Anda di halaman 1dari 7

Kata Ganti Nama

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.


Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama
Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan
Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1.       Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan
diri orang yang bercakap.
2.       Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan
yang berbentuk jamak.
Kata Ganti
Diri Penggunaannya
Pertama
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan
aku (tunggal)
Tuhan
saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
(tunggal) dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
(tunggal)
patik
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
(tunggal)
beta
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
(tunggal)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
kami (jamak)
apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang
Kata ganti nama Diri Kedua
Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan
bentuk jamak seperti berikut :
Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua
Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian
Kata Ganti Penggunaannya
Diri
Kedua
anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
(tunggal)
awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
(tunggal)
engkau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
(tunggal) dengan Tuhan juga
tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
(tunggal)
kalian digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
(jamak)
kamu digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
(tunggal
dan jamak)
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri ketiga
kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
beliau (tunggal
ibu bapa, guru, dan pemimpin
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa
dia dan ia (tunggal)
dan rakan
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
mereka (jamak)
seorang
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendiaikan
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada
bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang
lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada
pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak /
Jamak
Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan kamu kamu semua
bercakap ) engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan ia
halnya) nya
beliau
baginda
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang,
tempat,
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan
apakah siapakah manakah bilakah bagaimanakah berapakah
kenapakah
mengapakah
Kata Ganti Nama Penggunaannya
apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan
siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang
mana digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
Contoh ayat
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa ?
5. Pemuda kacak itu siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat Penggunaannya
sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
sini
yang bercakap
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
situ
sejauh sana
Benda, orang, Binatang ini, itu
Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat
dengan penutur)
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh)
Keadaan begini, begitu, demikian
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah sahaja.
4. Kereta Proton Wira ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama Penunjuk
Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan
cara.
1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai:
(a)  subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.    Ini komputer.
ii.   Itu rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya di be­lakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang
berikut:
Kata Ganti Ayat-ayat contoh
Umum / Tak
Tentu
apa-apa 1. Entah apa-apa yang dibawanya
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi
gurunya.
Siapa-siapa 1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menjaksikan pertunjukan itu.
Mana-mana 1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka.
Kata Ganti Tak Penggunaannya
Tentu digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu
sapa-sapa digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu
mana-mana, digunakan untuk menggantikan orang yang tidak tentu
masing-masing,
seseorang,dan
sesuatu
siapa-siapa atau
sesiapa

Anda mungkin juga menyukai