Anda di halaman 1dari 10

MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

SOALAN TATABAHASA (1)


Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk dalam petikan.
Kemudian, lengkapkan grafik di bawah dengan jawapan yang betul.

Tidur yang cukup amat penting. Ketika kita tidur, tubuh akan mendapat rehat dan
menghilangkan keletihan. Selain itu, menghilangkan ketegangan perasaan yang kita alami.

Kurang tidur menjadikan kita berasa lemah sepanjang masa. Kesihatan kita akan terjejas
seperti selalu berasa sakit kepala atau diserang selesema. Sistem saraf turut terjejas. Hal yang
demikian, akan menyebabkan kita berasa cepat marah dan mudah berasa jengkel. Apabila kita
tidur, tubuh akan dicas seperti sebuah bateri. Ketika bangun pagi, kita berasa segar. Bagi
murid- murid pula, mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dengan baik tanpa
rasa letih dan mengantuk.

Keperluan tidur bagi setiap orang adalah berbeza. Ada yang berasa segar dan bertenaga
apabila dapat tidur selama enam jam. Ada pula yang tidur lebih lama. Bagi murid, selalunya
mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam.

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan tidur yang berkualiti untuk menjaga


kesihatan tubuh badan.

Arahan soalan :
Berdasarkan petikan di atas, tulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam jadual dibawah.

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

Arahan :

1
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

Baca petikan di bawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Kemudian,
kenal pasti jenis ayat dengan menyenaraikannya ke dalam jadual di bawah dengan
tepat.

Pak Ali tinggal di sebuah kampung. Kehidupannya sangat susah.


“Apalah nasib aku ini. Hidup aku seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang,” katanya dalam hati.
Pada suatu hari, ketua kampung datang ke rumahnya. Beliau berbincang
dengan Pak Ali. Beliau juga memberikan nasihat kepada Pak Ali.
“Pak Ali, jangan bersusah hati, semua masalah boleh diselesaikan,” nasihat
Ketua kampung. “Apakah yang harus saya lakukan lagi Tok Ketua? semua usaha saya
tidak berhasil,” rungut Pak Ali.
“Saya cadangkan supaya Pak Ali membakar lemang di tepi jalan besar itu.
Pak Ali boleh menjual lemang kepada sesiapa sahaja yang hendak membeli lemang di
situ. Lagipun, hari raya akan tiba tidak lama lagi. Pasti banyak orang mahu membeli
lemang Pak Ali,” kata ketua kampung.
“Eh, bagus cadangan Tok Ketua!” jawab Pak Ali dengan bersemangat.
“Selamat berniaga, Pak Ali. Saya berdoa semoga perniagaan lemang yang
Pak Ali usahakan akan berjaya”, kata ketua kampung.
Keesokan harinya, Pak Ali dan anaknya masuk ke hutan. Mereka menebang
buluh untuk membuat lemang. Di rumah, Pak Ali meminta isterinya memasukkan
daun pisang ke dalam buluh. “Tolong Mak Andak masukkan sahaja daun pisang ke
dalam buluh”, pinta Pak Ali. Manakala Pak Ali dan anak lelakinya pula memasukkan
beras pulut dan santan ke dalam buluh itu. Seterusnya, mereka membakar lemang
itu di tepi jalan.
“Wah, sedapnya lemang pakcik!” kata seorang pelanggan.
Banyak orang memberhentikan kenderaan untuk membeli lemang di gerai
Pak Ali itu.
Sejak itu, Pak Ali mengusahakan perniagaan lemangnya dengan lebih gigih.
Perniagaan lemang itu telah mengubah kehidupannya. Kini, keenakan lemang Pak
Ali menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat di daerahnya.

SOALAN :

2
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

Kenal pasti jenis ayat dalam petikan di atas. Kemudian, senaraikan jenis-jenis ayat
yang telah diberikan ke dalam jadual di bawah dengan tepat.

Jenis Ayat Ayat dalam petikan

Ayat Penyata

Ayat Seru

Ayat Permintaan

Ayat Tanya

Ayat Larangan

SOALAN TATABAHASA (2)

3
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

Soalan 1
Isi tempat kosong dalam petikan dengan kata adjketif yang paling
sesuai.

dahaga sihat
risau enak
kenyang terik
sayang sakit
Min
Seng berjalan pulang dari sekolah sambil menggalas begnya. Dia
berpeluh kerana cuaca pada hari tersebut sangat (1)
___________ . Min Seng singgah membeli air di sebuah gerai
kerana dia terlalu (2) _________. Setelah pulang ke rumah , dia
memegang perutnya yang tiba-tiba (3) ________ selepas minum air
yang dibelinya. Emak Min Seng berasa (4) ________ apabila
melihat Min Seng yang kesakitan itu.

Soalan 2

(a) Gariskan kata majmuk yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.

1. Masalah warga asing yang masuk secara haram semakin


merumitkan.

2. Encik Agilan membuka sebuah kedai alat tulis di Batu Caves.

3. Murid yang rabun itu terkial-kial membaca kerana kaca matanya


hilang.

4. Kertas kerja yang disediakan oleh Puan Zalita mendapat kelulusan


daripada majikannya.

4
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

b) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberi.

tiga masing-masing dua banyak


segala semua bertiga-tiga

Pada pagi ini Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan lawatan ke pameran kraf

tangan. Cikgu Hazman mengarahkan ____________ murid berkumpul di tapak

perhimpunan. Mereka menaiki bas sekolah menuju ke pameran itu. Seramai

___________ orang guru yang akan menjadi guru pengiring iaitu Cikgu Aini, Cikgu

Chong dan Cikgu Hazman. Cikgu Hazman menyuruh murid-murid beratur mengikut

kumpulan _________________. _______________ kumpulan diberi seorang

guru pengiring. Murid-murid melihat pameran dengan gembira. Sebelum pulang,

Chai Ling sempat membeli __________ buah bakul rotan untuk ibu dan kakaknya.

