Anda di halaman 1dari 54

Kamus Antonim Sekolah Rendah 1

Kata Lawan Erti

Abadi - Sementara
Definisi

Abadi : sentiasa ada atau wujud.

Sementara : untuk beberapa ketika sahaja (tidak lama).

Contoh Ayat

Tuhanlah satu-satunya yang abadi, sesungguhnya tiada mula


dan akhir.

Sementara menunggu pokok getah besar, Ali menanam


jagung.

Abai - Peduli

Definisi

Abai : tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian


kepada (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan,
mencuaikan, melalaikan.

Peduli : menghiraukan, mengambil perhatian akan, endah


akan.

Contoh Ayat

Mereka abai sahaja segala kritik dan cemuhan orang.

Dia sedar ramai orang memerhatikannya tetapi dia tidak


peduli.

Am - Khas
Kamus Antonim Sekolah Rendah 2

Definisi

Am (umum): berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau


terkhusus kepada orang atau golongan tertentu).

Khas : yang diperuntukkan atau ditentukan (untuk seseorang


atau sesuatu kegunaan, tugas, dan lain-lain), khusus,
istimewa.

Contoh Ayat

Zainab tidak bekerja semasa hari kelepasan am.

Rumah-rumah itu dibina khas untuk pegawai kerajaan.

Angguk - Geleng

Definisi

Angguk : gerakan menundukkan kepala ke atas ke bawah.

Geleng : gelengan gerakan ke kiri ke kanan.

Contoh Ayat

Fatimah angguk kepala sahaja ketika mengakui kesalahannya


kerana takut dimarahi bapanya.

Isa hanya mampu geleng kepala ketika mendapat berita


kematian ibunya.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 3

Asli - Palsu

Definisi

Asli (tulen) : bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun


bercampur bahan lain)

Palsu : tidak benar (tulen), lancung, tiruan.

Contoh Ayat

Emak yakin bahawa barang kemas yang dibelinya itu adalah


barang kemas tulen.

Pasport yang dimiliki oleh pelancong asing itu adalah pasport


palsu.

Atas - Bawah

Definisi

Atas : tempat atau paras dan sebagainya yang lebih tinggi.

Bawah : terletak separas dengan permukaan tanah.

Contoh Ayat

Amri sengaja meletakkan buku itu di atas meja.

Pejabatnya terletak di tingkat bawah bangunan itu.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 4

Awal - Lewat

Definisi

Awal : sebelum waktu yang biasa (yang dijangkakan,


ditetapkan, dan sebagainya), terlebih dahulu (daripada yang
lain)

Lewat : sesudah waktunya, melampaui waktunya, lambat.

Contoh Ayat

Kereta api tiba awal sedikit daripada jadualnya hari ini.

Salimah telah lama menunggu Mak Minah yang lewat pulang.

Azab - Nikmat

Definisi

Azab : hukuman, seksaan (yang dideritai), kesengsaraan,


kesusahan (yang dideritai seseorang);

Nikmat : anugerah Allah, kurnia.

Contoh Ayat

Mereka yang melakukan kejahatan akan menerima balasan


azab akhirat kelak.

Tidak ramai makhluk yang tahu menghargai nikmat Tuhan


yang begini indah dan permai.

Bahagia - Derita

Definisi

Bahagia : suasana senang, aman damai serta gembira.

Derita : kesusahan (kesakitan, keseksaan, dan sebagainya)


yang dialami.

Contoh Ayat
Kamus Antonim Sekolah Rendah 5

Kehidupan Hafiz dan Muiz sangat bahagia hidup di samping


keluarganya yang penyayang.

Sejak dia ditahan, keluarganya menanggung derita


kesengsaraan.

Baharu - Lama

Definisi

Baharu : belum dipakai lagi atau belum lama dipakai.

Lama : telah wujud (ada, terlibat, dan sebagainya) dlm


jangka masa yang agak panjang.

Contoh Ayat

Basikal baharu Kahlid berwarna kuning.

Baju lama ayah telah lusuh.

Baik - Buruk

Definisi

Baik : keadaan yang elok.

Buruk : tua dan rosak.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 6

Contoh Ayat

Kasut yang dibeli oleh Syarifah masih lagi baik untuk dipakai.

Basikal buruk Mak Jah sudah tidak boleh digunakan lagi.

Baik - Jahat

Definisi

Baik : kelakuan yang elok.

Jahat : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dan


lain-lain).

Contoh Ayat

Anak angkat Mak Temah yang dibela sejak kecil itu baik
budinya.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Bakal - Bekas

Definisi

Bakal : seseorang yang akan menjadi atau dijadikan (isteri,


suami, presiden, ketua, dan lain-lain), calon.

Bekas : seseorang yang akan menjadi atau dijadikan (isteri,


suami, presiden, ketua, dan lain-lain), calon.

Contoh Ayat

Bakal isteri abang sangat pemalu orangnya.

Rahman masih terkenang akan bekas isterinya.

Bakhil - Pemurah

Definisi

Bakhil : kikir, kedekut, lokek.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 7

Pemurah : suka memberi, tidak kedekut.

