Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA

NEGERI PAHANG
SULIT
1103/1
Bahasa Melayu
Kertas 1
Sept/Okt
2 jam 15 minit

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM


SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG 2010

BAHASA MELAYU TINGKATAN 5

Kertas 1

2 Jam 15 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian


B

2. Jawab soalan bahagian A dan satu soalan daripada bahagian B

3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau tulisan Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

© 2010 Hak Cipta MPSM [Lihat Halaman Sebelah


SULIT
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
NEGERI PAHANG

BAHAGIAN A

(Masa dicadangkan :45 minit)

(30 markah)
Baca dialog di bawah dengan teliti .Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab
berlakunya kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak. Panjang
huraian anda hendaklah antara 200 higga 250 patah perkataan.

Imah : Aku hairanlah Jie, kenapalah sejak akhir-akhir ini, asyik dengar cerita orang
mendera kanak-kanak dan bayi saja.Macam tidak ada cerita lain
langsung.Tidak faham betul aku.

Gie : Apa yang hendak dihairankan . Manusia sekarang sudah hilang sifat
perikemanusiaan dan nilai moralnya sudah tidak ada lagi. Sebab itulah mereka
tidak rasa bersalah atau berdosa apabila melakukan perkara seperti itu.

Imah : Ya, betul . Aku rasakan mereka sudah tidak takut akan tuhan. Disebabkan
pengetahuan agama mereka kurang atau mungkin tiada langsung.
Lagipun mereka terpengaruh dengan cerita yang ditonton di televisyen
ataupun video.

Gie : Betul tu. Aku setuju. Aku rasakan mereka sudah tidak takut pada undang-
undang sebab . Jika mereka kena penjara pun bukannya lama.Kalau bernasib
baik kena denda saja, lepas itu mereka bebas. Lagipun masyarakat kita
bukannya ambil berat sangat dengan perkara ini. Masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri .

Imah : Kalau macam tu, rosaklah masyarakat kita. Marilah kita berdoa supaya perkara
ini dibendung kalau tidak malu kita orang timur.

Gie : Betul tu, aku setuju.

© 2010 Hak Cipta MPSM [Lihat Halaman Sebelah


SULIT
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA
NEGERI PAHANG

BAHAGIAN B
(100 MARKAH)

(Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Disiplin diri merupakan faktor penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang,
Jelaskan kepentingan mengamalkan disiplin diri kepada pelajar.

2. Selaku pegawai kesihatan daerah, anda telah dijemput untuk menyampaikan satu
ceramah tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat.
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.

3. Kerajaan telah berusaha untuk memajukan industri kraft tangan yang semakin
dilupakan oleh rakyat Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang telah diambil untuk meningkatkan industri kraft
tangan di negara kita.

4. Wabak ILI dan H1N1 merupakan penyakit berjangkit yang menular di seluruh dunia
sejak akhir-akhir ini. Wabak ini telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap
kesihatan penduduk dan ekonomi sesebuah negara.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi penularan wabak
tersebut.

5. Anda telah meminjam sebuah novel dari pusat sumber sekolah dan mendapati
novel tersebut amat menarik.
Ulaskan aspek-aspek menarik yang terdapat dalam novel yang telah anda baca itu.

KERTAS SOALAN TAMAT

© 2010 Hak Cipta MPSM [Lihat Halaman Sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai