Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU AMPANG NAMA : ____________________________

BAHAN PDPC BAHASA MELAYU PERALIHAN KELAS : PERALIHAN ___________

KATA GANTI NAMA TUNJUK DAN TEMPAT


Kata ganti nama tunjuk dan tempat  ialah perkataan yang menjadi pengganti kata
nama dan membawa maksud menunjukkan benda atau perkara atau tempat.

Kata Ganti Nama Tempat


Kata ganti nama tempat  ialah kata yang digunakan untuk mengantikan kata nama tempat.
Terdapat tiga kata ganti nama tempat:-

Kata Ganti Nama Tempat

Kata Ganti Nama Tempat Fungsi


Sini Kata ganti nama tempat sini digunakan untuk mengantikan
tempat yang dekat dengan orang bercakap
Contoh penggunaan “Kamu datang ke sini sekejap,” kata Cikgu Azrina.

Kata Ganti Nama Tempat Fungsi


Situ Kata ganti nama tempat situ digunakan untuk mengantikan
tempat yang dianggap jauh  dan tidak boleh dilihat oleh orang
yang bercakap dan orang yang dilawan bercakap
Contoh penggunaan “Saya akan mengambil buku itu dari situ,” kata  Mashitah
sambil menunjukkan jarinya ke arah meja itu..

Kata Ganti Nama Tempat Fungsi


Sana Kata ganti nama tempat sana digunakan untuk mengantikan
tempat yang jauh boleh dilihat oleh orang yang bercakap dan
orang yang dilawan bercakap
Contoh penggunaan Minggu lalu kami ke Langkawi. Semasa di sana, kami
melawat  Makam Mahsuri.
SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU AMPANG NAMA : ____________________________
BAHAN PDPC BAHASA MELAYU PERALIHAN KELAS : PERALIHAN ___________

Kata Ganti Tunjuk


Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara atau seseorang yang dapat
dilihat dari jarak dekat atau jarak jauh. Terdapat dua kata ganti tunjuk:-

Kata Ganti Tunjuk

Kata Ganti Nama Tunjuk Fungsi


Ini Kata ganti tunjuk ini digunakan untuk menunjukkan  tempat
yang atau hampir dengan penutur.
Contoh penggunaan Pen ini kepunyaan adik saya.

Kata Ganti Nama Tunjuk Fungsi


Itu Kata ganti tunjuk ini digunakan untuk menunjukkan  tempat
yang jauh dengan penutur.
Contoh penggunaan Rumah yang terletak di atas bukit itu kepunyaan seorang
hartawan

LATIHAN KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK

A.      Gariskan kata ganti nama tempat yang terdapat dalam ayat di bawah ini.

1. Kami tinggal di sini semenjak lima tahun yang lalu.


2. Kumpulkan buku-buku latihan kamu di situ.
3. Kami akan melawat negeri Johor. Semasa di sana kami akan bermalam di rumah datuk.
4. Buku latihan itu telah saya hantar ke sana sebentar tadi.
5. Tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan masuk ke sini lagi.
6. Di situlah kejadian ganjil yang mengorbankan beberapa orang pelajar berlaku.
7. Jika kamu ke sana belikan saya buku latihan kerana buku itu sangat bagus dan berguna
ntuk saya.
8. Saya berharap agar kamu tidak akan ke sini lagi.
9. Berapakah jarak dari sini ke rumah kamu?.
10. Semasa berada di sana nanti, hubungilah saya selalu.
SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU AMPANG NAMA : ____________________________
BAHAN PDPC BAHASA MELAYU PERALIHAN KELAS : PERALIHAN ___________

B.  Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata ganti tempat atau tunjuk yang sesuai
supaya menjadi ayat-ayat yang lengkap.

1. Minggu hadapan kami akan ke Langkawi. Semasa di ............   kami akan melawat
Makam Mahsuri.

2. Wakil rakyat kami sering melawat dan menyelesaikan masalah penduduk  di............

3. Tinggalkan sahaja buku kamu ............ Nanti saya akan menyerahkannya kepada guru
kamu.

4. Kata Puan Zalina sambil menunding jari ke sudut pagar rumahnya, “Ubahkan pasu-
pasu bunga ini ke ..................."

5. “Kumpulan anggota pasukan pengakap sekolah diberi kebenaran mengadakan


perkhemahan di................ agar para pelajar dapat menimba pelbagai pengalaman,”
kata Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah ketika merasmikan majlis penutup 
perkhemahan tersebut.

6. Bilakah kamu akan ke .............. lagi? Tanya Encik Dahalan kepada rakan anaknya.

7. Rumah di seberang jalan ……… milik Encik Ngah.

8. “Cikgu………. yuran sekolah saya,” kata Siti sambal menyerahkan wang kepada
gurunya.

9. Saya akam berpindah ke Pulau Pinang. Di………. saya akan bersekolah di SRJK (C)
Jit Sin.

10. “Chee Fei, sila dating ke…………, “ kata Cikgu Liza kepada Chee Fei.
SEKOLAH MENENGAH BANDAR BARU AMPANG NAMA : ____________________________
BAHAN PDPC BAHASA MELAYU PERALIHAN KELAS : PERALIHAN ___________

C. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.


A ini C sini
B itu D situ

2. Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
A itu C sana
B ini D sini

3. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung
kepada pemuda di sebelahnya.
A sana C sini
B ini D itu

4. Lagu _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama –
lamanya,” kata Mira.
A sini C itu
B sana D ini

5. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.


A itu C sana
B ini D begitu

6. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua


penumpangnya meninggal dunia.
A ini C sini
B begitu D begini

Anda mungkin juga menyukai