Anda di halaman 1dari 6

Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Diri Pertama


Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk
menggantikan diri orang yang bercakap. Kata ganti diri
pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan
yang berbentuk jamak.

Kata Ganti
Diri Penggunaannya
Pertama
aku digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa
(tunggal) atau dengan Tuhan
saya digunakan apabila bercakap dengan seseorang
(tunggal) yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
(tunggal)
patik digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan
(tunggal) raja atau sultan
beta digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah
(tunggal) kepada rakyat
kami digunakan kepada diri orang yang berkata serta
(jamak) temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri
(jamak) orang kedua

Ganti Nama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak :


Bentuk contoh kata nama diri pertama
tunggal beta, patik, aku, saya
jamak kita, kami, kita orang

Bentuk contoh kata Ganti Diri kedua


Tunggal tuanku, wak, kamu, anda, engkau
Jamak kalian

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Kedua
anda digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan
(tunggal) dengan kita
awak digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
(tunggal) dengan kita
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
engkau
dengan kita dan
(tunggal)
dengan Tuhan juga
tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
(tunggal)
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
dan jamak) dengan kita

Kata ganti nama Diri Kedua


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual
dengan seseorang. Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada
dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti
berikut :
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh
2. Kamu semua adalah murid yang baik
3. Guru mencari engkau.
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tuanku akan bersiram sekejap lagi.

Kata Ganti diri ketiga


kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang
ketiga, kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah
digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada
dua bentuk.
Bentuk Contoh kata ganti diri ketiga
tunggal ia, dia, beliau, baginda
jamak mereka
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga
baginda digunakan untuk raja dan sultan
(tunggal)
digunakan untuk orang yang kita hormati,
beliau (tunggal misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia digunakan untuk orang yang umum seperti
(tunggal) orang biasa dan rakan
digunakan untuk orang yang bilangannya
mereka (jamak)
lebih daripada seorang

Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.


1. Dia pegawai pendidikan.
2. Mereka itu orang India.
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh pihak polis.
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong bapanya.
7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,”
kepada bendahara.
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai
hadiah yang lumayan," kata pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok
kepada pengikut-pengikutnya.

Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak /
Jamak
Diri Pertama aku kami
( Orang yang bercakap ) saya kita
patik
hamba
Diri Kedua awak awak semua
( Orang yang dilawan kamu kamu semua
bercakap ) engkau saudara sekalian
encik saudari sekalian
cik encik-encik
saudara cik-cik
saudari tuan-tuan
tuan puan-puan
puan anda semua
anda kalian
tuanku
Diri Ketiga dia mereka
( Orang yang diceritakan ia
halnya) nya
beliau
baginda

Disediakan oleh Cikgu Sherna @ Anas Kirana. :D

Anda mungkin juga menyukai