Anda di halaman 1dari 5

Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata Ganti Diri Penggunaannya


Pertama

aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)

saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau
dalam suasana rasmi.

hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila
bercakap dengan orang kedua.

kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Kedua

anda (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
jamak))

awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
kita.

engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
dan dengan Tuhan juga (Engkau)

Tuan hamba (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti
diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai
kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan
jamak)) kita.

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang
yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Ketiga

baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan
pemimpin.

Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (tunggal) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

6. Bentuk kesilapan:

SALAH BETUL

“Kami tidak harus mengalah sebelum “Kita tidak harus mengalah sebelum
perlawanan bermula,” kata Murthi kepada perlawanan bermula,” kata Muthi kepada
Azrul. Azrul.

Kereta itu sungguh mahal Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari
kerana ianya diimport dari Jepun. Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan. penipuan.

“Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” “Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata
kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah. Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
menolong engkau.

Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di Mereka sedang bermain bola di padang.


padang.

7. Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama (penutur) aku kami

saya kita

patik

hamba

Diri Kedua (pendengar) awak awak semua

kamu kamu semua

engkau saudara sekalian

encik saudari sekalian

cik encik-encik

saudara cik-cik
saudari tuan-tuan

tuan puan-puan

puan anda semua

anda kalian

tuanku

tuan hamba

Diri Ketiga (orang yang Dia mereka


diceritakan halnya)
Ia

Beliau

Baginda

Anda mungkin juga menyukai