Anda di halaman 1dari 15

Kata Nama Am

1. Kata nama am ialah untuk menyatakan benda, binatang, manusia, tempat dan tumbuh-tumbuhan.
2. Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.

Benda Binatang Manusia Tempat Tumbuh-tumbuhan


Bantal Katak Doktor Kampung Bunga
Jam Singa Petani Negeri Cendawan
Lampu Tikus Seniman Tasik Paku pakis

3. Kata nama am dapat dibahagikan kata nama yang:


a) Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang, dan dapat dirasakan
adanya.
b) Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan.
4. Kata nama am yang konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal atau terbitan.

Kata Nama Am

Konkrit Abstrak

Kata Asal Kata Terbitan Kata Asal Kata Terbitan


Angkasa Angkasawan Agama Keagamaan
Duri Durian Kata Perkataan
Garam Pegaraman Kerja Pekerjaan
Kebun Pekebun Kisah pengisahan

5. Kata nama terbitan yang abstrak atau konkrit dapat juga dibentuk daripada kata lain dalam
pelbagai kelas dengan pelbagai imbuhan. Contoh:

Kata Asal dan Kata Terbitan Kata Asal dan Kata Terbitan
kelasnya (Abstrak) Kelasnya (Abstrak)
cantik kecantikan bancuh bancuhan
(kata adjektif) (kata kerja)
gaduh pergaduhan berat pemberat
(kata kerja) (kata adjektif)
gemar kegemaran lari pelarian
(kata adjektif) (kata kerja)
potong pemotongan rompak perompak
(kata kerja) (kata kerja)

1
Contoh Pelbagai Kata Nama Am

Ahli falsafah Arkitek Juruhebah Menteri


Ahli kaji bumi Doktor Jurujual Nelayan
Ahli muzik Duta Jurulatih Novelis
Ahli parlimen Editor jururawat Pegawai
Ahli sains Hakim Juruterbang Penerbit
Ahli sukan Juri Kaunselor Pengarah
Ahli tinju Juruacara Kerani Pengurus
Akauntan Jurubahasa Kontraktor Penulis
Angkasawan Jurugambar Mekanik Petani
Ambulans Jip Kapal terbang Rakit
Abang Kakak Bonda Datuk
Pemuda Putera Puteri Seniman
Sukarelawan Sultan Tuan petani

Kata Nama Khas


1. Kata nama yang ditulis dengan huruf besar di pangkalnya termasuk dalam kelas kata nama khas.
2. Kata nama khas ialah kata yang khasnya merujuk kepada:
(a) Sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang:

Manusia Binatang
Aiman Jalak
Chua Montel
Felix Tompok
(b) Seuatu yang tidak benyawa seperti Bandar, bangunan, buku, judul, Negara dan sebagainya.

Bangunan Bandar
Hotel Warisan Pulau Pinang
Masjid Butterworth
Panggung Negara Kuala Lumpur

Negara Judul Bacaan


Indonesia Daerah Zeni
Peru Kamus Dewan
Tanzania Utusan Melayu

2
Garisi kata nama am dan kata nama khas dalam ayat-ayat yang berikut.

1. Keindahan Menara Berkembar Petronas menarik hati para pelancong.


2. Buku “Menjana Dunia Perniagaan di Malaysia” itu akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana
Menteri.
3. Guru di Sekolah Sinar Cahaya berjumlah dua puluh lapan orang.
4. Wartawan itu menceritakan pengalaman pahitnya semasa membuat liputan di Iraq.
5. Pak Ngah menyampaikan salam Mak Ngah kepada ayah dan ibu.
6. Perlawanan bolasepak antara pasukan Perlis dengan Selangor itu telah ditunda.
7. Restoran Mesra yang baru dibuka itu senantiasa dikunjungi pelanggan.
8. Tan Sri Malik bercadang untuk menghadiahkan beberapa buah komputer ke sekolah Bakti.

