Anda di halaman 1dari 9

NAME CLASS INDEX NO.

SEKOLAH ST PATRICK
TUGASAN CUTI SEKOLAH
BULAN JUN 2010

SUBJEK : Bahasa Melayu TARIKH :

(Kertas 2)

PERINGKAT Menengah 2 Ekspres WAKTU : 1 HR 30 MINS

:

ARAHAN

1. Baca dengan teliti arahan-arahan yang diberikan bagi tiap-tiap bahagian dan
jawab soalan seperti yang diarahkan.

2. Sebelum kamu mula menjawab, tulis nama dan nombor indeks kamu dengan betul
dan terang pada kulit kertas soalan ini.

3. Semua jawapan hendaklah dituliskan dalam kertas soalan ini.

4. Kertas soalan ini hendaklah dikembalikan pada akhir peperiksaan.

INFORMATION FOR CANDIDATES:

SOALAN A1 A2 A3 A4 B1 B2
(10M) (10M) (10M) (10M) (10M) (20M)
MARKAH

JUMLAH :

70 Parent's Signature

This question paper consists of 9 printed pages.

BAHAGIAN A
1
(40 markah)

SOALAN A1 (10 markah) TATABAHASA

ARAHAN : Pilih jawapan yang paling sesuai bagi mengisi tempat-tempat kosong dalam
ayat-ayat berikut. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di ruangan yang
disediakan.

1. ___________ remaja terlibat dengan gejala sosial kerana kurang perhatian daripada
ibu bapa.

A Separuh
B Setengah
C Sesetengah

2. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengacara itu hanya untuk ___________ akal
para peserta.

A memikir
B mencuba
C menduga

3. Penjenayah itu telah berjaya ditangkap ___________ maklumat daripada orang

ramai.

A bercirikan
B berdasarkan
C berpandukan

4. Perlawanan bola sepak Piala Malaysia malam tadi terpaksa ditangguhkan oleh
___________ hujan lebat.

A itu
B sebab
C kerana

5. Pemidato yang ___________ berhujah itu telah berjaya memukau penonton dengan
hujah-hujahnya yang mantap dan bernas.

A petah
B lancar
C rancak

JAWAPAN :

1. 2. 3. 4. 5.

10
SOALAN A2 (10 markah) PERIBAHASA

2
ARAHAN : Isikan peribahasa atau maksud peribahasa-peribahasa di bawah. Seandainya
peribahasa tertentu mempunyai lebih daripada satu makna, nyatakan
kedua-duanya sekali. Ketepatan peribahasa dan makna amat dititikberatkan.

6. PERIBAHASA: Besar pasak dari tiang

MAKNANYA:_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

7. PERIBAHASA: Air yang dingin juga yang dapat memadami api

MAKNANYA:_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

8. PERIBAHASA: Jauhari juga yang mengenal manikam

MAKNANYA:_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

9. MAKNANYA: Ibarat orang yang berniaga, baru mendapat keuntungan sedikit sudah
berbelanja besar, akhirnya habislah modal

PERIBAHASA:________________________________________________________

________________________________________________________

10. MAKNANYA: Jika ilmu atau kebolehan kita sedikit, janganlah kita cuba berbuat
(melawan dan lain-lain) sesuatu yang besar

PERIBAHASA:________________________________________________________

________________________________________________________

SOALAN A3 (10 markah) MELENGKAPKAN TEKS

10
3
ARAHAN : Baca dengan teliti petikan karangan berikut. Isi tempat-tempat kosong dengan
sepatah perkataan yang paling sesuai. Tulis jawapan kamu di ruangan yang
disediakan.

