Anda di halaman 1dari 9

Frasa Kerja dengan kata bantu

• Kata bantu memperluaskan kata kerja


dalam ayat
• Kata bantu sering berdamping dengan kata
kerja bagi menambah pengertian sesuatu
perbuatan
• Kata bantu terletak di hadapan kata kerja.
Kata Bantu

Kata Bantu Kata Bantu


Aspek Ragam
Kata Bantu Aspek
• Menerangkan aspek waktu atau kala bagi
sesuatu perbuatan
Kata Bantu Aspek
Masa lampau Masa kini Masa hadapan
sudah sedang belum
pernah masih akan
telah mula hendak
baru
• Dua kata bantu aspek boleh digunakan
secara serentak.
• Penggabungan ini bertujuan untuk
membawa makna penegasan.
• Contohnya: telah
pernah
masih
belum belum
pernah baru
sudah
masih
sudah sedang
pernah sudah
mula
Contoh:

1. Adik sudah mandi.


2. Dia mula melakukan kerja itu.
3. Kami telah menyiapkan tugasan itu.
4. Siti masih belum menaip surat.
5. Mereka masih hendak bermain di dewan itu.
6. Mereka belum pernah melalui jalan itu.
Kata Bantu Ragam
• Menerangkan ragam atau perasaan bagi
sesuatu perbuatan
Kata Bantu Ragam
Makna Contoh kata bantu ragam

Kemestian mesti, harus, wajib, perlu


Kehendak hendak, mahu, ingin
Keupayaan boleh, dapat
Kemungkinan mungkin, barangkali
Kepastian tentu, pasti
Keizinan boleh
Keengganan enggan
kepatutan patut
• Kata bantu ragam boleh digunakan secara
serentak.
• Selain itu, ada kata bantu aspek tertentu
dapat bergabung dengan kata bantu ragam,
sama ada mendahului atau mengikuti kata
bantu ragam tersebut.
• Contoh:

1. Awak mesti datang petang ini.


2. Kami hendak melancong ke Mesir.
3. Mesyuarat harus diadakan segera.
4. Kita mesti boleh sampai esok.
5. Kita masih boleh menyertai pertandingan itu.
6. Tanpa usaha belum tentu kita berjaya.

Anda mungkin juga menyukai