Anda di halaman 1dari 12

FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU

Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata iaitu: a) Kata bantu aspek b) Kata bantu ragam

Kata bantu aspek


Menerangkan waktu pada kerja yang dilakukan. Contoh : a) Akan b) Sedang c) Sudah d) Masih e) Baru f) Mula g) belum

Tergolong kepada 3 jenis aspek masa iaitu: a) Sudah dilakukan b) Sedang dilakukan c) Belum dilakukan
KATA BANTU ASPEK Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan Sudah Sedang Belum Telah Masih Akan Pernah Mula Baru

Contoh : a) Mereka sudah menonton wayang gambar itu. b) Majapahit telah melanggar Singapura. c) Mereka baru mendapat cahaya mata. d) Adik kecil masih tidur lagi. e) Matahari belum terbit lagi.

Kata bantu aspek tertentu boleh hadir berderetan dan tidak secara berderet. a) Boleh hadir bersama-sama belum + pernah masih + belum sudah + pernah

a) Tidak boleh hadir bersama-sama sedang + belum pernah + masih sudah + baru sedang + telah

Kata bantu ragam


Perkataan yang menerangkan ragam atau suasana perasaan sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contoh : a) Mungkin b) Harus c) Hendak d) Mesti e) Patut f) dapat

Contoh : a) Encik Saiful hendak pergi ke Afrika b) Miko dapat melanjutkan pelajaran ke London c) Saksi itu enggan memberikan kerjasama d) Mereka mahu berikhtiar lagi

Boleh hadir bersama-sama harus + mahu mungkin + boleh patut + dapat Tidak boleh hadir bersama-sama mahu + mesti patut + enggan hendak + harus

Kata bantu aspek + kata bantu ragam a) Dia belum pernah makan kerana masih kenyang b) Mereka masih dapat tidur walaupun bilik itu panas c) Aminah akan dapat menjawab soalan itu

Kata bantu ragam + kata bantu aspek a) Mereka mesti akan datang lagi b) Datuk penghulu harus telah menyelesaikan masalah tersebut c) Maniam harus sudah tidur kerana malam sudah larut

Anda mungkin juga menyukai