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa dan kesantunan

bahasanya. Oleh itu, telah 11. _____________ adat dalam kehidupan masyarakat Melayu
untuk tidak membuat sebarang kritikan mahupun teguran 12. _____________ seseorang
atau berkaitan sesuatu perkara secara langsung. Sebaliknya, mereka akan membuat kritikan
atau teguran itu secara 13. _____________ sama ada menggunakan kiasan, pantun dan
juga peribahasa agar tidak 14. _____________ perasaan pihak yang dikritik. Salah satu
peribahasa berbentuk kritikan yang terkenal dalam 15. _____________ Melayu ialah
‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. 16. _____________ peribahasa ini jelas
mengkritik sikap suka berdalih yang ada 17. _____________ sesetengah individu, padahal
mereka sebenarnya 18. _____________ berusaha. Pada hakikatnya, apa jua hajat atau
cita-cita yang kita inginkan 19. _____________ dicapai asalkan kita ada kemahuan.
Sekiranya ada kemahuan, maka kita akan berusaha dengan sedaya upaya 20.
_____________ memenuhi cita-cita dan hajat itu. Sebaliknya, setiap cita-cita dan hajat tidak
akan kesampaian jika kita tidak mempunyai kemahuan untuk mencapainya.

JAWAPAN :

11. 16.
12. 17.
13. 18.
14. 19.
15. 20. 10

SOALAN A4 (10 markah) BINA AYAT

4
ARAHAN : Bina sepotong ayat bagi setiap perkataan/frasa yang diberi. Ayat kamu harus
mengandungi sekurang-kurangnya 9 patah perkataan. Ayat kamu juga harus
menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut.

21. tumpuan
____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

22. berkhemah

23. menghukum

24. tercungap-cungap

25. mencapai prestasi

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

BAHAGIAN B 10
5
(30 markah)

SOALAN B1 (10 markah)

ARAHAN : Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
mengikutinya. Tulis huruf jawapan pilihan kamu di ruangan yang disediakan.

Walaupun sebahagian besar planet kita dikelilingi air, namun ia juga kaya dengan
limpahan flora dan fauna. Kewujudan flora dan fauna ini menjadi penyeri wajah bumi. Di
antara beribu-ribu tumbuhan yang memancarkan kecantikan, ada juga sejenis pohon yang
dipanggil periuk kera. Namanya turut menimbulkan satu keanehan apatah lagi setelah
melihatnya sendiri.

Terdapat sekurang-kurangnya 70 spesies periuk kera di Asia Tenggara.

Kebanyakannya berpusat di persekitaran Gunung Kinabalu, Sabah. Pohon ini juga boleh
didapati di Sri Langka, Madagascar, New Guinea dan Australia Utara. Di kepulauan
Sumatera sahaja terdapat 12 spesies manakala di Filipina antara 8 hingga 10 spesies telah
direkodkan. Apa yang menarik tentang pohon ini ialah ciri-ciri aneh yang dimilikinya
berbanding dengan pokok-pokok lain.

Umumnya, sifat-sifat sesebuah pohon itu agak sama sahaja, yakni mempunyai
klorofil, memerlukan karbon dioksida untuk proses fotosintesis serta memerlukan air. Apa
yang aneh tentang periuk kera ialah terdapatnya sebuah kantung laksana trompet atau botol
berbentuk lonjong. Pokok ini juga berupaya memproses bahan makanannya sendiri.

Struktur berbentuk trompet itu berfungsi sebagai jerat kepada serangga kecil seperti
semut. Apabila seekor serangga berjalan-jalan di atas permukaan yang licin, sejenis cecair
lekit akan menyebabkan serangga itu tergelincir dan masuk ke dalam mangkuk. Selepas
itu, serangga tadi akan dihadamkan oleh enzim yang dikeluarkan oleh pohon itu sendiri.

Dengan ini, pokok periuk kera digolongkan sebagai pokok karnivor, yakni berupaya
menangkap serangga. Pokok ini juga sering disangka sebagai pokok bunga kerana struktur
mangkuknya turut menyerupai kuntuman bunga. Namun sehingga kini belum ada usaha
untuk menjadikan periuk kera ini komersil sekalipun mempunyai pelbagai bentuk dan warna.

26. Pokok periuk kera tidak akan ditemui di _________.

(A) Cina dan Kemboja

(B) Filipina dan Sri Langka
(C) Sabah dan New Guinea

27. Antara keistimewaan pokok periuk kera ialah ia _________.

(A) menarik perhatian mangsanya

(B) mempunyai kantung atau mangkuk
(C) mempunyai sebuah botol yang lonjong

28. Berikut merupakan perkara yang benar mengenai periuk kera kecuali _________.
6
(A) memproses sendiri makanannya
(B) periuk kera merupakan sejenis bunga
(C) kebanyakan periuk kera hidup di Asia Tenggara

29. Tugas kantung pada pokok periuk kera ialah untuk _________.
(A) menjerat mangsanya
(B) mengeluarkan cecair pekat
(C) menarik perhatian mangsanya

30. Perkataan tergelincir dalam petikan di atas bererti _________.

(A) terjatuh
(B) tergolek
(C) tersekat

JAWAPAN :

26. 27. 28. 29. 30.

