Anda di halaman 1dari 22

PERIBAHASA KSSM SPM

Nota dan Latih Tubi Peribahasa


Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2021

Disediakan oleh
Mohamad Elias Yaacob
MRSM ATM Bera

Simpulan Bahasa
Kata-kata yang ringkas dan padat
Membawa maksud kiasan
Contoh: kaki bangku, tangkai jering

Bidalan
Kata-kata yang tersirat maknanya.
Suatu ungkapan.
Contoh: biar lambat asalkan selamat, indah khabar daripada rupa.
ingat sebelum kena jimat sebelum habis

Perumpamaan
Mempunyai kata-kata bagai,ibarat,umpama,laksana, seperti
Contoh:bagai aur dengan tebing. seperti anjing menyalak bukit.
laksana burung dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung

Pepatah
Kata-kata atau ungkapan yang berentak.
Berbentuk sindiran dan nasihat
Contoh: bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Kata-kata hikmat
Kata-kata yang menimbulkan perangsang atau semangat
Contoh: bahasa jiwa bangsa, bersekutu bertambah mutu, bersatu teguh, bercerai roboh

Bandingan Semacam
Kata-kata kiasan untuk menyatakan sifat, perangai atau perilaku seseorang
Contoh: berat seperti batu, hitam seperti arang, rajin seperti semut.

Kiasan
Digunakan untuk mengiaskan (sindiran) sesuatu.
Mengelakkan perkara yang kurang manis disebut secara terang
Contoh: pahit bagai hempedu,
Matanya merah seperti biji saga

1 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Bentuk-bentuk soalan

1. Kenal pasti peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan


2. Peribahasa yang sama makna
3. Bina ayat daripada peribahasa
4. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa
5. Menyatakan makna peribahasa

Kenal pasti peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.

Baca ayat di bawah dengan telitinya kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai dengan ayat tersebut.

i. Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah, sebaliknya dia mahu membeli kasut
yang mahal tetapi dapat dipakai lebih lama.

ii. Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan untuk menambahkan ilmu
pengetahuan.

iii. “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang dengan
bersungguh-sungguh, kami rela terkorban daripada kalah dan menanggung malu,” kata
Tuk Su.

2 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Jawapan:

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

ITEM CONTOH
Baca petikan dibawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi
dalam petikan tersebut.

“Dahlah emak dan ayah saya sakit, sampai hati Mak Liah pula buat saya begini. Saya sudah
berusaha sedaya upaya untuk membantu anaknya dalam pelajaran, tetapi dia bukan sahaja tidak
menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya tidak pandai mengajar anaknya,” luah
Hasnun dengan nada sedih.

“Bersabarlah Hasnun,” pujuk Syafik kepada rakan karibnya yang bukan sahaja emaknya dirawat
di hospital, malah juga ditahan di hospital kerana mengalami keracunan makanan. “Jangan
fikirkan sangat cakap Mak Liah itu. Perkara penting yang harus kamu utamakan sekarang ialah
teruskan usaha supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafik.

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

3 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Nyatakan dua peribahasa yang menggambarkan situasi
yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina ayat daripada setiap peribahasa tersebut untuk
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.

Pak Uda : Lebih baik kamu kurangkan makanan yang bergula dan berlemak, Azlan.

Azlan : Baik, Pak Uda. Saya akan menjaga pemakanan saya.

Pak Uda : Kalau sudah terkena penyakit seperti diabetes, darah tinggi, dan serangan jantung
macam Pak Uda, waktu itu kenalah makan ubat sahaja. Jadi, lebih baik kamu beringat-ingat dari
sekarang agar tidak menyesal pada kemudian hari.

Azlan : Baik, Pak Uda. Saya akan beringat-ingat mulai sekarang. Pak Uda pun begitu juga,
kalau pergi ke mana-mana, jangan lupa bawa ubat. Pak Uda perlu bersedia. Bukan senang hendak
mencari ubat di tempat orang.

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

4 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Peribahasa yang sama makna

Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian
berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
tersebut.

Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu
ini. Kamu datang,ya. Ajak anak-anak sama.

Kamal : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.

Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan perumahan
kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas yang dilakukan
itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.

Kamal : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan tebing
dalam hidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan menziarahi kakak saya yang
sakit di hospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal dunia.

Datuk Ismail : Oh, saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak, sudah jatuh ditimpa
tangga.

Jawapan :
i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

5 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Ayat-ayat di bawah mengandungi peribahasa. Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir
sama maksud dengan peribahasa tersebut.

i. Perselisihan faham antara Ahmad dan abangnya hampir 30 tahun kembali bertaut semula apabila
mereka dipertemukan dalam majlis perkahwinan anak sulung kakak mereka. Benarlah kata orang,
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

ii. Profesor Rahimah bagai sireh pulang ke gagang apabila berpeluang merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Murid di sekolah rendahnya dulu.

iii. Walaupun Rohani baru sahaja berhijrah ke kota London, dia bijak menyesuaikan diri dengan budaya
dan adat di tempat orang kerana baginya di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________

6 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Bina ayat daripada peribahasa

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa, kemudian bina
ayat anda sendiri berdasarkan peribahasa tersebut.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Itulah yang menjadi pegangan kami dalam ekspedisi ini.
Apakan daya, malang tidak berbau. Ketua kumpulan yang terpaksa menghentikan pendakian telah
menyebabkan kami seperti anak ayam kehilangan ibu.

Buku teks

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

Mengisi tempat kosong dengan peribahasa

Berdasarkan dialog di bawah isikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam setiap ayat
tersebut, kemudian kemukakan makna peribahasa tersebut.

Katrina : Wah, bersih sungguh tempat ini! Dahulu tidak begini.

Jarjit : ……………………………………(i) Kini, kesedaran tentang penjagaan kebersihan di


tempat awam semakin meningkat.

Swe Lan : Minggu lepas saya dan Katrina ke tempat perkelahan yang berhampiran dengan rumah
saya. Keadaannya agak mendukacitakan.

Jarjit : Betulkah begitu, Katrina?

Katrina : Betul, Jarjit. Peribahasa ada mengatakan,……………………………………(ii)

Jarjit : Aduhai sungguh tak sangka! Janganlah kita menjadi seperti kera mendapat bunga.

Swe Lan : Ya, kesedaran tentang penjagaan tempat awam perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu
menjadi contoh kerana …………………………………………(iii)

Buku teks

Buku teks
7 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021
@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

Menyatakan makna peribahasa

Baca petikan di bawah dengan telitinya kemudian senaraikan tiga peribahasa dan makna peribahasa
yang terdapat dalam petikan tersebut.

Tatkala tiba di Jeti Kuala Tahan, kami mulai memunnggah barang-barang ke dalam bot panjang yang
akan membawa kami ke seberang. Ketika itu, hujan halau mentua pun turun. Kak long kelam-kabut
cuba menyelamatkan beg sandangnya daripada terkena air hujan. Tanpa banyak soal, adik mengambil
beg plastik yang agak besar lalu menyarungkan beg kak long ke dalamnya. Kak long berasa kagum
dengan tindakan adik.

“Wah, kecil-kecil cili padi!” Kembang hidung adik dipuji kak long.

“Itulah kak long. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.” Sindir aku
mengingatkan kak long tentang peristiwa semalam apabila kak long mentertawakan adik yang
menggunakan wang simpanannya untuk membeli beg kalis air.

Buku teks

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

Sudah
jatuh
ditimpa
tangga

8 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga simpulan bahasa berdasarkan situasi
dalam ayat.

Akibat daripada kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran, terdapat sesetengah peniaga yang
tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan itu untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.
Keadaan ini menyebabkan pengguna berasa amat tertekan dan terpaksa membeli kerana minyak
merupakan bahan makanan terpenting. Pihak kerajaan pula sedaya upaya menyelesaikan permasalahan
ini demi memastikan para pengguna tidak teraniaya dan mendapatkan barang keperluan harian dengan
harga yang berpatutan.

