Anda di halaman 1dari 8

Kata Ganti Nama

1) Kata Ganti Nama Diri:


1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama (Tunggal/ Satu)


Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat Contoh
Diri Pertama
saya Merujuk kepada diri sendiri apabila Saya ingin melancong ke Medan
bercakap dengan orang yang baru pada tahun depan.
dikenali atau orang lain.

aku Merujuk kepada diri sendiri apabila Aku akan datang ke rumah Ali
berlawan tutur dengan orang yang jam 4.00 petang ini.
kita kenal rapat atau dengan Tuhan.

beta Digunakan oleh raja, sultan atau “Beta perkenankan hasrat


kerabat raja. anakanda untuk pergi berburu,”
titah Sultan.

daku Digunakan dalam tulisan atau Dia meninggalkan daku disaat-


nyanyian, sajak sebagai objek saat aku memerlukannya.
kepada kata sendi atau kata kerja.

patik Digunakan oleh rakyat untuk Segala titah perintah Tuanku


merujuk kepada diri sendiri apabila patik junjung.
bercakap dengan raja, sultan atau
kerabat raja.

hamba Merujuk kepada diri sendiri pada Hamba ini dagang merantau,
zaman dahulu. ingin mencari sesuap nasi.

Kata Ganti Nama Diri Pertama (Jamak/ Ramai)


Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat
Diri Pertama
kami Merujuk kepada diri sendiri termasuk Kami sedang makan ketika
rakan-rakan. kejadian itu berlaku.

kita Merujuk kepada diri sendiri termasuk Kita hendaklah mematuhi


orang kedua. peraturan yang telah ditetapkan.
Kata Ganti Nama Diri Kedua (Tunggal/ Satu)
Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat
Diri Kedua
awak Digunakan untuk diri orang kedua ‘”Saya hendak awak siapkan
yang amat rapat hubungannya kertas kerja ini pada hari ini
dengan kita. juga,” kata Tuan Ali kepada
Hasnah.

kamu Digunakan oleh orang yang lebih tua “Berhati-hatilah sewaktu kamu
kepada orang yang lebih muda. memandu,” pesan ayah kepada
abang.

engkau Digunakan untuk orang kedua yang Ya Allah, kepada Engkaulah


rapat dengan kita atau dengan Tuhan. aku berserah.

anda Digunakan untuk orang kedua dalam Anda hendaklah memakai


situasi formal. pakaian kebangsaan apabila
menghadiri jamuan itu.

saudara Digunakan dalam situasi formal atau Saudara hendak ke mana?


apabila baru mengenali seseorang.

saudari Digunakan dalam situasi formal atau Siapa nama saudari?


apabila baru mengenali seseorang.

tuan hamba Digunakan dalam tulisan, drama Sudikanlah tuan hamba


pada zaman sekarang dan merujuk menjamah makanan ini.
kepada orang kedua pada zaman
dahulu.

tuanku Digunakan semasa bercakap dengan “Ampunkan patik, tuanku. Patik


raja atau sultan. tidak bersalah dalam hal ini,”
rayu pedagang itu.

Kata Ganti Nama Diri Kedua (Jamak/ Ramai)


Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat Contoh
Diri Kedua
kalian Digunakan untuk beberapa orang Kalian perlu membantu mereka
untuk diajak bercakap. yang berada dalam kesusahan.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga (Tunggal/ Satu)
Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh
Diri Ketiga
ia Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga 1) Ia (Dia) anak orang berada.
dan Buku “Tatabahasa Dewan”, kata - BETUL
'ia' hanya merujuk kata ganti diri 2) Amin pergi ke sekolah. Ia
ketiga manusia, iaitu 'ia' ialah (Dia) pergi dengan bas. –
singkatan kepada kata ganti diri 'dia'. BETUL
Hal ini bermakna penggunaan 'ia' 3) Basikal itu rosak. Ia (Dia)
hanyalah merujuk kata ganti diri rosak kerana terlanggar
ketiga manusia dan TIDAK boleh pagar batu. - SALAH
digunakan sebagai kata ganti diri
benda, binatang atau objek abstrak.

dia Digunakan untuk orang biasa atau Dia masih berada di rumah.
rakan sebaya.

beliau Digunakan untuk orang yang Beliau akan mengadakan


berpangkat dan dihormati. lawatan kerja ke Selangor
selama tiga hari.

baginda Digunakan untuk kerabat raja. Baginda akan merasmikan


bangunan baru itu.

