Anda di halaman 1dari 4

1.4.

5  KATA BANTU
PERKAR KETERANGAN
A
Kata Kata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
Bantu yang bermaksud sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahan dari segi masa atau
ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-

                    i)    Kata bantu aspek                                           ii)  Kata bantu ragam

Kata Kata bantu aspek merupakan kata bantu yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa sesuatu
Bantu kata kerja dilakukan sama ada belum berlaku, sedang berlaku atau sudah berlaku. Antara kata bantu
Aspek ialah:-

sudah sudah, telah,


dilakukan pernah
sedang sedang, masih
dilakukan
akan dilakukan belum, akan
 Contoh:-
1   Bas yang ditunggu itu telah tiba.
2   Saya pernah ke pulau itu tahun talu.
3   Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.
4   Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut-
5   Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya-
6   Kami belum bercadang untuk mclawat tempat itu.
    7   Kami akan ke sana jika diberi peluang.
Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu yang hadir bersama-sama dalam
sesuatu ayat. Antara contoh kata bantu aspek tersebut ialah:

belum  pernah sudah  pernah masih  belum


telah  pernah masih  sedan
g
Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:
1   Kami belum pernah didenda seperti ini.
2   Saya sudah pernah menghadiri majlis sedemikian.
3   Perbincangan itu masih belum mencapai sebarang keputusan.
4   Kerajaan masih sedang mencari jalan untuk membebaskan pars tebusan itu.
   5   Kami telah pernah berunding dengan beliau bagi mengatasi masalah itu.
                               
Kata Kata bantu ragam ialah kata yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan
Bantu yang dilakukan seperti:-
Ragam
hendak mahu harus mesti boleh dapat

Contoh penggunaan kata bantu ragam dalam ayat ialah:


1   Emak dan ayah hendak ke pejabat.
2   Adik bongsu saya mahu bersekolah di sekolah ini nanti.
3   Jika kamu tekun, kamu pasti dapat menyelesaikan masalah tersebut.
4   Jika tidak hujan, mereka mesti akan datang.
5   Kamu boleh duduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.
   6   Kita harus mencuba sebelum menyerah kalah.

Kata Peringatan:
Bantu Kata bantu ragam boleh dan dapat  perlulah digunakan dengan berhati-hati kerana keduaduanya
Ragam mempunyai maksud yang berbeza.

Boleh digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.


Dapat digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau kemampuan.

Contoh:
1   Mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh menyertainya.
      2  Kamu boleh masuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengetua.
3   Walaupun soalan itu susah, namun saya dapat menjawabnya.
     4   Kotak itu tidak dapat diangkat olehnya.

Anda mungkin juga menyukai