Jawapan :

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

iii. ____________________________________________________________

Kekeliruan Peribahasa

Harapkan pagar, pagar makan padi ( / )


Harapkan pegar, pegar makan padi ( X )

• Pegar bermaksud burung. Jadi, andaian burung pegar nak jaga padi kita tolak atas
faktor habitatnya yang tidak tinggal di kawasan sawah dan sifatnya yang liar kerana
membela burung ini sesuatu yang mustahil apatah lagi mahu mengharapkannya
menjaga padi.
• Pagar yang dimaksudkan dalam peribahasa tersebut bukanlah pagar yang biasa kita
lihat sebaliknya ‘pagar’ yang tidak mampu kita lihat. Dalam erti kata lain, ‘pagar’ yang
dimaksudkan ialah makhluk halus seperti semangat, jin atau syaitan. Amalan
pendukunan juga ada disebutkan ‘pagar kawasan’ iaitu menjaga kawasan dengan
bantuan makhluk halus

Melepaskan batuk di tangga ( / )


Melepaskan batok di tangga. ( X )

• Batok bermaksud tempurung. Perkataan ini ialah kata pinjaman daripada bahasa Jawa.
Peribahasa sebenarnya (yang diterima dalam Daftar Peribahasa DBP) ialah melepaskan
batuk di tangga.
• Peribahasa ini bermaksud melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh

9 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. ( X )


Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. ( / )

Baik membawa rasmi padi, makin berrisi makin tunduk ( X )


Baik membawa resmi padi, makin berrisi makin tunduk ( / )

Tak lapuk dek panas tak lekang dek hujan ( X )


Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas ( / )

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat ( X )


Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat ( / )

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ( / )


Hati gajah sama dicecah, hati kuman sama dilapah ( X )

Peribahasa yang tidak lengkap

Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. ( X )


Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang
kemudian ( / )

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. ( X )


Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri ( / )

10 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Latihan Tambahan

Cari maksud peribahasa yang dinyatakan, kemudian bina ayat dengan memasukkan peribahasa
dalam ayat tersebut.

Bil Peribahasa Maksud Ayat


1 Malang tidak berbau

2 Patah dagu bertongkat paruh

3 Air tangan

4 Di mana ada gula di situ ada


semut

5 Cermat masa banyak, jimat


masa sedikit

6 Besar periuk, besarlah


keraknya

7 Condong diumpil, lemah


dianduh

8 Ke mana perginya laying-


layang, talinya ada pada kita

9 Hendak seribu daya, tak


hendak seribu dalih

10 Bahasa jiwa bangsa

11 Sakit sama mengaduh, luka


sama menyiuk

12 Serumpun bak serai, sesusun


bak sirih

13 Adat pulau limburan pasang

14 Buah hati

11 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

15 Mata air

16 Raja sehari

17 Bagaikan aur dengan tebing

18 Tak lapuk dek hujan, tak


lekang dek panas

19 Yang baik dijadikan teladan,


yang buruk dijadikan
sempadan
20 Titik hitam

21 Pisang berbuah dua kali

22 Sesat di hujung, balik ke


pangkal jalan

23 Bagaikan bertih digoreng

24 Seperti telur di hujung


tanduk

25 Sambil menyelam minum air

26 Bagai itik mendapat air

27 Kalau tidak berada-ada,


takkan tempua bersarang
rendah

28 Kalau tiada angina masakan


pokok bergoyang

29 Air tenang jangan disangka


tiada buaya

30 Sepandai-pandai tupai
melompat, sekali akan gawal
juga

12 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

31 Hujan emas di negeri orang,


hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri
32 Bapa borek anak rintik

