Anda di halaman 1dari 10

SULIT 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
penglibatan remaja dalam aktiviti kesukarelawanan dan faktor-faktor kurangnya
penglibatan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Rakyat Malaysia mempunyai nilai kesedaran yang tinggi berdasarkan sumbangan


kewangan dan tenaga apabila berlakunya sesuatu bencana alam. Aktiviti sukarela merujuk
aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan sumbangan khidmat dan bantuan sama ada
tenaga, wang ringgit dan masa kepada ahli masyarakat yang memerlukan tanpa
mengharapkan balasan. Dunia juga memandang tinggi terhadap semangat kesukarelaan
dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 5 Disember setiap tahun
sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Secara realitinya, aktiviti ini bukan sahaja
melepasi sempadan budaya, agama dan masyarakat malahan dapat dijadikan sebagai
ibadah dalam kehidupan.

Secara umumnya, bagi golongan remaja, aktiviti kesukarelawanan dapat membantu


remaja yang bakal menginjak ke alam pekerjaan dengan meningkatkan dan memperkukuh
keyakinan, selain membantu mereka mendapatkan akses kepada jaringan peluang
pekerjaan yang wujud di Malaysia. Bukan itu sahaja, aktiviti kesukarelawanan juga mampu
meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri mereka, terutamanya dari segi berinteraksi dan
berkomuniasi. Bahkan mereka juga boleh menimba ilmu tentang organisasi dan kemahiran
bekerja dalam sesebuah organisasi. Hal ini disebabkan remaja dapat mengenali keadaan
kerja yang berbeza-beza melalui aktiviti kesukarelawanan.

Golongan remaja, terutamanya mahasiswa perlu bergiat aktif dalam aktiviti


kesukarelawanan kerana menurut kajian Mabry pada tahun 1998, mahasiswa yang terbabit
dengan aktiviti ini mempunyai perubahan ketara dari aspek nilai sosial. Hal ini mungkin
disebabkan mereka yang menyertai aktiviti khidmat sosial secara sukarela mempunyai gaya
hidup yang lebih berdisiplin, lebih berkeyakinan dan mampu menguruskan masa yang ada
dengan sistematik. Lantaran itu, pihak kerajaan mula memainkan peranan dalam
menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan remaja dengan usaha
memasukkan sukatan pelajaran tentang kesukarelawanan dalam kurikulum pelajaran.
Secara tidak langsung, situasi ini dapat mendidik golongan belia menjadi warganegara
bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat selain dapat mempamerkan
bakat dan keupayaan mereka.

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

Sehubungan dengan itu, penubuhan Yayasan Sukarelawan Siswa pula menjadi


teras mempergiat aktiviti kesukarewanan dalam kalangan mahasiswa, sama ada pada
peringkat nasional mahupun antarabangsa. Namun begitu, sokongan dan kerjasama
daripada kalangan belia amat diperlukan untuk meluaskan hebahan aktiviti
kesukarelawanan kepada khalayak umum. Malaysia, masih belum terlambat untuk
mempromosikan aktiviti kesukarelawanan dengan mengubah sistem pengajaran dan
pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem yang mengutamakan
unsur kemanusiaan dan keagamaan agar akhlak dan moral para remaja dapat dimantapkan.
Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan para belia terjebak dengan aktiviti yang
tidak berfaedah, di samping mendorong mereka melakukan kebaikan tanpa mengharapkan
sebarang balasan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada


‘Suburkan Semangat Kesukarewanan dalam Kalangan Belia’
oleh Amirah Syazwani Baderol Sham
Dewan Siswa , Mei
2019

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berorientasikan peperiksaan. [ 2 markah

(ii) Aktiviti kesukarelawanan yang sememangnya mendatangkan banyak manfaat

kepada remaja telah mendorong pihak-pihak tertentu mengambil langkah yang

boleh menyemarakkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan remaja.

Nyatakan langkah-langkah tersebut. [ 3 markah

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

(iii) Semangat kesukarelawanan sememangnya telah lama bertapak dalam


kehidupan masyarakat di negara kita.
Pada pendapat anda, apakah amalan-amalan yang dilakukan dalam kehidupan
bermasyarakat yang boleh dikaitkan sebagai aktiviti kesukarelawanan?
[ 4 markah
]

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk bermastautin di ibu kota,bonda memberikan
pelbagai alasan agar saya terus menetap di kampong halaman tercinta ini.kata bonda ilmu
agama saya masih terlalu cetek dan nipis.Bimbang saya akan hanyut dibawa arus hedonism
dan modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota.Malahan,kata bonda lagi
bahasa ibunda saya juga masih lemah.Bahasa yang membesarkan saya dengan segala
adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun.Bahasa yang diwarisi nenek moyang
sejak zaman berzaman.