SOALAN 3
5
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

a) Senaraikan kata nama khas yang terdapat dalam ayat tersebut.


Ayat Kata Nama Khas

1. Nama kucing kakak saya ialah Si


Putih.
2. Pencuri itu berjaya diberkas oleh
Inspektor Hassan.
3. Ayah menghadiahkan seutas jam
tangan Rolex kepada ibu.

4. Mei Ling belajar di SJKC Nam


Heng.

5. Kami sekeluarga bercuti ke


Cameron Highlands.

b) Senaraikan kata ganda penuh berdasarkan ayat yang diberikan.

Guru-guru manis-manis
baju-baju

buku-buku murid-murid

1. _______________ di sekolah itu sangat garang.

2. Buah durian itu ____________ rasanya.

3. Ibu sedang menyidai ___________ di ampaian.

4. Sarah menyusun ____________ itu di dalam rak dengan rapi.

5. Semasa waktu rehat, ___________ akan beratur untuk membeli


makanan di kantin.
SOALAN PEMAHAMAN
A. Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berdasarkan petikan.
6
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

Singa merupakan haiwan mamalia karnivor yang termasuk dalam


keluarga kucing. Berat singa dipercayai melebihi 250 kilogram.
Singa adalah kucing yang kedua terbesar selepas harimau.

Singa boleh hidup selama lebih kurang 10-14 tahun di dalam


hutan belantara. Haiwan ini sangat suka bergaul berbanding
dengan kucing-kucing yang lain. Singa juga merupakan haiwan pemangsa.

Singa liar kini wujud di Asia dan kawasan di Afrika dengan saki-baki yang
sangat terancam. Singa-singa telah pun lama pupus di benua Afrika Utara,
Timur Tengah dan Asia Barat sejak dari awal-awal lagi. Di negara kita,
Malaysia juga masih terdapat singa yang dijaga rapi.

1. Berapakah berat seekor singa ?


a) 230 kilogram b) 250 kilogram c) 150 kilogram

2. Berapa lamakah singa boleh hidup ?


___________________________________________________

1. Apakah perbezaan singa dan kucing-kucing yang lain ?

_____________________________________________________

4. Di manakah kawasan singa dikatakan sudah pupus ?

_____________________________________________________
B.Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berdasarkan petikan tersebut.

WARGA EMAS TERSELAMAT


KUALA PILAH, 20 Ogos – Seorang warga emas, Kamarul, 72 tahun, cedera
akibat dilanggar oleh sebuah kereta. Sekumpulan murid yang sedang menunggu 7
bas telah memaklumkan pihak sekolah tentang kemalangan tersebut. Pihak
sekolah segera menelefon ambulans.
Kejadian ini berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Ampang Tinggi, lima
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

1. Seorang _________ telah cedera akibat dilanggar oleh sebuah kereta.


A. murid B. warga emas C. pihak sekolah

2. Berapakah umur Kamarul?


A. lima puluh tahun B. dua puluh tujuh tahun C. tujuh puluh dua tahun

3. Kejadian tersebut berlaku di ________________________________ .

4. Siapakah yang memaklumkan pihak sekolah tentang kemalangan tersebut?


_______________________________________________________
5. Tandakan / bagi jawapan yang betul dan tandakan X bagi jawapan yang salah.

Kamarul menunggang basikal untuk menjemput cucunya.

Kamarul melanggar dan mencampak kereta ke dalam parit.

Sebuah kereta telah terlanggar Kamarul dari arah belakang.

SOALAN OBJEKTIF
(20 markah)

Soalan 1 hingga 16

8
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “________________akan kemaskan bilik ini,” kata Haikal dan Izzat kepada


Cikgu Sarah.

A. Saya B. Kami

C. Kamu D. Awak

Soalan 2berdasarkan gambar di bawah.

2. Fauzan _________________ kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan


ramah.
A. menunggu B. mengajak

C. menyambut D. menanti

3. Nenek sering terkenang akan masa _________________ nya.


A. sekarang B. baru

C. awal D. silam

4. Bapa membawa kami sekeluarga melancong ke _________________ pada cuti


sekolah yang lalu.
A. Balai Polis Ipoh B. Restoran Habib

C. Port Dickson D. Klinik Taman Daya

9
MODUL PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 2021

5. Haikal suka menghabiskan masa senggangnya dengan melayari


____________________.

A. skrin B. papan kekunci

C. tetikus D. Internet

6. Pak Tamin begitu _________________ memikirkan anaknya yang belum

pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.

A. terkilan B. murung
C. runsing D. sengsara

7. “_________________ kamu duduk sendirian di sini?” tanya Ruben kepada


Siew Theng.

A. Mengapakah B. Siapakah
C. Di manakah D. Berapakah

8. Azah kelihatan mengantuk lagi. _________________ dia menolong ibunya di


warung sehingga lewat malam.

A. Kemudian B. Mungkin
C. Namun D. Selain itu

9. Pesawat itu mendarat dengan laju _________________ lalu terbabas di


hujung landasan.

A. paling B. agak
C. sekali D. terlalu

10. Saleha menjawab dengan __________________ setiap soalan yang diajukan


oleh penemu duga.

A. gopoh B. cemas
C. kekok D. tenang

10

Anda mungkin juga menyukai