Anda di halaman 1dari 11

Pertandingan Inovasi

Pendidikan
Daerah Kinta Utara 2022

LAPORAN AKHIR
Inovasi Pendidikan

Tajuk

NAMA GURU ALAMAT SEKOLAH KATEGORI NAMA INOVASI

1. GOI WAI MUN (K) SMK MENGLEMBU KUMPULAN ‘SeeThru Kit’


2. BAGHYALAKSHIME A/P 31450 MENGLEMBU SEKOLAH
NATIANANDAM MENENGAH
3. MOHD FAIZUL BIN YAACOB

1
Sinopsis
Matlamat pembelajaran yang diperolehi dengan menggunakan ‘SeeThru Kit’ adalah
sebagai satu bahan bantu mengajar untuk mempermudahkan pembelajaran, memperkukuhkan
pemahaman dan meningkatkan penguasaan para pelajar bagi mengenalpasti ‘kesan cukai’
secara konstruktif, dalam beberapa item untuk dianalisis iaitu menentukan keseimbangan
harga dan kuantiti, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar, beban cukai pengguna dan
pengeluar dan jumlah hasil cukai kerajaan’ sebelum dan selepas cukai per unit dikenakan
terhadap sesuatu barang dalam pasaran dengan keadaan pelbagai darjah keanjalan permintaan
harga. Topik berkenaan adalah merangkumi Sukatan Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran
Ekonomi Tingkatan Enam Penggal Satu, Bab 2 Pasaran Barang dan Harga.
Para pelajar boleh menggunakan inovasi ini secara individual atau berkumpulan. Para
pelajar perlu mempunyai pengetahuan sedia ada berkenaan dengan empat jenis keanjalan
permintaan harga bagi isi pelajaran yang berkenaan dengan inovasi ini.
Penggunaan ‘SeeThru Kit’ akan dapat melahirkan pelajar mencuba dengan
menempuhi dan menyedari ketidakpastian serta kekangan yang dihadapi, di samping
menyemai semangat bekerjasama dan berkongsi tanggungjawab sesama rakan-rakan dalam
kumpulan dan akhirnya dapat menghubungkaitkan isi pelajaran dengan kehidupan harian.

Pernyataan Masalah
Para pelajar tidak dapat mengenalpasti kesan cukai terhadap harga, kuantiti, lebihan
pengguna dan lebihan pengeluar serta beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan
pengeluar (dalam satu rajah sama ada dilukis sendiri ataupun diberi) pada pelbagai darjah
keanjalan permintaan harga. Respon daripada para pelajar menyatakan bahawa, ia adalah
mengelirukan untuk menentukan harga yang dibayar oleh pengguna dan harga yang diterima
oleh pengeluar dan tidak pasti tentang kawasan tanggungan cukai masing-masing.

Objektif Inovasi

1. Mengkaji keberkesanan ‘Seethru Kit’ bagi memudahkan pembelajaran dan perkukuhkan


penguasaan pelajar terhadap kesan cukai, berasaskan kepada kaedah konstruktif.
2. Meningkatkan keseronokan belajar dari cara konvensional kepada teknik baru.

2
Kumpulan sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 13 orang pelajar tang tidak mempunyai
pengetahuan asas dalam Ekonomi semasa SPM. Mereka merupakan kumpulan sederhana dan
kurang mahir dalam pembelajaran, dari kelas L6A1 yang mengambil mata pelajaran Ekonomi
STPM Penggal 1

Huraian Inovasi
Bahan yang digunakan :
Rekabentuk inovasi terdiri daripada dua bahagian – ‘SeeThru Kit’ dan ‘Booklet’ Kad
Jawapan.
(a) ‘SeeThru Kit’

3
Helaian pertama adalah muka depan Helaian kedua merupakan bahagian
‘SeeThru Kit’ yang memberi maklumat pengenalan dan arahan penggunaan
asas tentang inovasi. inovasi.