-nya Digunakan untuk menggantikan Ping Han akan menghabiskan


‘dia’. cuti sekolahnya di kampung.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga (Jamak/ Ramai)


Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh
Diri Ketiga
mereka Digunakan untuk bilangan orang Mereka akan mengadakan
yang lebih daripada seorang. perjumpaan pada jam 8.00 pagi.
2) Kata Ganti Nama Tanya:

Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh


Tanya
apa Digunakan untuk menanyakan benda Apakah jenama baju yang kamu
atau haiwan. beli tadi?

siapa Digunakan untuk menanyakan Siapakah yang telah


manusia. menyimpan beg saya?

mana Digunakan untuk menanyakan benda Di manakah adik kamu


atau tempat. bersekolah sekarang?

bila Digunakan untuk menanyakan masa. Bilakah kemalangan itu


berlaku?

bagaimana Digunakan untuk menanyakan hal Bagaimanakah caranya untuk


atau cara. ke sana?

berapa Digunakan untuk menanyakan Berapakah harga buku ini?


bilangan, jumlah atau harga.

mengapa Digunakan untuk menanyakan alasan Mengapakah kamu tidak mahu


atau sebab. berpindah ke sana?

3) Kata Ganti Nama Tunjuk:

Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh


Tunjuk
ini Digunakan untuk menunjukkan Bangunan ini sangat tinggi.
benda yang dekat.

itu Digunakan untuk menunjukkan Pokok-pokok bunga itu sangat


benda yang jauh. subur.
4) Kata Ganti Nama Tempat:

Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh


Tempat
sana Digunakan untuk menunjukkan Pencuri itu berlari ke sana
tempat yang jauh. dengan membawa parang.

sini Digunakan untuk menunjukkan Saya tinggal di sini sejak 20


tempat yang dekat. tahun yang lalu.

situ Digunakan untuk menunjukkan Jangan bermain di situ.


tempat yang tidak begitu jauh.

5) Kata Ganti Nama Tak Tentu:

Kata Ganti Nama Penggunaannya Ayat contoh


Tak Tentu
apa-apa Digunakan untuk menggantikan Syukri tidak mengetahui apa-
nama perkara atau benda. apa tentang kejadian rompakan
itu.

siapa-siapa/ Digunakan untuk menggantikan Helmi enggan bercakap dengan


sesiapa nama orang. siapa-siapa kerana fikirannya
sedang terganggu.

mana-mana Digunakan untuk menggantikan Erni jarang pergi ke mana-


nama benda dan tempat. mana pada hari minggu.

bila-bila Digunakan untuk menggantikan Keputusan pertandingan itu


masa. akan diumumkan pada bila-bila
masa sahaja.
6) Kata Ganti Nama Singkat:

Kata Ganti Nama Penggunaannya Contoh Ayat


Singkat
kau Asal daripada kata ‘engkau’. 1) “Surat ini hendaklah
Digunakan pada awal kata yang kaubaca,” pinta Encik
dirapatkan dengan kata yang Hazim.
menyertainya. 2) Lukisan yang kaulukis
sangat cantik sekali.

ku Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan 1) Kata Dina, “Lagu ini


pada awal atau akhir kata yang kutujukan untuk Shida yang
ditulis rapat. berada di Johor.”
2) “Aduh, sakitnya kakiku!”
kata Dol.

mu Asal daripada kata ‘kamu’. 1) Hasratmu akan aku tunaikan.


Digunakan pada akhir kata sahaja. 2) “Adikmu pandai menyanyi,”
kata Zuraini kepada
Syafiqah.