Contoh Ayat

Walaupun kaya, Hamid tetap bakhil.

Sikap Ibrahim yang pemurah itu menjadi buah mulut orang


kampung.

Bandar - Kampung

Definisi

Bandar : tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan


terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota.

Kampung : kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan


rumah dan lain-lain) di luar bandar, desa, dusun.

Contoh Ayat

Jalan raya di bandar sering mengalami kesesakan lalu lintas.

Kampung Salman terletak kira-kira 12 km dari Kota Bharu.

Banyak - Sedikit

Definisi

Banyak :bukan sedikit, tidak sedikit.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 8

Sedikit : tidak banyak (bukan bilangan, nilai, kadar, dan lain-


lain).

Contoh Ayat

Maisara telah banyak membantu Nia dalam pelajaran.

Tidak perlu mempunyai banyak wang untuk berkongsi sedikit.

Bawa - Tinggal

Definisi

Bawa : mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu


tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung.

Tinggal : terkebelakang (daripada orang lain dan lain-lain),


ada di belakang, tidak turut maju.

Contoh Ayat

Pakaian yang dibawanya hanya yang lekat di badan.

Beg pakaiannya ringan kerana separuh pakaiannya telah dia


tinggal di dalam khemah.

Beku - Cair

Definisi
Kamus Antonim Sekolah Rendah 9

Beku : pejal, keras (bukan benda cair).

Cair : tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air),
encer, tidak pekat.

Contoh Ayat

Air laut beku sepanjang tahun di kutub.

Logam akan menjadi cair setelah dipanaskan.

Berat - Ringan

Definisi

Berat : tidak ringan, mempunyai tekanan yang kuat.

Ringan : tidak berat, enteng.

Contoh Ayat

Tidak terpikul oleh Ahmad benda yang berat itu.

Bungkusan yang ringan itu diangkat dengan sebelah tangan


sahaja.

Berkurang - Meningkat

Definisi

Berkurang : menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau


Kamus Antonim Sekolah Rendah 10

susut daripada sebelumnya.

Meningkat : mencapai tingkat (angka dan lain-lain), naik


(meninggi, mengatas, dan lain-lain), bertambah banyak
(hebat, penting, dan lain-lain)

Contoh Ayat

Pada ketika itu tamu sudah mulai berkurang kerana hari


sudah jauh malam.

Perbelanjaan untuk pendidikan meningkat dari tahun ke


tahun.

Bersih - Kotor

Definisi

Bersih : tidak kotor.

Kotor : tidak bersih, tidak jernih, cemar.

Contoh Ayat

Pakaiannya sentiasa bersih.

Lisa sedang mencuci pakaian yang kotor.

Besar - Kecil

Definisi
Kamus Antonim Sekolah Rendah 11

Besar : tidak kecil (ukurannya).

Kecil : tidak besar atau kurang besarnya daripada yang


biasanya (seharusnya, selalunya, dan sebagainya).

Contoh Ayat

Bangunan parlimen di daerah Kubang Pasu sangat besar dan


tinggi.

Rumah kecil itu dihuni oleh sepasang suami isteri yang sudah
tua.

Betul - Salah

Definisi

Betul : benar, tidak salah.

Salah : tidak benar, tidak betul.

Contoh Ayat

Apa yang diperkata oleh Tuan Guru itu betul sekali.

Dia boleh membezakan antara yang salah dan yang benar.

Biadab - Beradab

Definisi

Biadab : tidak ada budi bahasa, tidak beradab.

Beradab : mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa,


bersopan.

Contoh Ayat

Anaknya bersikap kurang ajar dan biadab.

Kita perlu menjadi seorang yang beradab supaya disenangi


oleh orang ramai.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 12

Buka - Tutup

Definisi

Buka : menjadikan tidak tertutup (bertutup).

Tutup : tidak terbuka, terkatup.

Contoh Ayat

Amin buka pintu almari untuk mencari pakaian yang sesuai


untuk ke majlis ulang tahun rakannya.

Mak Limat tutup semua pintu rumahnya menjelang senja.

Busuk - Harum

Definisi

Busuk : berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dan lain-


lain).

Harum : sedap (enak) baunya, wangi.

Contoh Ayat

Bangkai binatang itu telah mulai busuk.

Bunga melati itu harum baunya.

Cantik - Hodoh
Kamus Antonim Sekolah Rendah 13

Definisi

Cantik : sangat menarik apabila dipandang (bukan orang


perempuan, rupa muka, bangunan, benda, pemandangan,
dan lain-lain), sangat elok (bagus, molek).

Hodoh : buruk, jelik (rupa dan lain-lain).

Contoh Ayat

Barang-barang perhiasan yang cantik biasanya tinggi


harganya.

Perempuan sihir itu kelihatan semakin hodoh dengan pakaian


compang-camping itu.

Cepat - Lambat

Definisi

Cepat : laju, deras, kencang, pantas (bukan gerakan, waktu,


kejadian, dan lain-lain).

Lambat : tidak cepat atau lekas (pergerakan dan lain-lain),


perlahan-lahan.

