Anda di halaman 1dari 4

KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama Diri


 Kata ganti nama diri orang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
 Terdapat tiga jenis kata ganti nama diri orang iaitu:

-Merujuk diri sendiri ketika bercakap


dengan orang.
Pertama -Contoh:
saya, aku, kami, kita, beta, patik, hamba

Kata Ganti -Merujuk diri orang kedua yang diajak


Nama Diri Kedua
bercakap.
-Contoh:
Orang awak, engkau, anda, kamu, kalian, tuanku

-Menggantikan nama orang yang dicakap


tentangnya.
Ketiga -Contoh:
beliau, dia, baginda, mereka, -nya, ia

 Kesalahan umum:
 Kesalahan menggunakan ‘beta’ untuk rakyat jelata.
≈ “Beta hendak ke kedai,” kata Esther kepada Amy. ( )
≈ “Saya hendak ke kedai,” kata Esther kepada Amy. ( √ )
 Kesalahan menggunakan ‘beliau’ untuk orang biasa atau
penjenayah.
≈ Beliau dipenjarakan kerana menagih dadah. ( )
≈ Dia dipenjarakan kerana menagih dadah. ( √ )
Kata Ganti Nama Singkat
Kata Ganti
Nama Singkat Keterangan Ayat Contoh
ku Diletakkan di awal kata atau di akhir Kasut yang kupakai ini bukan
(aku) kata yang menyertainya. milikku.
kau Baju yang kaubeli ini sungguh
Diletakkan di awal kata sahaja.
(engkau) cantik.
mu
Diletakkan di akhir kata sahaja. Komputer riba ini untukmu.
(kamu)
nya
Diletakkan di akhir kata sahaja. Ini bukan basikalnya.
(ia atau dia)

Kata Ganti Nama Diri Tanya


 Kata ganti nama diri tanya ialah kata yang digunakan
untuk membina ayat tanya.
 Terdapat tiga kata ganti nama diri tanya,
iaitu apa, mana, dan siapa.
 Yang berikut merupakan panduan menggunakan
kata ganti nama diri tanya.

Kata Ganti
Nama Diri Keterangan Ayat Contoh
Tanya
Digunakan untuk menanyakan Nama bangunan yang tinggi itu
apa benda, haiwan atau perkara. apa?
Digunakan untuk menanyakan
mana manusia, binatang, benda dan Kereta kamu yang mana?
tempat.
Digunakan untuk menanyakan
siapa manusia.
Nama abang kamu siapa?
 Kata ganti nama ini juga digunakan untuk rujukan tidak tertentu.

Kata Ganti
Nama Tak Tentu Keterangan Ayat Contoh
Digunakan untuk menggantikan
Tulislah apa-apa sahaja yang
apa-apa nama benda atau hal yang tidak
kamu tahu.
tentu.

Digunakan untuk menggantikan Bawalah saya makan ke mana-


mana-mana nama benda atau tempat yang tidak mana sahaja yang ada makanan
tentu. hebat.

siapa-siapa Digunakan untuk menggantikan


Siapa-siapa yang buang sampah
merata-rata akan dikenakan
atau sesiapa nama orang yang tidak tentu.
denda.

Kata Ganti Nama Tunjuk


 Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu,
seseorang atau tempat.
 Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk, iaitu kata ganti nama tunjuk umum
dan kata ganti nama tunjuk tempat.
 Yang berikut ialan panduan menggunakan kata ganti nama tunjuk umum.

Kata Ganti
Nama Tunjuk Keterangan Ayat Contoh
Umum
Digunakan untuk menunjukkan
sesuatu atau seseorang yang Murid ini bernama Lee
ini hampir dengan orang yang Siew Kin.
bercakap.
Digunakan untuk menunjukkan
Kereta itu memotong
itu sesuatu atau seseorang yang jauh
kereta di hadapannya.
dari orang yang bercakap.
 Kata ganti nama tunjuk tempat ialah kata yang berfungsi untuk menggantikan
nama tempat.
 Terdapat tiga kata ganti nama tunjuk tempat, iaitu situ, sini dan sana.

 Yang berikut merupakan panduan menggunakan kata ganti nama tunjuk


tempat.

Kata Ganti
Nama Tunjuk Keterangan Ayat Contoh
Tempat
Digunakan untuk
menunjukkan tempat yang
situ jauh tetapi dapat dilihat oleh
Sekolah saya ada di situ.
orang yang bercakap.
Digunakan untuk
menunjukkan tempat yang Kita boleh menanam
sini dekat dengan orang yang pokok di sini.
bercakap.
Digunakan untuk Saya akan berpindah ke
menunjukkan tempat yang Pulau Pinang. Di sana
sana jauh dan tidak dapat dilihat saya akan bersekolah di
oleh orang yang bercakap. SRJK (C) Jit Sin.

Anda mungkin juga menyukai