Anda di halaman 1dari 4

Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat peting untuk memupuk integrasi antara kaum

dan dalam usaha pembangunan negara. Pendidikan yang berkauliti dan cemerlang merupakan wahana usaha untuk membangunkan generasi alaf baru selaras dengan dengan hasrat yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan negara memerlukan pelbagai usaha yang strategik agar boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar mendapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Golongan yang terlibat dengan pendidikan tidak terlepas daripada

tanggungjawab untuk memimpin, sama ada kepemimpinan di dalam kelas, panitia mahupun peringkat sekolah. Di samping itu setiap pendidik juga harus berusaha untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme mereka kerana perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan. Oleh itu, anda perlu mengetahui Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesionalisme yang harus anda tempuhi untuk menjadi seorang pendidik yang berkarisme dan berketrampilan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah

perumpamaan yang sangat sinonim dengan situasi guru guru pada masa kini. Pelbagai tugas dan beban diberikan sehari demi sehari bagi memenuhi tuntutan semasa. Guru juga menjadi agen perubahan masyarakat yang menerima pelbagai cabaran di era globalisasi yang semakin pesat membangun. Tambahan, negara meletakkan sasaran yang tinggi dalam menjana ekonomi semasa untuk

membolehkan negara bersaing di pasaran global. Matlamat ini memberikan tempias kepada bidang pendidikan khususnya warga pendidik. Jika diteliti beberapa isu dalam bidang pendidikan termasuk isu isu keguruan yang turut disiarkan di akhbar akhbar antaranya Beban tugas : Ramai guru terdedah risiko penyakit kritikal ( Utusan Malaysia, 2008 ) dan Guru tiada masa untuk keluarga ( Harian Metro, 2010 ) jelas memperlihat bahawa guru turut menanggung beban tugas yang kritikal sehingga membawa mudarat bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga dan masyarakat. Hakikatnya isu ini memang berlaku namun tiada pihak yang sedar akan kesan dan kemudaratan yang boleh mencemarkan profesion keguruan.

EDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Peranan dan akuntabiliti guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Sejak kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Namun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas. Peranan dan tanggungjawab yang digalas guru semakin mencabar seiring dengan kehendak kerajaan dan masyarakat seperti yang kita sedia maklum. Perkembangan semasa menjadikan profesion keguruan turut menerima tempiasnya. Pendidkan merupakan aset penting kepada semua individu dan aspke penitng dalam pembangunan sesebuah negara. Pembangunan modal insan menjadi tonggak kepada kejayaan sesebuah negara. Untuk membentuk manusia yang seimbang dalam menghadapi kesan globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan semasa. Modal insan yang perlu dibangunkan perlu seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, keupayaan guru menguruskan segala tanggungjawab dan tugasan tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

Tanggungjawab guru yang kian mencabar bukan sahaja mencabar dari dunia pendidikan itu sendiri tetapi juga dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada pihak sekolah dan guru-guru khasnya. Kestabilan emosi amat diperlukan untuk mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan. Perkembangan semasa kini memerlukan KPM memberikan tumpuan kepada usaha untuk memantapkan kualiti guru dan meningkatkan keupayaan kepimpinan sekolah untuk muncul sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. KPM perlu menyediakan pelbagai bentuk latihan dan program pembangunan profesionalsme guru dan pemimpin sekolah. Ini termasulah program sabbatikal dan achievement guru serta pemimpin sekolah dengan institusi pendidikan ternama di dalam dan laur negara. Program ini memberikan peluang kepada guru-guru dan pemimpin untuk memperkaya pengetahuan dan menimba pengalaman baru bagi meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan secara langsung berupaya menangani sebarang tekanan dalam menjalankan tugas harian yang kian mencabar.

EDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Setiap manusia inginkan kehidupan yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan. Sebagai manusia biasa, seorang guru turut merasakan desakan dan tekanan hidup yang sedemikian. Mereka juga memerlukan kehidupan sebagaimana yang dikecapi oleh orang lain. situasi beginilah yang menyebabkan kerjaya ini kini digemparkan dengan kepelbagaian isu yang mendapat perhatian masyarakat. Guru kini berdepan dengan pelbagai isu seperti yang perlu ditangani dengan sikap profesional dan terbuka. Persolan seperti sikap guru, kesantunanguru, erja sambilan yang dilaksanakan oleh guru dan berniaga di sekolah kini menjadi isu yang perlu ditangani secara berhemah supaya kerjaya tidak terus terpesong. Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hebdaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan supaya berupaya menjadi masyarakat industri, mampu bersaing dalam sistem ekonomi yang global, bijak menggunakan kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih boleh menggunakan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu melahirakn generasi berilmu untuk berfikir, beritndak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta berupaya mennagani gelombang perkembagan dan perubahan masa kini. Perkembangan semasa dari aspek globalisasi pendidikan, kepelbagaian budaya masyarakat, gejala sosial yang kian membarah dan kemajuan teknologi seharsnya berjaya ditangani dan menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patriotik dan memnuhi perpaduan serta integriti dalam rakyat sebagai bangsa Malaysia dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, iaitu pada abad ke-21.

EDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan kepada tuhan dalam diri murid. Perkara ini menjadi lebih kritikal dalam kehidupan era globalisasi. Maksudnya kehidupan terlalu bersifat materialistik, teknologi,

kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru bleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci yang akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan murid kepada tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

EDU3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Anda mungkin juga menyukai