Contoh Ayat

Jentera tersebut berpusing dengan cepat sekali.

Benih kacang ini bercambah dengan lambat.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 14

Condong - Tegak

Definisi

Condong : senget (miring) ke sebelah, tidak tegak lurus,


cenderung.

Tegak : tegak lurus.

Contoh Ayat

Palung ialah pancur condong tempat mengalirnya bijih


timah.

Tiang itu tetap tegak meskipun telah dilanggar motosikal.

Curiga - Percaya

Definisi

Curiga : syak wasangka, waswas.

Percaya : mengakui (menerima, yakin) akan benarnya


(adanya dan lain-lain) sesuatu.

Contoh Ayat

Mereka berasa curiga terhadap sesiapa yang membawa


fikiran dan pendapat-pendapat baru.

Ali tetap percaya akan kata-kata Rashid meskipun sering


ditipu.

Dalam - Cetek

Definisi

Dalam : jarak (jauhnya) ke bawah atau ke dasar dari


permukaan (air, tanah, dan sebagainya), jarak (jauhnya) ke
tengah dari tepi atau pinggir sesuatu.

Cetek : tidak dalam (bukan sungai dan lain-lain), tohor,


cangkat, dangkal.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 15

Contoh Ayat

Dalam perigi itu kira-kira empat meter.

Binatang ini hidup di air yang cetek dekat pantai.

Datang - Pergi

Definisi

Datang : sampai, tiba (di sesuatu tempat).

Pergi : meninggalkan sesuatu tempat, berundur.

Contoh Ayat

Saya akan cuba datang ke hospital dua kali seminggu.

Orang muda tadi telah pergi dari situ.

Di sini - Di sana

Definisi

Di sini : di tempat ini.

Di sana : tempat yang jauh atau yang dianggap jauh.

Contoh Ayat

Mahkamah Tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman penjara


seumur hidup ke atas dua orang pemuda.

Ramai orang yang sedang mandi di dalam kolam sana.

Gelap - Terang

Definisi

Gelap : tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang.

Terang : keadaan (cahaya atau sinar) yang menyebabkan


sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 16

Contoh Ayat

Hari mulai gelap lebih kurang pada pukul tujuh malam.

Tidak akan sama terang lampu dgn terang matahari.

Gembira - Sedih

Definisi

Gembira : sangat suka, sangat girang, besar hati.

Sedih : berasa pilu (susah, hiba).

Contoh Ayat

Syed sangat gembira kerana memenangi peraduan anjuran


Kelab Rakan Muda itu.

Rahman kelihatan sedih setelah ditinggalkan ibu bapanya


tanpa khabar berita.

Gemuk - Kurus

Definisi

Gemuk : tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging),


tambun.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 17

Kurus : kurang berdaging (tubuh dan lain-lain), tidak gemuk


atau gempal.

Contoh Ayat

Badannya gemuk dan gagah.

Kerana terlalu bersedih hingga tidak lalu makan, tubuhnya


menjadi semakin kurus.

Hidup - Mati

Definisi

Hidup : terus bernyawa atau bernafas (bukan manusia,


binatang, dan lain-lain), tumbuh dan membesar (bukan
tumbuh-tumbuhan).

Mati : tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi.

Contoh Ayat

Kedua-dua ibu bapanya masih hidup.

Biar kita mati tidak bernisan jangan kita hidup tidak


bersopan.

Hulu - Hilir

Definisi
Kamus Antonim Sekolah Rendah 18

Hulu : bahagian atas (sungai dan lain-lain), udik.

Hilir : bahagian sungai yang di sebelah bawah.

Contoh Ayat

Air sungai yang deras mengalir dari hulu.

Ambillah air di sebelah hilir.

Jauh - Dekat

Definisi

Jauh : besar jaraknya, tidak dekat.

Dekat : tidak jauh jaraknya atau antaranya, hampir.

Contoh Ayat

Rumahnya agak jauh dari kedai itu.

Rumahnya dekat dengan kedai.

Jelma - Hilang
Definisi

Jelma : berubah menjadi sesuatu yang lain, merupakan diri


sebagai sesuatu.

Hilang : tidak diketahui tempat adanya sesuatu, tidak


kelihatan lagi, ghaib, lenyap.

Contoh Ayat

Kadang-kadang wajah adiknya yang baru meninggal dunia itu


datang jelma dalam ingatannya.

Kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga hilang


rumah mereka.

Jernih - Keruh
Kamus Antonim Sekolah Rendah 19

Definisi

Jernih : boleh dilihat menerusinya, bersih daripada amalan


yang salah

Keruh : tidak jernih, tidak menyenangkan atau


menggembirakan

Contoh Ayat

Air yang jernih.

Hujan lebat menyebabkan air sungai itu menjadi keruh.

Jimat - Bazir
Definisi

Jimat : tidak boros menggunakan atau membelanjakan wang

Bazir : berlebih-lebihan sehingga terbuang

Contoh Ayat

Pada musim kemarau kita harus jimat air.

Kalau berbelanja, jangan sampai bazir.

Kalah - Menang
Kamus Antonim Sekolah Rendah 20

Definisi

Kalah : tidak menang, tewas dalam perlawanan.

Menang : berjaya dalam perlawanan, dapat mengalahkan


musuh.

Contoh Ayat

Negera Jerman kalah teruk dalam peperangan itu.

Pasukan bola sepak Malaysia telah menang dengan tiga gol


tidak berbalas.

Kanak-kanak - Dewasa

Definisi

Kanak-kanak : anak yang masih kecil

Dewasa : sudah baligh, berumur 21 tahun ke atas

Contoh Ayat

Kanak-kanak itu diculik.

Orang dewasa dikenakan bayaran masuk yang lebih tinggi


daripada kanak-kanak.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 21

Kawan - Musuh
Definisi

Kawan : sahabat, teman, orang yang melakukan sesuatu

Musuh : orang yang ditentang, sesuatu yang mengancam


kesihatan/jiwa

Contoh Ayat

Hendak tahu akan baik orang, tanyalah kepada kawannya


yang karib.

Mereka mempelajari cara-cara mempertahankan diri daripada


serangan musuh.

Kaya - Miskin

Definisi

Kaya : banyak mempunyai harta, mempunyai kuasa

Miskin : serba kekurangan barang-barang keperluan

Contoh Ayat

Dialah yang kaya sekali di kampung ini.

Beliau membantu keluarga miskin di kampung itu.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 22

Kecil - Besar

Definisi

Kecil : tidak besar, tidak luas, tidak lebar

Besar : tidak kecil ukurannya, hampir dewasa, ukuran sesuatu


benda

Contoh Ayat

Bilik itu terlalu kecil.

Rumahnya besar lagi cantik.

Kejam - Adil
Definisi

Kejam : tertutup mata sehingga tidak dapat melihat, tidak


berperasaan belas kasihan

Adil : menyebelahi pihak yang benar

Contoh Ayat

Dia sangat kejam terhadap orang-orang bawahannya.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 23

Hakim itu adil keputusannya.

Kemarau - Tengkujuh
Definisi

Kemarau : tidak berair, kering, musim panas terik dan hujan


tidak turun

Tengkujuh : musim hujan lebat.

Contoh Ayat

Dalam musim kemarau banyak tumbuhan yang mati.

Semasa musim tengkujuh, kampung ini selalu banjir.

Kembang - Kuncup
Definisi

Kembang : mekar terbuka, tersebar atau tersiar dengan


luasnya

Kuncup : tidak terbuka lebar, kuntum bunga, daun muda yang


belum terbuka

Contoh Ayat

Bunga itu sudah kembang.

Saluran darah haiwan akan kuncup ketika kesejukan.

Kembung - Kempis
Definisi

Kembung : kelihatan besar, melembung kerana berisi angin

Kempis : menjadi pipih atau kendur, pipih kerana kurang atau


tiada isi lagi
Kamus Antonim Sekolah Rendah 24

Contoh Ayat

Perut adik kembung selepas minum susu.

Tayar kereta itu kempis selepas tercucuk paku.

Kepala - Ekor

Definisi

Kepala : bahagian tubuh daripada leher ke atas atau ke


hadapan, ketua, pemimpin

Ekor : bahagian tulang belakang yang menganjur ke luar dari


punggung dan dapat digerak-gerakkan, penjodoh bilangan
bagi binatang.

Contoh Ayat

Kepala ayah terhantuk pintu kereta.

Kucing itu menggerak-gerakkan ekornya.

Keras - Lembut
Definisi

Keras : kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak
mudah berubah keadaannya

Lembut : tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak


Kamus Antonim Sekolah Rendah 25

Contoh Ayat

Keluli lebih keras daripada besi.

Siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang


lembut dan hijau.

Kering - Basah

Definisi

Kering : tidak berair, tidak turun hujan.

Basah : mengandungi air, masih baru, belum dikeringkan.

Contoh Ayat

Baju yang dijemur itu sudah kering.

Basah kuyup badannya meredah hujan.

Kerja - Rehat
Definisi

Kerja : usaha (kegiatan, urusan) yang bertujuan untuk


menghasilkan sesuatu.

Rehat : melepaskan lelah, keadaan bebas daripada sebarang


Kamus Antonim Sekolah Rendah 26

aktiviti.

Contoh Ayat

Kerja yang diberi masih belum disiapkan.

Murid-murid makan di kantin ketika waktu rehat.

Ketat - Longgar
Definisi

Ketat : erat melekat hingga susah hendak ditanggalkan, tidak


longgar

Longgar : tidak sempit, tidak ketat, tidak erat

Contoh Ayat

Tempat-tempat yang penting dikawal ketat siang dan malam.

Seluar adik longgar dan besar.

Kota - Desa
Definisi

Kota : tempat pertahanan yang dilingkungi tembok batu,


benteng, bandar raya, bandar, pekan

Desa : kampung (di luar kota atau bandar), dusun, udik,


daerah pedalaman

Contoh Ayat

Hidup di kota besar bukan mudah.

