Anda di halaman 1dari 2

CONTOH SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
kecenderungan masyarakat terhadap makanan segera dan kesan-kesan pengambilan
makanan segera. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di Malaysia, kini terdapat pelbagai jenis restoran makanan segera boleh didapati
dengan mudah dan mendapat tempat di hati pengunjung. Sebut sahaja hidangan makanan
segera barat, pastinya nama seperti Kentucky Fried Chicken, A & W, Pizza Hut,
McDonald’s, Marrybrown, Burger King, dan pelbagai rangkaian restoran segera yang
tumbuh seperti cendawan. Pertumbuhannya secara tidak langsung banyak memberi manfaat
kepada pengembangan ekonomi di negara ini. Di samping dapat melahirkan banyak
usahawan tempatan, malah turut membuka peluang pekerjaan, dan mengurangkan
pengangguran.

Penampilan restoran yang berkonsepkan segera dan menawarkan khidmat layan diri
sentiasa menerima kunjungan daripada berjuta-juta pelanggan di setiap rangkaian restoran
ini. Pengambilan makanan segera sebenarnya terhasil daripada permintaan masyarakat yang
sudah sebati dan terlalu sibuk dengan kehidupan seharian mereka. Gaya hidup moden yang
semakin meningkat menyebabkan manusia lebih cenderung menikmati makanan di restoran
berjenama terutamanya makanan segera. Tidak ketinggalan juga ibu bapa kini berkunjung ke
restoran makanan segera dengan alasan didesak anak-anak mereka. Kanak-kanak tersebut
hanya memikirkan kesedapan makanan tanpa menyedari kesannya terhadap kesihatan.

Pengambilan makanan segera begitu tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia antaranya
disebabkan oleh langkah agresif syarikat pengusaha restoran makanan segera khususnya
melalui strategi pengiklanan. Memang tidak dinafikan bahawa iklan memainkan peranan
penting dalam usaha mempromosikan produk atau perkhidmatan dengan harga yang
berpatutan. Namun, sebenarnya ada faktor lain yang tidak kurang menarik perhatian
pelanggan. Selain mempelbagaikan menu yang disaji, tarikan utama restoran makanan segera
ialah keselesaan, kebersihan, dan suasana lebih eksklusif. Harganya pula berpatutan, serta
perkhidmatan cepat dan mesra. Dalam usaha memantapkan imej rangkaian “restoran untuk
keluarga”, ada juga yang turut menganjurkan program menarik bagi tujuan meningkatkan
pasaran produknya seperti menyediakan ruang taman permainan kanak-kanak dan kaunter
pandu masuk, di samping memperkenalkan produk dan pilihan makanan yang sesuai dengan
selera untuk semua peringkat usia. Satu lagi faktor yang menyebabkan masyarakat ketika ini
lebih bertumpu pada makanan segera ialah masa. Hal ini demikian kerana majoriti ibu bapa
bekerja dan kebanyakan mereka akan tiba di rumah hanya selepas matahari terbenam.

Sehubungan dengan itu, langkah mengharamkan iklan makanan segera bukan


penyelesaian mutlak kepada masalah yang diperkatakan. Banyak pihak juga menyokong dan
tidak kurang juga memberi pandangan bernas untuk menangani isu ini. Pada dasarnya
langkah ini disambut baik dengan harapan dapat membentuk rakyat lebih sihat. Sama ada
iklan makanan segera diharamkan atau tidak, tetapi yang paling penting ialah kesediaan
masyarakat untuk berubah kerana pilihan ada pada diri setiap individu.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Makanan Segera: Menyingkap faktor daya tarikan,
oleh Haji Samat Buang, Fokus SPM, Mei, 2007)
2

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memberi pandangan bernas. [2 markah]

(ii) Nyatakan kelebihan-kelebihan restoran makanan segera yang terdapat di negara ini.
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, adakah wajar pengharaman iklan makanan segera dalam media
massa dilakukan? [4 markah]

Soalan 2 (b) – Petikan Drama


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR : (Tenang, tegas) I dah fikir habis, Piah. I suka jadi guru. Kalau boleh duduk di
Kementerian Pelajaran pun I tak mahu.
SAFIAH : (Mengeluh, terdiam seketika, kemudian berkata lagi dengan harapan baru).
Kalau tak mahu masuk MCS, kenapa you tak masuk Foreign Service?
UMAR : Foreign Service? Buat apa?
SAFIAH : Ha, itulah susahnya kalau fikiran you asyik ke guru sahaja! Nak jadi guru,
sampai you tak mahu tempat lain. Father I bilang kalau masuk Foreign
Service ada can ke luar negeri. (Memandang Umar, sedikit keanak-anakan)
You tak suka ke luar negeri?
UMAR : Ini bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan
tak mungkin I ke luar negeri.
SAFIAH : Ke luar negeri sebulan dua melawat-lawat sahaja, buat apa?
UMAR : Habis apa maksud you?
SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri. (Memandang kejauhan,
matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di ...
UMAR : (Sinis) Di United States, di Hollywood...
SAFIAH : (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat
semula) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk
universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak
orang yang boleh jadi guru, tak payah cakap Inggeris pun boleh jadi guru.
UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri. I suka jadi guru dan kita
pun memang kekurangan guru.
(Dipetik daripada Drama Serunai Malam dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Umar tetap bertegas untuk menjadi seorang guru? [3 markah]
(ii) Pekerjaan guru kini dianggap sebagai satu profesion yang mencabar. Berikan
pendapat anda bagi menyokong pernyataan tersebut. [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Umar yang terdapat dalam petikan drama tersebut dan dua
perwatakannya yang lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

SULIT 1103/2

Anda mungkin juga menyukai