Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 19/4/2020

ARAHAN : SALIN DALAM BUKU TATABAHASA ( 5 IKHLAS ) / PEMAHAMAN


( 5 GIGIH )

KATA BANTU

NOTA:

Kata bantu merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa. Kata ini berfungsi untuk
menambahkan makna tambahan daripada segi aspek waktu dan ragam. Kata bantu
aspek menimbulkan suasana masa yang berbeza manakala kata bantu ragam
menunjukkan jenis perasaan.

Kata Bantu

Ragam Aspek

Kata Bantu Aspek Kegunaan Ayat Contoh

Digunakan untuk menunjukkan Abang akan balik pada esok hari.


akan
kemungkinan yang akan berlaku

Digunakan bagi menunjukkan Sulaiman belum mandi lagi.


belum perlakuan yang masih tidak
dilakukan

Digunakan untuk merujuk Ah Ching masih menonton televisyen


masih
perkara yang sedang berlaku. walaupun dimarahi ayahnya.

Digunakan untuk merujuk Cikgu Kumar sedang melatih sekumpulan


sedang
perkara yang masih berlaku murid perempuan menari di dalam kelas.

Digunakan untuk merujuk Ustaz Zahir pernah ke Mekah tiga tahun


pernah perkara yang telah sempurna yang lalu.
dilakukan.

Digunakan untuk merujuk Aminah sudah mengemas biliknya.


sudah perkara yang telah sempurna
dilakukan.

Digunakan untuk merujuk masa Maimunah telah mengetahui bahawa buah


telah sesudah sesuatu perkara limau itu masam.
berlaku.

CIKGU KALAISELVAM
TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 19/4/2020
Digunakan untuk merujuk masa Ibu baru membeli mesin basuh yang baharu
baru
belum lama berlaku. itu.

Digunakan untuk merujuk Kereta api itu mula bergerak secara


mula
perkara yang dahulu sekali perlahan-lahan.

Kata Bantu Ragam Kegunaan Ayat Contoh

Menunjukkan keizinan sesuatu Kamu boleh ke tandas setelah menyiapkan


boleh
perkara kerja rumah itu.

Menunjukkan keupayaan untuk Ahmad dapat menyiapkan projek itu dengan


dapat
melakukan sesuatu cemerlangnya.

Pegawai itu harus bersara kerana masalah


harus Merujuk patut atau mesti
kesihatan.

Menunjukkan sesuatu yang Zaidi mesti bertanggungjawab terhadap


mesti
pasti atau harus kebakaran itu.

Menunjukkan maksud Kita patut bersyukur kerana masih memiliki


patut
sebenarnya, sesungguhnya negara yang aman.

Menunjukkan sesuatu yang Kami pasti berjaya jika berusaha dengan


pasti
tentu atau tentu. kuatnya.

Menunjukkan kepastian atau Hamid tentu hadir ke kelas hari ini.


tentu
sesuatu yang tidak berubah.

Menunjukkan maksud ajakan Kamu hendak menonton wayang dengan


hendak
dari luar atau orang lain. kami esok?

Menunjukkan keinginan sendiri Beliau mahu melanjutkan pelajaran di


mahu
atau dari dalam diri Mesir.

Menunjukkan hasrat sesuatu Kami ingin menyelesaikan masalah yang


ingin
perkara sukar itu.

Menunjukkan perbuatan yang Kami mungkin ke Kota Bharu petang ini.


mungkin
tidak mustahil berlaku

Menunjukkan tidak ingin atau Hang Jebat enggan membunuh Hang Tuah
enggan
tidak mahu kerana kesetiaannya.

LATIHAN 1 : Isi tempat kosong dengan kata bantu yang sesuai.

he te me
ha da
nd nt sti
ru pa
ak u
s t
2

CIKGU KALAISELVAM
TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 19/4/2020

pa pa
bo in ma
sti tut
gi hu
leh
n
1. Kami __________ bersiar-siar di taman bunga jika kerja rumah telah disiapkan.

2. Gadis itu ________ bertemu dengan ibunya yang terpisah 20 tahun lepas.

3. Kita _________ berwaspada ketika pulang dari sekolah.

4. Pengemis itu _______ bersyukur dengan bantuan yang diberikan lelaki itu.

5. “Kamu ____________ belajar dengan gigih kelak menjadi orang berguna,” kata Pak
Hitam.

6. Rashdan _________ menjadi pemandu kapal terbang jika dia belajar dengan
bersungguh-sungguh semasa menuntut di England.

7. Surat khabar pada Hari Raya Aidilfitri yang _______ dibeli oleh ayah sudah habis.

8. Murad ___________ memperoleh keputusan yang cemerlang kerana usahanya.

9. “Roti canai itu ____________ mengalas perut yang lapar ini,” kata Bukhari kepada
Salim.

10. Husam _____________ mencari cendawan di ladang kelapa sawit itu.

Latihan 2 : Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

1.     Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

CIKGU KALAISELVAM
TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 19/4/2020

A         sudah
B         lalu
C         mesti
D         sedang

2.    Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

A         sudah
B         sedang
C         pernah
D         masih

3.    Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari ketuhar.

A         sedang
B         masih
C         telah
D         mesti

4.    Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.

A         dapat
B         hendak
C         boleh
D         harus

5.     Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.

A         mesti
B         harus
C         mahu
D         sedang
6.     Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

A         sedang
B         harus
C         akan
D         telah

CIKGU KALAISELVAM
TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 19/4/2020

7.    Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

A         dapat
B         mesti
C         harus
D         sudah

8.     Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.

A         mesti
B         sedang
C         sudah
D         akan

9. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak
          semalam.

A         harus
B         akan
C         telah
D         mesti

10. Cikgu Kalsom ___________ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.

A         belum
B         akan
C         telah
D         pernah

CIKGU KALAISELVAM

Anda mungkin juga menyukai