Anda di halaman 1dari 2

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan nama seseorang.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti
nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga.

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Diri Kegunaan


Pertama

aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)

saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam
suasana rasmi.

hamba Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap
dengan orang kedua.

kita Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata ganti Kegunaan


nama diri
kedua

anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.

awak Digunakan untuk diri oran g kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan
Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama
digunakan hamba mesti diikuti tuan hamba sebagai kata ganti diri kedua)

tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata ganti Kegunaan


nama diri
ketiga

baginda Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

Dia dan ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

Anda mungkin juga menyukai