Kata Ganti Diri

1. Kata ganti diri adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Kata ganti diri terbahagi kepada;
(a) Kata ganti diri pertama
(b) Kata ganti diri kedua
(c) Kata ganti diri ketiga
3. Antara kata ganti ini, ada yang membawa makna tunggal, misalnya aku, beliau,dia, beta. Dan
sebagainya dan ada yang membawa makna jamak, misalnya kami, kita, dan meraka
4. Contoh kata ganti diri pertama ialah aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik, dan saya.
5. Contoh kata ganti dirikedua ialah anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu, dan tuanku.
6. Contoh kata ganti diri ketiga ialah baginda,beliau, dia, ia dan mereka.

Kata Ganti nama Ayat


Diri Pertama
Aku 1. Aku tidak akan lupa akan janjiku.
Beta 1. Beta berharap agar rakyat bersatu padu
Daku 1. Lupakah engkau akan daku?
2. Mereka sependapat dengan daku.
3. Sampai hati engkau meninggalkan daku.
Hamba 1. “Hamba akan kembali ke desa ini nanti,” kata Daeng
Sedili.
Kita 1. “kita mesti bekerjasama bagi menangani masalah ini,”
kata Leong kepada Harjit.
Kami 1. “kami mahu berjumpa dengan Encik Zali,” kata baharom
dan Daud kepada kerani itu.
Patik 1. Patik akan menjalankan titah perintah tuanku.
Saya 1. Saya pelajar baru di sekolah ini.
2. “Saya ingin membantu kamu,” kata guru kaunseling itu
kepada Saiful.

3
AWAS

1. Elakkan penggunaan kata aku apabila bercakap dengan:


(a) Seseorang yang belum mesra dengan anda.
(b) Seseorang yang lebih tua umurnya;
(c) Seseorang yang perlu dihormati.
2. Kami beerti “saya dengan dia” apabila bercakap dengan orang kedua. Orang yang kita ajak
bercakap tidak disertakan.
3. Kita beerti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami “. Orang kita ajak bercakap disertakan.
4. Kata daku tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Misalnya
 Dia mnyuruh daku datang. (tidak baku)
Dia menyuruh aku datang. (baku)
5. Kata daku tidak boleh digunakan sebagai subjek atau predikat ayat. Misalnya:
 Daku terkenang akan dia. (tidak baku)
Aku terkenang akan dia. (baku
 Dakulah yang berkuasa di sini. (tidak baku)
Akulah yang berkuasa di sini.

Kata Ganti Ayat


nama Diri
Kedua
Anda Digunakan untuk diri orang kedua 1. Saya berdoa semoga anda dan
apabila tidak berhadapan muka keluarga berada dalam keadaan
dengan kita. Misalnya dalam surat sejahtera
menyurat, atau dengan orang yang 2. Jka anda mempunyai sebarang
sebaya. keraguan, sila hubungi unit
pertanyaan kami.
Awak 1. Digunakan untuk diri orang 4. Awak mesti hadir di majlis ini.
kedua yang sangat rapat 5. “Saya hendak berjumpa dengan
hubungannya dengan kita. awak,” kata Tuan Malim kepada
2. Di setengah-setengah keraninya.
tempat digunakan oleh 6. “Awak hendak memasak apa hari
orang atasan kepada orang ini?” Encik Karim bertanya kepada
bawahan. isterinya.
3. Digunakan antara suami
isteri di setengah-setengah
tempat, misalnya di Negeri
Sembilan.
Dikau Digunakan dalam tulisan atau 1. Aku akan memperkenalkan dikau
nyanyian sebagai objek kepada kepadanya
kata sendi atau kata kerja transitif 2. Aku terkenang akan dikau
yang diakhiri huruf n. 3. Aku bersetuju akan dikau
Engkau Digunakan untuk diri orang kedua 1. Sudikah engkau membantuku?
yang amat rapat hubungannya 2. Ya Tuhanku, kepada engkaula aku
dengan kita, misalnya dengan berserah.
rakan sebaya dan dengan Tuhan.
Kalian Digunakan untuk beberapa orang 1. “Bilakah kalian akan ke rumah saya?”