33 Kera mendapat bunga

34 Bagaimana acuan begitulah


kuihnya

35 Tak tumbuh tak melata, tak


sungguh orang tak kata

36 Lain hulu lain parang, lain


dahulu lain sekarang

37 Jauhari mengenal manikam

38 Indah khabar daripada rupa

39 Sesal dahulu pendapatan,


sesal kemudian tidak
berguna
40 Takkan lari gunung dikejar

41 Bertangguh itu pencuri masa

42 Melentur buluh biarlah dari


rebungnya

43 Ikutlah resmi padi, semakin


berisi makin tunduk

44 Jangan ikut resmi ayam,


bertelur sebiji riuh
sekampung

45 Ikutlah resmi penyu, telur


beribu tak siapa tahu

13 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

46 Negara kita tanggungjawab


kita

47 Umpama sirih menjalar dulu


kemudian melilit, barulah
memanjat puncak junjung

48 Yang bertakuk ditebang,


yang bergaris dipahat

49 Bersekutu bertambah mutu

50 Ibarat telur sesangkak, pecah


sebiji, pecah semua

51 Mendengar guruh di langit,


air tempayan dicurahkan

14 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

SKEMA JAWAPAN

Kenal pasti peribahasa berdasarkan situasi dalam petikan.


Soalan 1
(i) Alah membeli menang memakai
(ii) Membaca jambatan ilmu
(iii) Biar putih tulang, jangan putih mata

Soalan 2(Item Contoh)


(i) Bagai kaca terhempas ke batu
(ii) Bagai kacang lupakan kulit
(iii) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Soalan 3
(i) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Amirul menyesal dengan sikapnya yang malas belajar menyebabkan dia gagal
dalam pelajaran, namun sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
(ii) Sediakan payung sebelum hujan
Johari menasihati anak-anaknya menyimpan wang untuk kegunaan masa depan
bak kata bidalan sediakan payung sebelum hujan.

Peribahasa sama makna.


Soalan 1
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
(ii) Seperti aur dengan tebing
Bagai dakwat dengan kertas
(iii) Sudah jatuh ditimpa tangga
Antan patah lesung hilang

15 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Soalan 2
(i) Air dicencang tak akan putus
(ii) Belut pulang ke lumpur
Gagak pulang ke benua
Ikan pulang ke lubuk
Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
(iii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Bina ayat daripada peribahasa


Soalan 1

(i) Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama setiap
masa bak kata peribahasa bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
(ii) Ayah selalu mengingatkan kami agar berhati-hati ketika melintas jalan kerana
malang tidak berbau
(iii) Kehidupan Zarul amat susah sejak dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya seperti
anak ayam kehilangan ibu.

Isi tempat kosong


Soalan 1
(i) Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
(ii) tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
(iii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Bapa borek anak rintik

Menyatakan makna peribahasa


Soalan 1
(i) Hujan halau mentua pun turun
Maksudnya hujan yang turun sebentar sahaja
(ii) Kecil-kecil cili padi
Maksudnya meskipun kecil tetapi berani
(iii) Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Maksudnya pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang tua-tua sahaja

16 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

Soalan 2 (Simpulan Bahasa)


(i) Lintah darat
(ii) Berat hati
(iii) Mencari jalan

Latihan Tambahan

Cari maksud peribahasa yang dinyatakan, kemudian bina ayat dengan memasukkan peribahasa
dalam ayat tersebut.

Bil Peribahasa Maksud Ayat


1 Malang tidak berbau Ayah berpesan kepada abang
Kecelakaan yang tidak dapat supaya sentiasa berhati-hati ketika
diketahui memandu kereta kerana malang
tidak berbau.
2 Patah sayap bertongkat Terus berusaha mengerjakan Amin gigih berusaha
paruh sesuatu dengan sehabis usaha tanpa mengulangkaji pelajaran
berputus asa. walaupun beberapa kali gagal
dalam peperiksaan kerana baginya
patah sayap bertongkat paruh.
3 Air tangan Masakan seseorang Air tangan masakan ibu saya
sangat sedap.

4 Di mana ada gula di situ ada Sesuatu tempat yang menjadi Bandar Kuala Lumpur menjadi
semut tumpuan orang ramai berkumpul tumpuan orang ramai mencari
kerana mudah mendapat rezeki kerana senang mendapat
kesenangan. pekerjaan seperti kata di mana ada
gula di situ ada semut.
5 Cermat masa banyak, jimat Seseorang itu perlu berhati-hati Walapun Encik Abdul seorang
masa sedikit menguruskan wangnya ketika usahawan berjaya namun beliau
senang untuk masa depannya. sentiasa mengamalkan sikap
cermat masa banyak, jimat masa
sedikit demi masa depannya.
6 Besar periuk, besarlah Semakin tinggi pendapatan, Nazri merasakan perbelanjaannya
keraknya semakin besar perbelanjaan. semakin meningkat sejak gajinya
dinaikkan seperti kata besar
periuk, besarlah keraknya.
7 Condong diumpil, lemah Orang yang dalam kesusahan Keluarga Amirul yaang ditimpa
dianduh diberikan pertolongan bencana banjir ibarat
condongdiumpil, lemah dianduh
kerana telah menerima
sumbangan daripada kerajaan.

