Anda di halaman 1dari 4

SKEMA JAWAPAN (UJIAN 1 SEM 2)

BAHAGIAN A

1 A 6 B
2 B 7 C
3 B 8 B
4 B 9 B
5 D 10 C
BAHAGIAN B

1. (a) (i) Pengganguran


- Masalah pengangguran perlu ditangani kerana pengangguran melibatkan
pembaziran sumber manusia
- Seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
- Juga meningkatkan kos social, iaitu mewujudkan masalah social seperti
kemiskinan dan peningkatan kegiatan jenayah.
(2m)

(ii) Inflasi

- Masalah inflasi perlu ditangani kerana inflasi meningkatkan kos sara hidup
masyarakat
- Dan menurunkan taraf hidup rakyat
- Mengurangkan pendapatan benar
- Menyebabkan kuasa beli pengguna menurun.
(2m)

(b) Melalui dasar fiskal, masalah pengangguran dapat diatasi dengan

I. Menambahkan perbelanjaan kerajaan


- apabila perbelanjaan kerajaan bertambah, permintaan agregat meningkat
- pendapatan negara tutut akan meningkat, maka guna tenaga akan meningkat dan
pengangguran dapat diatasi.
II. Cukai dikurangkan
- apabila cukai dikurangkan, pendapatan boleh guna meningkat dan penggunaan isi rumah
bertambah.
- Maka, permintaan agregat meningkat dan pendapatan negara juga meningkat.
- Seterusnya, guna tenaga meningkat dan pengangguran diatasi.
III. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
- Permintaan agregat berkurangan dan tingkat harga umum menurun
- Maka, inflasi dapat diatasi
IV. Cukai meningkat.
- Apabila cukai meningkat, pendapatan boleh guna menurun dan penggunaan isi rumah
berkurangan.
- Maka, permintaan agregat juga berkurangan. Maka, tingkat harga umum menurun dan
inflasi dapat diatasi.
(6m)

2. (a) Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik wargenegara yang berada di dalam negara dan
di luar negara.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan di dalam sesebuah negara oleh faktor pengeluaran milik wargenegara
itu dan faktor pengeluaran milik wargenegara asing.
KNK= KDNK + PFbLN
Perbezaan antara KNK dengan KDNK ialah pendapatan faktor bersih dari luar
negeri (PFbLN) iaitu perbezaan antara penerimaan pendapatan faktor dari luar negara
dengan pembayaran pendapatan faktor ke luar negara.
(4m)

(b) Di negara membangun, KNK biasanya melebihi KDNK kerana PFbLN bernilai
positif. Keadaan ini berlaku kerana nilai penerimaan pendapatan faktor dari luar negara
lebih rendah daripada nilai pembayaran pendapatan faktor ke luar negara kesan
kemasukan banyak pelabur asing dan pekerja asing.
Di negara maju, KNK biasanya melebihi KDNK kerana PFbLN bernilai positif.
Keadaan ini disebabkan nilai penerimaan pendapatan faktor dari luar negara yang lebih
tinggi daripada nilai pembayaran faktor ke luar negara kesan banyak pelaburan yang
dijalankan di luar negara,. (6m)

3. Lima masalah dalam penghitungan pendapatan negara ialah:


(a) Penghitungan dua kali
- Kebanyakan barang melalui beberapa peringkat pengeluaran sebelem menjadi barang
siap atau barang akhir.
- Barang perantaraan dan barang akhir perlu dibezakan apabila menjumlahkan nilai
keluaran pelbagai sector.
- Masalah penghitugan dua kali berlaku apabila barang perantaraan dan barang akhir
dihitung bersama-sama. Contohnya, nilai tepung dan niulai kek yang mengandungi
tepung tersebut.
- Oleh itu, dalam menentukan nilai pendapatan negara, hanya nilai kek,iaitu nilai barang
akhir atau jumlah nilai ditambah perlu diambil kira.
(b) Kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
- Terdapat banyak kegitan produktif yang dijalankan tanpa melibatkan pembayaran wang
- Contohnya, kegiatan sukarela seperti gotong-royong. Jika kegiatan gotong-royong
dibayar dengan wang, kegiatan tersebut akan dihitung dalam pendapatan negara.
(c) Kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
- Di negara sedang membangun, terdapat banyak kegiatan produktif yang tidak dipasarkan
atau dijual kepada orang ramai.
- Contohnya, hasil pertanian sara diri.
- Oleh sebab wujud kesukaran memperoleh maklumat tentang keluaran yang tidak
dipasarkan, keluaran tersubut tidak dihitung dalam pendapatan negara.
(d) Penentuan harga barang
- Harga sesuatu barang berbeza mengikut kawasan dan mengalami perubhan sepanjang
tahun.
- Jadi wujud kesukaran menentukan harga yang tepat untuk digunakan dalam penghitungan
pendapatan negara.
(e) Penghitungan susut nilai
- Susut nilai barang modal dihitung dalam nilai keluaran bersih.
- Namun nilai yang diambil kira merupakan anggaran sahaja sebab nilai susut nilai
dipengaruhi oleh kaedah penganggaran yang diamalkan oleh setiap firma dan kaedah
yang digunakan berbeza mengikut jenius firma dan jenis barang modal yang dihitung.

(10m)

BAHAGIAN C

1. (a) KDNK benar tahun semasa


= indeks pengguna tahun asas X KDNK nominal tahun semasa
Indeks harga tahun semasa
Tahun KDNK benar (RM juta)
2013 RM 6O6 545.94 juta
2014 RM 671 899.12 juta (2m)

(b) Kadar pertumbuhan ekonomi

= KDNK benar1 – KDNK benar o X 100


KDNK benar o
Tahun Kadar Pertumbuhan Ekonomi
(%)
2013 -8.99% (2m)
2014 10.77%

(c) Kadar Inflasi


= IH1- IH0 X 100
IH0

Tahun Kadar Inflasi (%)


2013 0.63%
2014 1.69% (2m)
(d) Kadar Pengganguran

= Jumlah tenaga buruh- Jumlah guna tenaga X 100


Jumlah tenaga buruh
Tahun Kadar Pengangguran (%)
2013 3.73% (2m)
2014 3.43% (e) Hubungan antara
kadar inflasi denga kadar pengangguran dari tahun 2013 hinggan tahun 2014 ialah,
- kadar inflasi meningkat dari 0.63% pada tahun 2013 kepada 1.69% pada tahun 2014, manakala
kadar penangguran menurun dari 3.73% pada tahun 2013 kepada 3.43% pada tahun 2014.
- hal ini menunjukkan kadar inflasi berhubung negative dengan kadar pengangguran. (2m)

2. a) Nilai ditambah yang diwujudkan oleh setiap kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi Nilai Ditambah (RM)


Memetik kapas 100-0 =100
Menenun kain 250-100 =150
Membuat baju 400-250 =150
Jualan baju di butik pakaian 600-400 =200
(4m)
(b) (I) Jumlah nilai tambah ialah RM600 (1m)
(II) Nilai barang akhir ialah rm600 (1m)
(III) Nilai barang akhir dan jumlah nilai ditambah adalah sama, iaitu RM 600. (1m)

(c) Peratus sumbangan sector kedua

= RM150 + RM150 X 100 = 50%


RM600
Peratus sumbangan sector ketiga (3m)
= RM 200 X 100 = 33.33 %
RM 600

Anda mungkin juga menyukai