4
yang diajak bercakap Salwa bertanya kepada tiga orang
kawannya.
Kamu Digunakan untuk diri orang kedua 1. Kamu baik hati Raju.
yang rapat hubungannya dengan 2. Kamu mesti menyemak kertas
kita, misalnya dengan rakan sebaya jawapan sebelum menyerahkannya
dan oleh orang dewasa kepada kepada pengawas.
yang lebih muda umurnya.
tuanku Digunakan ketika bercakap dengan 1. Segala titah perintah tuanku sudah
sultan, raja atau kerabat diraja. patik laksanakan.

AWAS

1. Kata bilngan boleh digunakan sesudah kata ganti diri kedua sekiranya orang yang dilawan bercakap
itu lebih daripada seseorang. Misalnya:
Kamu bertiga, awak semua, anda sekalian, dan sebagainya
2. Kata ganti diri kedua (kecuali tuanku) tidak boleh digunakan untuk orang yang dihormati atau orang
yang lebih tua umurnya. Oleh itu gunakanlah:
(a) Kata panggilan menurut pangkat kekeluargaan seperti pak cik, mak cik, abang, kakak, dan
sebagainya.
(b) Nama gelarnya seperti Encik, Datuk, Tan Sri, Tuan Haji, Tun, Toh Puan, dan sebagainya
3. Supaya lebih berbudi bahasa, sebutlah nama rakan-rakan sebaya yang dilawan bercakap itu sebagai
ganti kata awak, engkau, dan kamu, misalnya:
(a) Rusli sedang berbuat apa? Dan bukan Awak sedang berbuat apa, Rusli?
4. Kata dikau tidak seharusnya digunakan sesudah kata yang tidak diakhiri huruf n. Misalnya:
 Ku ucapkan selamat kepada dikau. (tidak baku)
Ku ucapkan selamat kepadamu. (baku)
5. Kata dikau tidak boleh digunakan sebagai subjek ayat. Misalnya:
 Dikau harus berjanji kepadaku. (tidak baku)
Engkau harus berjanji kepadaku. (baku)
6. Kata dikau tidak boleh digunakan sebagai predikat ayat. Misalnya:
 Dikaulah yang bersalah. (tidak baku)
Engkaulah yang bersalah. (baku)

Penggunaan Kata Ganti Diri Ketiga

5
Kata Ganti Ayat
nama Diri
Ketiga
baginda Digunakan untuk raja, sultan, atau Banginda akan berangkat ke
kerabat diraja Indonesia esok
Beliau Digunakan untuk diri orang ketiga 1. Beliau guru disiplin sekolah saya.
yang kita hormati seperti ibu bapa, 2. Nama beliau Cikgu Abdullah Sani
guru, menteri, dan sebagainya.
Dia Digunakan untuk diri orang ketiga Umar dating lewat. Dia didenda oleh
yang umum seperti rakan sebaya guru disiplin.
dan orang-orang biasa.
Ia Digunakan dalam tulisan untuk diri Penjenayah itu dihukum gantung
orang ketiga seperti kata ganti dia kerana ia pengedar dadah.
juga
Mereka Digunakan utnuk diri orang ketiga 1. Mereka tinggal di kampong
yang bilangannya lebih daripada 2. Para penonton memberikan tepukan
seorang gemuruh kepada mereka.

AWAS

1. Kata beliau tidak boleh digunakan secara sembarangan saja, misalnya untuk orang yang tidak
dihormati dan untuk binatang. Lihatlah contoh-contoh yang berikut:
(a) Perompat itu telah dibicarakan di mahkamah. * Beliau telah dijatuhi penjara selama lima
tahun. (tidak baku)
Ia (atau dia) dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun. (baku)
(b) Beruk ini berusia empat tahun. * Beliau saya gunakan untuk memeti kelapa. (tidak baku)
Beruk ini saya gunakan untuk memeti kelapa. (baku)
2. Kata dia, ia dan mereka tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang, contoh:
(a) Alat perkakas itu mahal. * Ia diimpot dari Itali. (tidak baku)
Alat perkakas itu mahal. Alat perkakas itu diimpot dari Itali. (baku)
(b) Kucing itu sakit. * Dia (atau Ia) dibawa ke klinik haiwan. (tidak baku)
Kucing itu sakit, maka dibawa ke klinik haiwan. (baku)
(c) Barang-barang itu berat. * Mereka tidak terangkat oleh saya. (tidak baku)
Barang-barang itu berat, tidak terangkat oleh saya. (baku)
3. Kata ia boleh bertugas sebagai subjek tetapi tidak boleh digunakan sebagai objek kepada kata sendi
atau kata kerja transitif. Misalnya :
 Saya tidak bersetuju dengan ia. (tidak baku)
Saya tidak bersetuju dengann dia.(baku)
 Mereka mencurigai ia. (tidak baku)
Mereka mencurigai dia. (baku)

