Anda di halaman 1dari 2

Modul 6.

1: Nota Rubrik

Nota Konsep & Peranan Rubrik Dalam PBL

Apakah dia Rubrik?

Rubrik bermaksud “a guide listing spesific criteria for grading or scoring academic
papers, projects or tests.” (Sebagai senarai panduan terhadap kriteria yang kusus
untuk menentukan gred atau skor sesuatu penulisan akademik, projek atau ujian).
Rubrik terdiri daripada satu set kriteria yang koheren untuk menentukan tahap
kualiti pencapaian hasil tugasan murid berasaskan huraian kriteria tersebut.
Justeru perlu diberikan penegasan bahawa rubrik hendaklah terdiri daripada dua
aspek iaitu satu aspek kriteria yang koheren dan huraian terhadap tahap
pencapaian setiap kriteria tersebut.

Keistimewaan Rubrik adalah sifatnya yang deskriptif dan tidak penilaian semata-
mata. Penggunaan rubrik untuk pentaksiran berasaskan prinsip operasi melalui
pemadanan antara pencapaian dan huraian kriteria. Ini bermakna, kekuatan atau
kelemahan rubrik bergantung pada ketepatan pemilihan kriteria dan kualiti huraian
pencapaian setiap kriteria tersebut.

Apakah peranan rubrik?

Seperti instrumen pentaksiran yang lain, rubrik sesuai digunakan untuk tujuan
tertentu.Sebagai contoh, rubrik boleh digunakan semasa melakukan
pemerhatianterhadap proses dan produk yang dihasilkan oleh murid
melaksanakan sesuatu tugasan. Berikut adalah contoh senarai jenis pencapaian
yang boleh diukur menggunakan rubrik:

Menjana Rubrik menggunakan aplikasi rubistar


Modul 6.1: Nota Rubrik

Anda mungkin juga menyukai