Anda di halaman 1dari 8

MODUL MONOTOS BMSPM

SOALAN 5 : PERIBAHASA

Praktis 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa yang sesuai yang
terdapat dalam petikan tersebut.

Namaku Mat Jenin. Aku anak yatim piatu kerana kehilangan ayah dan ibu sejak kecil lagi.
Ayahku terbunuh kerana dibaham harimau sewaktu berburu di hutan. Emakku pula
meninggal dunia semasa melahirkan adikku.

Hidupku ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana orang yang kusayangi sudah
meninggalkanku.

“ Belajarlah rajin- rajin, Mat kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan jadi
macam datuk dan arwah ayah kamu sangat miskin dan susah ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang”, kata datuk. Segala nasihat datuk akan aku ingati sampai bila-
bila dan dijadikan panduan untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
[ 6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….

[Date] 65
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemudian nyatakan tiga peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam petikan

Roy merupakan atlet yang berbakat dan menjadi orang harapan di sekolahnya. Dia mahu
menjadi pelajar yang berjaya dalam kedua-dua bidang, iaitu sukan dan akademik. Untuk
mencapai cita-cita tersebut, Roy melipatgandakan usaha dalam semua aktiviti sukan dan
pelajarannya. Jadual latihan sukan dan aktiviti kokurikulum mesti seimbang dengan jadual
ulang kaji pelajarannya. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang diumumkan baru-
naru ini, amat mengecewakannya. Roy berazam akan belajar bersungguh-sungguh
sebagaimana yang dijadualkan. Dia tidak mahu membuang masa lagi.

[ 6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….

Praktis 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

Produk makanan tambahan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat


Malaysia. Memang terdapat lambakan makanan tambahan yang semakin popuar di
pasaran. Tambahan pula, pebagai medium telah digunakan untuk mempromosikan
tersebut termasuk radio, televisyen, dan media sosial. Ada yang mendakwa bahawa
makanan ini lebih baik berbanding dengan ubat. Akibatnya, ada pesakit yang tidak mahu
mengambil ubat. Sebenarnya makanan tambahan tidak boleh menggantikan ubat. Semasa
membeli bahan ini, pengguna perlu berhati-hati. Hal ini dikatakan demikian kerana
banyak makanan tambahan yang tidak diuji secara menyeluruh dari segi keselamatannya.
Penguna jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan makanan tambahan di pasaran agar
tidak menyesal pada kemudian hari.

[Date] 67
MODUL MONOTOS BMSPM

Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4


Kementerian Pendidikan Malaysia

[ 6 markah ]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….

Praktis 5

Dialog di bawah mengandungi dua peribahasa. Senaraikan dua peribahasa tersebut,


kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Dahlia : Tolonglah papa, mama. Lia kata tidak mahu, tidak mahulah ! Papa dan mama
janganlah paksa-paksa Lia.

Puan : Papa dan mama tidak memaksa pun. Kami cuma tidak mahu Lia membuat
Ros kerja separuh jalan kerana alang-alang berdakwat biar hitam.

Dahlia : Peperiksaan sudah dekat. Lia tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.

Puan : Mama hairan dengan perubahan sikap Lia. Semasa memujuk mama dulu
Ros untuk menyertai sukan tenis, Lia juga yang kata ramai atlet wanita yang
berjaya dalam sukan mahupun pelajaran. Lia juga kata di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.

Dahlia : Itu dahulu , sekarang Lia sudah berubah fikiran. Lia hendak memberi tumpuan
pada pelajaran.

Puan : Kalau itu keputusan Lia, mama tidak akan memaksa .


Ros

[Date] 68
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 9

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi
tempat kosong dalam dialog tersebut.

Penemu duga: Boleh saya tahu, mengapakah saudara memohon mengikuti program pertukaran
budaya peringkat negeri ini?

Fahmi: Saya memohon menyertai program ini kerana ingin melihat keunikan dan
perbezaan budaya masyarakat di negeri lain. Dengan itu, saya dapat menimba
pengalaman dan pengetahuan yang baharu, bak kata peribahasa
__________________________.

