Anda di halaman 1dari 10

PAHANG 2013 1103/2 BAHASA MELAYU / Percubaan Kertas 2 Ogos 2013 2 jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2013


BAHASA MELAYU
Tingkatan 5 KERTAS 2 Dua Jam Tiga Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d), dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlaku masalah sosial remaja dan peranan keluarga dalam menangani masalah ini. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Negara yang ingin maju dan makmur mestilah mempunyai individu yang rajin dan berdedikasi. Rakyat memainkan peranan penting untuk memajukan negara, terutama dalam kalangan remaja. Kata-kata hikmat Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang nagara telah membuktikan perkara ini. Namun begitu, penularan gejala sosial yang kian meruncing telah menyebabkan negara kerugian tenaga muda. Perkara ini bertambah serius sehingga negara terpaksa membawa masuk tenaga kerja yang banyak dari luar. Menurut kajian, fenomena ini berlaku kerana kurangnya kawalan dan kasih sayang daripada ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorak sahsiah anakanak mereka. Dalam konteks kehidupan moden ini, ibu bapa terlalu sibuk mengejar kekayaan sehingga meminggirkan perasaan anak-anak. Mereka menyerahkan segala tanggungjawab mengajar dan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Pada masa yang sama , pemikiran remaja pula masih belum matang dan sentiasa membuat keputusan serta tindakan secara terburu-buru. Akhirnya hal ini mendorong mereka terlibat dalam masalah sosial. Sementara itu, persekitaran juga boleh menjuruskan remaja kepada aktiviti yang meruntuhkan akhlak. Kewujudan industri hiburan telah mempengaruhi orang ramai

terutamanya remaja mengamalkan cara hidup bebas. Pengambilan bahan-bahan terlarang seperti seperti pil khayal menyebabkan remaja terjerumus ke kancah maksiat. Pada masa yang sama, pengaruh budaya Barat terhadap remaja tidak dapat dinafikan. Remaja sebagai individu yang masih mentah sering mengagung-agung budaya Barat. Sebagai contohnya, banyak remaja suka menggayakan diri dengan gaya punk dan gaya gotik. Masalah ini bertambah serius dengan wujudnya masalah gengsterisme. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baharu telah menyebabkan mereka dipengaruhi oleh kawan yang mempunyai masalah tingkah laku yang salah, terutamanya yang terkandas dalam pelajaran. Sebagai contohnya, mereka akan terikut-ikut dengan kawan yang ponteng sekolah dan melepak. Mereka juga sering merosakkan harta benda sekolah. Jika masalah ini tidak diberi perhatian, kemungkinan besar mereka akan terlibat dengan KOLEKSI www.bmspm.net 2

PAHANG 2013 pengambilan dadah seterusnya terlibat dengan kegiatan jenayah. Hal ini kerana dadah boleh meracuni fikiran yang menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan waras. Jelaslah, masalah kerugian tenaga kerja muda di negara kita kian parah kerana masalah sosial yang semakin membimbangkan. Langkah segera dan berterusan perlu diambil untuk membendung masalah ini daripada menular dalam kalangan masyarakat agar kekurangan tenaga kerja mahir dan seperuh mahir dapat diatasi. (dipetik dan diubah suai daripada Masalah Sosial Remaja, Kurangkan Tenaga Kerja, oleh Dr. Aminuddin Mansor Dewan Siswa, Mac, 2013) Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata mencorak sahsiah? [ 2 markah ] (ii) Penularan gejala soaial dalam kalangan remaja telah meninggalkan beberapa kesan terhadap negara. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua kepentingan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pembangunan negara?

[ 4 markah ]

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013 Soalan 2 (b) - Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MU I :Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model. :Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. :Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan.

CHONG

SALMAH

CHANDRAN :Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia. SALMAH :Kami hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah. Dari segi makanan saja sudah cukup sebagai bukti.

CHANDRAN :Misalnya, kalau orang India makan roti canai, orang melayu dan orang cina pun makan roti canai. CHONG :Kalau orang Cina makan kuetiau, orang Melayu dan orang India pun makan kuetiau. :Kalau orang Melayu makan sambal belacan, orang Cina dan orang India pun makan sambal belacan! Demikianlah betapa harmoninya bangsa kami, bangsa Malaysia.

