Anda di halaman 1dari 2

Kata Kerja

Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

membaca termenung memasak menjerang


menuntun menyiram mengait mengesat
membonceng menanak mengembang membaiki
mengulang kaji diusung mengemas melalui

1. Julia ______________ biliknya pada setiap hari.


2. Selepas sarapan, Julia ______________ pokok bunga.
3. Ibu Julia sedang ______________ hidangan tengah hari.
4. Bapa Julia pula sedang ______________ surat khabar.
5. Kakak Julia sedang ______________ pelajaran.
6. Adik Julia pula sedang ______________ basikal.
7. Emak sedang ______________ air di dapur untuk menyediakan minum petang.
8. Sejak kebelakangan ini kakak suka ______________ di jendela.
9. Puan Rita ______________ air mata anaknya dengan menggunakan sapu tangan.
10. Latif terpaksa _____________basikalnya kerana tayar basikalnya pancit.
11. Mangsa kemalangan yang cedera parah itu ______________ masuk ke dalam ambulans
untuk mendapatkan rawatan.
12. Encik Ravi menunggang motosikal manakala anaknya ______________ di belakang.
13. Keropok yang dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak panas akan ______________.
14. Ayah memperlahankan keretanya ketika _____________ jalan yang berlubang-lubang itu.
15. Abu menggunakan sebatang galah untuk ______________ buah rambutan.
16. Puan Salmah sedang ______________ nasi menggunakan sebuah periuk nasi elektrik.

Lengkapkan petikan dengan kata kerja yang sesuai.

membasuh duduk makan bangun berehat


mandi pulang tiba masuk menggosok

Asmira _______________ (1) daripada tidur pada pukul 6.00 pagi. Dia ke bilik air untuk
_______________. (2) Sebelum itu, dia _______________ (3) gigi. Kemudian, dia memakai
baju sekolah. Dia sarapan sebelum pergi ke sekolah. Dia _______________ (4) dua keeping
roti dan minum segelas susu.
Pada pukul 7.30 pagi, dia _______________ (5) di sekolah. Dia terus
_______________ (6) ke kelasnya. Dia _______________ (7) di kerusinya dengan tertib. Dia
belajar dengan tekun.
Pada pukul 12.30 tengah hari, Asmira akan _______________ (8) ke rumah. Dia
menukar pakaian sekolah. Dia _______________ (9) tangan sebelum makan. Selepas itu, dia
_______________ (10) seketika.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

menyiang membantah menghirup berpeluang bersila


menatang meragut mencelah bertandang bergurau
bergaduh ketawa menghiris menebang melukis

1. Adik _______________ apabila melihat badut itu.


2. Pekerja itu _______________ pokok di tepi jalan.
3. Dua orang budak nakal itu _______________ di sekolah.
4. Ibu _______________ bawang di dapur.
5. Stephanie _______________ gambar itu dengan cantik.
6. Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah _______________ ke rumah bapa saudara.
7. Anak-anak tidak boleh _______________ semasa orang tua sedang bercakap.
8. Daniel berjoging sambil ______________ udara yang segar di taman rekreasi.
9. Ibu De Yu _______________ ikan itu dengan pisau sebelum menggorengnya.
10. Yi Chang dan keluarganya berbual-bual sambil _______________ senda di ruang tamu.
11. Pembonceng motosikal itu cuba _______________ beg tangan Puan Emily.
12. Penduduk Taman Sentosa _______________ projeck itu kerana projek itu dikhuatiri akan
mencemarkan kawasan perumahan mereka.
13. Semua orang _______________ untuk menikmati kemudahan awam yang disediakan di
kawasan tersebut.
14. Encik Salman dan Encik Tan duduk _______________ sambil menjamah makanan di atas
tikar.
15. Pembantu rumah Encik Ryan _______________ sedulang buah betik untuk dihidangkan
kepada para tetamu.

Anda mungkin juga menyukai