17 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

8 Ke mana perginya layang- Orang yang lemah tidak akan Sepandai-pandai pencuri itu
layang, talinya ada pada kita terlepas hukuman daripada orang meloloskan diri, dia akhirnya
yang berkuasa. dijatuhi hukuman penjara oleh
mahkamah kerana ke mana
perginya layang-layang, talinya
ada pada kita
9 Hendak seribu daya, tak Jika kita hendak melakukan Walaupun dalam serba
hendak seribu dalih sesuatu, kita akan kekurangan dia berusaha hingga
menyempurnakannya dengan berjaya dalam peperiksaan SPM
sedaya upaya. kerana hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih

10 Bahasa jiwa bangsa Bahasa melambangkan identiti Orang Jepun sentiasa


sesuatu bangsa menggunakan bahasa ibunda
mereka walaupun di peringkat
antarabangsa kerana bagi mereka
bahasa jiwa bangsa.
11 Sakit sama mengaduh, luka Sama-sama bertanggungjawab Hidup di alam perkahwinan ini
sama menyiuk haruslah dipupuk seperti
peribahasa sakit sama mengaduh,
luka sama menyiuk supaya
masing-masing bertanggungjawab
antara satu sama lain.

12 Serumpun bak serai, Amalan hidup perlu saling Perdana Menteri Malaysia
sesusun bak sirih bermuafakat dan bersatu padu menyeru agar segenap lapisan
masyarakat mengekalkan
keharmonian antara satu sama lain
bak kata peribahasa serumpun bak
serai, sesusun bak sirih.
13 Adat pulau limburan pasang Kehidupan manusia hendaklah Sebagai sebuah masyarakat yang
bantu-membantu. penyayang peribahasa adat pulau
limburan pasang perlu diamalkan
demi kesejahteraan bersama.
14 Buah hati Orang kesayangan, kekasih Amirul begitu megambil berat
keperluan buah hati yang baru
dikenalinya.
15 Mata air Amirul begitu megambil berat
Orang kesayangan, kekasih keperluan mata air yang baru
dikenalinya.
16 Raja sehari Pengantin Rashid dan Siti Fatimah akan
menjadi raja sehari dua hari lagi

17 Bagaikan aur dengan tebing Tolong-menolong antara satu sama Masyarakat Malaysia perlu
lain mengutamakan budaya bagaikan
aur dengan tebing demi
keharmonian semua.
18 Tak lapuk dek hujan, tak Adat yang tidak berubah, sesuatu Walaupun irama ghazal kian
lekang dek panas yang tetap utuh. menepi, apabila kita terdengar
alunan ghazal ini indahnya tak

18 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

lapuk dek hujan, tak lekang dek


panas.
19 Yang baik dijadikan teladan, Mencontohi sesuatu yang baik Remaja perlu bijak menilai
yang buruk dijadikan tetapi menjauhkan daripada sesuatu sesuatu budaya yang semakin
sempadan yang buruk. membimbangkan agar yang baik
dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan.
20 Titik hitam Kegelapan Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi
suatu titik hitam sejarah negara.

