Anda di halaman 1dari 2

KATA ADJEKTIF

A. Pilih jawapan yang betul.

1. Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang ___________ dan menjaga
kebersihan diri.

A. lazat C. berlemak
B. pahit D. berkhasiat

2. Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak
pulang ke kampung.

A. malu C. marah
B. rindu D. sayang

3. Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja.

A. deras C. pekat
B. cetek D. dalam

4. Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.

A. renek C. besar
B. tinggi D. lebar

5. Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.

A. segak C. lusuh
B. kusut D. lawa

B. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

kelabu kemas suam bersih mesra berani indah sayang

1. Rita suka berjoging di taman kerana keadaan di situ _________________

2. Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3. Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4. Baju yang dipakai oleh ibu Mei Ling berwarna _______________
5. Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________
6. Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7. Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________
8. Melly sangat _____________ akan binatang peliharaannya .

SIMPULAN BAHASA

A. Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.

alas perut ambil hati anak kandung ikat perut ambil berat anak
angkat

1. Ibu dan ayah sangat _________________ terhadap pelajaran kami.


2. Lisa makan sekeping roti sebagai _______________ sebelum ke sekolah.
3. Chee Meng terpaksa _______________ kerana lupa membawa duit ke sekolah.
4. Walaupun Mohan ________________ Pak Amin, namun dia sangat disayangi Pak Amin.
5. Ibu sanggup memaafkan adik kerana adik pandai _______________ beliau.
6. Ali merupakan ________________ Pak Zainal dan isterinya.

Anda mungkin juga menyukai