4. Kata ia tidak boleh bertugas sebagai penerang kata nama. Misalnya:

6
 Ayah ia sudah meninggal. (tidak baku)
Ayahnya sudah meninggal. (baku)
5. Kata ia tidak boleh bertugas sebagai pelaku dalam ayat pasif diri ketiga. Misalnya:
 Buku itu belum dibaca ia. (tidak baku)
Buku itu belum dibacanya. (baku)
6. Oleh sebab kata mereka bermakna jamak atau lebih daripada seorang, maka kata mereka tidak
perlu digandakan atau diulang menjadi *mereka-mereka. Contoh:
 Mereka-mereka itu kawan-kawan saya. (tidak baku)
Mereka itu kawan-kawan saya. (baku)
 Mereka-mereka ingkar akan dihukum. (tidak baku)
 Mereka yang ingkar akan dihukum. (baku)

Lengkapkan ayat di bawah.

1. “Rombongan itu bertolak ke Indonesia malam tadi. ______________________akan berbincang


tentang usaha mengatasi masalah jerubu di Asia Tenggara.

2. Cikgi Nik Azizi berpengetahuan luas kerana________________________gemar membaca.

3. “Telah kukatakan bahawa _________________tidak mengambil barang tersebut,” kata Wani


kepada Nur.

4. Jeslin dating lewat pagi ini ___________________ didenda oleh guru disiplin.

5. “__________________ingin melihat rakyat di negeri ini hidup aman damai,” titah Sultan Perak.

6. ________________hendaklah mengemukakan permohonan ini kepada Pengarah Pelajaran Negeri.

7. “___________________akan bercuti ke Pulau Langkawi minggu depan,” kata Encik Nasir kepada
anak-anaknya.

8. “____________________menjunjung kasih atas kesudian tuanku mencamar duli ke majlis ini.” Kata
juruacara majlis itu.

9. Penduduk kampong Manjoi berasa bangga kerana kampong _______________telah memenangi


pertandingan kampong Terindah.

10. “Perkara yang ingin mudah pun sukar __________________selesaikan,” rungut Pak Seman kepada
anak sulungnya.

Kata Ganti Diri Singkat

7
1. Bentuk kata ganti diri dapat disingkatkan seperti yang berikut:
(a) Aku menjadi ku
(b) Engkau menjadi kau
(c) Kamu menjadi mu
(d) Dia atau ia menjadi nya
2. Makna kata ganti diri singkat ini sama dengan makna kata ganti diri penuh.
3. Dalam tulisan, kata kau, ku, mu, dan nyadicantumkan dengan kata lain yang menyertainya. Oleh
itu, kata ganti diri singkat bolehlah dianggap sebagai imbuhan

Penggunaan kata ganti diri singkat

Kata Ganti Ayat


Diri Singkat
kau Diletakkan pada awal kata saja Karangan kau tulis itu sungguh baik
sebagai seolah-olah awalan.
ku Boleh diletakkan pada awal kata 1. Akan kuhadapi segala rintangan
sebagai seolah-olah awalan dan dengan tabah.
pada akhir kata sebagai seolah- 2. Buku itu masih ada padaku
olah akhiran. 3. Ibu sering menegurku
4. Rumahku tidak jauh dari pasar.

mu Diletakkan pada akhir kata saja 1. Hadiah itu untukmu.


sebagai seolah-olah akhiran. 2. Ali mengajakmu memancing ikan
3. Apakah hajatmu
nya Diletakkan pada akhir kata saja 1. Surat ini ditulis olehnya.
seolah-olah akhiran 2. Saya tidak mahu mengusiknya.
3. Pakaiannya kemas.
4. Anjing itu tersepit ekornya.

