Anda di halaman 1dari 3

KATA SERU

 
KATA SERU ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
seperti hairan, terkejut, marah dan sebagainya. Antara contoh kata seru ialah aduh,
aduhai, amboi, eh, oh, wah dan sebagainya. Tanda seru dalam ayat seruan mestilah
diletakkan di hujung ayat. Semua ayat seruan ditandai dengan tanda seru (!). 
Sebagai contoh: Aduh, sakitnya kakiku! 

Isi tempat kosong dengan kata seru yang paling sesuai

Aduh Aduhai Amboi Cis Wah


Wahai Eh Oh Ah Syabas

 1.  ______, bergaya betul wanita itu!


 2.  ______, cantiknya kasut baharu kamu!
 3.  ______, kerana dipilih sebagai Tokoh Murid pada tahun ini!
 4.  ______, bisanya sengatan ikan keli ini!
 5.  ______, murid-muridku, jangan sesekali kamu ingkar perintah cikgu!
 6.  ______, Adlin telah pulang ke kampung! 
 7.  ______, aku enggan bertemu dengannya walaupun dia merayu!
 8.  ______, berani kamu menentang arahanku!  
 9.  ______, malang sungguh nasib Mak Limah!  
10. ______, di sini rupanya kunci rumah saya yang tertinggal!
 

KATA KERJA
KATA KERJA ialah kata yang menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan
yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda. Kata kerja terbahagi kepada dua
iaitu Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif. 

➀ Kata Kerja Transitif mesti disertai objek iaitu kata nama. 


    Sebagai contoh : Kamal sedang menendang bola.
➁ Kata Kerja Tak Transitif tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksud.
    Sebagai contoh : Adik sedang tidur

Gariskan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang sesuai

1. Datuk ( mengasah , menganyam ) kapak itu sehingga tajam.


2. Ibu ( menjemur , menjerang ) air dengan cerek elektrik.
3. Mak Timah ( mengerat , menghiris ) bawang besar itu nipis-nipis.
4. Ayah ( menebas , memetik ) lalang yang tumbuh di tepi rumah. 
5. Pak Abu ( menambat , memegang ) lembunya pada sebatang pokok.
6. Niki ( mengupas , mengutip ) sampah yang bertaburan di dalam kelas.
7. Jalur Gemilang ( berkibar , bersinar ) dengan megahnya.
8. Mei Mei ( menarik , menangis ) kerana disengat tebuan.
9. Abang ( berehat , bersenam ) sebentar selepas penat membajak sawahnya.
10. Miza ( tergelincir , terkejut ) kerana terpijak kulit pisang. 

KATA NAMA
Kata Nama merupakan kata yang menamakan orang, tempat atau benda dan
menjadi unsur utama dalam frasa nama. Kata nama terbahagi kepada dua jenis iaitu
kata nama am dan kata nama khas.

Latihan
Isi tempat kosng dengan kata nama yang betul.
Encik Harith pensyarah sajak nasi lemak Piala Thomas

1. Puan Najibah merupakan seorang __________________ di salah sebuah


universiti di Pulau Pinang.
2. Nafisah mendeklamasikan sebuah _________________ semasa sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.
3. Malaysia pernah menjulang ____________________ yang merupakan trofi
keagungan badminton ppada tahun 1992.
4. __________________ merupakan makanan popular di Malasysia.
5. Anak bongsu _________________ bekerja sebagai seorang arkitek di
sebuah syarikat antarabangsa.
Latihan

Baca ayat-ayat di bawah ini, kemudian kelaskan kata nama am dan kata nama khas
dalam jadual yang disediakan tersebut.

1. Pegawai polis itu mempunyai suara yang garau.


2. Amirah mempunyai empat orang kakak dan dua orang abang.
3. Nenek menghamparkan sebidang tikar di ruang tamu.
4. Encik Adnan merupakan seorang doktor di hospital kerajaan.
5. Puan Khadijah menghidangkan kuih baulu kepada tetamu yang dating ke
rumahnya.
6. Para saintis bertungkus-lumus untuk mencari penawar bagi mencegah
penyakit demam denggi.
7. Penduduk kampung berganding bahu dalam membersihkan kawasan masjid.
8. Sofiya membelikan ibunya sehelai selendang sempena hari ibu.
9. Abu diisythiharkan muflis oleh bank kerana kegagalannya membayar hutang.
10. Walaupun sudah berusia, atlet veteran bola sepak itu masih mampu
menjaringkan gol.

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS

Anda mungkin juga menyukai