21 Pisang tak akan berbuah dua Sekali tertipu atau kerugian tentu Zainal lebih berhati-hati setelah
kali akan berjaga-jaga pada masa akan dia mengalami kerugian akibat
datang ditipu oleh rakan kongsi
perniagaannya supaya pisang tak
akan berbuah dua kali.
22 Sesat di hujung, balik ke Jika kita terlanjur dalam melakukan Ahmad telah bertaubat atas
pangkal jalan sesuatu perbuatan, eloklah kita perbuatannya mencuri duit
menginsafinya segera. rakannya kerana sesat di hujung,
balik ke pangkal jalan.
23 Bagaikan bertih digoreng Seseorang yang tidak berhenti Suresh dibenci oleh rakannya
bercakap kerana dia kuat mengomel
bagaikan bertih digoreng.
24 Seperti telur di hujung Dalam keadaan bahaya. Nyawa Amirul seperti telur di
tanduk hujung tanduk akibat terjatuh
dalam perigi sebelum dia dapat
diselamatkan
25 Sambil menyelam minum Melakukan dua tiga pekerjaan Semasa menghadiri seminar
air dalam sesuatu masa Bahasa Melayu, Aminah turut
mengambil peluang menjual
bukunya seperti peribahasa sambil
menyelam minum air.
26 Bagai itik mendapat air Memperoleh sesuatu yang sangat Fahimi bagai itik mendapat air
digemarinya. apabila ayahnya menghadiahkan
seutas jam tangan pada hari
jadinya.
27 Kalau tidak berada-ada, Tentu ada maksud tersembunyi Kamarul berbuat baik terhadap
takkan tempua bersarang sesorang bertindak secara luar biasa Umairah kerana kalau tidak
rendah berada-ada, takkan tempua
bersarang rendah.
28 Kalau tiada angin masakan Sesuatu perkara yang terjadi pasti
pokok bergoyang ada sebabnya.

29 Air tenang jangan disangka Orang yang pendiam jangan Faridah itu umpama air tenang
tiada buaya disangka bodoh atau penakut. jangan disangka tiada buaya,
walaupun pendiam tetapi bijak
dan berani memberikan pendapat.
30 Sepandai-pandai tupai Sepandai-pandai orang, sekali akan
melompat, sekali akan salah juga perbuatannya.
gawal juga

19 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

31 Hujan emas di negeri orang, Sehebat-hebat negara orang, negara Kamal lebih suka bekerja dan
hujan batu di negeri sendiri, sendiri/ tempat sendiri lebih baik. menetap di kampung asalnya
lebih baik di negeri sendiri berbanding bekerja di luar kerana
baginya hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri
sendiri
32 Bapa borek anak rintik Anak menurut baka atau kelakuan Kelakuan Aiman yang suka
bapanya menolong orang saling tidak
tumpah dengan sikap ayahnya
kerana bapa borek anak rintik
33 Kera mendapat bunga Seseorang yang tidak tahu menilai Laila bagai kera mendapat bunga
pemberian orang apabila membuang bunga yang
dihadiahkan kepadanya.

34 Bagaimana acuan begitulah Seseorang anak itu akan mengikut Sikap peramah yang dimiliki oleh
kuihnya perangai bapa atau ibunya. Hasan sama seperti ibunya,
bagaimana acuan begitulah
kuihnya.
35 Tak tumbuh tak melata, tak Orang mengatakan tentang sesuatu Zairul dicemuh oleh masyarakat
sungguh orang tak kata perkara itu tentu ada sebabnya. kerana dia suka memburuk-
burukan orang lain ibarat kata tak
tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata.
36 Lain hulu lain parang, lain Perbezaan zaman yang berubah Dahulunya ramai yang kekok
dahulu lain sekarang mengikut perdedaran masa. dengan telefon bimbit, tetapi anak
kecil sudah mampu
menggunakannya dan lebih mahir
daripada orang dewasa seperti
kata pepatah lain hulu lain parang,
lain dahulu lain sekarang

37 Jauhari mengenal manikam Orang yang bijaksana juga yang Perilaku Hamid seperti jauhari
mengetahui keelokan ilmu mengenal manikam kerana
dengan hanya memandang dan
memikir akan sesuatu, dia akan
mengetahui baik buruknya tentang
ilmu itu.
38 Indah khabar daripada rupa Perkhabaran tentang sesuatu Kecantikan sesorang jika dilihat
perkara yang dilebih-lebihkan. melalui alam maya memang
cantik-cantik tetapi apabila
melihat dihadapan mata indah
khabar daripada rupa.
39 Sesal dahulu pendapatan, Berfikir sehabis baik sebelum Jamal berfikir masak-masak
sesal kemudian tidak mengerjakan sesuatu/ membuat sebelum membuat keputusan
berguna keputusan. menyertai kumpulan itu kerana
sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna
40 Takkan lari gunung dikejar Tidak tergopoh-gapah mengerjakan Ayah menasihatkan abang
sesuatu yang sudah tentu memandu tidak memandu