Penemu duga: Bagus. Bagaimanakah saudara akan menyesuaikan diri apabila saudara terpilih
menyertai program ini?

Fahmi: Apabila saya berasa di sana, saya akan memegang prinsip dan nasihat orang tua-
tua iaitu ______________________________________.

Penemu duga: Sekiranya saudara terpilih ke program ini, apakah usaha saudara untuk
menonjolkan budaya negeri saudara ke peringkat negeri ini?

Fahmi: Saya akan memperkenalkan budaya unik Johor seperti tarian dan pakaiannya
agar masyarakat negeri lain turut menyukainya dan tidak ditelan arus
kemodenan, sesuai dengan peribahasa Melayu yang berbunyi
________________________________.

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Teks Tingkatan 4,


Kementerian Pendidikan Malaysia)

[6 markah]

[Date] 72
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 11

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

“Dari mana awak dapat gambar Cikgu Muliani? Tahukah beliau akan hal ini?” Alangkah
terkejut dan tebalnya mukaku ketika ini,dituduh sembarangan oleh pengetua.
“Sebenarnya cikgu, gambar ini…” Deringan telefon di meja pengetua menghentikan
percakapanku.
“Awak boleh keluar,” Pengetua mengarahkan aku keluar tanpa sempat aku menjelaskan
hal yang sebenar. Aku ingin memberitahu pengetua bahawa gambar itu gambar orang yang
pernah aku sayang ketika zaman persekolahan dulu, bukan gambar Cikgu Muliani.
Memang wajah mereka seiras sehinggakan aku terkedu melihat Cikgu Muliani tika pertama
kali berjumpanya di sekolah ini.

[ 6 markah ]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….

[Date] 74
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 12

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian bina ayat
daripada peribahasa tersebut.

Peribahasa bagai itik mendapat air bermaksud kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh
sesuatu yang disukai. Berdasarkan peribahasa tersebut, dapat dibayangkan betapa gembiranya
itik tatkala berenang di dalam air. Begitulah juga dengan manusia. Bezanya, tidak pernah lagi
kita temukan insiden itik lemas. Oleh itu, sentiasalah berawas kerana kalau tidak berada-ada
masakan tempua bersarang rendah, dan kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang.
Ambil langkah berjaga-jaga kerana peribahasa ada menggambarkan bahawa air tenang jangan
disangka tiada buaya.

Sumber : Buku Teks Tingkatan 4


[4 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

[Date] 75
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 13

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Nek Jah : Orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia
dan lebih suka akan budaya Barat. Mereka sepatutnya menjunjung adat dan
budaya tempatan kerana _________________________________________
.

Amin : Betul tu, Nek. Remaja sekarang lebih mementingkan trend semasa dan hidup
dalam kelompok mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan orang tua-tua.
Mereka hanya memikirkan diri masing-masing seperti
_______________________.

Nek Jah : Walaupun kita mengejar kemajuan, namun jangan menggadaikan budaya
sendiri. Kita memang sedang menuju ke arah kemajuan agar setanding
dengan negara maju bak kata peribahasa
________________________________.

(Sumber : MPSM & MGC Perlis, 2019)

[6 markah]

[Date] 76
MODUL MONOTOS BMSPM

Praktis 16

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam dialog tersebut.

Amin :Bolehkah Tok ceritakan serba sedikit tentang adat perkahwinan kaum
Temuan?

Tok Batin :Adat perkahwinan orang Temuan ini lebih kurang sama dengan adat
perkahwinan orang Melayu. Si Teruna akan memberitahu keluarganya jika dia
berkenan kepada seseorang gadis. Bapa saudara lelaki akan merisik si gadis
melalui bapa saudara gadis gadis untuk mendapatkan persetujuan. Sekiranya
kedua-dua belah pihak bersetuju, maka hari pertunangan ditetapkan.

Dipetik daripada Adat Perkahwinan Suku Kaum Temuan,


Buku teks tingkatan 5, halaman 161

[6 markah]

i. ……………………………………………………………………….

ii. ……………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………….

[Date] 79

Anda mungkin juga menyukai