AWAS

1. Kata kau sebagai awalan tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Misalnya:
 Jawapan yang kau berikan itu tepat sekali. (tidak baku)
Jawapan yang kauberikan itu tepat sekali. (baku)
2. Kata kau tidak boleh juga bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh
engkau. Misalnya:
 Kau tidak patut berbuat demikian. (tidak baku)
Engkau tidak patut berbuat demikian. (baku)

3. Kata ku sebagai awalan atau akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya.

8
Misalnya:
 Semua kerja itu sudah ku selesaikan. (tidak baku)
Semua kerja itu sudah kuselesaikan. (baku)
 Terimalah pemberiaan ku ini. (tidak baku)
Terimalah pemberiaanku ini. (baku)
4. Kata ku tidak bole bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh aku.
Misalnya:
 Ku akan berusaha sungguh-sungguh. (tidak baku)
Aku akan berusaha sungguh-sungguh. (baku)
5. Kata mu sebagai akhiran tidak boleh juga dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Misalnya:
 Beberapa orang lagi akan menyertai mu dalam pertandingan itu. (tidak baku)
Beberapa orang lagi akan menyertaimu dalam pertandingan itu. (tidak baku)
 Aku berjumpa dengan sahabat mu sebentar tadi. (tidak baku)
Aku berjumpa dengan sahabatmu sebentar tadi. (baku)
6. Kata mu tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh kamu.
Misalnya:
 Mu mendapat markah yang tertinggi. (tidak baku)
Kamu mendapat markah yang tertinggi. (baku)
7. Katanya sebagai akhiran tidak boleh dijarakkan daripada kata yang menyertainya. Misalnya:
 Buku itu dibaca oleh nya. (tidak baku)
 Buku itu dibaca olehnya. ( baku)
8. Kata nya tidak boleh bertugas sebagai subjek ayat kecuali dijadikan kata ganti diri penuh dia atau ia.
Misalnya:
 Nya menulis surat kepadaku. (tidak baku)
Dia menulis surat kepadaku. (baku)
Ia menulis surat kepadaku. (baku)
9. Kata mu dan nya yang digunakan untuk mengganti nama Tuhan mesti ditulis dengan huruf besar di
pangkal kata itu serta diberi kata sempang. Misalnya.
 Berkanlah hidayahmu kepadaku, ya Tuhanku. (tidak baku)
Berikanlah hidayah-Mu kepadaku, ya Tuhanku. (baku)
10. Kata ku, mu, dan nya tidak boleh bertugas sebagai subjek dalam ayat pasif songsang. Misalnya:
 Diajaknya ku ke rumahnya. (tidak baku)
Diajaknya aku ke rumahnya. (baku)
 Akan aku perkenalkan mu kepadanya. (tidak baku)
Akan aku perkenalkan kamu kepadanya. (baku),

11. Kata nya tidak boleh diimbuhkan pada kata ia lalu menjadi *ianya sebagaimana ku dan mu tidak
boleh diimbuhkan pada kata akuku dan kamumu. Misalnya:
 Udara merupakan bahan penting kerana ianya diperlukan untuk pernafasan. (tidak baku)
 Udara merupakan bahan penting kerana diperlukan untuk pernafasan.(baku)

Kata Ganti Tanya

9
1. Kata ganti Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat Tanya.
2. Kata ganti Tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat.
3. Contoh kata ganti Tanya ialah apa, mana, dan siapa.

Kata Ganti Penggunaannya Ayat


Tanya
apa Digunakan untuk menanyakan 1. Itu apa?
nama benda atau binatang. 2. Nama binatang itu apa?
mana Digunakan untuk menanyakan 1. Pak ali mana?
manusia, binatang, benda, dan 2. Anjingmu mana?
tempat 3. Kasutmu mana?
4. Mereka itu dari mana?
siapa Digunakan untuk menanyakan 1. Beliau itu siapa?
orang atau nama orang. 2. Namamu siapa?
3. Siapakah guru yang mengajarkan
tatabahasa di sekolah ini?

