Anda di halaman 1dari 20

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian

yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA


dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.

a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )


b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata bilangan
Nama Betul

Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama


Am dan Nama Khas.

Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk
menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa
seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak
bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan
bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru,
doktor, askar dll
binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung,
ikan dll
tumbuh- pokok, betik, rumput, lalang dll
tumbuhan
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen,
buku, dll
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar,
negeri dll
Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama
yang:

(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang,


atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat
dibayangkan atau dikhayalkan.

Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada


kata asal dan kata nama terbitan.

Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:


buai ‑ buaian
tua ‑ ketua
raja ‑ kerajaan
tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf
kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat


seekor gajah.
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
* Kata nama khas ialah kata nama yang
khasnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu benda sama ada benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.

* Benda‑benda yang bernyawa ialah nama


manusia dan nama binatang. Benda‑benda
yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul
buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.

a) benda; misalnya :
Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang
Tuah, dll

b) orang; misalnya :
Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll

c) binatang ; misalnya :
Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat ; misalnya :
Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala
Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis
dengan huruf besar.

manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam


binatang Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan Pudu Raya
(perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda Proton Perdana (kereta),
Pilot(pen),
Seiko (jam)
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas

Benda bangunan Bangunan Tabung Haji


kereta Proton Saga
buku Bahasa Melayu
sekolah S.K. Darau

Orang doktor Doktor Efendi


kerani Puan Zainun
guru Cikgu Azmi
budak lelaki Muhamad Fauzi
Binatang kucing Si Tompok
lembu Lembu Sapi
katak Katak Puru
ayam Ayam Belanda
burung Burung Murai
Tempat negeri Terengganu
bandar Jerteh
kampung Kampung Pasir Akar
tasek Tasek Perdana

Tumbuhan pisang Pisang Emas


cili Cili Padi
jambu Jambu Batu
limau Limau Kasturi
* Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama
am diberi imbuhan.

* Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan


boleh diletakkan :

di awal kata ( awalan )


di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan


di awal kata ke-

di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata per- … -an, penge-…-an, peng-….-an,


pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-
…-an
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan
terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan

kata kerja peraga peragawati


latih latihan
bawa pembawaan
lawan perlawanan
kata sendi oleh perolehan
untuk peruntukan
kata nama lombong perlonbongan
rumah perumahan
guru perguruan
kata adjektif cantik kecantikan
besar pembesar
tinggi ketinggian
* Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan
perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima
bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama
Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

* Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata
nama orang

2. Kata ganti diri terdiri daripada:

(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);


(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Kata Ganti Diri Pertama

1.Kata ganti diri pertama ialah kata


yang digunakan untuk menggantikan
diri orang yang bercakap.

2.Kata ganti diri pertama terbahagi dua,


iaitu yang berbentuk tunggal dan yang
berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya

digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa


aku (tunggal)
atau dengan Tuhan

digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang


saya (tunggal)
baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja


atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah
kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta
temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri


orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan
Bilangan Banyak

Bentuk contoh kata nama diri


pertama
tunggal beta, patik, aku, saya

jamak kita, kami, kita orang


Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak
berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga.
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak
bercakap.
kamu (tunggal dan digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
jamak) hubungannya dengan kita.
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua

1. Awak pekerja yang patuh

2. Kamu semua adalah murid yang baik

3. Guru mencari engkau.

4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti

5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.


Kata Ganti diri ketiga
* Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.

• Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan
jamak.

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya


baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita
hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum
seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang
bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.

1. Dia pegawai pendidikan.

2. Mereka itu orang India.

3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.

4. Ia diburu oleh pihak polis.

5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.

6. “Dia menolong bapanya”, kata Sang Murba kepada Sang Samba.

7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada


bendahara.

8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang


lumayan," kata pengacara itu.

9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi.

10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada
pengikut‑pengikutnya.

Anda mungkin juga menyukai