Lengkapkan dialog di bawah dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
Laila : Nama _______________ Laila. Siapakah nama awak?
Adam : Nama _______________ Adam. Selamat berkenalan, Laila.
Laila : Selamat berkenalan. Siapakah pula di sebelah awak, Adam?
Adam : Ini adik saya. Namanya Haikal. _______________ berumur lima tahun. Awak ada
adik, Laila?
Laila : Ada, dua orang. Kedua-duanya lelaki. _______________ berdua kembar.
_______________ tinggal di mana?
Adam : Saya tinggal di Taman Maluri. Laila, _______________ berdua akan belajar di
dalam kelas yang sama.
Laila : Betul, Adam. Awak sudah bertemu dengan guru kelas kita, Puan Balqis?
Adam : Sudah. Saya sangat menghormati _______________ kerana sikapnya yang sungguh
prihatin.
Laila : Memang betul kata _______________, Adam. Kita semua amat sayang akan Puan
Balqis kerana sikapnya itu.
Adam : Kita patut menghormati dan menyayangi semua guru. Tanpa mereka, kita tidak
mampu membaca, mengira dan menulis.
Laila : Saya bersetuju dengan kata-kata awak, Adam.
Kata Bilangan
Kata Bilangan Contoh Ayat Contoh
1) tentu satu, dua, lima, sepuluh, a) Encik Tan akan bercuti
kata bilangan yang seratus, tiga ribu selama satu minggu.
diketahui jumlahnya b) Harga buku rujukan itu ialah
dua belas ringgit sahaja.

2) tak tentu beberapa, semua, segala, a) Beberapa buah rumah


kata bilangan yang tidak sesetengah, para, seluruh, terbakar petang semalam.
diketahui jumlahnya sekalian b) Semua pekerja Syarikat
Berjaya diberi bonus.

3) himpunan ketiga-tiga, beribu-ribu, a) Ketiga-tiga orang pelajar


berasal daripada kata bertahun-bertahun yang ponteng itu telah diberi
bilangan tentu yang amaran.
digandakan b) Sudah bertahun-tahun Malik
tidak pulang ke kampung.

4) pisahan tiap-tiap, setiap, masing- a) Puan Siti pergi ke pasar tiap-


digunakan untuk masing tiap hari.
menghitung sesuatu b) Setiap malam dia akan
secara satu persatu mengulang kaji pelajaran.

5) pecahan separuh, suku, dua a) Hampir separuh daripada


digunakan untuk pertiga penduduk kampung itu
menunjukkan bilangan dipindahkan kerana banjir.
yang berupa pecahan b) Suku daripada kek itu
diberikan kepada jirannya.

6) tingkat pertama, kedua, ketiga a) Jia Wei mendapat tempat


menunjukkan giliran pertama dalam peperiksaan
atau urutan dalam akhir tahun.
sesuatu jumlah b) May Lin mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan
itu.

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. Sudah hampir _______________ jam dia menunggu bas tetapi bas masih juga belum
tiba.
2. Sudah _______________ hari Kim Long tidak datang ke sekolah kerana demam.
3. _______________ persiapan telah dibuat oleh ibu bapa untuk menyambut Tahun Baharu
Cina yang bakal disambut seminggu lagi.
4. _______________ penonton ketawa ketika melihat aksi badut yang melucukan.
5. Raymond berjanji bahawa dia akan mematuhi _______________ nasihat dan teguran ibu
bapanya.
6. _______________ orang sahabat karib itu berpeluk-pelukan kerana telah lama tidak
berjumpa.
7. Gotong-royong itu melibatkan _______________ penduduk Taman Sri Budi.
8. Pihak kastam telah berjaya merampas _______________ kotak mercun dan bunga api di
rumah lelaki itu.
9. _______________ orang anak Encik Lau Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara
gading.
10. _______________ peminat bola sepak menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia
menerusi siaran langsung.

Anda mungkin juga menyukai