AWAS

1. Kata apa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama manusia. Misalnya:
 Nama saudara apa? (tidak baku)
Nama saudara siapa? (baku)
2. Kata siapa tidak boleh digunakan untuk menanyakan nama binatang. Misalnya:
 Nama anjing itu siapa? (tidak baku)
Nama anjing itu apa? (baku)
3. Nama mana tidak sama penggunaannya dengan dimana. Apabila kata mana digunakan, jawabnya
ialah ini atau itu. Tetapi apabila dimana digunakan, jawabnya ialah di sana, atau di sini, atau di situ,
atau di (nama tempat).
Perhatikan Tanya jawab yang berikut:
(a) Tanya: Yusuf mana?
Jawab: Itu.
(b) Tanya: Yusuf di mana sekarang?
Jawab: Dia di Taman Permata Sekarang

Kata Ganti Tempat


1. Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan katanama tempat.
2. Ada tiga saja kata ganti tempat, iaitu sana, sini dan situ.

Kata Ganti Penggunaannya Ayat

10
Tempat
Sana Digunakan bagi tempat yang 1. Mereka di sana.
dianggap jauh dan tidak kelihatan 2. Pelawat-pelawat itu dating dari sana
oleh orang yang bercakap
sini Digunakan bagi tempat yang dekat 1. Letak kerusi itu di sini
dengan orang yang bercakap 2. Mereka telah pergi dari sini.
3. Ali akan dating ke sini.
situ Digunakan bagi tempat yang agak 1. Mereka ada di situ sebentar tadi.
jauh tetapi tidak sejauh sana. 2. Buku ini diambil dari situ.
Tempat yang dikatakan itu masih 3. Pergilah ke situ.
kelihatan oleh orang bercakap.

Kata Ganti Tunjuk


1. Kata ganti tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
2. Kata ganti tunjuk ada dua saja, iaitu ini dan itu.
3. Ada empat tugas kata ganti tunjuk:
(a) Sebagai penanda kata nama: yakni sesuatu kata yang dapat disertai ini dan itu ialah kata nama.
Misalnya:
Buku ini…(buku adalah kata nama)
Hal itu…(hal adalah kata nama)
Rajin ini ……(kata initidak sesuai kerana rajin bukan kata nama)
Berlari itu….(kata itu tidak sesuai kerana berlari bukan kata nama)
(b) Sebagai subjek. Misalnya
Ini rumah saya.
Itu Encik Tan.
(c) Sebagai predikat yang dalam tulisan perlu disertai partikel –lah. Predikat dipentingkn lalu
dikedepankan dalam bentuk ayat songsang. Misalnya:
Inilah rumah saya.
Itulah Encik Tan.
(d) Sebagai penentu belakang. Iaitu diletakkan di belakang kata nama. Misalnya:
Dia tinggal di rumah ini.
Bangunan itu tinggi.

AWAS
1. Kata ganti ini dan itu sebagai penentu tidak boleh diletakkan di hadapan kata nama. Contoh:
 Ini pisau sangat tajam. (tidak baku)
Pisau ini sangat tajam. (baku)
 Itu kampong tidak jauh. (tidak baku)
Kampung itu tidak jauh. (baku)
2. Anda harus mengelakkan bentuk ujaran yang tidak baku apabila menggunakan kata ganti tunjuk ini
dan itu dalam ayat. Misalnya.
 Budak itu yang melakukan kesalahan telah didenda. (tidak baku)
Budak yang melakukan kesalahan itu telah didenda. (baku)
 Buku ini yang saya pinjam daripada Siva sudah koyak. (tidak baku)
Buku yang saya pinjam daripada Siva ini sudah koyak. (baku)

Kata Ganti Tak Tentu

11
1. Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu.
2. Beberapa contoh kata ganti tak tentu ialah mana-mana, masing-masing, seseorang, sesuatu, dan
siapa-siapa atau sesiapa