10

BAHAGIAN C (20 MARKAH)

ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Mesyuarat Kelab Kembara baru saja berakhir. Gary telah dilantik oleh Cikgu Idrus
sebagai ketua ekspedisi rimba yang akan dijalankan. Husaini dan beberapa orang rakannya
berasa kecewa. Kekecewaan mereka bukanlah disebabkan oleh rasa iri hati terhadap Gary,
tetapi terhadap cara Cikgu Idrus menilai keupayaan mereka.
“Saya kurang bersetujulah dengan cara Cikgu Idrus tadi. Beliau sepatutnya membuat
pemilihan dengan bijak dan adil,” kata Husaini kepada Rafik dan Sudin.
“Yalah. Mentang-mentang Gary berbadan besar, kita yang kecil-kecil ini langsung
tidak dipandangnya,” Rafik meluahkan kekecewaannya.
“Apa yang harus kita buat, Husaini?” tanya Sudin pula.
“Rasa saya tidak ada faedahnya kita merungut-rungut sahaja. Pelantikan telah
dibuat dan kita perlu akur. Kita perlulah bekerjasama dengan sepenuh hati. Harap-harap
Gary akan menjadi seorang ketua yang baik.”
Apabila tiba hari yang dinantikan, ekspedisi rimba pun bermula. Husaini dan
rakan-rakannya yang lain sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh Gary. Mereka

7
sedikit pun tidak menunjukkan rasa marah atau kecewa. Sebaliknya, mereka sentiasa saja
tolong-menolong, bagai aur dengan tebing.
Pada suatu hari, mereka tiba di sebatang sungai yang agak dalam airnya. Mereka
terpaksa meniti sebatang kayu untuk menyeberangi sungai itu. Keadaan agak berbahaya
kerana batang kayu itu sangat licin. Tiba-tiba, sesuatu yang tidak diduga akhirnya berlaku.
Rafik tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai.
Gary tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia sudah mati akal. Hendak terjun ke
dalam sungai tersebut, dia berasa takut. Dia hanya memerhatikan sahaja anak buahnya itu
terkapai-kapai dibawa arus. Mujurlah Husaini cepat bertindak. Dia menyuruh Sudin mencari
sebatang kayu yang panjang. Tanpa rasa gentar, dia terjun ke dalam sungai. Dia memaut
badan rakannya itu lalu berenang ke arah batang kayu yang dihulurkan oleh Sudin. Akhirnya
Rafik berjaya diselamatkan.
Cikgu Idrus terpegun melihat kejadian itu. Beliau tidak menyangka bahawa Husaini
yang bertubuh kecil itu sungguh berani dan kuat semangatnya.
“Kecil-kecil lada api, besar-besar-besar lada abung.” Itulah kata-kata yang keluar dari
mulut Cikgu Idrus sewaktu ingin mengucapkah tahniah kepada Husaini dan Sudin.

ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Kemudian, tulis jawapan kamu di ruangan yang disediakan.

31. Mengapakah Husaini dan rakan-rakannya kecewa? (4m)

_____________________________________________________________________

32. Huraikan 2 sifat positif yang boleh dicontohi oleh remaja hari ini menerusi petikan
yang telah dibaca. (4m)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

8
_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

33. Nilaikan sama ada Gary layak menjadi seorang ketua ekpedisi rimba. Sokong
pernyataan kamu dengan memberikan bukti-bukti daripada teks.
(4m)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

34. Husaini seorang yang berani serta cekap bertindak. Buktikan kenyataan ini. Apakah
yang mungkin berlaku seandainya Husaini tidak bersikap seperti yang dinyatakan di
atas? (4m)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

35. Berikan maksud frasa berikut mengikut konteks cerita di atas.

a) merungut-rungut (2m)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

b) terpegun (2m)

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
SEMOGA BERJAYA!

20

Anda mungkin juga menyukai