SALMAH

( Dipetik daripada drama Forum Remaja 2020,oleh Sharif Shaary, dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan bukti-bukti yang membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden di dunia. [ 2 markah ]

(ii) Sebagai seorang pelajar, apakah peranan anda untuk menjayakan konsep 1 Malaysia? [ 3 markah ]

(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. KOLEKSI www.bmspm.net [ 4 markah ] 4

PAHANG 2013

Soalan 2( c) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan. Khabar Raja Kedah, Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara. Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini, dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya. Maka kata Raja Kedah, Baiklah. Akan tetapi saya belum bergelar Yang Amtuan di Kedah. Akan tetapi saya bertangguh dua hari hendak mengumpulkan sekalian orang dagang yang datang dari Timur dan yang mana-mana sudah berumah-rumah di Kedah ini seperti orang Bugis dan Mengkasar dan Mandura atau yang berdagang sekalian hendak saya panggil dan hendak ditanya mahu dia mengikut bicara saya atau tiada. Itulah , maka saya bertangguh dua hari, tiada boleh lama barangkali ditahukan oleh adinda barangkali diempangnya seperti bicara itu. (Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka). (i) Berikan maksud barangkali diempangnya seperti yang terdapat dalam petikan. [2 markah] Nyatakan perjanjian yang telah dibuat antara Raja Kedah dengan Opu Daeng lima bersaudara yang telah dipersetujui bersama. [3 markah] (iii) Jika anda Opu Daeng, apakah strategi yang anda akan ambil bagi memastikan anda berjaya membantu Raja Kedah mendapatkan takhta. [3 markah]

(ii)

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013 2(d)- Puisi Tradisional Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Tonggak Dua Belas Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa,. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalankan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif.

Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara) Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013

(i) (ii)

Berikan maksud rangkap 1 gurindam. [ 2 markah ] Pada pendapat anda, selain faktor ketekunan, apakah faktor-faktor lain yang membolehkan seseorang memperoleh kejayaan? [3 markah] Kemukakan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

(ii)

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii) gugur sidang lancang [ 6 markah ] (b) Kenal pasti jenis-jenis ayat dibawah sama ada ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, dan ayat seruan. (i) (ii) (iii) (iv) Syabas, anda telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan! Sudah siapkah tempahan baju saya? Pelajar dilarang merokok di kawasan sekolah. Pengetua ingin mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran Ali ke sekolah semalam. (v) Jemputlah datang ke rumah saya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan kami. kata Hashimah kepada Shamira. (vi) Malaysia tersenarai sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Asia. [ 6 markah ] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyeneraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancung ke negara kita akan meningkat menjelang hujung tahun ini. (ii) Pelajar pra-sekolah menyertai pertandingan mewarna untuk peningkatan kemahiran seni lukis mereka. (iii) Pembakaran hutan di Sumatera telah menyebabkan beberapa negara Asean mengalami masalah jerubu dan memberi kesan terhadap perubahan iklim dunia. [6 markah]

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Kata-kata aluan Pengerusi Majlis semasa Sukan Tahunan Sekolah kali ke-14 telah menyumbang semangat kepada semua peserta. (ii) Pelatih-pelatih perlu menyiapkan kerja yang telah diberikan dalam tempoh yang jurulatih mereka tetapkan. (iii) Masyarakat disaran menggunakan sisa-sisa terbuang secara kreatif seperti menghasilan kraf tangan-kraf tangan yang berharga. [6 markah] (e) Tulis satu ayat dengan menggunakan peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya. (i) (ii) (iii) Pelanduk dua serupa Belakang parang diasah lagikan tajam Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [6 markah]

KOLEKSI www.bmspm.net

PAHANG 2013

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah Papa ... Akhirnya Kau Tewas karya Deana Yusof Renyah karya Gunawan Mahmood Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Interlok karya SN Abdullah Hussain Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan peristiwa yang memaparkan persoalan kasih sayang dalam masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [7 markah] (b) Imbas kembali merupakan satu daripada teknik penceritraan yang digunakan oleh pengarang untuk mengembang jalan cerita. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan teknik imbas kembali yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

KOLEKSI www.bmspm.net

10

Anda mungkin juga menyukai