Anda di halaman 1dari 3

1

Dalam
setiap
ayat
di
bawah
ini,
terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada
ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i)
Goreng cempedak yang saya beli di warung itu
petang semalam sungguh rangup.
_________________________________________________
_________________________________________________
ii) Pengetua menyampaikan sebaris pantun sebelum
mengakhiri ucapannya dalam majlis pada pagi itu.
_________________________________________________
_________________________________________________
iii) Puan Hasliza menghidangkan berbagai jenis kuih
kepada tetamunya sempena majlis rumah terbuka di
rumahnya.
_________________________________________________
_________________________________________________
iv) Patik akan pergi ke istana untuk bertemu dengan
Sultan Melaka, kata Hang Tuah kepada Hang Kasturi.
_________________________________________________
_________________________________________________

(8 markah)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)

Gerai itu menjual beranika kuih yang dapat


menambat selera penggemar makanan tradisional
Melayu.
________________________________________________

ii)

Kerugian yang ditanggong oleh pemilik bangunan


yang terbakar itu sangat besar.

_________________________________________________
ii)

Puan Aminah sungguh terkejut apabila melihat bil


lektrik rumahnya yang mencecah ratusan ringgit.
_________________________________________________
(3 markah)
Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Petikan 1
Graduan perlu bersedia agar lebih berdaya saing untuk mendepani dunia pekerjaan dan
karenah sesetengah organisasi. Harga serelong kesabaran hasil daripada minat yang
mendalam ketika mengharungi alam pengajian perlu dimantapkan lagi apabila memasuki
alam pekerjaan. Minda yang positive perlu dipupuk sebelum menyusuri alam kerjaya agar
mereka lebih bersedia menerima cabaran dunia kerjaya yang lebih mencabar.
Petikan 2
Amira ialah pelajar yang datang dari keluarga susah kerana ayahnya hanya seorang penorih
getah. Ayahnya terpaksa bekerja siang dan malam demi mencari pedapatan lebih sematamata untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak. Tidak suka melakukan perkara
yang sia-sia, Amira memanfaatkan masa lapangnya dengan membuat kerja rumah dan
mengulangkaji pelajaran.
Petikan 3
Atau sindiran dan keiklasan telah bergumpal menjadi satu, Cikgu Harun tidak tahu. Namun
sesuatu yang pasti, setiap kali bungkusan itu sampai, Cikgu Harun pun terkesima,
membiarkan diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah
kampung pendalaman. Lebih tiga dekad yang lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim
dengan kehidupan marhain di luar bandar.
Petikan 4
Mendengar basikal tua datuk berkeriyut di halaman, embah cepat-cepat berlari ke dapur dan
membuka pintu. Tidak lama, datuk sampai di hadapan tangga yang curam dan embah turun
hingga ke pertengahhan tangga. Datuk menyurung basikal ke atas dan segera disambut
oleh embah.

Petikan 5
Sikap sesetengah pengguna jalan raya di bandar raya memburukan keadaan. Ada pemandu
yang tidak mematuhi peraturan seperti meletak kenderaan sesuka-hati dan juga memotong
di sebelah kiri. Sikap negative ini perlu dikikis kerana boleh membawa padah dan
menyusahkan pihak lain.

Anda mungkin juga menyukai