Bonda tahu secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu
mengekang ledakan perubahan social yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi
bermaruah.Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang
menghinggapi sekian ramai anak –anak muda sebangsa saya.Kebanyakannya tergadai
maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi da lam menuju arus
perdana.

“Mel,agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang!
Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati Bahasa ibunda merupakan warisan kita
yang masih ada.Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini,kita bukan lagi
generasi bermaruah,tetapi bangsa yang dilaknati Allah”.

Dipetik daripada ‘ Cerpen Munsyi’


oleh Husna
Nazri
dalam Antologi Jaket kulit Kijang dari
Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

(i) Mengapakah bonda melarang Mel untuk berhijrah ke kota ? [ 2 markah ]

(ii) Andaikan anda ialah Mel, apakah usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk
meningkatkan kecintaan terhadap bahasa ibunda ? [3
markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [
4 markah ]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng.
Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga
buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang
lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang
Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun
datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan
tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang
Siam api tiada terbilang banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini,tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang
sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu, Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara
belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan


Lada’
dalam antologi Sejadah
Rindu,

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

Kementerian Pendidikan
Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata terbilang banyaknya. [2


markah ]

(ii) Berdasarkan petikan, nyatakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Tun Umar
setelah menerima arahan daripada Bendahara Paduka Raja. [ 3
markah ]

(iii) Bendahara Paduka Raja merupakan seorang pemimpin yang telah berjaya
memastikan keamanan negaranya terjamin.
Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang diperlukan untuk
memastikan keamanan negaranya terjamin ? [3
markah ]

Soalan 2(d) – Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SANG GEMBALA KUDA

Dia lelaki bergelar perkasa


dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami yang terhidang


adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


sesekali suaranya lebih gempita

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

daripada ringkik kuda sekandang


pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melampar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda


hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman


Istimewa 2012
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud rangkai kata menghitung kesakitan. [ 2 markah


]

(ii) Aktiviti sukan berkuda masih belum popular dalam kalangan masyarakat di negara
kita.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti sukan ini kurang
popular dalam kalangan masyarakat kita ? [3
markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [ 4 markah ]

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah atau
menggugurkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) auditorium
(ii) efektif
(iii) kafeteria
(iv) personaliti
(v) oksigen
(vi) tuisyen [6
markah ]

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah,bina ayat tanya dengan menggunakan kata Tanya
yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata
yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.

(i) Perdana Menteri menggesa rakyat supaya sentiasa prihatin terhadap


tanggungjawab membendung penularan COVID-19.

(ii) Program Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di Dewan
Seri Murni, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa.

(iii) Hujan asid telah terjadi apabila hujan yang turun bergabung dengan karbon dioksida
dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. [6
markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemerosotan ahklak golongan remaja telah sampai ke peringkat yang kritikal dan
memperlukan komitmen daripada semua pihak untuk membendungnya.
(ii) Setiap hari, Amirul akan menghantar kueh-mueh yang membuat oleh ibunya ke
warung Laman Selera sebelum pergi ke sekolah.
(iii) Seni mempertahankan diri perlu mempelajari oleh semua orang sebagai langkah
untuk menjaga keselematan nyawa dan harta benda. [ 6 markah ]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Puan Azilla amat berharap yang suaminya akan melepaskan sikap panas barannya
kerana boleh menggugat keharmonian rumah tangga mereka.
(ii) Oleh kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada penduduk setempat,
pelbagai langkah untuk membuang penjualan cakera padat cetak rompak di negara
ini kurang berjaya.
(iii) Plastik sampah makanan yang bertempiaran di tengah padang itu telah dikumpulkan
oleh kami semasa gotong-royong perdana petang tadi. [ 6 markah
]

(e) Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya
tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ketua pengarah sebuah syarikat
kerana ....................................................................................................... .
(ii) Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat
bersejarah .................................................................. .

(iii) Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir dan Malim pada tahun ini agak
merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-
sama, bak kata peribahasa Melayu ................................................................... . [ 6
markah ]

Soalan 4 : Novel

[ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Tirani karya Beb Sabariah

(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

1103/2 SULIT
SULIT 1103/2

(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai yang terdapat
dalam novel tersebut. [7 markah]

b) Dalam setiap novel terdapat pelbagai peristiwa yang boleh diteladani oleh pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang
boleh dijadikan teladan oleh pembaca. Nyatakan sebabnya.
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/2 SULIT

Anda mungkin juga menyukai