Sudah lama dia berhajat hendak pulang ke desa.

Kuat - Lemah
Kamus Antonim Sekolah Rendah 27

Definisi

Kuat : tahan, kukuh, tegap, bertenaga

Lemah : tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu, tidak tegas

Contoh Ayat

Musuh mereka terlalu kuat untuk ditewaskan, mereka


terpaksa berundur.

Prestasi kerjanya lemah.

Layu - Segar
Definisi

Layu : kering dan kecut (bukan daun, bunga dan lain-lain),


tidak segar lagi

Segar : berasa sedap dan sihat badan, tidak berpenyakit

Contoh Ayat

Lelaki itu kelihatan layu kerana sakit.

Pokok bunganya segar belaka setelah disiram dan dibaja


dengan cermat.

Lekat - Tanggal
Kamus Antonim Sekolah Rendah 28

Definisi

Lekat : berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang

Tanggal : terlepas atau terlucut dari tempatnya lalu jatuh ke


bawah.

Contoh Ayat

Getah ini lekat, jangan dipegang.

Kulit ular tanggal setahun sekali.

Lelaki - Perempuan

Definisi

Lelaki : manusia daripada jantina yang tidak melahirkan anak


dan merupakan pasangan kepada perempuan

Perempuan : wanita, lawan laki-laki

Contoh Ayat

Pelajar lelaki suka bermain bola sepak.

Orang perempuan masak di dapur.

Lena - Jaga
Kamus Antonim Sekolah Rendah 29

Definisi

Lena : lelap, nyedar, nyenyak

Jaga : dalam keadaan tidak tidur atau sudah bangun,


mengawal, mengawas

Contoh Ayat

Aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu lena semula.

Kanak-kanak itu masih jaga.

Licin - Kasar

Definisi

Licin : tidak kesat, berlendir, tidak menggerutu

Kasar : tidak halus, agak tebal, kesat

Contoh Ayat

Lantai rumah itu licin.

Kertas pasir ini kurang kasar.

Luas - Sempit
Kamus Antonim Sekolah Rendah 30

Definisi

Luas : tidak sempit, lapang, besarnya sesuatu permukaan


atau kawasan

Sempit : tidak lapang, tidak luas, serba sedikit atau serba


kurang

Contoh Ayat

Padang sekolah tidak cukup luas.

Ruang dapur ini agak sempit untuk menampung kapasiti


yang besar.

Lurus - Bengkok
Definisi

Lurus : tidak bengkok, tidak lengkung, tidak mahu menipu

Bengkok : tidak lurus, berkelok, tidak lurus hati

Contoh Ayat

Askar itu berdiri lurus.

Tongkatnya bengkok sedikit.

Mahal - Murah
Definisi

Mahal : tinggi harganya, susah hendak mendapatnya

Murah : rendah harganya, tidak kedekut, berlebih-lebih

Contoh Ayat

Kasutnya mahal sekali.

Barang-barang di sana lebih murah berbanding barang di sini.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 31

Majikan - Pekerja
Definisi

Majikan : orang atau badan yang mengambil orang lain untuk


bekerja

Pekerja : orang yang bekerja untuk memperoleh pendapatan

Contoh Ayat

Pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung


daripada majikannya.

Kilang itu banyak mengambil pekerja asing.

Maju - Mundur
Definisi

Maju : bergerak atau melangkah ke hadapan, mara, menjadi


lebih baik keadaannya

: bergerak atau berjalan ke belakang, surut, undur, tidak


maju, tertinggal

Contoh Ayat

Kedainya makin maju.

Sejak sakit, dia semakin mundur dalam pelajaran.

Makan - Minum
Kamus Antonim Sekolah Rendah 32

Definisi

Makan : memamah serta menelan makanan, mengunyah.

Minum : meneguk atau menelan sesuatu yang cair.

Contoh Ayat

Jamuan makan diadakan selepas tamat majlis.

Kita digalakkan minum air masak lapan gelas sehari.

Malas - Rajin
Definisi

Malas : tidak mahu berbuat sesuatu, segan atau enggan


berbuat sesuatu

Rajin : suka bekerja, giat, bersungguh-sungguh, tekun

Contoh Ayat

Pelajar itu sungguh malas.

Abang dan kakaknya rajin belajar.

Manis - Masam
Kamus Antonim Sekolah Rendah 33

Definisi

Manis : rasa seperti rasa gula atau madu, sangat menarik,


cantik

Masam : rasa seperti rasa cuka, asam, tidak jernih (muka)

Contoh Ayat

Air sirap ini kurang manis.

Buah rambutan di kampung agak masam.

Manusia - Binatang
Definisi

Manusia : makhluk yang mempunyai akal budi, insan, orang

Haiwan : makhluk bernyawa tetapi tidak berakal fikiran

Contoh Ayat

Manusia ialah sebaik-baik ciptaan Tuhan.

Kucing ialah binatang yang jinak.

Masin - Tawar
Definisi

Masin : rasa seperti rasa garam,

Tawar : tidak ada rasa, tidak cukup manis, tidak masin

Contoh Ayat

Ikan goreng ini sangat masin.

