabat)

judul buku Keluarga (majalah),

Rentong (novel),

Kamus Dewan ( buku)

benda Proton Perdana

(kereta), Pilot

(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas


Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas

Benda bangunan Bangunan Tabung Haji

kereta Proton Saga

buku Bahasa Melayu

sekolah S.K. Darau

Orang doktor Doktor Efendi

kerani Puan Zainun

guru Cikgu Azmi

budak lelaki Muhamad Fauzi

Binatang kucing Si Tompok

lembu Lembu Sapi

katak Katak Puru

ayam Ayam Belanda

burung Burung Murai

Tempat negeri Terengganu

bandar Jerteh

kampung Kampung Pasir Akar

tasek Tasek Perdana

Tumbuhan pisang Pisang Emas

cili Cili Padi

jambu Jambu Batu

limau Limau Kasturi


Latihan 1

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.

1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.


2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia
tiga hari.
5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak
yang begar itu.
7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki.
10 Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
.
11 Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
.
12 Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
.
13 Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
.
14 Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
.
15 Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.
.

Latihan 2

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam
jadual yang disediakan.

1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.


2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah
baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah
masing-masing.
10 Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
.
11 Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu.
.
12 Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
.
13 Tanaman ibu Aliah telah bertunas.
.

Kata Nama Am Kata Nama Khas


   

   

   

   

   

   

   

   

   

Anda mungkin juga menyukai