Helaian PVC ‘Transparent’ 1 adalah helaian ‘hidup’ yang boleh


(b) dimasukkan/ dikeluarkan/ digerak sekeliling pin/ ‘stationary ring’. ‘Booklet’
Kad Pengguna akan menanda titik/ mewarnakan kawasan bagi item- Jawapan
item analisis sebelum cukai dengan menggunakan pen ‘highlight’.
Helaian PVC ‘Transparent’ 2 adalah helaian ‘hidup’ juga dan ‘Booklet’
digunakan untuk menanda titik/ mewarnakan kawasan bagi item-item
analisis selepas cukai. Kad
Pengguna akan dapat lihat dengan jelas perbezaan antara item-
Jawapan
item di bawah analisis apabila 2 helaian PVC ‘Transparent’ diletak secara
bertindih. adalah
bahan
penggenap
kepada
‘SeeThru
Kit’.
Pengguna
Dengan
berdasarkan
kepada hasil
analisis
daripada
‘SeeThru
Empat helaian kad bercetak dengan rajah pelbagai darjah keanjalan
permintaan harga digunakan sebagai4 tapak analisis kesan cukai. Ia dapat
memudahkan analisis pengguna dengan mengelakkan penentuan bentuk
keluk permintaan yang tidak tepat dan menjimat masa semasa proses
pembelajaran.
Kit’, pengguna akan memindahkan dapatan daripada ‘SeeThru Kit’ ke dalam
‘Booklet’ Kad Jawapan bagi tujuan pengukuhan penguasaan.

Helaian pertama adalah muka


depan ‘Booklet’ Kad Jawapan.

Empat helaian kad bercetak dengan soalan berstruktur disusun


mengikut turutan bagi pelbagai darjah keanjalan permintaan harga seperti
dalam ‘SeeThru Kit’.
Pengguna akan memindahkan dapatan yang diperolehi dari
‘SeeThru Kit’ di bahagian ini. Ia dapat memudahkan analisis pengguna
dengan mengelakkan penentuan bentuk keluk permintaan yang tidak tepat
dan menjimat masa semasa proses pembelajaran.

Cara inovasi digunakan


‘SeeThru Kit’ digunakan untuk mempermudahkan pembelajaran, memperkukuhkan
pemahaman dan meningkatkan penguasaan para pelajar bagi mata pelajaran 944/2 Ekonomi
dengan tajuk ‘Campurtangan Kerajaan: Kesan Cukai’ secara konstruktif.

5
Produk ini direka bentuk dengan empat helaian rajah pelbagai darjah keanjalan
permintaan harga dengan kesan cukai.
Pelajar dikehendaki menanda titik atau mewarna kawasan yang tertentu atas helaian
PVC ‘transparent’ mengikut sukatan pelajaran iatu:

1. keseimbangan harga dan kuantiti


2. lebihan pengguna dan lebihan pengeluar
3. beban cukai pengguna dan pengeluar
4. jumlah hasil cukai kerajaan

sebelum dan selepas cukai per unit dikenakan terhadap sesuatu barang dalam pasaran.
Pengguna akan memindahkan dapatan yang diperolehi dari ‘SeeThru Kit’ ke dalam ruang
yang disediakan dalam ‘Booklet’ Kad Jawapan.. Ia dapat memudahkan analisis pengguna
dengan mengelakkan penentuan bentuk keluk permintaan yang tidak tepat dan menjimat
masa semasa proses pembelajaran.
Catatan: ‘Booklet’ Kad Jawapan boleh dicetak mengikut keperluan.
Produk ini boleh digunakan secara berulang sebagai latihan pembelajaran dan latihan
pengukuhan bagi tajuk yang berkenaan.
Pelajar bebas menggunakan ‘SeeThru Kit’ secara individu atau berkumpulan. Pelajar
dikehendaki mewarna kawasan bagi harga dan kuantiti, lebihan pengguna dan pengeluar,
beban cukai pengguna dan pengeluar serta jumlah hasil cukai kerajaan’ sebelum dan selepas
cukai per unit dikenakan pada helaian ‘transparency’… dan seterusnya memindahkan
dapatan ke dalam ‘Booklet’ kad jawapan yang disediakan.

Pelajar bebas menggunakan bahan inovasi ini secara individu atau berkumpulan

Kos Penghasilan Inovasi


Bahan-bahan yang digunakan untuk membina bahan inovasi adalah seperti berikut:

1. Kertas PVC ‘Transparent’


2. Cetakan Berwarna
3. ‘Laminate’

6
4. Pin besi/ Stationary Ring

Catatan:

Pelajar boleh menggunakan pen highlight masing-masing bagi tujuan menanda titik,
membuat catatan dan mewarnakan kawasan item-item yabg dianalisis.