Masakan kakak agak tawar.

Mengaku - Menafi
Kamus Antonim Sekolah Rendah 34

Definisi

Mengaku : membuat pernyataan atau pengesahan tentang


diri sendiri

Menafi : tidak mengakui, menidakkan, mengingkari

Contoh Ayat

Dia tidak tahu menggunakan bahasa Melayu dengan betul


tetapi mengaku sebagai ahli bahasa.

Dia menafi segala tuduha yang dilemparkan kepadanya.

Mesra - Sombong
Definisi

Mesra : sangat rapat atau karib benar.

Sombong : tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak, pongah.

Contoh Ayat

Persahabatan mereka mesra sekali.

Jangan berkawan dengan orang yang sombong.

Moden - Kuno
Definisi

Moden : dari masa sekarang, berkaitan dengan masa kini,


yang terbaru

Kuno: sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu, lama, tua,


tidak moden

Contoh Ayat

Senjata moden sangat canggih.

Ayah suka mengumpul barang-barang zaman kuno.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 35

Mula - Tamat

Definisi

Mula : paling awal, mula dahulu.

Tamat : penamat yang terakhir, yang penghabisan, penutup.

Contoh Ayat

Adik mula menangis kerana takut.

Perlumbaan kereta sudah tamat.

Mungkir - Tepat
Definisi

Mungkir : tidak menepati (janji dan lain-lain, menolak


perjanjian, tidak setia.

Tepat : lurus arahnya atau lurus tujuannya, betul-betul pada


matlamatnya atau pada sasarannya.

Contoh Ayat

Sesiapa yang mungkir akan janjinya tidak akan saya percayai


janjinya lagi.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 36

Tembakannya tepat mengenai sasaran.

Nipis - Tebal
Definisi

Nipis : tidak tebal, tipis.

Tebal : tidak tipis, kasar dan jelas kelihatan, padat.

Contoh Ayat

Tilam itu agak tipis.

Bunga tayar itu masih tebal.

Nyata - Kabur
Definisi

Nyata : jelas dan terang, nampak dengan terang

Kabur : tidak dapat melihat dengan terang atau dengan jelas,


tidak cukup terang

Contoh Ayat

Makin aku perhatikan orang itu, makin nyata tujuannya.

Pandangannya sudah kabur.

Panas - Sejuk
Kamus Antonim Sekolah Rendah 37

Definisi

Panas : bersuhu tinggi, amat hangat, cahaya matahari yang


terik

Sejuk : tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya, dingin

Contoh Ayat

Air teh itu masih panas.

Nasi itu sudah sejuk.

Pandai - Bodoh
Definisi

Pandai : cerdik, pintar, boleh, mampu, sanggup

Bodoh : tidak mudah mengerti ketika mempelajari sesuatu,


tidak pandai

Contoh Ayat

Oleh sebab Syahmi pandai, dia selalu dapat hadiah daripada


pihak sekolah.

Meskipun dia bodoh, tapi dia rajin.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 38

Panjang - Pendek
Definisi

Panjang : banyak ukurannya dari hujung ke pangkal, jauh


jaraknya, tidak pendek

Pendek : sedikit ukurannya dari hujung ke pangkal, tidak


panjang, tidak tinggi, pendek, rendah

Contoh Ayat

Kayu panjang itu menjadi penyelamat Ahmad daripada


lemas.

Tali yang pendek itu tidak mencukupi untuk mengikat kayu


api yang dibawanya.

Pasang - Surut

Definisi

Pasang : dua benda yang melengkapi satu sama lain, naik


atau menjadi bertambah (air laut, sungai)

Surut : menjadikan berkurang, meredakan, semakin kurang

Contoh Ayat

Sementara menunggu air pasang, Pak Leman menjahit


Kamus Antonim Sekolah Rendah 39

jalanya yang koyak .

Air laut mulai surut menjelang senja.

Putih - Hitam

Definisi

Putih : warna yang paling cerah (seperti warna kapas)

Hitam : warna seperti warna arang.

Contoh Ayat

Aiman suka pakai kasut berwarna putih.

Semua pengawas diwajibkan memakai kasut hitam.

Racun - Penawar
Definisi

(racun) bahan yang berbisa dan boleh mematikan atau


membawa maut.

(penawar) ubat untuk menghilangkan bisa, (sesuatu) yang


menyenangkan hati.

Contoh Ayat
Kamus Antonim Sekolah Rendah 40

Kehadiran saya menjadi penawar kepada nenek yang


kesunyian di rumah.

Rapat - Renggang

Definisi

(rapat)hampir bertemu, hampir tidak bercelah

(renggang)tidak berapa rapat, agak berjauhan

Contoh Ayat

Persahabatan mereka memang rapat sejak kecil.

Hubungan Aisyah dengan ibunya semakin rengggang selepas


pertengkaran tempoh hari.

Rapi - Kusut

Definisi

(rapi) bersih dan elok, teratur baik

(kusut) bersimpul-simpul dengan tidak berketentuan

Contoh Ayat

Rapi sungguh rambut lelaki berbaju kemaja itu.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 41

Rambutnya telah kusut kerana terputus bekalan air untuk


mandi.

Sakit - Sembuh

Definisi

(sakit) menderita sesuatu yang menyebabkan seluruh tubuh


atau sesuatu bahagiannya tidak segar

(sembuh) menjadi sihat kembali, baik, betah

Contoh Ayat

Kesan tumbukan tadi, kepali Amir masih lagi sakit.

Luka di kaki saya telah sembuh.

Sayang - Benci
Definisi

(sayang) mengasihi, mencintai

(benci) tidak suka

Contoh Ayat

Ibu sayang akan saya.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 42

Kamil benci akan ibu tirinya.

Sebelum - Selepas
Definisi

(sebelum) sewaktu belum, pada waktu belum

(selepas) sesudah, setelah sudah, setelah selesai

Contoh Ayat

Sebelum memulakan perjalanan, kita mestilah memeriksa


keadaan kenderaan kita.

Kita digalakkan berdoa kepada Allah selepas kita solat untuk


mendapatkan apa yang kita hajati.

Sedikit - Banyak

Definisi

(sedikit) tidak banyak (bukan bilangan, nilai, kadar), tidak


seberapa

(banyak) bukan sedikit, tidak sedikit


Kamus Antonim Sekolah Rendah 43

Contoh Ayat

Hanya sedikit sahaja garam diperlukan untuk lauk ini kerana


kepah ini sudah berasa masin.

Banyak orang, banyak ragam.

Sedih - Jenaka

Definisi

(sedih) hati terasa pilu

(jenaka)perbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati,


lawak

Contoh Ayat

Fatihah sangat sedih setelah menerima berita kematian


ibunya.

Aqila tidak suka menonton cerita jenaka.

Sejuk - Panas
Definisi

(sejuk) tidak panas atau hangat, rendah sehunya, dingin

(panas) hangat

Contoh Ayat

Sementara menunggu air kopi sejuk, Hamdi membaca buku.

Cuaca malam ini panas.

Sering - Jarang-jarang
Definisi

(sering) kerap kali, acap kali, selalu


Kamus Antonim Sekolah Rendah 44

(jarang-jarang) tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak


lazim berlaku.

Contoh Ayat

Kevin sering datang ke rumah saya, kata Muniandi kepada


Mutuhusamy.

Sejak kematian ibunya, Amin jarang-jarang pulang ke


kampung.

Senyap - Bising
Definisi

(senyap) sunyi, tidak sedikit pun, sepi

(bising) bunyi yang memekakkan telinga, riuh, hingar

Contoh Ayat

Semua murid senyap selepas dimarahi oleh guru disiplin.

Kelas 4 Kreatif tetap bising meskipun terdapat pengawas


yang mengawal.

Sopan - Biadab
Definisi

(sopan) hormat, baik budi bahasanya

(biadab) tidak ada budi bahasa, tidak beradab

Contoh Ayat

Sebagai orang Islam kita perlu menjaga adab sopan sewaktu


berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.

Jangan sesekali berlaku biadab terhadap ibu bapa kerana


mereka telah bersusah payah membesarkan kita.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 45

Suka - Meluat

Definisi

(suka) perasaan girang dalam hati

(meluat) sangat benci, menyampah

Contoh Ayat

Syuhada suka makan aiskrim.

Saya meluat dengan sikap mengada-ngadanya yang sangat


melampau itu.

Syak - Yakin
Definisi

(syak) rasa kurang percaya

(yakin) betul-betul percaya

Contoh Ayat

Ramdhani syak ada orang cuba pecak masuh ke dalam


rumahnya.

Hakimi yakin dengan keputusan isterinya.

Syurga - Neraka
Definisi

(syurga) jannah, tempat roh manusia yang baik-baik dan


banyak membuat pahala ketika di dunia.

(neraka) alam akhirat tempat orang yang berdosa diseksa.

Contoh Ayat

Manusia yang taat perintah Allah akan dimasukkan ke dalam


syurga selepas mereka mati.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 46

Barang siapa yang banyak membuat kejahatan, maka mereka


akan ditempatkan di dalam neraka.

Tajam - Tumpul
Definisi

(tajam) mudah memotong

(berani) tidak tajam, tidak runcing

Contoh Ayat

Pisau yang tajam itu diasah oleh atuk.

Pisau yang tumpul akan menyukarkan kerja kami memotong


daging.

Takut - Berani
Definisi

(takut) gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yang


dianggap boleh membahayakan diri

(berani) tidak takut, tabah menghadapi bahaya


Kamus Antonim Sekolah Rendah 47

Contoh Ayat

Hamid berasa takut apabila berada di tempat tinggi.

Kita harus berani terima kenyataan.

Tangkap - Lepas

Definisi

(tangkap) memegang sesuatu dengan tangan atau alat,


memegang sesuatu yang bergerak cepat

(lepas) tidak terikat lagi, lari atau bebas

Contoh Ayat

Tangkap pencuri itu, jerit Sultan Mahmud.