20 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

tergopoh-gapah apabila ke tempat


percutian kerana takkan lari
gunung dikejar.
41 Bertangguh itu pencuri Bertanggung dalam melakukan Farid suka menagguhkan kerja
masa sesuatu akan merugikan kita yang mudah sehingga
menyebabkan dia tertekan kerana
sikapnya bertangguh itu pencuri
masa.
42 Melentur buluh biarlah dari Mendidik anak biarlah sejak Kita hendaklah mengamalkan
rebungnya mereka kecil lagi. amalan menabung sejak kecil
seperti melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
43 Ikutlah resmi padi, semakin Semakin berilmu/tinggi pangkat Walaupun Dato Arifin seorang
berisi makin tunduk seseorang itu, semakin dia pengarah syarikat yang
merendahkan diri. besar,namun dia seorang yang
merendah diri umpama peribahasa
ikutlah resmi padi, semakin berisi
semakin tunduk.
44 Jangan ikut resmi ayam, Orang yang memperoleh kejayaan Firdaus suka mengehobohkan
bertelur sebiji riuh sedikit tetapi diheboh-hebohkan. kejayaannya memenangi perlawan
sekampung badminton walaupun hanya
tempat ketiga sahaja samalah
seperti jangan ikut resmi ayam,
bertelur sebiji riuh sekampung.
45 Ikutlah resmi penyu, telur Orang yang berusaha dalam senyap Walapun seorang yang pendiam,
beribu tak siapa tahu tetapi memperoleh kejayaan yang Zafrul berjaya dalam 9A+ dalam
banyak. peperiksaan SPM seperti kata
ikutlah resmi penyu, telur beribu
tak siapa tahu.
46 Negara kita tanggungjawab Kita bertanggungjawab Konsep negara kita
kita memakmurkan negara kita sendiri tanggungjawab kita perlu disemat
dalam sanubari rakyat negara ini
demi kemakmuran bersama.
47 Umpama sirih menjalar dulu Tiap-tiap pekerjaan hendaklah Proses menghasilkan beras
kemudian melilit, barulah dikerjakan mengikut aturannya. umpama menjalar dulu kemudian
memanjat puncak junjung melilit, barulah memanjat puncak
junjung kerana perlu melalui
proses-proses tertentu.

48 Yang bertakuk ditebang, Mengikut peraturan atau ada resam Kita perlu mengikut adat resam
yang bergaris dipahat sesuatu budaya tempat kita berada
kerana yangbertakuk ditebang,
yang bergaris dipahat.
49 Bersekutu bertambah mutu Berkerjasama antara satu sama lain Rakyat Malaysia hendaklah
dalam melakukan sesuatu akan berkerjasama memajukan negara
menghasilkan kejayaan yang kerana bersekutu bertambah mutu.
cemerlamg.
50 Ibarat telur sesangkak, Kesilapan yang dilakukan oleh Hanya Danish sahaja yang nakal
pecah sebiji, pecah semua seseorang menyebabkan orang lain dalam kelas itu tetapi semua
menerima akibatnya. pelajar sekolah itu menganggap

21 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias
PERIBAHASA KSSM SPM

pelajar kelas Danish sebagai


pelajar-pelajar nakal ibarat telur
sesangkak, pecah sebiji, pecah
semua
51 Mendengar guruh di langit, Mendengar suatu keuntungan yang Aiman seperti mendengar guruh
air tempayan dicurahkan belum pasti, apa yang telah ada di langit, air tempayan dicurahkan
ditinggalkan kerana dia belum pasti akan
pekerjaan baharunya tetapi dia
telah berhenti kerja lamanya.

22 WEBINAR JOM SKOR A+ BPM©2021


@Cikgu Elias

Anda mungkin juga menyukai