Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganti Diri

www.pandai.org
Kata Ganti Diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk ke pada diri sendiri, rakan atau sekumpulan orang semasa bercakapan.
Di dalam topik ini kita akan bincangkan mengenai perbezaan kata ganti diri.

14.1 Jenis-jenis Kata Ganti Diri

Kata ganti diri pertama

Kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang sedang bercakap.

Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya

aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan

saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam urusan rasmi

hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Kata ganti diri kedua (pendengar).

Kata ganti diri kedua digunakan semasa kita berbual dengan seseorang

Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya

anda (tunggal dan


Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
jamak)

awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)

Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’
Tuan hamba (tunggal)
sebagai kata ganti diri kedua)

tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan


Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
jamak)

Kata ganti diri ketiga

Kata ganti diri ketiga diggunakan untuk merujuk kepada orang yang tiada masa berbulan sedang berlaku.

Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya

baginda (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada raja, sultan atau putera-puteri raja

beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, contohnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (tunggal) Digunakan untuk merujuk kepada orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

14.2
www.pandai.org
Contoh kesilapan pengunaan kata ganti nama diri

Salah Betul

“Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Ali kepada
“Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Ali kepada Azrul
Azrul

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari German. Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari German.

i i i i i i i i
Beliau ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan. Dia ditangkap kerana terlibat dalam kes penipuan.

“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata laksamana Hang Tuah “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata laksamana Hang Tuah kepada
kepada Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah.
© 2023 Pandai.org All Rights Reserved
Pekerja syarikat ini sedia menolong engkau. Pekerja syarikat ini sedia menolong anda.
Made with  in Malaysia
Mereka-mereka sedang bermain ragbi di padang. Mereka sedang bermain ragbi di padang.

Anda mungkin juga menyukai