Perincian kos produk adalah seperti berikut:

Kos penghasilan inovasi ini adalah berpatutan, ekonomik dan mampu beli.

Keberkesanan Inovasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran


Bagi melihat perubahan tahap penguasaan pelajar sebelum dan selepas penggunaan
mengkaji keberkesanan inovasi ‘SeeThru Kit’, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dijalankan.
Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah disediakan dalam 3 bahagian, soalan berkaitan
dengan penentuan analisis item asas (20 markah), soalan pengiraan dan soalan aneka pilihan.
Berikut adalah keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dan di tunjukkan dan bentuk
jadual.
KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

UJIAN
BIL UJIAN PRA
NAMA PASCA
(%)
(%)
1 CHOONG XIN TONG 50 84
2 DICKSON HOI 19 75
3 FONG YU FENG 34 97
4 GOH JIA HUNG 41 59
5 LEE JIA JUN 50 97
6 LIP KUAN NI 50 75
7 MAK KAR WING 50 100
8 NG KOK CHUNG 47 100
9 NG QIAO NI 50 97

7
1
SOO JIA HAO 50 81
0
1
WONG CHEE YEW 50 78
1
1
YEAP ZHI HWA 50 84
2
1
YIM PUI YOU 22 88
3

Maklumat skor Ujian Pra dan Ujian Pasca telah ditunjukkan secara grafik dalam
bentuk graf kompaun supaya perbandingan dan perubahan dapat dilihat dengan jelas.

Ujian Pra dan Ujian Pasca telah menunjukkan perbezaan yang sangat nyata. Jadual
dan graf bar berikut menunjukkan peratus perubahan keputusan Ujian Pra berbanding dengan
Ujian Pasca.
PERATUS PERUBAHAN KEPUTUSAN
UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

PERATUSAN
BIL NAMA
PERUBAHAN SKOR (%)
1 CHOONG XIN TONG 69
2 DICKSON HOI 300
3 FONG YU FENG 182
4 GOH JIA HUNG 46
5 LEE JIA JUN 94
6 LIP KUAN NI 50
7 MAK KAR WING 100

8
8 NG KOK CHUNG 113
9 NG QIAO NI 94
10 SOO JIA HAO 63
11 WONG CHEE YEW 56
12 YEAP ZHI HWA 69
13 YIM PUI YOU 300

Daripada dapatan analisis Ujian Pra dan Ujian Pasca, didapati sebanyak 100%
daripada pelajar menunjukkan perningkatan dalam skor. Terdapat dua orang pelajar yang
menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 300% dan peningkatan yang paling minimum
adalah melebihi 40%. Peratus perubahan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca telah
menunjukkan satu peningkatan yang sangat menggalakkan dan memperansangkan.

Rumusan

‘SeeThru Kit’ dapat digunakan untuk mempermudahkan pembelajaran,


memperkukuhkan pemahaman dan meningkatkan penguasaan para pelajar bagi
mengenalpasti ‘Kesan Cukai’ secara konstruktif… ia dapat melahirkan pelajar yang berani
mencuba di samping menyemai semangat bekerjasama dan berkongsi tanggungjawab sesama
rakan-rakan dalam kumpulan.

9
Memandangkan kemudahgunaan, kepatutan kos penghasilan dan keberkesanan
‘SeeThru Kit’ ini, sememangnya bahan inovasi ‘SeeThru Kit’ dicadangkan untuk disebar luas.
Pengkaji-pengkaji telah berkongsi bahan Ini dengan guru-guru dan pelajar-pelajar dari kelas
lain dan mendapat ‘feedback’ yang positif 100%.

‘SeeThru Kit’ telah disebar luas kepada guru² dan pelajar² Tingkatan Enam.
___________________________________________________________________

Maklumat Peserta Guru

AEB2062 SMK MENGLEMBU


10
Baghyalakshime A/P Natianandam
Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan, USM
Mohd Faizul Bin Yaacob
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan Melayu, UPSI

11

Anda mungkin juga menyukai