Anda di halaman 1dari 2

KATA


BANTU
Kata Bantu ialah kata yang memberikan makna tambahan dari segi waktu dan
ragam pada frasa predikat.
Kata bantu terbahagi kepada dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

a) Kata Bantu Aspek


 Menimbulkan suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, masa kini atau
masa hadapan

KATA BANTU ASPEK


Masa Lampau Masa Kini Masa Hadapan
 Telah  Sedang  Akan
 Sudah  Tengah  Belum
 Pernah  Masih
 Selalu
Contoh Ayat :

1. Pekerja industri itu telah pulang ke rumah.


2. Murid-murid itu sudah bersarapan.
3. Kami pernah melawat ke Sabah.
4. Aminah selalu teringat akan gurunya yang sudah bersara itu.
5. Ah Meng sedang membaca komik.
6. Deva tengah menyiapkan kerja Matematik.
7. Puan Siti masih memasak di dapur.
8. Ahmad akan ke Kuala Lumpur esok.
9. Baju itu belum dibasuh lagi.

b) Kata Bantu Ragam


 Berperanan untuk menyatakan atau menerangkan ragam atau suasana perasaan
yang berhubung dengan perbuatan yang dilakukan.
KATA BANTU RAGAM
Mesti Hendak Berkeupayaan Pengizinan Tidak mahu Mahu atau tidak
melakukan melakukan melakukan melakukan melakukan mahu melakukan
(sesuatu (sesuatu (sesuatu (sesuatu (sesuatu (sesuatu perbuatan)
perbuatan) perbuatan) perbuatan) perbuatan) perbuatan)
 Harus  Hendak  Dapat  Boleh  Enggan  Mungkin
 Mesti  Mahu
 Perlu
 Wajib
 Patut

Contoh Ayat :

1. Semua murid harus cepat ke kelas supaya tidak didenda.


2. Bil air bulan lepas mesti dibayar pada hari ini juga.
3. Kita perlu berhati-hati semasa melintas di jalan raya.
4. Umat Islam wajib berpuasa di bulan Ramadhan kecuali mereka yang tidak berupaya.
5. Kita patut membantu orang yang mengalami kesusahan tanpa merungut.
6. Ibu hendak ke pasar Suria.
7. Saya mahu memegang jawatan sebagai ketua murid di sekolah.
8. Kami sekeluarga dapat pulang ke kampung pada hujung minggu ini.
9. Murid-murid boleh ke tandas sekiranya mendapat pas keluar daripada guru.
10. Ahmad enggan menyertai pasukan Pengakap kerana dia tidak berminat.
11. Siew Lin mungkin tidak akan datang kerana dia kurang sihat.
LATIHAN

Isi tempat kosong dengan kata bantu yang betul.

patut telah dapat sedang boleh

1. Farhana dan Darsyini __________ menyusun huruf untuk membentuk


perkataan.

2. “Kita _________ bekerjasama untuk menjayakan projek seni ini,” kata Nabila
kepada kawan-kawannya.

3. “Saya _________ membantu kamu menyimpan peralatan sukan ini di stor,”


kata Wei Liang kepada Saiful.

4. Kumpulan Nazira _________ mendapat tempat pertama dalam pertandingan


kerusi berirama itu.

5. Sukaneka perpaduan ini ______________ memupuk perpaduan dalam


kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Anda mungkin juga menyukai