Pegawai zoo lepas buaya kembali ke habitatnya.

Tarik - Tolak
Definisi

(tarik) menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri

(tolak) dorong, sorong


Kamus Antonim Sekolah Rendah 48

Contoh Ayat

Tolong tarik meja itu ke sini, Ahmad. Minta cikgu Hadi


dengan sopan.

Pintu itu harus kita tolak untuk membukanya.

Tegah - Suruh
Definisi

(tegah) sesuatu yang tidak dibenarkan, larangan

(suruh) perintah (firman, titah) supaya melakukan sesuatu

Contoh Ayat

Ibu menegah adik bermain di luar rumah sewaktu cuaca


panas.

Tidak ada agama yang suruh penganutnya membuat


kejahatan.

Tegak - Condong

Definisi

(tegak) berdiri, lurus ke atas

(condong) senget (miring) ke sebelah

Contoh Ayat

Pokok kelapa di hujung kampung itu tegak.

Tiang elektrik itu kelihatan condong setelah dilanggar oleh


kereta.
Kamus Antonim Sekolah Rendah 49

Tegang - Kendur

Definisi

(tegang) tidak kendur, cekang, regang

(kendur) tidak tegang, lentur

Contoh Ayat

Wayar elektrik akan menjadi tegang apabila cuaca panas.

Dawai yang diikat itu kelihatan semakin kendur.

Tenang - Bimbang
Definisi

(tenang) tidak gelisah, tenteram

(bimbang) berasa gelisah / tidak sedap hati, risau

Contoh Ayat

Kakak berasa tenang setelah dipujuk oleh ibu.

Abah bimbang keselamatan adik akan terancam.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 50

Terbit - Terbenam
Definisi

(terbit) keluar dari permukaan/ tempat terlindung

(terbenam) tenggelam, masuk, terpendam

Contoh Ayat

Matahari terbit dari arah barat.

Matahari sudah terbenam.

Timbul - Tenggelam

Definisi

(timbul) terapung-apung di permukaan air

(tenggelam) masuk terbenam ke dalam air, terbenam (dalam


air dan sebagainya)

Contoh Ayat

Sabut kelapa itu timbul di permukaan air.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 51

Batu yang dicampak ke dalam sungai itu terus tenggelam


kerana batu lebih tumpat daripada air.

Tinggi - Rendah
Definisi

(tinggi) jauh ke atas, panjang

(rendah)tidak tinggi, tidak jauh jaraknya dari bawah

Contoh Ayat

Kamal lebih tinggi daripada Ah Chong.

Pohon rambutan yang rendah itu sangat rendang.

Tua - Muda
Definisi

(tua) sudah lanjut usia

(muda)belum tua, masih remaja

Contoh Ayat

Orang tua itu sedang bersiar-siar di taman bunga.

Jangan terlalu lalai di usia muda.

Ya - Tidak
Definisi

(ya) benar; setuju

(tidak) digunakan untuk menyatakan bukan; menolak


Kamus Antonim Sekolah Rendah 52

Contoh Ayat

Ya, setiap pejuang harus berani.

Jawapan saya tidak, kata Ali.

Yakin - Sangsi
Definisi

(yakin) betul-betul percaya

(sangsi) ragu-ragu; syak

Contoh Ayat

Sebagai ketua pasukan, Haiqal masih yakin bahawa


pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.

Iskandar tetap sangsi dengan kata-kata Izyan.

Waras - Gila

Definisi

(waras) sihat, sembuh

(gila) tidak sihat atau tidak waras

Contoh Ayat

Liggesh masih waras untuk membuat keputusan.

Orang yang berbaju merah itu gila.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 53

Racun - Penawar
Definisi

(racun) bahan yang berbisa dan boleh mematikan atau


membawa maut

(penawar) ubat untuk menghilangkan bisa, (sesuatu) yang


menyenangkan hati

Contoh Ayat

Racun serangga mampu menangani masalah kerosakan


tanaman akibat belalang di kampung itu.

Kehadiran saya menjadi penawar kepada nenek yang


kesunyian di rumah.

Rapat - Renggang

Definisi

(rapat)hampir bertemu, hampir tidak bercelah

(renggang)tidak berapa rapat, agak berjauhan

Contoh Ayat

Persahabatan mereka memang rapat sejak kecil.

Hubungan Qaisara dan Raihan kian renggang.


Kamus Antonim Sekolah Rendah 54

Rapi - Kusut

Definisi

(rapi) bersih dan elok, teratur baik

(kusut) bersimpul-simpul dengan tidak berketentuan

Contoh Ayat

Rapi sungguh rambut lelaki berbaju kemaja itu.

Orang tua itu kelihatan kusut rambutnya.

Sakit - Sembuh
Definisi

(sakit) menderita sesuatu yang menyebabkan seluruh tubuh


atau sesuatu bahagiannya tidak segar

(sembuh) menjadi sihat kembali, baik, betah

Contoh Ayat

Setiap sakit pasti ada hikmahnya.

Luka di kaki saya telah sembuh.

Anda mungkin juga menyukai