Anda di halaman 1dari 11

SOALAN LATIH TUBI BM 1

SPM 2016

BAHASA MELAYU KERTAS 1


(Bahagian A & B)

BM1_SPM 2016
Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memupuk
semangat kejiranan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

BM1_SPM 2016
Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Bertegur sapa denga
Menziarahi jiran tet

BM1_SPM 2016
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
masalah obesiti. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MASALAH OBESITI

sedapnya

Makan secara berlebihan Mewarisi kegemukan keluarga

BM1_SPM 2016
Kurang bersenam

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan
mengadakan rumah terbuka di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka

Mengukuhkan perpaduan

Menghormati kepelbagaian budaya

Menyemaikan nilai-nilai murni sejagat

BM1_SPM 2016
Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan aktiviti
riadah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Menyihatkan tubuh badan Menghilangkan tekanan

BM1_SPM 2016
Mengeratkan silaturahim

Bahagian A

[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah mempunyai
banyak kawan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH MEMPUNYAI BANYAK KAWAN

Memberikan Berkongsi
inspirasi masalah

Menambahkan
Memupuk
ilmu pengetahuan
perpaduan

BM1_SPM 2016
KARANGAN BAHAGIAN B

DIMENSI DIRI

1. Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul Rahman,
Tun H.S. Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.
Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

1. Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.


Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan remaja kini.

1. Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan peningkatan kes
kemalangan di jalan raya.
Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya yang
berhemah.

1. Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan mereka.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola kepada
orang lain.

1. Anda telah menerima sepucuk surat daripada rakan yang bertanya tentang rahsia anda
sehingga dianugerahkan Tokoh NILAM peringkat sekolah.
Balas surat tersebut selengkapnya.

8
DIMENSI KELUARGA

BM1_SPM 2016
2. Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang berpendapatan
rendah.
Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam menangani
permasalahan tersebut.

2. Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga emas.

2. Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti Facebook,
Twitter, dan Instagram.
Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap hubungan
kekeluargaan.

2. Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke


hari.
Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.

2. Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran


kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.
Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
menguasai kepelbagaian kemahiran.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA

3. Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab


Keusahawanan sekolah bertajuk Pertanian ialah Perniagaan.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

3. Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna yang
bijak.
Huraikan ciri-ciri pengguna
9 bijak.

BM1_SPM 2016
3. Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat. Langkah-
langkah perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang bahayanya penyakit
kronik.
Bincangkan.

3. Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempat-tempat


bersejarah, dan kawasan tanah tinggi.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat
setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.

3. Sikap prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan


bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-
nilai murni.

DIMENSI ANTARABANGSA

4. Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui peperangan.


Bincangkan pernyataan di atas.

4. Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui
kerjasama dengan negara-negara jiran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara
jiran untuk menangani masalah tersebut.

4. Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang menarik


seperti Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di Vietnam.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam memajukan
industri pelancongan.

4. Pertandingan koakademik
10seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat

antarabangsa memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan kemahiran


berbahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Berikan pendapat anda.

BM1_SPM 2016
4. Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa memberikan kesan positif kepada peserta
dan negara yang terlibat.
Bincangkan.

DIMENSI SASTERA

5. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan penulisan skrip drama yang dianjurkan
oleh sekolah anda. Tema drama yang anda pilih ialah ketabahan.
Tulis skrip drama anda itu selengkapnya

5. Anda telah membaca sebuah novel yang memberikan kesan yang mendalam kepada
diri.
Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada novel tersebut.

5. Peribahasa Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan bermaksud jika tersilap
melakukan sesuatu, hendaklah segera insaf dan membetulkan kesilapan.
Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

5. Pantun yang menjadi alat untuk menyampaikan mesej, nasihat, dan panduan kepada
masyarakat, semakin dilupakan.
Bincangkan usaha usaha yang dapat dilakukan untuk menjadikan puisi tradisional ini
terus diminati.

5. Peribahasa Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh menekankan kepentingan


perpaduan dalam masyarakat.
11

Huraikan kepentingan perpaduan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.

BM1_SPM 2016

Anda mungkin juga menyukai