Kata Ganti Penggunaannya Ayat


Tak Tentu
apa-apa Digunakan untuk mengganti mana 1. Tidak ada apa-apa di dalam laci ini.
benda atau hal yang tidak tentu. 2. Saya tidak membeli apa-apa.
3. Dia tidak berkata apa-apa.
mana-mana Digunakan untuk mengganti nama 1. Mana-mana pun berguna bagiku.
benda tau nama tempat yang tidak 2. Beribu-ribu manusia telah dating dari
tentu. mana-mana.
masing- Digunakan untuk mengganti orang 1. Apabila ditanya, masing-masing
masing yang tidak tentu. tidak mahu menjawab.
2. Mereka telah dating ke rumah
masing-masing.
seseorang Digunakan untuk mengganti orang 1. Beliau memerlukan seseorang untuk
yang tidak tentu menemaninya ke Jakarta.
sesuatu Digunakan untuk mengganti nama 1. Ada sesuatu yang difikirkannya.
benda atau hal yang tidak tentu.
siapa-siapa Digunakan untuk mengganti orang 1. Tidak ada sesiapa di situ.
atau sesiapa yang tidak tentu. 2. Kami tidak menyebelahi siapa-siapa.
3. Dia tidak pergi ke rumah sesiapa.

AWAS

Kata ganti tak tentu apa-apa, mana-mana, dan siapa-siapa tidak boleh disamakandengan kata ganti tanya
apa, mana, dan siapa. Lihat contoh berikut:
 Apa yang diceritakannya itu tidak benar. (baku)
Apa-apa yang diceritakannya itu tidak benar. (baku)
 Dia tidak berkata apa-apa.(tidak baku)
Dia tidak berkata apa-apa.(baku)
 Siapa yang menceroboh akan didakwa. (tidak baku)
Siapa-siapa(Sesiapa) yang menceroboh akan didakwa.(baku)
 Siapa yang Berjaya akan menerima hadiah.(tidak baku)
Siapa-siapa yang Berjaya akan menerima hadiah.(baku)
 Mana yang tidak baik jangan diturut. (tidak baku)
Mana-mana yang tidak baik jangan diturut.(tidak baku)
 Ambil saja mana yang kamu mahu. (tidak baku)
Ambil saja mana-mana yang kamu mahu. (baku)

12
Isi tempat kosong kata ganti diri singkat, kata ganti Tanya, kata ganti tempat, kata ganti tunjuk atau kata
ganti tak tentu.

1. Objek yang kelihatan samar-samar itu _______________?


2. Daripada- _________________kita dating kepada-________________ kita kembali.
3. ___________________yang baru tiba dikehendaki melaporkan diri kepada pihak urus setia.
4. Amalan gotong-royong diamalkan oleh penduduk kampong ______________sejak dahulu lagi.
5. “Kamu boleh beredar jika tiada _____________yang hendak dibincangkan lagi,” kata Tok Penghulu.
6. Jalan di hujung kampong ________________terpaksa ditutup sebagai akibat tanah runtuh yang
berlaku baru-baru ini.
7. “wakil rakyat pernah dating ke ________________ untuk melihat keadaan kami,” kata penduduk
kawasan setinggan itu kepada pemberita.
8. Berpuluh-puluh ribu orang telah dating dari _____________untuk menyaksikan Konsert Amal
Tautan Kasih.

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “___________kah yang hendak melanjutkan 5. Nama kucing peliharaan kamu __________?


pelajaran ke luar negeri?” Tanya Lim kepada A siapa C siapa-siapa
Ashok. B apa D mana-mana
A Apa C Siapa
B Bila D Mana 6. Beg sekolah itu kamu letakkan di
_________?
2. “Kamu semua boleh beredar jika tiada A mana C apa-apa
________yang hendak ditanyakan lagi,” B siapa-siapa D mana-mana
kata Cikgu Amir.
A siapa C apa-apa 7. Kamu tidak menyebelahi __________ pihak
B apa D mana-mana dalam pertikaian itu.
A siapa-siapa C mana-mana
3. _______kah yang merunsingkan fikiran B siapa D apa-apa
kamu?
A Mana C Apa 8. “Pendapat yang ___________berikan
B Siapa D Apa-apa semalam sungguh bernas,” kata Mei Kin
kepada Lina.
4. Jambatan di hujung kampong _________ A sana C situ
terpaksa ditutup kerana mengalami B sini D mana
kerosakkan.
A sana C situ
B sini D mana

Kata Bilangan
1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
2. Kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan.
3. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu

13
Kata Bilangan Ayat
Kata Bilangan Tentu Satu, dua, tiga, empat, lima, sepuluh, dua ratus tiga puluh, lima
ribu, tiga puluh jutadan seterusnya.
1. Sepuluh lebih besar daripada Sembilan.
2. Dua puluh tujuh kali dua belas sama dengan tiga ratus
dua puluh empat.
Kata Bilangan Tak Beberapa, beberapa banyak, para, sebarang, segala, sekalian,
Tentu seluruh, semua, sesuatu, setengah-setengah, dan sebagainya.
1. Beberapa acara diadakan di pesta itu.
2. Beberapa banyak projek akan dilaksanakan.
3. Sekalian pelajar berhimpun di padang.
4. Semua peserta perlu mendaftarkan diri.
5. Ada sesuatu masalah yang belum dapat saya selesaikan.
6. Setengah-setengah ibu bapa tidak menghiraukan
pendidikan anak-anak mereka.
Kata Bilangan setengah, suku, dua pertiga, dan seterusnya.
Pecahan 1. Kamu diberi setangah jam untuk menjawab soalan ini.
2. Dia telah menunggu di situ selama suku jam.
3. Azmi mengeluarkan dua pertigadaripada wang
simpanannya untuk membeli basikal.
Kata Bilangan setiap dan tiap-tiap.
Pisahan 1. Setiap pelajar harus bergiat dalam kegiatan kokurikulum.
2. Dia berjual kuih tiap-tiap hari.
Kata Bilangan berabad-abad, berbagai-bagai, berbulan-bulan, berjenis-jenis,
Himpunan berpuluh-puluh, kedua-dua, ketiga-tiga, pelbagai, puluhan
ribuan, dan sebagainya
1. Berabad-abad telah berlalu.
2. Dia merantau berbulan-bulan.
3. Sudah berpuluh-puluh tahun kami menetap di sini.
4. Ketiga-tiga orang pelajar itu adik-beradik.
5. Ribuan penonton membanjiri Stadium Merdeka.
Kata Bilangan Pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Tingkat 1. Sivam mendapat tempat kedua dalam perlumbaan itu.
Kata Bilangan Tanya Berapa
1. Harga beg tangan itu berapa?

AWAS

1. Kata nama am yang diletakkan sesudah kata bilangan yang membawa maksud jamak tidak boleh
diulang atau digandakan. Misalnya
 tiga orang pelajar-pelajar. (tidak baku)
tiga orang pelajar. (baku)
 para guru-guru>(tidak baku)
para guru.(baku)
 semua pelajar-pelajar.(tidak baku)
semua pelajar.(baku)

14
 seluruh daerah-daerah. (tidak baku)
seluruh daerah.(baku)
 setiap pelanggan-pelanggan.(tidak baku)
setiap pelanggan. (baku)
 ribuan peminat-peminat. (tidak baku)
ribuan peminat. (baku)

1. ____________orang ahli kumpulan nasyid 5. Nama kucing peliharaan kamu __________?


itu akan membuat persembahan di Kota A siapa C siapa-siapa
Bharu, Kelantan. B apa D mana-mana
A Kelima C Kelima-lima
B Kesemua D Semua-semua 6. Beg sekolah itu kamu letakkan di
_________?
2. Lawatan ke Penjara Pudu itu disertai A mana C apa-apa
oleh____________orang wartawan. B siapa-siapa D mana-mana
A dua puluh C kedua puluh
B dua-dua puluh D kedua-dua puluh 7. Kamu tidak menyebelahi __________ pihak
dalam pertikaian itu.
3. ____________kawasan di New Orlens A siapa-siapa C mana-mana
ditenggelami air sedalam lima meter selepas B siapa D apa-apa
taufan Ketrina melanda petang
A Setengah C Pelbagai 8. “Pendapat yang ___________berikan
B Sesetengah D Segala semalam sungguh bernas,” kata Mei Kin
kepada Lina.
4. ___________ribu orang penonton A sana C situ
membanjiri Stadium Melawati untuk B sini D mana
meyaksikan konsert akhir Akademik
Fantasia
A Berpuluh C Berpuluh-puluh
B Berjuta-juta D Berbagai-bagai

15

Anda mungkin juga menyukai