Anda di halaman 1dari 10

Kata Nama

Kata Nama
 Kata Nama terbahagi kepada iaitu:
 Kata Nama Am
 Kata Nama Khas

2.1  Kata Nama Am

 Kata Nama Am digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan,


benda, tumbuh- tumbuhan dan tempat.
 Contoh Kata Nama Am adalah seperti berikut:-

 Kategori  Contoh
 Manusia nelayan, guru, mak, ayah, kakak, adik, polis, doktor
 Tumbuh- kubis, cili, pokok mangga, pokok kelapa, pokok pisang,
tumbuhan manggis
 Benda meja, kerusi, pemadam, beg, baju, kasut, bola, pensel, cawan,
gelas, buku
 Haiwan gajah, ikan, ayam, ular, tikus, kura- kura, katak, harimau,
burung
 Tempat hospital, kedai, rumah, balai bomba, pejabat, pasar raya, tasik,
sekolah, taman, sawah
2.2  Kata Nama Khas
 Kata Nama Khas digunakan untuk menyebut sesuatu seperti manusia, haiwan,
benda , tumbuh-tumbuhan  dan tempat secara khusus.
 Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.
 Contoh Kata Nama Khas adalah seperti yang berikut :-

 Kategor  Contoh
i
Manusia Doktor Ali, Puan Zainab, Cikgu Puspa, Awie, Encik Lim.
Haiwan Sang Buaya, Comot, Tomok, Sang Siput, Si Putih, Sang Gagak, Pak
Belalang.
Benda Adidas, Bata, Rolex, Hitachi, Wira, Persona, Sharp, National, Inspira,
Naza Ria .
Tempat Lenggong, Lumut, Seri Manjung, Tanjong Malim, Sitiawan, Kuala
Kangsar, Ipoh, Muzium Taiping, Zoo Taiping, Menara Berkembar
Petronas, Perak, Johor.
Kata Ganti Nama
 Kata Ganti Nama Diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama
manusia.

 Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis iaitu:


o Kata Ganti Nama Diri Pertama
o Kata Ganti Nama Diri Kedua
o Kata Ganti Nama Diri Ketiga

3.1  Kata Ganti Nama Diri Pertama

 Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.


 Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama:

 Kata Ganti Nama  Penggunaan


Diri Pertama
 Aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan.
Saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi.
Hamba Digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu.
Patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
sultan.
 Beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat.
Kami Digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua.
Kita Digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang
kedua.
3.2  Kata Ganti Nama Diri Kedua
 Kata Ganti Diri Kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
 Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua:

Kata Ganti Nama  Penggunaan


Diri Kedua
Anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak
berhadapan dengan kita.
Awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.
Engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita dan Tuhan juga.
Tuanku Digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja.
Kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
Kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat
hubungannya dengan kita.

3.3  Kata Ganti Nama Diri Ketiga


 Kata Ganti Diri Ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan.
 Contoh Kata Ganti Diri Ketiga:

Kata Ganti Diri  Penggunaan


Ketiga
Baginda Digunakan untuk raja dan sultan
Beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibubapa,
guru atau pemimpin
Dia dan Ia Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
rakan
Mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
seorang

Kata Kerja
 Kata Kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa
kerja.

 Kata Kerja terbahagi kepada:


o Kata Kerja Transitif  (Perbuatan Melampau)
o Kata Kerja Tak Transitif (Perbuatan tidak Melampau)
o Kata Kerja Pasif

5.1  Kata Kerja Transitif

 Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh


pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil
penyambut (objek).
 Ayat ini mesti ada peyambutnya (objek).
 Kata Kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
 Kata Kerja Transitif menggunakan
imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.
 Contoh Kata Kerja Transitif:

Subjek (Pelaku)  Kata Kerja Transitif Penyambut (Objek)


 Dia suka membaca buku
Raisa memukul seekor ulat
Zuhairi menjual kayu
Ali berjalan ke padang
Wahid melanggar seekor kambing

