Anda di halaman 1dari 1

NOVEL: LAMBAIAN KASIH Penulis : Hafiza Talib

Sinopsis Maria, Siti Aishah dan Salina (tiga orang sahabat karib) melalui pergolakan hidup yang berbeza. Aishah bersopan santun dan banyak mematuhi tuntutan agama malah ayahnya, Pak Hashim, seorang ustaz madrasah. Salina dari keluarga sederhana tapi bercita-cita tinggi dan diberi dorongan pendididkan dari ayahnya seorang buruh kasar. Maria pula rindukan belaian kasih sayang serta keperihatinan orang tuanya malah terjerumus dengan pergaulan bebas dan kemaksiatan kerana kurang keagamaannya. Walaupun pergolakan hidup berlaku antara mereka namun suka duka diharungi bersama demi persahabatan mereka. Aishah sebagai penulis cerita ingin mengabadikan kisah Maria dan Salina. Maria yang mengandung di luar nikah dipaksa bernikah dengan Ridwan yang tidak dicintainya. Sedikit demi sedikit kemesraan berputik dengan Ridwan yang membuka matanya untuk bertaubat. Salina pula berhadapan dengan krisis kewangan keluarga dan ibunya berkerja untuk menampung kehidupan mereka. Malah ibunya bermain kayu tiga dan berlari bersama majikannya yang akhirnya ibunya ditipu dan mendapat tekanan perasaan jiwa. Novel ini mementingkan betapa besarnya erti kasih sayang dan ilmu dalam hidup seseorang insan. Berbagai unsur pendidikan dan pelajaran diselitkan seperti selok-belok lakunan bangsawan, gaya hidup sihat, cara mengurangkan stress, cara berinteraksi dan berkomunikasi yang baik dengan anak-anak, khidmat mencari jodoh, penghidupan penagih dadah, kisah orang yang lupa daratan, bahaya seks luar nikah dan pengguguran, punca-punca kenakalan remaja Melayu dan tanggungjawab seseorang di mana perbuatannya akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar.

Anda mungkin juga menyukai