5.2  Kata Kerja Tak Transitif
 Kata Kerja Tak Transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu
sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh
itu, ia tidak mempunyai penyambut.
 Kata Kerja Tak Transitif ialah Kata Kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat,
yakni tidak memerlukan objek lagi.
 Kata Kerja Tak Transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber,
men, ter, ber... an, dan ber...kan.
 Contoh Kata Kerja Tak Transitif:

Subjek (Pelaku) Kata Kerja Tak Transitif  Keterangan


Kami mandi di kolam itu.
Saya menyanyi dengan kuat.
Kamarul berjalan ke sekolah.
Dia senyum semasa berjalan.
5.3  Kata Kerja Pasif
 Kata Kerja Pasif ialah kata kerja yang berasal daripada Kata Kerja
Transitif tetapi yang tidak berawalan men.
 Ada tiga jenis Kata Kerja Pasif iaitu:
 Kata Kerja Pasif Diri Pertama
 Kata Kerja Pasif Diri Kedua
 Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
 Contoh Kata Kerja Pasif:

Jenis Kata Kerja  Imbuhan Contoh


Pasif
Kata Kerja Pasif Berimbuhan kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat,
Diri Pertama ku- kupelajari, kupersilakan
Kata Kerja Pasif Berimbuhan kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat,
Diri Kedua ka- kaupelajari, kaupersilakan
Kata Kerja Pasif Berimbuhan diangkat,diberikan, dipercepat,dipelajari,
Diri Ketiga di- dipersilakan

Penjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan ialah perkataan yang digunakan bersama dengan kata bilangan untuk
membilang sesuatu seperti benda, haiwan, tempat dan lain-lain.
4.1  Penjodoh Bilangan

 Contoh Penjodoh Bilangan adalah seperti :-


 Penjodoh  Penggunaan Contoh
Bilangan
Buah Benda yang tidak tentu bentuk kereta, buku, negara, almari,
atau jenisnya lori, bandar
Orang Manusia guru, doktor, murid
Ekor Haiwan harimau, singa, kucing
Batang Objek yang berbentuk panjang pensel, sungai, kayu
Helai Benda yang lebar, nipis dan kain, baju, kertas, daun
lembut
Biji Benda-benda yang kecil atau bulat gula-gula, butang, guli,
pinggan
Kata Sendi Nama
Kata Sendi Nama merupakan kata depan kepada kata nama.
8.1  Kata Sendi Nama

 Kata Sendi Nama bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-
kata atau frasa-frasa yang lain.
 Kata Sendi Nama memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya
dapat bertugas sebagai predikat ayat.
 Contoh Kata Sendi Nama adalah seperti :-

 Kata Sendi  Penggunaan Contoh Ayat


Nama
di Digunakan untuk tempat. Pertandingan itu
diadakan di Taiping.
ke   Digunakan untuk tempat, masa Mereka akan ke Ipoh esok.
dan benda konkrit tidak bernyawa.
dari Digunakan untuk tempat, arah atau Bola itu ditendang dari penjuru
masa. padang.
daripada Digunakan untuk orang, Surat itu saya
perbandingan, asal kejadian, benda terima daripada Yatie.
abstrak, pertentangan, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
Kepada/ Digunakan selepas kata  adjektif Devi suka akan rambutan.
akan/terhadap yang menyatakan perasaan atau
sikap.
bagi/untuk Digunakan untuk menentukan Hadiah ini untukmu.
sesuatu yang dibezakan daripada
yang lain.
pada Digunakan untuk masa, manusia, Tiket bas itu ada pada Hanim.
 Kata Sendi  Penggunaan Contoh Ayat
Nama
binatang, benda abstrak, dan benda
konkrit tertentu.
demi Digunakan dihadapan jkata nama Demi kepentingan bersama,
atau frasa nama yang membawa marilah kita  berdamai.
maksud tujuan
tentang Digunakan untuk menyatakan Menteri-menteri itu berbincang
makna berkenaan dengan tentang masalah negara.
seperti/ Digunakan untuk membawa Suaranya merdu
umpama/ maksud perbandingan atau seperti/umpama/laksana/bagai
laksanabagai makna persamaan dengan yang buluh perindu.
lain.
dengan Digunakan untuk menyatakan Hasilnya tidak
maksud bersama-sama atau serta,  setimpal dengan usahanya.
bandingan setara, keterangan cara,
dan penggunaan sesuatu sebagai
alat.
sejak/semenjak Digunakan untuk membawa Riesa sentiasa gembira
maksud penanda waktu atau masa. sejak/semenjak suaminya pulang
dari perantauan.
oleh Digunakan selepas kata kerja Anggota kumpulan itu
pasif yang berawalan di- dan ter- terpengaruh oleh kata-kata ketua
mereka.
hingga/ Digunakan untuk menyatakan had Midah belajar hingga/sampai
masa, waktu atau tempat tertentu. peringkat universiti.
sampai
dalam/ Digunakan untuk menyatakan Dalam hal ini, kita semua setuju.
pengertian tempat yang tidak
antara mempunyai ruang atau jarak.

Kata Adjektif
Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan,
pancaindera atau perbuatan.
6.1  Kata Adjektif

 Kata Adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya
sebagai penguat.
 Contoh Kata Adjektif adalah seperti :-
Jenis Contoh Ayat contoh
Pancaindera Masam, Manis, Tawar, Gebu, 1. Makanan itu manis rasanya.
Busuk, Lembut, Bising, Licin
2. Suara penyanyi itu sungguh
merdu.
Perasaan Sedih, Seronok, Benci, Malu, 1. Dia berasa sedih apabila saya
Suka, Dendam, Rindu pergi.

2. Kami seronok memancing di situ


Bentuk Bulat, Bujur, Lurus, Buncit, 1. Kulitnya putih dan mukanya
Kempis, Bengkok bulat.

2. Tiang rumah itu sangat lurus.


Ukuran Kecil, Besar, Panjang, Ketat, 1. Kasut ini sudah ketat.
Luas, Tebal
2. Ruang tamu rumahnya sangat
luas.
Tabiat / Pandai, Rajin, Baik, Berani, 1. Suraya seorang murid yang rajin.
Sifatan Uzur, Amanah, Sihat
2. Raden Wijaya terkenal dengan
sifat beraninya menentang penjajah.
Cara Fasih, Cekap, Mahir, Cepat, 1. Mak Tom sangat mahir
Perlahan menganyam tikar.

2. Lian May fasih berbahasa


Melayu.
Waktu Lama, Awal, Baru, Segera, 1. Sudah lama kami tidak bertemu.
Lambat
2. Anis selalu datang awal ke
sekolah.
Jarak Hampir, Jauh, Dekat 1. Kapal itu berada jauh di tengah
laut.

2. Rumahnya dekat dengan rumah


saya.
Warna Biru, Kuning, Hijau, Kelabu 1. Kereta merah itu milik Cheah.

2. Rieesa memakai baju


berwarna  kelabu.
Keadaan Buruk, Miskin, Sibuk, Indah 1. Baju yang dipakainya sudah
buruk.

2. Pemandangan di kampung itu


sungguh indah.
Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
17.1  Simpulan Bahasa

 Biasanya Simpulan Bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa


maksud yang tepat dan padat.
 Contoh Simpulan Bahasa ialah:

Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa


Anak bongsu Anak yang terakhir dalam keluarga
Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa
Anak emas Orang yang disayangi
Anak sulung Anak pertama dalam keluarga
Anak tunggal Anak yang tidak mempunyai adik-beradik lain
Anak yatim Anak yang kematian ibu atau bapa
Baik hati Bersikap baik dan penyayang, suka menolong orang
Berat tulang Orang yang malas bekerja
Buah tangan Hadiah
Yatim piatu Anak yang kematian ibu dan bapa
Buta huruf Tidak tahu membaca dan menulis
Cahaya mata Anak
Cakar ayam Tulisan yang buruk
Kaki ayam Tidak memakai kasut
Makan angin Berehat atau bersiar-siar
Panjang tangan Orang yang suka mencuri
Ringan tulang Orang yang rajin bekerja
Kaki bangku Tidak pandai bermain bola sepak
Celik huruf Tahu membaca dan menulis

Anda mungkin juga menyukai